Saturday, March 28, 2020

Surat Buat Yang Tersayang

Assalammualaikum abang, 



Pagi ni, rindu yang tak pernah putus masih lagi membara. Sayang rindu sangat kat abang. Sayang nak bercakap dengan abang. Sayang rindu suara abang. Sayang rindu segala-galanya tentang abang. 


Perintah Kawalan Pergerakan ni, bukan sahaja menguji kesabaran untuk duduk diam di rumah tanpa ada apa-apa. Tapi ia turut menguji cinta kita. Sayang tak ada depan mata abang lebih dari sebulan. Abang pun tak dapat jumpa sayang. Semoga hubungan ini, cinta ini sentiasa dalam baik-baik saja. Semoga cinta abang pada sayang, tetap utuh walau apapun ujian melanda seperti cinta sayang yang sentiasa membara untuk abang.

No comments: