“Syg nk ckp dgn abg.” Lantaran rindu yang membuak, tidak mampu lagi aku pendam lalu text aku kirimkan.
“Ada apa? Dalam kerja lagi ni.” Balasnya kepadaku.
Sudah aku jangka. Pukul 6.00 lebih kebiasaannya abang masih berkerja walau pun office hour telah tamat. Sebenarnya aku tak bermaksud mahu dia call serta-merta. Aku harap dia akan call aku on the way balik nanti.
“Lepas kerja.” Balasku ringkas.
Tiada jawapan ku peroleh. Hati segera digamit rasa hiba. Adakah abang tak sudi lagi untuk bercakap denganku? Kenapa abang dingin sejak kebelakangan ni? Air mata yang tiada seakan mencurah-curah mengalir. Aku menangis semahu-mahunya. Untuk menghantar text meminta kepastian sama ada dia akan call atau tidak, aku enggan. Bimbang dia terasa aku mendesaknya. Lagi pun, dia sedang berkerja.
Aku membaca blog isteri kedua tentang kehidupan poligaminya membuatkan aku berulang kali menangis. Aku tanya pada diri, apakah aku benar-benar kuat untuk menempuh alam poligami? Apakah abang mampu menjadi seperti suaminya yang lemah-lembut dan mendidik isteri-isteri dengan baik?
Aku berhenti Solat Maghrib. Kemudian aku teruskan pembacaan bersama tangis. Kehibaan hati masih pedih menusuk. Aku lihat abang lama tak online. Mungkin dia dah balik. Kalau dia dah balik, memang taklah dia call aku. Aku menangis lagi.
Isyak tiba, aku ke surau lagi mengerjakan Isyak. Entah ke berapa kali, aku menangis di atas sejadah. Memohon agar Allah memberi kekuatan kepadaku dalam mengharungi gelora poligami ini.
Lepas solat, aku berkemas dalam kesedihan dan esak tangis. Kalau abang tak boleh call malam ni, kenapa abang tak bagi tahu yang abang tak boleh call? Kenapa abang diam je? Dengan hati yang lara, aku mengatur langkah meninggalkan pejabat.
Malas nak cerita apa yang berlaku masa on the way balik.
Sesampainya di rumah, aku disambut oleh kucingnkesayangan dan adikku yang bertanya kenapa aku lewat? Sesuailah tu. Dia kan lelaki, penjaga kami kakak-kakaknya.
Ketika aku di dalam bilik air, telefon bimbitku berdering. Aku cepat-cepat keluar dan mendapatkan telefon. Memandangkan sudah lama telefon itu berbunyi, aku terus menekan butang jawab tanpa melihat siapa pemanggilnya.
“Assalammualaikum,” Kedengaran suara yang amat aku rindui di hujung talian.
Hati gembira bukan kepalang bercampur rasa sebak.
“Waalaikummussalam.” Sahutku.
“Duduk kat mana?” Tanyanya kepadaku.
“Baru sampai rumah.” Malas cakap dalam bilik air. Nanti dia suruh aku selesaikan urusanku terlebih dahulu sedangkan waktu bersamanya sangat berharga buatku.
“Dari mana?” Tanyanya lagi.
“Baru sampai rumahlah.”
“Pergi mana tadi?” Tanyanya tidak puas hati.
Dari office.” Jawabku perlahan.
“Dari office? Tak bagi tahu pun nak balik?” Soalnya tegas.
Aku diam.
“Kenapa tak bagi tahu nak balik?” Tanyanya lagi mengulangi soalan terdahulu.
Aku diam lagi. Takut dimarahi. Tahukah abang yang sayang merajuk dengan abang? Sayang ingat abang tak nak call sayang. Aku mula sebak.
Dia diam menanti jawapanku.
“Emmm?” Tanyanya lagi. Setia menunggu jawapan dari bibirku.
“Abang kan sibuk,” Jawabku perlahan. Sebak.
“Habis tu, kalau abang sibuk, tak boleh text abang? Tak boleh bagi tahu?” Dia seakan terasa hati.
Alaaa... janganlah marah atau terasa hati. Sayang berjauh hati sebenarnya tadi. Bisikku dalam hati.
“Emmm?” Dia tanya setelah aku membisu seribu bahasa. Mengakui kesilapan sendiri.
Tangis yang ku simpan pecah jua akhirnya.
“Sayang rindu abang.” Aku mula teresak-esak.
“Kenapa ni?” Dia kaget.
“Sayang rindu abang. Rindu sangat-sangat,” aduku dalam esak yang mengganggu pertuturanku.
“Abang pun rindu kat sayang jugak. Sabarlah. Jangan macam ni ek?” Pujuknya lembut.
“Sayang sayang abang,” Aku terus menangis.
“Abang sayang sayang. Kenapa ni?” Pujuknya lagi.
“Sayang rasa abang jauh. Abang tak ada dengan sayang. Abang tak kisahkan sayang.” Tangisku semakin lebat.
“Abang kan ada. Abang balas je text sayang,” Balasnya lembut membuatkan cintaku padanya mekar segar.
“Tapi sayang je text abang. Abang tak ada pun tanya pasal sayang. Abang macam tak hiraukan sayang.” Aduku lagi.
“Taklah. Abang busy sekarang. Banyak kerja. Ridzuan dah tak ambil pot pasal stesen. Abang jaga dua region sekarang. Banyak kerja.” Terangnya panjang lebar.
“Abang tak cakap pun dengan sayang Ridzuan tak ada.” Rajukku dalam tangis.
“Bukan hari tu dah cakap ke Ridzuan pergi laluan SSP?” Balasnya.
“Tu dulu-dulu. Baru-baru ni mana ada.” Jawabku masih dalam tangis.
“Samalah tu. Tak berubah kan apa yang abang cakap dulu.” Balasnya sabar.
“Mana sayang tau.” Aku masih diamuk esak.
Dia diam seketika dan aku terus menangis.
“Dahlah. Nanti sakit mata tu.” Dia memujuk untuk ke sekian kalinya.
Aku cuba mengawal sedihku. Dan kami pun bersembang.
“Satu minit sampai.” Katanya kepadaku.
“OK. Thanks abang call sayang. Sayang rindu abang.” Ulangku lagi.
“Ye, abang pun rindu.” Balasnya lembut yang buatkan aku jatuh cinta untuk ke sekian kalinya.
“Sayang sayang abang,” isi hati ku zahirkan.
“Ye ke?” Balasnya bergurau.
“Yelah.” Balasku kembali.
“Lepas ni buat apa? Rehat?” Tanyanya padaku.
“Yelah. Nak mandi dulu. Sebenarnya tadi sayang dalam bilik air. Abang pun rehat tau,” pesanku padanya pula.
“OK. Pergilah mandi. Lepas tu sayang rehat.” Ujarnya.
Dan seperti selalu, sebelum mematikan talian, kami akan bertukar ucapan ni.
“Love you abang.” Aku mahu mengakhiri perbualan.
“Love you sayang.” Balasnya juga seperti kelaziman.
“Miss you sooooo much abang.” Ucapku sepenuh perasaan.
“Miss you too,”
Dan hatiku rasa terubat. Rasa lega. Terima kasih Allah atas semua ni.