Orang perhati. Sampai kat Facebook pun orang perhati. Orang tengok tak ada like, tak ada update, bila aku update pun tak ada komen, bila aku tag tak ada respon. Jadi orang sangka yang bukan-bukan.
Sejak akhir-akhir ni, banyak benda yang berubah. Ada je yang buat aku terasa hati. Tapi aku sabar, kat sini pun aku tak banyak update. Sebab apa? Sebab nak jaga hati orang. Tapi makin aku diam, makin aku stress.
Bukan aku minta benda yang lebih. Tapi hidupkanlah suasana macam dulu. Suasana saling memerlukan, saling mencintai. Aku tak tahu kenapa? Kalau ada tak puas hati dengan aku, terus-terang cakap. Boleh aku perbetulkan. Sekarang, bila aku diam, dia pun diam. Benda-benda penting je text aku seperti nak pergi kerja dulu tu pun kadang-kadang tak. Dulu, kalau aku buat macam tu, marah. Cakap itu je ke nak cakap?
Kalau aku tak text dulu, tak adalah nak text tanya khabar aku, buat apa? Kat mana? Jarang sangat. Aku je yang selalu tanya itu ini. Tu pun kalau tanya banyak-banyak kali, tanya aku kenapa asyik tanya je kat mana? Sungguh, soalan ni buat aku tersinggung. Tapi aku pendamkan. Sebab tak nak gaduh. Bila aku tanya, maknanya, aku care tentang dia. Aku ambil tahu, itu tandanya aku sayang.
Kadang-kadang, bila aku text, jawabnya sepatah je. Macam tak happy nak layan aku. Kalau nak masa sendirian, tak nak diganggu, stress, bagi tahu aku supaya aku tahu dan aku boleh bagi masa untuk bersendirian.
Bila aku salah cakap, marah, marah dan marah. Pas tu, marah tu lama-lama. Sedar tak yang dia pun pernah salah cakap, pernah salah laku? Tapi aku tak ada pun marah-marah kecuali aku rasa melampau. Walaupun hati aku tersinggung, cepat je aku OK balik walaupun tak dipujuk.
Benda-benda kecik macam ni, tak seharusnya berlarutan berlaku. Takut nanti dia akan memusnahkan rasa kasih sayang antara kita.
Kalau aku salah, kalau aku buat something wrong atau tak berkenan di hati, bagi tahu dengan baik. Tak perlu marah-marah dan marah pun lama. Ego tu memang ada pada setiap lelaki untuk menjadi pemimpin. Tapi kalau keterlaluan, ia akan merosakkan.
Aku sedia untuk berubah demi hubungan ini. Tapi cukuplah sekadar nasihat dan tak perlu lama-lama marah. Ego tu semakin menjauhkan orang di sekeliling kita, bukan makin mendekatkan. Ego tu akan merosakkan kita, bukan semakin memperbaiki kita.
Cuba perhatikan, antara aku dimarah dan aku dinasihat dengan baik. Tengok reaksi aku. Mana yang lebih menenangkan hati?
Maaf, tiba-tiba pagi ni, aku beremosi. Aku sedih memikirkan keadaan sekarang ni. Aku tak tahu apa salah aku? Apa masih aku dicintai seperti dulu? Aku mulakan hari ini dengan tangisan. Sedih memikirkan semua ni. Aku ni seorang yang sukakan kasih sayang. Sebab aku tak rasa kasih sayang dalam keluarga aku. Aku ingin membina sebuah keluarga yang bahagia, yang sentiasa berkasih sayang, bergurau. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku tak rasa semua tu. Nak kata stress pasal mahkamah... itu mungkin tapi OK je duduk kat rumah sampai kurang text aku macam dulu. Tak sekerap dulu pun tak apa. Aku faham, dulu tu proses berkenalan, banyak benda nak tahu. Tapi jangan sampai aku rasa terasing. Kan dia pernah cakap, dia nak jaga hati dua-dua belah pihak. Aku pun perlukan perhatian, perlukan dia, perlukan kasih sayang.
Mungkin dia stress, tapi janganlah apa yang berlaku sekarang ni menjadi kebiasaan. Sebab benda ni tak baik untuk ubungan. Bagi tahu aku, cara macam mana yang perlu aku lakukan kalau perlu aku yang hidupkan suasana. Nak kata aku tak text, aku dah buat, dah selalu bertanya, dah selalu cuba berbual. Apa lagi yang kurang? Nak macam mana lagi? Aku harus bagaimana? Tolong beritahu aku supaya aku ubah sikap. Tahu tak? Yang dia tu kesayanganku? Selalu menjadi kerinduanku? Aku tak ada masalah untuk memperbaiki diri dan hubungan asalkan aku tahu caranya. Asalkan, hatiku senang, asalkan aku rasa orang memerlukanku, asalkan aku rasa orang menyayangiku, peduli tentang aku.
Maafkan aku, aku terpaksa menulis di ruangan ini kerana aku rasakan, tiada kesempatan diberikan untuk aku luahkan semua yang aku rasa sekian lama. Kalau aku tulis di status FB mahupun Whatsapp mesti tak sukakan? Kalau aku hantar whatsapp terus, mesti marah dan bergaduh. So, aku tak ada cara lain. Aku tulis di sini. Bukan niat mahu bergaduh dan mahu menyakiti hati sesiapa. Aku tak tahu cara terbaik untuk aku luahkan semua ni. Kalau asyik nak marah je, nak cakap pun susah. Nak berbincang apatah lagi. Sepatutnya benda ni tak berlaku. Sepatutnya pasangan perlu berbincang dan saling meluahkan untuk memperbaiki hubungan. Tapi aku tak boleh.
No comments:
Post a Comment