Thursday, March 26, 2020

Tak Mampu Untuk Saya Alih Pandangan

Minggu lepas, walau pun Perintah Kawalan Pergerakan sudah bermula, management mengarahkan setiap ketua unit datang ke pejabat tiga kali. Kami diarahkan untuk memilih tarikh dan waktu sendiri. 



Aku tidak berpuas hati. Apa lagi nak datang kalau dah semua agensi tutup? Aku memberitahu HR, aku datang naik LRT so aku terdedah kepada risiko makhluk halus durjana tu. Then, head yang blind diarahkan untuk datang dua kali je. Malas nak bergaduh, aku akur. Aku memilih untuk hadir ke pejabat Khamis lepas dan Rabu minggu ni. 


Kebetulan, seorang staff DBKL meminta untuk bertemu denganku untuk satu discussion. So, daripada datang kerja sia-sia, aku adakan jelah pertemuan tu. Lagi pun nak tunggu apa kat ofis tu sorang-sorang? Adalah sorang dua head lain datang hari yang sama. 


Seperti biasa, kehadiran wakil agensi luar ku sambut dengan baik dan kami berdiskusi di bilik mesyuarat. Sebelum ni kami berurusan melalui text sahaja berkaitan dengan penguatkuasaan. Ini kali pertama kami bertemu. Pada aku, dah namanya meeting, sama jelah meeting dengan sesiapa pun. Tak ada apa yang pelik. Perbincangan berjalan lancar. Memandangkan yang datang ni ketua zon, aku memanggilnya tuan. Gelaran biasa untuk penguatkuasa atau keselamatan. 


Setelah tamat mesyuarat, macam biasalah, aku memang malas nak berlama di ofis, lepas jumpa CEO, aku balik. 


‘Cik Teja cantik,’ 

‘Tubuh pun menarik,’ 

Aku berdebar membaca text yang dikirim.  Ya Allah, apalah yang mata lelaki ni pandang ek? Ayat biasa seorang lelaki. Aku mengingatkan diri sendiri.


Pada asalnya, dia fikir gambar je yang begitu. Tapi setelah bertamu, 


‘Saya tak mampu nak alih pandangan saya walaupun sekejap masa bercakap dengan cik tadi,’ Ini lagi seram. Biasalah, ayat lelaki. Bisik hatiku sendiri memperingatkan diri supaya tidak mudah hanyut dengan segala pujian dan kata-kata manis. Sesungguhnya yang indah dan cantik itu kejadian Allah. Maka kepada Dialah harus dikembalikan puji-pujian. 


“Tuan, saya biasa-biasa je. Mungkin tuan rabun kot tadi,’ 


Teringat masa discussion tu, ada jugak kami memperkenalkan diri. Salah satu soalannya,


‘Cik Teja mesti ada boy friend kan?’ 


Aku senyum sambil menjawab ‘Tuan doakan saya ya. Semoga semua urusan saya dan dia dipermudahkan,’ 

“Cik nak kahwin?’ Tanyanya mungkin minta penjelasan.

‘Insya-Allah,’ jawabku jujur.

‘Bila agaknya?’ Tanyanya lagi. 

‘Kami harap dalam tahun ni,’ Jawabku lagi. 


‘Mesti dah tak lamakan? Lepas raya?’ Satu lagi soalan diutarakan.


‘Saya tak pasti lagi,’ 




Sekarang ni, siapa je yang tanya, aku akan berterus-terang. Aku tidak mahu urusanku melibatkan soal hati dan perasaan. Aku tidak mahu memberi harapan kepada orang dan menyakitkan hati serta perasaan orang. Luka itu pedih. Aku pernah alami. Paling penting, aku tidak mahu melukakan hati dan perasaan orang yang aku sayang, yang aku cintai sepenuh hati, yang telahku tabalkan sebagai yang teristimewa dalam sanubariku. Aku juga tidak mahu merosakkan kepercayaannya kepadaku. 

No comments: