Tak dapat aku bayangkan bagaimana marahnya hatiku ini. Tatkala aku ingin menunaikan solat Asar, telefon bimbitku mengalunkan lagu Mengintai Cinta Dalam Rahsia menandakan ada seseorang ingin bercakap denganku. Aku menyambut panggilan tersebut.
“Hello Teja,”
“Hello, Zamarul, I nak solat, you call jap lagi,”
“Solat apa? Zohor?” Tanyanya ringkas.
“Solat Asar. Jap lagi you call balik, ya?” Ish, dah pukul 5.00 mestilah Solat Asar. Gumamku dalam hati.
“Tak boleh. I nak cakap dengan you sekarang,” Ayat itu membangkitkan rasa marahku. Apa hak dia nak paksa aku? Lagipun, aku ingin utamakan solat, bukannya apa.
“Kenapa pula? I nak solat, okaylah,” Aku ingin menamatkan perbualan.
Sungguh! Hatiku mendidih dengan ayat itu. Akhirnya dia mengalah. “Okay, you are very good in solat, Assalammualaikum, bye,” Very good in solat? Taklah. Aku manusia biasa je. Lagipun aku tak mahu lama di surau, aku mahu cepat pulang ke pejabat. Ikhlaskah kata-kata itu?
Ah, Zamarul selalu begitu. Bila aku menolak pelawaannya untuk keluar bersama katanya, “you satu-satunya perempuan yang berani tolak pelawaan I. I tak biasa ditolak pelawaan I macam ni. Perempuan lain menanti-nanti nak keluar dengan I. You boleh tolak?”
“Tak apalah. Itu perempuan lain. I tak sama macam dia orang,” Itu jawabku.
Mungkin betul apa yang dikatakannya itu. Lelaki kacak sepertinya, berstatus anak datuk dan mempunyai pangkat tinggi dalam pekerjaan sering menjadi buruan wanita. Biarpun telah berkahwin, itu tidak bermakna saham mereka rendah. Kadang-kadang, aku kesian dengan isterinya. Dia sering mengatakan yang dia mempunyai ramai girl friend tapi dia tidak pernah merosakkan girl friendnya. Bila aku Tanya,
“you tak kesian dengan isteri you?”
Jawabnya, “I menjalankan tanggungjawab I dengan baik. Isteri I pun tak kisah. Kalau you nak tahu, I tak pernah tinggalkan rumah kalau duit seribu ringgit tak ada dan beras habis,”
“Memang isteri you tak kisah, tapi you pernah tak fikirkan tentang perasaan dia? Apa yang dia rasa? Memang dia tak kisah, tapi hati dia?”
“Itu dia kena terimalah. Lagipun I tak pernah abaikan dia,”
Tak pernah abaikan dia? Mungkin pada zahirnya betul. Tapi, dalam soal hati dan perasaan? Dia sering mengatakan yang dia bahagia dengan perkahwinannnya. Tapi mengapa perlu keluar lagi dengan perempuan lain? Rasanya… Kalau berkawan boleh tapi kurang kena pada caranya.
“Bagi I… Cinta perempuan tu… Terlalu murah,” Itulah ayat yang sering bermain di bibirnya.
“Tak semua,” Jawabku mengingatkan yang tidak semua perempuan begitu.
“Mungkin, tapi… Selalu yang I jumpa, bila I kawan dengan dia orang… Dia orang akan jatuh cinta dengan I. I rasa, tak mustahil kalau suatu hari nanti… You will fall in love with me,”
“Insya-Allah tidak. Dan I wish tidak,” Jawabku tegas. Tidak! Ya Allah, aku tidak mahu menyakitkan hati seorang isteri. Aku harap, Zamarul akan berubah. Semoga dia benar-benar menyayangi dan menjaga hati isterinya. Aku rasa... Isterinya amat menyayangi dan memerlukannya.
Entahlah! Macam-macam ragam manusia ni.
Tuesday, July 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment