Monday, July 27, 2009

Hujung Minggu Lalu...

Hujung minggu lalu, tidak banyak yang menarik.

Sabtu:
Paginya aku hanya di rumah. Buat apa yang patut seperti kelazimannya. Menjelang pukul 10, baju dan tudung untuk seminggu siap digosok. Pakaian kotor siap dibasuh dan dijemur.
1.0 Tengahari bertolak ke Brickfield bersama Haida, housemateku untuk taklimat I-phone bersuara. I-phone ini dicipta khas dengan suaranya tersendiri. Jadi, ia tidak memerlukan Talks.
4.00 Petang, setelah tamat taklimat, aku bertemu Iran untuk memberinya nota yang dia minta dan gambar rombongan ke Sarawak awal Jun lalu.
5.30, Aku, Haida, Iran dan Ben ke KFC KL Central. Kami makan sambil berbual-bual. Maklumlah, sudah lama tidak berjumpa Iran dan Ben.
7.00, aku dan Haida bertolak pulang.

- Setelah usai membersihkan diri dan solat, aku Haida dan Hana duduk berbual.
- Alamak, ada kain koyak, Hmmm! Hajat mahu tidur awal ku batalkan. Bekas benang dan jarum ku keluarkan. Sudahnya, aku duduk di tepi dinding, menjahit kain tersebut. Jahit tangan, memerlukan konsentrasi dan ketelitian yang tinggi. Barulah cantik jahitannya. Akhirnya pukul 12.00 lebih baru aku tidur.

Ahad:
Seperti biasa, aku bangun seawall pagi membersihkan diri dan buat apa yang patut. Seawal jam 8.00 pagi, aku telah siap berpakaian sukan untuk ke gym. Di saat rakan-rakan serumah masih lena diulit mimpi, aku keluar menaiki LRT ke gym. Wah! Hari ni jurulatih ada di gym. Nampaknya hari ni, aktivitiku akan dipantau dan diajar oleh jurulatih bertauliah ini. Jurulatih ini merupakan jurulatih sepenuh masa di sini. Namun, dia tidak selalu ada di sini kerana dia juga merupakan jurulatih atlit Negara yang berjadual padat. Kadang-kadang dia tidak ke sini kerana tugas yang menanti di Bukit Jalil. Ah, tak kisahlah. Aku bukan atlit pun. Mengunjungi gym sekadar untuk menjaga kesihatan. Lebih kurang pukul 10.30 pagi. Jurulatih menamatkan senamanku.

11.00 pagi, berjumpa kawan dan kami sama-sama ke kedai makan untuk mengisi perut. Memang lapar lepas bersenam ni. Kemudian aku pulang. Hana telah tiada. Haida juga bersiap untuk keluar. Tinggallah aku keseorangan di rumah. Aku menyambung kerjaku yang tertunggak setelah letih hilang. Menjelang pukul 3 Hana pulang.

Setelah selesai solat Asar, aku berkira-kira untuk goreng ikan. Sing yang bocor belum dibaiki kerana si pembaiki tidak mempunyai alat mungkin minggu depan baru boleh dibaiki. Jadi, tak bolehlah makan sedap. Niat hati mahu baring sekejap sebelum masak. Dah tertidur sampai 6 lebih. Aku tersedar apabila Haida pulang, menyedari sudah terlajak tidur, aku bergegas ke dapur. Ya Allah, ikan belum siang. Kenapalah housemateku tak beli je ikan yang dah siap siang? Kan sing rosak. Terpaksalah aku menghadap ikan-ikan tersebut, menyiangnya. Malamnya, kami makan berlaukkan ikan goreng dan telur goreng.

Siksa betullah sing bocor ni.

No comments: