Tuesday, July 28, 2009

Kenapa Aku?

Kaunselor, itulah jawatan yang aku idam-idamkan setelah aku terpaksa kuburkan cita-cita asalku. Manusia merancang, namun, apabila takdir punya kisah berbeza dengan apa yang kita rencanakan, aku harus akur dengan ketentuanNya. Aku tidak tahu, apakah cita-cita ini akan terkubur terus seperti yang lalu atau aku masih mempunyai peluang untuk itu?

Sewaktu di sekolah dahulu, seorang guru kaunselor mengatakan, “Teja, awak mempunyai ciri-ciri seorang kaunselor yang baik. Berusahalah ke arah itu,”
Apabila aku di universiti pula, pensyarahku pula berkata, “Teja, saya harap awak akan jadi penulis yang berjaya suatu hari nanti,” Baru-baru ini, A Ghafar Ibrahim seorang penulis dan pendiklamasi puisi Malaysia yang juga pensyarahku memberi dorongan kepadaku agar menjadi penulis novel lewat SMs yang dikirimnya. Tapi… Ilhamku seakan menghilang. Minda ini seakan enggan melahir ilham yang dulu mekar indah ibarat karino di musim bunga. Jemari ini seakan kaku untuk melorek kata di dada putih. Novel yang setebal 299 halaman yang telah ku tulis, terbiar begitu lama tanpaku sudahkan. Kenapa dengan aku?

No comments: