Monday, April 29, 2019
Pagi Yang Mengguris
Kerinduan yang menggunung membuatkan aku tak sabar menanti pagi ini menjelang. Bila pagi datang, aku tertunggu-tunggu saat untuk bercakap dengannya. Aku rindu. Tuhan saja yang tahu perasaan ini.
Dan saat yang aku nantikan tiba. Seperti hari-hari yang telah terlewati, dia menghubungiku. Allah saja yang tahu betapa aku gembira. Namun... kegembiraan pagi ini tidak lama. Dia ingin mematikan talian seketika semata-mata kerana ingin melihat video yang dihantar orang sebelah sana dalam group family. Aku dapat mengagak, video yang sering di'forward' orang ke group-group. Dalam hal sekecil ini pun dia lebih mengutamakan yang di sana berbanding aku yang sedang bercakap dengannya secara live? Ku pujuk hati. Tak apalah. Yang di sanakan isteri. Dia lebih berhak untuk mendapat segala-galanya hatta perhatian sekalipun. Siapalah aku jika dibandingkan dengan di sana? Betullah kata orang, bila kita menjadi yang kedua, kita kena banyak mengalah dan bersabar. Ini ujian yang Allah kirim pagi ini untuk menyedarkan aku akan kedudukanku dalam hatinya, pada matanya dan dalam hidupnya. Walaupun api cemburu marak menyala, aku sabarkan hati sendiri. Aku pujuk hati supaya diamkan saja rasa ini. Tak perlu aku besarkan hal ini. Kan lebih baik jika aku ubat kerinduanku padanya dengan sambung berbicara dengannya sebentar lagi?
Seketika kemudian, dia menghubungiku semula. Mungkin dah habislah kot tonton video yang kesayangan dia hantar tu. Seperti yang aku jangka, video yang sering di 'forward'. Tak apalah. Aku ni sekadar menumpang kasih orang. Bukan hak mutlak aku. Tapi... dia bagi tahuku yang dia 'forward' video tersebut kepadaku. Dengan lembut aku bertanya, "Motif?" Katanya sebab video tu tentang ibu dan video yang bermanfaat. Baik untuk dikongsi. Ya, aku tak nafikan video tersebut baik dan bermanfaat. Tapi hati yang tersinggung ini, siapa yang tahu? Ditambah pulak dengan forward video yang sememangnya menyinggung hatiku. Dengan baik juga aku mengatakan, "Lain kali tak payah," Dari suaranya aku tahu, dia marahkan aku sebab cakap tak payah. Katanya, sampai bila nak didik hati kalau macam ni? Entah apa-apa lagilah dia cakap. Aku dah tak boleh focus. Aku sedih. Aku tanyakan kepadanya, sekiranya video tu dari aku, adakah dia akan buat benda yang sama? Jawabnya, mungkin. Mungkin? Tak apalah. Aku faham. Dia terus memberitahuku, tak mahu hal ini jadi gaduh dan dia matikan talian.
Tangisku segera pecah. Tak apalah. Mungkin dia tak sedar yang dia menyinggung hatiku pagi ini. Tak guna aku bertekak atau bergaduh tentang hal ini sebab dia takkan faham hati perempuan yang berkongsi.
Abang, sedangkan Saidatina Aishah, orang yang tinggi maqamnya dan dia isteri Rasulullah yang mulia tidak mampu membendung rasa cemburunya hingga terbelah pinggan dibalingnya, apatah lagi sayang abang? Dan Rasulullah tidak pernah marah akan cemburu isteri-isterinya. Sayang harap, abang tak marahkan sayang yang iman senipis kulit bawang ni. Sayang harap, dalam hal ni, abang rendahkan sedikit ego abang untuk menyelami hati perempuan. Ketahuilah abang, apabila kedua-dua belah pihak tahu nanti yang kami saling berkongsi, pasti api cemburu itu datang dari kedua belah pihak. Bukan sebelah pihak macam sekarang. Masa tu, takkan abang asyik nak marah-marah kami? Itu bukan jalan penyelesaiannya.
Sayang minta maaf kalau tulisan ini mengguris hati abang. Sayang tak mampu untuk cakap hal ni secara lisan. Abang tentu lagi marah. Jadi, sayang tulis untuk abang renungkan. Renunglah dengan hati yang terbuka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment