(Berlaku pada Februari 2008)
Sudah lama Abang Zakritidak menghubungiku. Dari cerita seorang rakan, aku mendapat tahu yang Abang Zakri menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan. Alhamdulillah, semoga dia bahagia dengan pilihannya. Aku gembira dengan perkhabaran ini. Kini aku mengerti mengapa dia tidak menghubungiku seperti dulu. Walau bagaimanapun, aku tertanya-tanya, mengapa dia tidak memberitahuku sedangkan, itulah permintaanku.
Suatu petang, Telefon bimbitku menjerit minta diangkat. Tanpa membuang masa, nadanya ku matikan dengan menekan butang hijau.
"Hello," Kedengaran satu suara di hujung talian. Ya, aku kenal akan suara itu. Abang Zakri!
"Hello," Suaraku ceria menyahut.
"Teja, Teja kenal abang lagi tak?" "Biar betul dia ni, takkan aku tak kenal dia kot," Desis hatiku.
"Kenallah, takkanlah tak kenal,"
"Awak sihat?"
"Hmm... Sihat. Abang?"
"Abang pun sihat. Lama tak dengar khabar awak,"
"Abang yang menyepikan diri,"
"Maaflah, abang bukan tak ingat, abang ingat awak..."
"Abang, saya dengar berita gembira, betul ke?"
"Apa dia?"
"Abang... Dah jumpa dengan seseorang, ya?"
"Mana awak tahu?"
"Adalah,"
"Awak pun abang dengar (dia menyebutkan beberapa perkara tentang diriku," Aku tergamam. Dari mana dia tahu?
"Mana abang tahu?"
"Abang sentiasa mengikuti perkembangan awak, walaupun... Abang tak call awak,"
"Siapa orang tu?" Potongku. Aku tidak mahu dia mengalih tajuk perbulan kami.
"Cubalah teka," Abang Zakri berteka-teki.
"Eh, manalah saya tahu,"
"Ok, nama dia mula dengan huruf S," Aku meneka beberapa nama. Tatkala aku menyebut nama Su, dia mengiakan. Su, aku tidak kenal orangnya tapi pernah dengar namanya disebut oleh Abang Zakri.
"Abang, tahniah ya. Akhirnya, abang jumpa juga dengan orang yang tahu menghargai abang. Saya pasti, Kak Su akan menghargai abang dan dia takkan sia-siakan abang," Kata penuh berhati-hati. Semoga kata-kata itu meresap ke hatinya.
"Awak marah abang?"
"La... Kenapa pula saya nak marah? Saya ingat, abang yang marah saya. Dah lama abang tak call saya. Saya call pun tak dapat. Saya SMS pun tak berbalas,"
"Abang bukan marah. Tapi abang malu lagipun, handset abang yang nombor selalu awak call ni rosak. Kenapa tak call nombor satu lagi?" Nombor satu lagi, aku pun tak ingat nombor tu.
"Malu kenapa?" Perkataan malu yang disebut Abang Zakri menarik perhatianku.
"Yalah, nanti awak kata, sekejap je, abang dah ada orang lain," Balasnya perlahan.
"Taklah! Baguslah, sekurang-kurangnya, saya tak sakitkan hati abang lagi. Itulah yang dinamakan jodoh, tak kiralah, sekejap atau cepat," Kataku bersungguh-sungguh.
"Sebenarnya, abang sunyi. Bila awak marah abang hari tu... Abang sunyi bila tak bercakap dengan awak. Kebetulan, Kak Su hadir dalam hidup abang dengan..."
Aku masih ingat lagi akan peristiwa yang dimaksudkan oleh Abang Zakri. Hari itu, ada seorang lelaki berkenalan denganku. Kami berbual-bual. Berbual sekadar seorang kawan baru, tak lebih dari itu. Tiba-tiba petangnya, Abang Zakri menghubungiku. Aku tersentak apabila dia bertanyakan satu soalan kepadaku.
"Itu boy friend ke berapa tadi tu?" Tanyanya sinis.
"Abang Zakri, abang ingat saya ni apa? Suka tukar-tukar pasangan ke?" Hatiku tiba-tiba membara mendengarkan nada suaranya.
"Nampak mesra je,"
"Habis, dah orang bercakap dengan cara baik, baiklah saya layan. Bukannya saya menggedik. Selama ni, abang pernah dengar ke saya pasang ramai-ramai? Dengan abang pun, saya tak pernah main-main,"
"Oklah, abang minta maaf," Dia mengalah. Mungkin sedar akan kesilapannya.
"Dahlah, buat masa ni, saya tak nak cakap dengan abang. Nanti saya reda dulu," Aku tak tahu kenapa hari itu, kemarahanku tidak dapat dibendung. Sedangkan, aku bukanlah seorang yang cepat marah. Mungkin kerana aku terlalu letih kerana menguruskan satu majlis dan ditambah dengan beberapa masalah lain. Lama juga Abang Zakri cuba menghubungiku, tapi aku tidak mahu menyambut panggilannya. Dia mengirimkan beberapa mesej meminta maaf. Akhirnya, aku memaafkannya. Tapi aku takut kalau kata-kata itu sebenarnya lahir dari ketidakpuasanhati Abang Zakri kerana merasakan dia melakukan segalanya terhadapku, namun, aku tidak menyambut cintanya. Maafkan aku Abang Zakri. Aku tidak berniat untuk mempermainkanmu.
Sungguh, aku tidak berkecil hati dengan Abang Zakri. Kadang-kadang, aku teringin untuk berbual dengannya. Tapi... Bila mengingatkan yang dia pernah menyimpan hati padaku, rasanya lebih baik jika aku tidak menghubunginya. Bimbang ianya akan menggugat hubungan dia dan Kak Su. Lagipun, mungkin dia sedang belajar untuk melupakanku. Hatiku bertambah gembira apabila mendapat tahu yang Abang Zakri dan Kak Su telah bertunang.
Selang beberapa bulan kemudian, panggilan Abang Zakri ku terima lagi.
"Abang apa khabar?" Aku bersuara riang.
"Sihat, awak?"
"Alhamdulillah, sihat,"
"Lama abang tak call?" Aku sengaja menduga.
"Entahlah! Kalau boleh... Abang nak call awak selalu. Tapi entahlah, bila abang call awak je, abang asyik ingat kat awak je. Pas tu mulalah nak call awak tiap-tiap hari macam dulu."
"Apalah abang ni..." Aku ketawa kecil.
"Seronokkan kalau masa lalu tu... Boleh diulang kembali? Hari-hari abang bercakap dengan awak. Tapi jual mahal, abang ajak keluar tak nak. Nak belanja makan pun tak nak. Hanya sekali (sekali ditekankan) je abang makan dengan awak. Itupun sebab abang hantar awak naik bas nak pergi Pahang. Kalau keadaan masih macam dulu baguskan?"
"Abang Zakri... Kenapa ni? Dahlah, kisah kita kan dah berlalu. Abang pun dah ada tunang. Abang jangan sia-siakan Kak Su. Saya tahu, Kak Su sayang sangat pada abang. Lebih baik abang hargai orang yang tahu hargai abang. Apa abang dapat dari saya? Saya tahu, abang selalu terluka, selalu makan hati,"
"Sekurang-kurangnya awak ada dengan abang. Dan masih ada peluang untuk abang mendekati awak," Ya Allah! Kenapa jadi macam ni?
"Abang, abang kenapa? Abang menyesal ke? Abang tak bahagia?"
"Abang bahagia, abang tahu Kak Su sayangkan abang. Abang pun sayangkan dia, tapi kadang-kadang... Apa yang kita nak, apa yang kita suka, tak dapat. Dan, apa yang kita ada, tak macam yang kita suka,"
"Abang, manusia tu kan lain-lain?"
"Tapi... Dia tak macam awak. Kalau dengan awak, tak perlu abang suruh, tak perlu abang ajar. Semuanya awak dah tahu. Silap-silap, awak yang ajar abang." Aku faham apa yang dimaksudkan oleh Abang Zakri.
"Abang, kadang-kadang, orang yang tak tahu tu boleh jadi lebih tahu. Silap-silap, dia lebih dikasihi Tuhan. Entah-entah, dia dulu yang masuk syurga. Tuhan kan adil, setiap orang ada kelemahan dan kelebihannya. Saya pun banyak lagi kekurangan saya. Mungkin lebih teruk, siapa tahu?"
"Lagipun... Dia garang, cemburu yang bukan-bukan,"
"Abang, cemburu tu kan tanda sayang. Orang perempuan garang tu sikit je. Abang pandai-pandailah tackle, mesti okay punya. Dia cemburulah, sebab, dia tak nak kehilangan abang. Dia tak nak ada orang lain yang rampas abang dari dia." Aku senyum.
"Tapi kalau melampau..."
"Abang, kalau kita benar-benar cintakan seseorang, kita kena terimalah, baik dan buruk dia. Jangan kita nak yang baik je. Tuhan memang jadikan manusia tu ada baik dan ada buruknya. Tak ada yang perfect. Kalau abang dengan saya pun, mesti ada sikap saya yang abang tak suka. Abang nasihatlah dia baik-baik. Kalau betul caranya, tak susah dan dia akan berubah,"
"Awak ni, lembut tapi suka buat-buat garang,"
"Mana ada."
"Alah, dulu, masa abang selalu dengan awak. Abang rasa, sekarang ni baru abang bercakap dengan awak yang sebenar. Tapi abang tahu kenapa awak buat macam tu..."
"Kenapa?"
"Sebab, awak nak abang anggap yang awak ni garang, kasar. Jadi, tak adalah abang simpan hati pada awak," Aku ketawa. Tak sangka, Abang Zakri pandai membaca maksud yang terselindung. "Tapi, abang tak mudah tertipu. Garang yang dibuat-buat, lembutnya tetap ada. Kalau dulu awak macam ni kan bagus?" Sambungnya lagi.
"Huh, lagi susah abang nak lupakan saya,"
"Masalahnya, abang tahu awak macam mana,"
"Abang, boleh tak abang janji dengan saya?"
"Janji apa?"
"Janji yang abang akan jaga dan cintai Kak Su dengan sepenuh hati abang. Jangan ingat-ingat lagi kisah yang dulu-dulu tu,"
"Insya-Allah,"
"Insya-Allah je?"
"Tak baik berjanjilah. Tapi, abang akan cintakan Kak Su,"
"Jadi tunang dan suami yang baik tau. Yang dulu-dulu tu, buang semua. Oh ya, mana gambar-gambar saya? Abang dah buang?"
"Dalam handset dah tak ada. Tapi abang masih simpan kat tempat lain," Aku masih ingat bagaimana Abang Zakri menipu Ida, kawanku untuk meminjam handset Ida kononnya mahu bluetooth lagu. Pada hal, dia mahu mengambil gambarku dalam handset tersebut.
"Buanglah semua gambar tu. Tak baik. Kesian Kak Su. Cuba bayangkan macam mana kalau Kak Su simpan gambar boy friend lama dia?"
"Biarlah, itu semuakan kenangan. Itu hak abang. Bukan abang curang pun. Awak, kita jumpa?"
"Jumpa? Ish, tak naklah. Nanti apa kata Kak Su,"
"La... Bolehlah, bukan nak buat apa pun. Abang nak belanja makan je."
"Ok, saya bawa kawan saya, ya?"
"Tak payahlah, awak tak percaya kat abang ke?"
"Bukan tak percaya tapi tak sedaplah. Abang kan tunang orang,"
"Ok last, abang minta sangat, untuk kali terakhir,"
"Nantilah saya fikirkan," Jawabku lambat dan perlahan.
Perbualan kami akhirnya berakhir.
Friday, July 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment