Tuesday, March 24, 2020

Kenapa Isteri Berpoligami Cemburu?

Ada suami yang berpoligami marah bila isteri-isterinya cemburu. Betul ke sikap tu? 


Wahai para suami, apabila kamu mempunyai isteri baru sudah cukup melukakan hati sang isteri. 

Dan apabila kamu mengambil isteri baru, betapa dia cuba melawanperasaan cemburunya demi untuk kamu yang dicintainya.


Apabila mereka cemburu, usahlah dimarahi mereka. Tenangkan hati mereka, pujuklah dengan baik dan lemah-lembut. Yakinkan mereka bahawa mereka amat kamu sayangi.

Mengapa mereka cemburu? 

Sebenarnya sebab kamu jugak. Kamu yang berlakuntidak adil. Kamu rasa kamu dah adil, buat yang terbaik dan jaga hati kedua-dua belah pihak. Tapi sebenarnya, pasti ada perbuatan kamu yang membuatkan salah sorang dari mereka cemburu. Contohnya, bila kamu di rumah salah sorang, kamu marah sorang lagi yang text kamu. Kamu diam bila membaca textnya. Bayangkan apa perasaan pengirim text. Kenapa bila duduk di sebelah sana, nak marah-marah bila menerima text? Kenapa diam membisu bila ditanya? Cuba kamu fikir, sedang kamu bergelak ketawa bersama isteri sana, bersama anak-anak, apa keadaan isteri di sini? Sunyikah dia? Bosankah dia? Lebih-lebih lagi jika dia tiada anak. Cukuplah kamu membalas textnya dengan baik. Cukuplah dia tidak mendesak kamu berbalas text dengannya. Kan lebih baik dia text kamu dari dia text melayan orang lain demi menghilangkan kebosanannya. 

Kenapa dia text kamu tidak orang lain sedangkan dia bisa berbuat demikian? Kerana kamu adalah penting baginya. Kerana kamu segala-galanya bagi dia.

Di saat kamu memeluk dan membelai isteri di sana, tahukah kamu isteri di sini dihimpit kerinduan yang amat terhadap kamu yang dicintai? Lantas text dihantar sekadar meredakan perasaan rindunya. Sekadar menzahirkan kasih sayangnya. Tapi apa yang dia dapat? Kemarahan dan tidak dilayan. Pasti dia akan berfikir yang bukan-bukan. Kemudian perasaan cemburu sedia bangkit. Dan kalau dia zahirkan cemburunya, tanpa belas kasihan, kamu memarahinya lagi.

Tahukah kamu, apa yang kamu balas atau text kepadanya menentukan moodnya untuk hari itu. Balaslah dengan baik setiap pertanyaannya. Bukan dia mahu kamu melayannya 24 jam tanpa henti. Dia sekadar ingin bermanja dan ingin merasakan kasih sayang kamu terhadapnya. Jika balasan kamu sepatah, OK, ya, tak, tengok TV, seolah-olah kamu mahu lekas menamatkan perbualan bersamanya. Kemudian, bila dia marah atau terasa hati, kamu marahkan dia tanpa belas. Tanpa memikirkan perasaannya.

Tahukah kamu, setiap waktu dia menantikan text kamu meskipun tidak diungkapkan? Bila tiada text atau panggilan dari kamu, dia mengambil inisiatif untuk menghangatkan hubungan dengan menghantar text kepada kamu. Dan kamu membalas dengan dingin. Cuba letakkan diri kamu di tempatnya. Apa kamu rasa? Hampakan? Kecewa. Begitulah yang dia rasa. 

Untuk tidak membuatkan dia cemburu bagilah sedikit ketenangan dan kelegaan kepadanya dengan berkomunikasi cara baik. Janganlah untuk menjaga hati sebelah pihak, kamu abaikan pihak yang lain. Kemudian kamu katakan, yang kamu berusaha menjaga hati kedua-dua belah pihak. Jangan nampakkan sangat yang sebenarnya kamu bias. Jangan tunjukkan siapa sebenarnya yang kamu lebih sayang. 

Pada awalnya, tiada langsung dalam pemikiran isteri yang tidak bersama kamu itu cemburu bila kamu di sebelah lagi. Sikap kamu, perbuatan kamu dan kata-kata kamulah yang membangkitkan perasaan cemburu itu. Tapi kerana keegoan kamu, kamu marahkan dia kerana cemburu. 

Dia sayangkan kamu. Dia rindukan kamu yang amat. Sebab tu dia text kamu. Tanya khabar tentang kamu. Tanya kamu buat apa. Tambah-tambah di waktu berkurung begini, waktu yang amat sunyi dan membosankan. Dia pun faham yang kamu bukan miliknya seorang. Dia text kamu sekadar menzahirkan kerinduannya. Menyatakan kasih sayangnya. Menghilangkan rasa sunyi dan bosannya. Kenapa dia hanya ingat untuk text kamu, bukan orang lain? Kerana kamu paling istimewa dalam hatinya. Setiap masa dia fikirkan kamu. 

Sekiranya kamu sibuk, perlukan masa untuk membuat tugasan, beritahu dia dengan baik yang kamu sibuk dan terpaksa fokus dengan apa yang sedang kamu lakukan. Pasti dia faham dan tidak akan ganggu kamu. Dia sama sekali tidak mahu kamu marah. Tentunya dia memberi ruang peribadi itu kepada kamu. Jika keadaan kamu dah OK, kamu berilah tahu dia yang kamu dah OK. Janganlah terus mendiamkan diri sehari suntuk. Percayalah, dia bukan mahu text kamu berpanjangan. Dia sekadar melepaskan rindu terhadapmu. Dia selalu dambarkan kamu. Lebih-lebih lagi kalau dia seorang yang manja. 

No comments: