Tuesday, April 2, 2019
Facebook Untuk Aku
Facebook, perkara yang remeh je kan?
Kadang-kadang, aku jadi sedih bila mengenangkan Facebook. Bukan apa, aku juga ada keinginan nak tag orang yang aku saying. Rasa nak ditag terutamanya saat menghabiskan masa bersama. Dulu-dulu, tak dapat rasa semua ni. Aku sering dilarang untuk tag si dia. Aku pun tak faham kenapa. Pernah terdetik di hatiku, kenapa dia melarang aku tag dia? Adakah dia takut orang tahu hubungan kami? Tapi kenapa? Dia mahu rahsiakan hubungan ini dari siapa?
Dan, bila aku bersama Mr. Nice Guy, aku rasa keadaan sama berulang. Nampaknya, sampai bila-bilalah aku tak boleh tag atau di tag sewaktu kami menghabiskan masa bersama. Apa lagi untuk letak status relationship di FB? Memang benda ni simple. Tapi aku nak rasa semua tu. Kadang-kadang jadi sebak bila mengenangkan semua tu. Nak tengok FB dia, aku tak boleh. Bila tengok dia tag orang sana, aku jadi sedih, rasa cemburu. Yelah, aku tak dapat semua tu. Tapi yang di sana, sentiasa di tag. Tengok status-status dia orang bersama, keluar, bercuti, cukup menghiris hati. Agaknya sampai bila-bilalah aku update status sorang-sorang walaupun masa tu berdua dengan si dia dalam melakukan aktiviti atau berada di mana-mana. Kalau aku pun dapat macam tu kan best?
Terfikir jugak supaya dia buka satu akaun lain. Tapi aku hanya berangan sorang-sorang. Mana mungkin dia mahu buat begitu? Takkan dia nak buka akaun FB hanya kerana aku? Nanti mesti dia bosan. Friend dia semuanya kat akaun first dia. Dahlah dia jenis yang banyak like dan komen. Like dia kadang-kadang lebih seratus. Selalunya 80 90. Pendamkan sajalah kemahuan aku ni.
Suatu hari, dia menyatakan yang dia ingin lihat Facebookku tapi tak boleh sebab aku dah privatekan akaunku. Atas faktor keselamatan jugak. Akhirnya, aku memberanikan diri untuk memberi cadangan supaya dia membuka akaun baru untuk aku. So, aku dapat rasakan yang orang aku sayang ada di FB ku. Dapat baca status dia. Kadang-kadang, nak cerita semua benda tak sempat. Aku kalau boleh nak orang yang aku sayang tahu apa yang aku buat. Status apa yang aku update, dengan siapa aku berkawan, siapa yang komen aku. Aku nak semua tu. Ya Allah, tak sangka, dia setuju.
Jumaat lepas, dia membuka akaun barunya. Excitednya aku rasa. Lebih memeranjatkan, dia siap update relationship status. Aku happy. Tapi tak sangkalah pulak update relationship status tu dapat banyak komen. Takut jugak sebenarnya. Mohon ya korang doakan yang baik-baik untuk kami.
Aku ada suarakan takut dia bosan tak ada kawan di Facebook barunya. Katanya focus dia hanya untuk aku.
Terima kasih abang sebab selalu layan kerenah sayang. Selalu penuhi permintaan sayang. Sekarang sayang rasa macam sayang ni salah satu watak dalam novel cinta. Semoga rasa ini dapat sayang rasa hingga sayang menutup mata.
Sayang sayang abang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment