Wednesday, April 24, 2019

Bukan Itu Cara Untuk Aku

Aku terkenang pada mimpi ngeriku yang bermula 12 tahun lalu hingga 9 tahun lalu. Apakah ianya berulang? Aku tidak mahu menyamakan seseorang individu dengan individu lain. Tapi caranya membuatkan aku teringat pada masa silam itu. Apa yang berlaku seakan-akan pernah aku rasai. Jika aku silap, salah, cakaplah dengan baik bila keadaan sudah tenang. Bukan marah aku atau merajuk denganku dalam jangka masa yang panjang. Aku pernah lalui semua ni. Marah dan rajuk yang panjang bukan cara terbaik untuk mengajar aku. Malah, cara ini yang akan membuatkan aku berjauh hati. Aku tersiksa. Cukuplah selama tiga tahun lebih aku hadapi hal ni. Ketahuilah, bukan semua orang kita boleh gunakan cara yang sama untuk mengajar. Bila kamu menggunakan sesuatu cara, lihatlah sama ada berkesan atau tidak. Jika tidak berkesan, tukarlah cara lain. Jangan gunakan cara yang buatkan orang rasa seperti perasaannya tak dipedulikan. Aku tahu, jawabnya, kesilapanku berulang. Carilah punca kenapa kesilapan berulang? Tengok balik, adakah pengajaran yang diberi ketika seseorang buat salah tu berkesan? Jika kesilapan tu berulang, maknanya, cara mengajar tu tak tepat.

No comments: