www.harunyahya.com, laman web yang kalau tidak salah perkiraan aku, belum seminggu ku temui dan simpan dalam favourite. Aku tertarik pada tulisan Harun Yahya tentang pelbagai jenis haiwan di Bumi Allah dengan keunikannya tersendiri. Meskipun tulisan tersebut disasarkan kepada kanak-kanak, bagiku orang dewasa juga perlu membacanya untuk menambah ilmu pengetahuan. Sebenarnya, ilmu Allah itu luas. Makin banyak yang kita baca, makin banyak yang tidak kita ketahui. Pengisiannya amat menarik. Daripada tulisan tersebut, banyak ciri istimewa haiwan yang aku ketahui.
Kepada sesiapa yang berminat, layarilah laman web di atas. Mari sama-sama kita ketahui rahsia keajaiban ciptaan Allah. Jika ada masa terluang, akan aku tuliskan ringkasan daripada pembacaan aku nanti.
Wednesday, October 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment