Dunia ku
Penuh keindahan
Penuh kesedihan
Himpunan dunia-dunia nyata.
Malam ku menjadi siang
Siang ku menjadi malam
Mentari jatuh ke bumi
Bulan rebah di riba
Badai terhenti tiada menghempas
Pulau serasa di tanah besar.
Lena ku berulit unggas
Jaga ku dikejut SIUL burung
Tidur ku berselimut bara
Tubuh beralas intan.
Dunia ku
Tiada mustahil
Bila ilham menyusun kisah
Dunia ku
Tiada terjangka
Bila pena mengatur riwayat
Dunia ku
Tiada terduga
Bila kertas berhikayat.
12 Disember, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam...
dalam sungguh maksud puisi ni...
hingga tak tercapai dek akal saya..
saya puisi memang saya tak boleh handle. ayat tak berbunga la...hehe.. apapun saya nak ucapkan terima kasih atas komen anda kat blog esp. ad+iz la... anda memang prihatin. cara anda memberi komen pun kritis. no wonder la sebab awak pun penulis kan? saya tau pun sebab baca profile awak...
Waalaikummussalam...
Terima kasih atas keprihatinan awak terhadap enteri saya. Saya memang suka puisi. Saya bukan siapa-siapa pun, banyak lagi yang saya perlu belajar. Terima kasih juga kerana sudi tinggalkan komen buat saya. Apa pun, AD +IZ awak memang best.
Post a Comment