Friday, July 10, 2009

Ke Mana Ilhamku?

:) sudah sebulan lebih tidak ku jenguk blog kesayanganku ini. Entahlah... Aku tiba-tiba jadi malas untuk menulis.. Jika dulu aku sering menyusun patah kata menjadi bait-bait indah yang membentuk puisi, kini tidak lagi. Mengapa? Aku juga sering bertanya sendiri. Ke mana hilangnya ilhamku? Siapa yang telah merentapnya pergi? Ah! Aku pening memikirkannya.

11 comments:

are mean said...

Ilham name org ke? hehe

Tun Teja said...

:) Kalau orang yang hilang senang nak kejar. Kalau tak pun report polis. Yang haru sekarang ni, ilham untuk menulis yang hilang. Di mana kau ilhaaaaam!!!!!!!!!!????

are mean said...

hehe...
awk ni penulis ker?
novel atau cerpen?
sy pembaca...hahah

Tun Teja said...

Novel masih dalam proses. Tapi sekarang saya bekerja di production house (syarikat yang mengeluarkan program TV) sebagai penulis skrip. Tapi bukan tulis
skrip aje. Macam-macam saya buat.
Awak ni kerja kerajaan kan? Kementerian mana?

are mean said...

program tv ape tu? bleh tau...
yup keje kerajaan...MOE jer..

ape2 pun selamat berkenalan... hehe :)

Tun Teja said...

Syarikat tempat saya kerja ni, buat rancangan majalah TV, telemovie (drama), kartun, rancangan masakan, rancangan muzikal dan yang seangkatan dengannya. Saya ni kurang arif dalam kerja kerajaan ni, MOE tu apa? (bodoh pula rasanya). Selamat berkenalan untuk awak juga. Awak dah baca semua post di blog saya? Sekurang-kurangnya awak dah kenal saya melalui post-post tu kalau awak dah baca.

are mean said...

hai...owh...awk ni kira org belakang tabir la yer...ape rancangan2 popular yg awk penah terlibat?

tak tau MOE? ahaha...siannye sy. kementerian paling besar dlm msia. ministry of education. hehe..

hmmm...awk ade ym,fs,ms,tagged,fb dan lain2? haha

aremean said...

hai...owh...awk ni kira org belakang tabir la yer...ape rancangan2 popular yg awk penah terlibat?

tak tau MOE? ahaha...siannye sy. kementerian paling besar dlm msia. ministry of education. hehe..

hmmm...awk ade ym,fs,ms,tagged,fb dan lain2? haha

Tun Teja said...

Rasanya awak tentu tak tahu rancangan ni, sebab kami banyak buat untuk RTM. Jadi taklah popular sangat. Kalau awak pernah tengok 4C (rancangan untuk wanita) dan drama yang ditayangkan pada raya tahun lepas, Kebaya Biru.

Saya cuma ada friendster je, itu pun, tak aktif. Kalau ada orang komen baru saya buka. YM dah banyak kali saya install tapi tak boleh. Skype adalah itu pun kat laptop. Yang susahnya, kat rumah tak ada internet. Ni pun saya buka sambil2 buat research.

Awak dah lama kerja kat MOE?

Kat Putrajaya ke kat Damansara?

are mean said...

kat kl jer...
huhuhu...lawaknye...sume ade. tp tak berfungsi...

ha ha ha

Tun Teja said...

Wah! Besarnya gelak En. Are Mean kita ni. Apa nak buat, dah nasib badan.

Seremban duk kat mana? Hari2 berulanglah?