Tuesday, April 30, 2019

Permintaanku Yang Sering Terpenuhi

Dia lelaki yang aku kenali dalam situasi yang tidak aku ingini. 



Dia lelaki berstatus yang sering aku jauhi. 


Betapa selama ini, lelaki sepertinya aku tolak ke tepi tanpa sedikitpun memandang keikhlasannya.


Namun, bila takdir melakar kisah, aku tidak mampu menghindar dari perasaan ini. 


Aku pelik dengan diri sendiri, bukan ini yang aku cari tapi kenapa ini yang Allah beri? Sukar untuk mempercayai bahawa aku mencintai dia yang dari status ingin aku jauhi. 


Bagiku, dia mempunyai ciri yang aku idamkan terkecuali status dan egonya.


Namun aku akur, Allah takkan memberikan segalanya sempurna buat hambaNya. 


Tidak pernah mana-mana lelaki setakat ini memperlakukan aku sepertimana dia melayanku. 


Dalam sekecil-kecil perkarapun, dia selalu memenuhi kehendakku. 


Aku pernah memberitahunya, bahawa aku sukakan bau One Million dari Paco Rabanne. Katanya, setelah berkahwin nanti, dia akan beli One Million untuk dipakai ketika bersamaku. Aku happy. Aku sangat sukakan bau One Million.


Tempoh hari, ketika bersiar-siar di Genting Premium Outlet, kami masuk ke sebuah kedai perfume. Dia mendapatkan tester One Million. Dia tidak sukakannya. Aku hampa. Nampaknya, dia takkan pakailah One Million tu untuk aku. Aku memujuknya agar menyimpan kertas tester tersebut. Kataku, bau dia memanglah tak sedap sebab baru sembur. Lama-lama nanti, bau dia best. Dia menyimpannya ke dalam beg. Mungkin sekadar menjaga hatiku. Mungkin kerana tidak mahu moodku rosak kerana hari itu telah dikhaskan seharian untuk bersama. 


Minggu lepas, dia memberitahuku yang dia akan berikan sesuatu kepadaku sebagai pemberat tas tanganku. Aku tertanya-tanya, apakah dia? Dia enggan memberitahuku. Dia minta aku tunggu. 


Semalam, dalam ketegangan, mungkin dia geram dengan sikapku, dia memberitahuku dalam keadaan marah. Dia minta aku memahaminya. Dia minta agar aku memahami perasaannya terhadapku dan terhadap perhubungan ini. Dia memberitahuku, betapa dia sayangkan aku. Segala kesukaanku cuba dia penuhi. Jadi fahamilah dia. 


“Awak tahu tak, abang dah beli One Million untuk awak letak dalam beg awak supaya abang boleh pakai masa kita jumpa. Sebab awak suka bau tu,” Aku terkedu mendengarkan kata-katanya. Sampai begitu dia mengambil berat akan kesukaanku?


Abang sanggup beli One Million sebab sayang? Walaupun abang tak sukakan bau tu? Abang nak pakai sebab sayang suka? Aku hanya mampu terus-terusan menangis. Menangis yang kerana sedih pada asalnya bercampur dengan rasa terharu dan sebak. Dan inilah kali pertama dia memanggil aku awak ketika bergaduh. Mungkin dia terlalu geram. 


Maafkan sayang abang sebab berburuk sangka dengan abang. Ada waktu-waktunya, sayang sangka abang tak ambil berat tentang sayang dan perasaan sayang sedangkan, kesukaan sayang yang seremeh itu pun menjadi perhatian abang. 


Maafkan sayang abang kerana selalu mengguris hati dan perasaan abang padahal sayang beruntung dicintai abang. 


Dengan segala kekurangan yang sayang ada, sayang tak mampu berjanji untuk tidak menyakiti hati abang tapi, sayang akan cuba sebaiknya untuk menjaga hati dan perasaan abang. 


Maafkan sayang abang kerana banyak kerenah dan ragam sehingga ada kalanya buat abang pening. 


Sayang sayang abang. Semoga Allah izinkan untuk sayang bahagia di samping abang dan membahagiakan abang hingga ke Jannah.

Amin.

Sukarkah Orang Lelaki Menerangkan Kepada Perempuan?

Seperti yang aku ceritakan pada entri yang lalu, maka semalam berlakulah ketegangan buat ke sekian kalinya. 



Mungkin aku yang salah kerana tidak memahami perbuatannya hingga aku tersinggung. 


Dalam ketegangan serta tangis hibaku, dia menerangkan duduk perkara yang sebenarnya, mengapa dia tegar menyinggung perasaanku pagi semalam. 


Kalau ianya dijelaskan dengan baik sedari awal, pasti sengketa ini tidak berlaku. 


Aku tak faham dengan cara fikir lelaki. Kan lebih baik dijelaskan dengan baik agar aku faham. Tak perlu marah dan ego. Kalau tak, dari pagi lagi segalanya baik-baik saja. 


Tak apalah. Mungkin ini proses untuk kami saling mengenali serta memahami hati masing-masing.


Ya Allah,
Andai kami ini adalah jodoh yang Engkau aturkan, maka Kau berilah kekuatan serta kesabaran kepada kami untuk berhadapan dengan sikap kami yang ada waktunya sesama kami tidak bisa memahaminya. 

Monday, April 29, 2019

Pagi Yang Mengguris

Kerinduan yang menggunung membuatkan aku tak sabar menanti pagi ini menjelang. Bila pagi datang, aku tertunggu-tunggu saat untuk bercakap dengannya. Aku rindu. Tuhan saja yang tahu perasaan ini. Dan saat yang aku nantikan tiba. Seperti hari-hari yang telah terlewati, dia menghubungiku. Allah saja yang tahu betapa aku gembira. Namun... kegembiraan pagi ini tidak lama. Dia ingin mematikan talian seketika semata-mata kerana ingin melihat video yang dihantar orang sebelah sana dalam group family. Aku dapat mengagak, video yang sering di'forward' orang ke group-group. Dalam hal sekecil ini pun dia lebih mengutamakan yang di sana berbanding aku yang sedang bercakap dengannya secara live? Ku pujuk hati. Tak apalah. Yang di sanakan isteri. Dia lebih berhak untuk mendapat segala-galanya hatta perhatian sekalipun. Siapalah aku jika dibandingkan dengan di sana? Betullah kata orang, bila kita menjadi yang kedua, kita kena banyak mengalah dan bersabar. Ini ujian yang Allah kirim pagi ini untuk menyedarkan aku akan kedudukanku dalam hatinya, pada matanya dan dalam hidupnya. Walaupun api cemburu marak menyala, aku sabarkan hati sendiri. Aku pujuk hati supaya diamkan saja rasa ini. Tak perlu aku besarkan hal ini. Kan lebih baik jika aku ubat kerinduanku padanya dengan sambung berbicara dengannya sebentar lagi? Seketika kemudian, dia menghubungiku semula. Mungkin dah habislah kot tonton video yang kesayangan dia hantar tu. Seperti yang aku jangka, video yang sering di 'forward'. Tak apalah. Aku ni sekadar menumpang kasih orang. Bukan hak mutlak aku. Tapi... dia bagi tahuku yang dia 'forward' video tersebut kepadaku. Dengan lembut aku bertanya, "Motif?" Katanya sebab video tu tentang ibu dan video yang bermanfaat. Baik untuk dikongsi. Ya, aku tak nafikan video tersebut baik dan bermanfaat. Tapi hati yang tersinggung ini, siapa yang tahu? Ditambah pulak dengan forward video yang sememangnya menyinggung hatiku. Dengan baik juga aku mengatakan, "Lain kali tak payah," Dari suaranya aku tahu, dia marahkan aku sebab cakap tak payah. Katanya, sampai bila nak didik hati kalau macam ni? Entah apa-apa lagilah dia cakap. Aku dah tak boleh focus. Aku sedih. Aku tanyakan kepadanya, sekiranya video tu dari aku, adakah dia akan buat benda yang sama? Jawabnya, mungkin. Mungkin? Tak apalah. Aku faham. Dia terus memberitahuku, tak mahu hal ini jadi gaduh dan dia matikan talian. Tangisku segera pecah. Tak apalah. Mungkin dia tak sedar yang dia menyinggung hatiku pagi ini. Tak guna aku bertekak atau bergaduh tentang hal ini sebab dia takkan faham hati perempuan yang berkongsi. Abang, sedangkan Saidatina Aishah, orang yang tinggi maqamnya dan dia isteri Rasulullah yang mulia tidak mampu membendung rasa cemburunya hingga terbelah pinggan dibalingnya, apatah lagi sayang abang? Dan Rasulullah tidak pernah marah akan cemburu isteri-isterinya. Sayang harap, abang tak marahkan sayang yang iman senipis kulit bawang ni. Sayang harap, dalam hal ni, abang rendahkan sedikit ego abang untuk menyelami hati perempuan. Ketahuilah abang, apabila kedua-dua belah pihak tahu nanti yang kami saling berkongsi, pasti api cemburu itu datang dari kedua belah pihak. Bukan sebelah pihak macam sekarang. Masa tu, takkan abang asyik nak marah-marah kami? Itu bukan jalan penyelesaiannya. Sayang minta maaf kalau tulisan ini mengguris hati abang. Sayang tak mampu untuk cakap hal ni secara lisan. Abang tentu lagi marah. Jadi, sayang tulis untuk abang renungkan. Renunglah dengan hati yang terbuka.

Sayang Rindukan Abang

Abang, setiap kali rindu ini bertandang, hati rasa sayu. Dan setiapp kali itu juga, tangis ini tak terbendung. Lantas air mata yang tinggal sisa ini deras mengalir walaupun ianya tak mampu turun. 



Abang, sungguh, hari ini sayang terlalu rindukan abang. Sayang sunyi. 


Abang, sayang juga rindukan abang yang dulu. Yang selalu lafazkan kata-kata cinta dan rindu. Yang selalu bagi ayat-ayat manis tatkala menamatkan perbualan di malam hari dan memulakan perbualan di pagi hari. Kenapa ianya kurang sekarang? Adakah keadaan kita yang panas tempoh hari buat abang berubah? Ketahuilah abang, sayang sangat rindukan saat itu. Ianya mampu mengubat kerinduan tatkala jauh, mampu menghapus segala rasa cemburu yang bertandang. Sayang tahu, kasih sayang itu mampu dizahirkan dengan perbuatan. Tapi tatkala kita jauh, kata-katalah yang akan menghangatkan cinta kita.

Salam rindu dari sayang yang jauh.

Saturday, April 27, 2019

Sayu Menjengah Hati

Kenapa aku sering dilanda perasaan ini? Hati mula sayu terkenangkan dia. Hati mula cemburu bila mengingatkan hujung minggunya dihabiskan bersama orang lain. Seronokkan kalau orang yang kita sayang sentiasa ada dengan kita terutamanya menjelangnya hujung minggu. 



Aku tahu, aku tidak layak untuk cemburu. Tapi hati ini... entah kenapa sering merasa begitu walaupun puas dinasihati dan dipujuk. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya rasa ini. Semoga Allah bimbing aku untuk menjadi orang yang baik walau diuji sebegini. Aku sendiri tak pernah terlintas akan berada dalam situasi ini. 


Ya Allah, 
Kau uji aku dengan rasa ini. Aku tidak Kau takdirkan untuk bersamanya dikala aku amat merinduinya. Tapi Ya Allah, tanamkan rasa cinta yang melimpah-ruah dalam hatinya buatku. Tusukkan rindunya buatku ke dasar hatinya yang paling dalam. Agar aku tidak mampu dia lupakan walau sesaat. Izinkan Ya Allah untuk dia jua merasai kerinduan yang aku alami ini. 

Thursday, April 25, 2019

Cinta Ini Membuat Aku Gila

Aku rasa... bukan aku sorang yang mengalami perasaan ini tatkala bercinta. Cinta itu bisa merubah mood kita 360 darjah. Tapi sebelum ni aku tak rasa macam ni. Ke sebenarnya perasaan macam ni ada tapi disebabkan pihak sebelah lagi tak layan dan manjakan aku, maka perasaan ini tidak terbit. 


Hari ini hari keempat kami dilanda ribut tropika. Cuma ada perkembangan bila dia mula mahu melayanku di whatsapp walaupun masih dingin. 


Setibanya aku ke stesen LRT, hujan lebat, guruh berdentam-dentum dan kilat sabung-menyabung. Aku berteduh seketika di surau LRT. Aku kirimkan teks kepadanya dan berbalas. 


Waktu mahu pulang ke rumah, telefon bimbitku berdering. Aku tahu, mesti dia sebab bunyi private phone. 

Entah kenapa, hatiku merasakan yang dia ada berdekatanku. Aku menasihati hati, jangan terlalu yakin. Takut sebenarnya tidak, nanti aku yang kecewa. Sungguh, aku rindu padanya. Aku ingin bertemu dengannya. Dia menghubungiku memaklumkan Maghrib sudah tiba untuk aku berbuka puasa. 


Apabila aku menghampiri blok kediamanku, sekali lagi telefonku berdering. Ya Allah, keretanya di hadapanku. Hati ini sering dapat merasakan yang dia ada dekat denganku atau ingin bertemuku. 


Kami membincangkan tentang hubungan ini di luar. Seperti biasa, segalanya berlaku kerana egonya dan aku yang tidak memahaminya. Egoku juga terselit di situ. So, kami berbincang sama ada hubungan ini perlu diteruskan atau bagaimana? 


Bagi diriku, aku tak pernah merasakan ingin berundur setelah apa yang aku lalui. Malah kasih sayang ini makin menebal buatnya. Begitu juga dia. Jadi penyelesaiannya, kami akan cuba memperbaiki kesilapan masing-masing. 


Ya Allah, apabila segalanya selesai, perasaan kasih dan sayang ini laju menyerbu hati dan sanubari. Hilang semua rajuk dan marah. 


Abang, sayang sayang abang. Sayang rindu semua kata-kata romantis abang dan cara layanan abang buat sayang. 


Masa bergaduh, sayang geram sangat dengan abang. Sayang terasa, tapi jika dalam waktu tidak bergaduh, aku sangat sayang padanya.

Wednesday, April 24, 2019

Bukan Itu Cara Untuk Aku

Aku terkenang pada mimpi ngeriku yang bermula 12 tahun lalu hingga 9 tahun lalu. Apakah ianya berulang? Aku tidak mahu menyamakan seseorang individu dengan individu lain. Tapi caranya membuatkan aku teringat pada masa silam itu. Apa yang berlaku seakan-akan pernah aku rasai. Jika aku silap, salah, cakaplah dengan baik bila keadaan sudah tenang. Bukan marah aku atau merajuk denganku dalam jangka masa yang panjang. Aku pernah lalui semua ni. Marah dan rajuk yang panjang bukan cara terbaik untuk mengajar aku. Malah, cara ini yang akan membuatkan aku berjauh hati. Aku tersiksa. Cukuplah selama tiga tahun lebih aku hadapi hal ni. Ketahuilah, bukan semua orang kita boleh gunakan cara yang sama untuk mengajar. Bila kamu menggunakan sesuatu cara, lihatlah sama ada berkesan atau tidak. Jika tidak berkesan, tukarlah cara lain. Jangan gunakan cara yang buatkan orang rasa seperti perasaannya tak dipedulikan. Aku tahu, jawabnya, kesilapanku berulang. Carilah punca kenapa kesilapan berulang? Tengok balik, adakah pengajaran yang diberi ketika seseorang buat salah tu berkesan? Jika kesilapan tu berulang, maknanya, cara mengajar tu tak tepat.

Monday, April 22, 2019

Maafkan Sayang, Abang

Aku tak tahu dia marah atau terasa hati. Tapi rasanya lebih kepada marah. Diakan suka marah. Lepas tu marahnya lama. Kenapalah semua orang yang datang dalam hidup aku ni suka marah lama? Aku bukan seorang yang sempurna. Pasti banyak kesilapan yang akan aku lakukan. Sekarang ni, nak tulis text pun aku fikir panjang. Dia marah ke tidak? Dia merajuk ke tak kalau tulis macam ni? Ya Allah, sebagai orang yang mencintai seseorang, pasti aku tidak mahu dia marah or terasa hati atau merajuk. Semua orang pasti nak happy je sepanjang masa. Macam yang aku tulis dalam entri sebelum ni, lately ni dia cepat marah or merajuk. Mungkin salah aku yang belum arif tentang sikapnya. Pagi ni, berlaku sedikit ketegangan. Tentang kerja aku. Aku percaya kepada setiap sesuatu yang berlaku itu ada asbab. Dan untuk memperbetulkan salah, kita kena tahu apa sebabnya. Dan aku dah terima salah aku dalam melaksanakan tugas tersebut. Dan aku kenal pasti apa sebab jadi macam tu dan aku akan cuba untuk elakkannya selepas ni. Sedangkan dia, tak nak dengar sebab yang aku nyatakan. Lalu, berlakulah ketegangan. Untuk mengelakkan keadaan makin keruh, aku buat keputusan untuk menamatkan perbualan di situ. Kalau aku yang marah, tak apa. Aku boleh control marah aku dan boleh baik Insya-Allah masa untuk aku pulih tak lama. Tapi kalau dia marah, tak tahulah berapa lama. Sehari pun dah cukup lama bagi aku. Aku tidak mahu tambah mengguris hatinya. Tapi pagi tadi, aku rasa marah, marah sangat. Sebab aku yang menghadapinya dan aku tahu apa yang berlaku di sini. Aku lantas ke surau menunaikan Solat Dhuha seperti lazimnya. Ku pujuk hatiku agar reda marah yang bertandang. Aku solat dalam keadaan marah dan aku menangis cuba melepaskan apa yang terbuku di hati. Kalau ikutkan marah, macam-macam yang aku fikir. Dan aku tahu, syaitan sedang menguasaiku. Aku tak mahu dibelenggu syaitan. Tiba-tiba, aku teringat kepada kata-kata seorang ustaz. "Cari sebab, kenapa kita perlu marah? Nabi tak pernah marah walaupun orang mengkhianati baginda. Bila kita marah, kita kena cari sebab kenapa kita perlu marah orang tu. Dia manusia biasa, dia lemah dan dia tak sempurna," Dalam marah, aku duduk berteleku. Aku Tanya pada diri sendiri, kenapa aku perlu marahkan dia? Bukankah dia yang aku sayang? Bukankah dia yang aku pilih sebagai bakal suami? Kenapa perlu marah? Sebab dia ego. Jawab hati. Masih panas. Lantas fikiran menyanggah. Dia tak tahu apa yang berlaku. Diapun tak tahu keadaan sebenar dari akar umbi sehingga berlaku kesilapan hari tu. Hati berkata-kata lagi, kalau tak tahu, dengarlah apa yang aku cakap. Aku perlukan sokongan dia. Fikiran pula menjawab, dia dah tenangkan kau hari tu. Kenapa perlu marah dia? Manusia kan jalan fikirnya berbeza? Sudahlah. Jangan marah. Ingat semua kebaikan dia. Dalam ramai-ramai orang yang hadir dalam hidup kau, dia yang paling memuaskan hati kau. Selalu berlembut, romantic, manjakan kau. Jadi, apalah salahnya jika sesekali kekurangannya terzahir dan buatkan kau marah. Baiknya lebih banyakkan dari yang kurang? Dia selalu cuba memenuhi kehendakmu. Selalu cuba membahagiakan engkau. Apa sangatlah ketegangan sebentar tadi jika dibandingkan dengan cinta dan kasih sayangnya? Sebagaimana engkau tidak mahu dia memarahi engkau dan sepertimana engkau tidak mahu dia marah dalam jangka masa yang lama, sebegitulah juga kau harus lakukan. Hidup ni tak lama. Tak perlulah bersengketa lama terhadap sesuatu yang tidak berfaedah. Hati yang marah sedikit demi sedikit menjadi sejuk. Rasa sayang terus meresap ke dalam jiwa. Engkau pun salah juga Teja, sebab kau marah dia. Aku lantas mencapai telefon bimbitku dan menulis beberapa aksara untuknya. "Abang, sayang minta maaf sebab kasar dengan abang tadi," Aku kirimkan kepadanya. Tak lama kemudian, ku lihat text tersebut telah dibaca tapi sepi tiada balasan. Tak apalah. Mungkin dia sedang marah. Biarlah. Biar dia sorang je yang marah. Aku tak perlu marah-marah. Allah kan ada. Orang yang sabar pasti menang. Cikgu Bakhtiar selalu pesan macam tu. Tak tahulah berapa lama dia nak marah. Tak apalah. Manusia kan ada banyak kelemahannya.

Tuesday, April 16, 2019

Terguris Tanpa Sengaja

Aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni, hati ni cepat saja terguris. Apakah aku yang terlalu sensitif atau sememangnya apa yang berlaku mengguris? 



Aku ni seorang yang amat serius bila bekerja. Tapi, seorang yang ceria bila berkawan. Apatah lagi bila bercinta. Dengan pasangan kita. Aku seorang yang ceria. Suka main-main dan mengusik. 


Namun, kebelakangan ni... apa yang berlaku buat aku takut nak bergurau. Takut disalahertikan kemudian jadi gaduh. Contohnya macam malam ni. Dia nak tidur, pesan kat aku jangan nak online sangat. Ya, aku faham perasaannya. Mungkin kalau aku di tempatnya aku jua merasakan hal yang sama. Salah aku kot. Sebab aku main-main, cakap kalau tak boleh tidur nak buat apa? Dia kata buat bodoh. Jadi aku cakaplah, buat bodoh tu masa tak ada mood or malas je. Tiba-tiba dia hantar text yang aku tahu dia marah. Dan dia cakap aku melawan. Ya Allah, tak ada niat pun nak melawan. Aku cakap tu gelak-gelak dan main-main. Kenapa ni? 


Katanya dia stress banyak kerja dan study. Bukan ke hari tu abang yang cakap kat sayang, kalau stress kerja jangan bawa ke rumah or dalam hubungan? Tapi malam ni... mungkin sebab sayang salah cakap kot. Kalau nak ikutkan stress dan penat, hari ni pun sayang stress dan penat. Ingatkan bolehlah hilang penat balik lewat ni dengan orang tersayang. Tapi tak apalah. Ni semua ujian kesabaran kot. 


Lately ni, beberapa kali aku terasa tapi aku cepat-cepat halau perasaan terasa tu dan buat seolah-olah aku OK je tak ada apa-apa. Aku malas dah nak gaduh-gaduh. Selagi aku boleh sabar, aku akan sabar. Sebenarnya bukan mudah nak tahan perasaan terguris dan merajuk. Lepas tu buat macam tak ada apa-apa berlaku. Aku ni kan, cepat berreaksi. 


Kalau abang baca entri ni, abang tak payahlah marah sayang. Ni sekadar luahan hati sayang. Janganlah tafsir yang bukan-bukan lepas tu marah. Sayang tak tahu nak luahkan kat siapa. Kalau sayang suarakan hal ni pada abang, mesti abang tak suka. Nanti abang marah lagi. Lepas tu sayang sedih. Nangis sorang-sorang macam hari Ahad hari tu dan macam malam ni. As long as sayang layan abang OK, cukuplah. Apa yang sayang rasa, sayang luahkan kat sini. Takkanlah sayang nak kena buka blog baru untuk buat luahan perasaan. 

Tuesday, April 2, 2019

Facebook Untuk Aku

Facebook, perkara yang remeh je kan? Kadang-kadang, aku jadi sedih bila mengenangkan Facebook. Bukan apa, aku juga ada keinginan nak tag orang yang aku saying. Rasa nak ditag terutamanya saat menghabiskan masa bersama. Dulu-dulu, tak dapat rasa semua ni. Aku sering dilarang untuk tag si dia. Aku pun tak faham kenapa. Pernah terdetik di hatiku, kenapa dia melarang aku tag dia? Adakah dia takut orang tahu hubungan kami? Tapi kenapa? Dia mahu rahsiakan hubungan ini dari siapa? Dan, bila aku bersama Mr. Nice Guy, aku rasa keadaan sama berulang. Nampaknya, sampai bila-bilalah aku tak boleh tag atau di tag sewaktu kami menghabiskan masa bersama. Apa lagi untuk letak status relationship di FB? Memang benda ni simple. Tapi aku nak rasa semua tu. Kadang-kadang jadi sebak bila mengenangkan semua tu. Nak tengok FB dia, aku tak boleh. Bila tengok dia tag orang sana, aku jadi sedih, rasa cemburu. Yelah, aku tak dapat semua tu. Tapi yang di sana, sentiasa di tag. Tengok status-status dia orang bersama, keluar, bercuti, cukup menghiris hati. Agaknya sampai bila-bilalah aku update status sorang-sorang walaupun masa tu berdua dengan si dia dalam melakukan aktiviti atau berada di mana-mana. Kalau aku pun dapat macam tu kan best? Terfikir jugak supaya dia buka satu akaun lain. Tapi aku hanya berangan sorang-sorang. Mana mungkin dia mahu buat begitu? Takkan dia nak buka akaun FB hanya kerana aku? Nanti mesti dia bosan. Friend dia semuanya kat akaun first dia. Dahlah dia jenis yang banyak like dan komen. Like dia kadang-kadang lebih seratus. Selalunya 80 90. Pendamkan sajalah kemahuan aku ni. Suatu hari, dia menyatakan yang dia ingin lihat Facebookku tapi tak boleh sebab aku dah privatekan akaunku. Atas faktor keselamatan jugak. Akhirnya, aku memberanikan diri untuk memberi cadangan supaya dia membuka akaun baru untuk aku. So, aku dapat rasakan yang orang aku sayang ada di FB ku. Dapat baca status dia. Kadang-kadang, nak cerita semua benda tak sempat. Aku kalau boleh nak orang yang aku sayang tahu apa yang aku buat. Status apa yang aku update, dengan siapa aku berkawan, siapa yang komen aku. Aku nak semua tu. Ya Allah, tak sangka, dia setuju. Jumaat lepas, dia membuka akaun barunya. Excitednya aku rasa. Lebih memeranjatkan, dia siap update relationship status. Aku happy. Tapi tak sangkalah pulak update relationship status tu dapat banyak komen. Takut jugak sebenarnya. Mohon ya korang doakan yang baik-baik untuk kami. Aku ada suarakan takut dia bosan tak ada kawan di Facebook barunya. Katanya focus dia hanya untuk aku. Terima kasih abang sebab selalu layan kerenah sayang. Selalu penuhi permintaan sayang. Sekarang sayang rasa macam sayang ni salah satu watak dalam novel cinta. Semoga rasa ini dapat sayang rasa hingga sayang menutup mata. Sayang sayang abang.