Masa aku sekolah dulu, aku amat memilih dalam bab makan ni. Duduk asrama, mestilah ada menunya. Hari makan lauk ayam, bukan main semangat lagi aku naik ke dewan makan. Tapi bila lauk ikan… Alamak! Bosannya! Sayur? Huh, jangan harap aku nak makan. Pasti akan ku beri kepada rakan semeja atau ku sedekahkan ke dalam tong sampah jika rakan-rakan enggan menerima pemberianku.
Masa aku baru-baru masuk sekolah, aku paling tak suka bila Cikgu Sharifah warden. Semua orang yang nak hantar tray ke troli, mesti kena lalu depan dia, tunjuk tray, habis tak makanan dalam tray. Kalau tak… Patah balik. Ada juga kawan-kawan yang masukkan sayur dalam gelas dan ditelungkupkan untuk selamatkan diri. Tapi aku taklah tergamak buat macam tu. Macam kotor je. Agak-agak Cikgu Sharifah jauh, aku bagilah pada kawan. Kadang-kadang, aku buat selamba je hantar kat troli. Kalau dia perasan, habislah aku, kena duduk balik kat meja dan habiskan makanan tu. Bukan setakat makanan dia jaga. Nak naik makan pun kena pakai “podo,” itu sebutan Cikgu Sharifahlah. Kena pakai bedak. Mak oi, nak naik makan pun kena berbedak bagai? Kalau tak kemas, tak berbedak, pasti dihalaunya balik ke asrama untuk buat apa yang patut. Pas tu baru naik balik. Tapi aku tak pernah kenalah. Waktu makan pula, sudu garpu tak boleh berbunyi. Masa nak duduk atau bangun, kerusi pun tak boleh bising. Pernah sekali tu, lepas baca doa, kerusi ditarik kuat. Kami disuruh bangun dan disuruh duduk semula dengan menarik kerusi cara sopan (tak berbunyi).
Begitu juga kalau Cikgu Mastar warden. Ha, itupun lagi satu masalah tu. Ish, menyusahkan orang betullah! (fikirku pada masa bodoh-bodoh dulu). Dia pun suka paksa orang makan. Tapi tak apa, Cikgu Mastar ni, bila dekat-dekat Maghrib, dia pasti duduk di buai kat padang atas, nak pastikan semua pelajar naik ke surau untuk solat jemaah. Aku pun cabutlah,” apa tunggu lagi. Kan selamat. Bila aku naik sekolah menengah, hatiku sedikit lega. Cikgu Sharifah sudah pencen jadi warden. Cikgu Mastar pula, tak setegas dulu. Fasal makan ni, dah tak dijaganya, sekali-sekala tu adalah. Ini satu perkembangan yang bagus! Haaah! Aku menarik nafas lega.
Namun, betullah kata orang, langit tu tak selalunya cerah. Dalam panas seharian, kadang-kadang hujan turun. Kadang-kadang pula, rebut taufan melanda.
Kalau tak silap aku, tahun 2000, masa aku tingkatan empat ataupun masa aku tingkatan lima. Adalah sorang cikgu ni. Aku memang tak berapa suka dengan cikgu ni masa tu. Kerek semacam je. Baru masuk sekolah ni, dah kerek. Tapi, menyampah aku tu dalam hati jelah. Mana berani nak memberontak. Aku kenalah jaga riputasi aku kat sekolah ni. Aku kan pelajar baik, pelajar contoh lagi. Takkan pengerusi asrama yang pertama dipilih dari kalangan pelajar perempuan nak buat hal? Buat malu kaum je. Kelak, bertepuk tanganlah budak lelaki yang bantah perlantikan jawatan tersebut dari kalangan perempuan!
Aik! Cikgu baru, alih-alih dah jadi warden dah? Ish, tak boleh jadi ni. Ah, tapi tak apalah. Dia tak kacau hidup aku pun, lantak dialah! Petang-petang hari dia dah bising kat atas tu, kat depan dewan makan. Apa hal entah? Malaslah nak ambil pusing. Begitulah aku masa dia mula-mula jadi warden.
Jap! Jap! Lain macam je berita yang budak-budak kecil tu bawa.
“Awak cakap apa tadi?” Tanyaku pada budak tadi. Biasalah, budak junior makan dulu, setengah jam kemudian baru budak senior makan.
“Cikgu Khairul suruh semua orang habiskan makanan,” Ulang budak itu sekali lagi.
Mengada-ngada betullah dia tu! Baru berapa bulan jadi warden, dah buat kepala. Nanti entah apa-apa lagilah tu! Nasib badanlah!
“Hari ni, saya nak, semua orang habiskan makanan dalam tray masing-masing. Selagi tak habis, jangan bangun,”
Alah, tak apa, hari nil auk ayam. Ejekku dalam hati. Sayur ni… Ah, bagi jelah kat orang. Hari itu, aku selamat dan turun dengan jayanya.
Bila hari dia warden je, dengan berbekalkan pengalaman yang aku timba semasa zaman pemerintahan Cikgu Sharifah dan Cikgu Mastar dulu, aku sering bertanya kepada Abang Lan (tukang masak)
“Lauk apa hari ni Abang Lan?” Senyum lebarlah aku kalau jawapannya ayam. Tapi kalau ikan,
“Abang, letak nasi saya sikit je, ya. Tak nak banyak-banyak, tau.”
Kalau nasi dalam tray banyak ketika lauk ikan, kelam-kabutlah aku mencari bekas nasi tambah, nak kurangkan nasi dalam tray. Tak pun aku bagi kawan yang nak tambah. Operasi ni dibuat dalam masa terhad iaitu ketika Mr. Diktator tu tengah memeriksa semua barisan asrama yang naik ke dewan makan.
Tapi dia ni lain macam sikit. Pemerhatian dia tajam.
“Saya nak, semua orang makan apa yang ada dalam tray masing-masing sampai habis. Kalau nak tambah, angkat tangan, mintak. Jangan ambil kawan punya. Kita ada tambah. Tak payah nak baik hati nak tolong habiskan orang punya. Kalau tak, dengan awak-awak sekali saya denda. Saya tak kira, makanlah awak. Sampai bunyi loceng sembahyang Maghribpun tak apa, saya tunggu,” Gulp! Peluang aku nak selamat makin tipislah ni! Ish, dia ni bukan tahap masalah dah ni, ini dah sampai tahap bala ni! Menyampah aku dengar ucapan alu-aluan dia tu. Dengan pelatnya tu, Iiiiii! Geram aku!!! Dia ni kalau bercakap ada pelat sikit, pas tu ada gaya yang cukup buat tahi telinga student kat sini cair.
Mulai dari hari tu, ada yang mengatakan aku makan banyak sebab selalu makan sampai loceng sembahyang kalau masa Cikgu Khairul warden. Lantaklah! Apa orang nak kata! Bukan aku makan banyak! Dah, dia tu paksa aku makan benda yang aku tak suka. Lambatlah jadinya. Malang betul nasib aku. Asal dia warden je lauk ikan, asal lauk ikan je, dia warden. Warden-warden lain ni pula, macam tak ada cikgu lain nak dijadikan warden ganti. Masa dia orang wardenlah, dia orang nak ada hal. Pas tu, ganti dengan si dictator yang tak ada perasaan ni. Tapi kira bagus sikitlah kalau si dictator tu warden hari sekolah. Makan malam je yang aku kena mengadap muka dia. Kalau hari cuti, aku rasa nak jadi halimunan je. Biar dia tak nampak aku. Apa taknya, Sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, complete! dia mesti jadi Pak Cangak kat dewan makan tu. Nasib baik minum malam tak wajib, kalau tak, awal-awal lagi dia dah terpacak dan terpekik-telolong kat dewan. Kalau hari cuti, mi kasar yang aku tak suka, biskut lemak yang aku tak gemar, kuih donat yang aku tak minat, semuanya kena habiskan. Kalau setiap kali makan tu semuanya menu yang aku tak suka? Itu baru bab makan! Tak termasuk bab lain lagi! Dia ni, bukan warden, tapi pendera mental dan fizikal. Boleh telefon teledera ni. Waduh! Pusing deh!
Suatu hari,
“Teja! Teja! Duduk! Habiskan makanan awak!” Alamak, bukan tadi dia dah keluar ke? Dia pakai ilmu apa ha? Tau je aku nak bangun? Memalukan aku je, dah semua orang tahu, aku nak lari. Dada aku ni dah berapi ni, dah menjulang lebih tinggi dari bumbung dewan makan ni. Macam biasalah, aku tinggal seorang di meja makan. Bukan setakat tinggal sorang kat meja makan, tinggal sorang kat dewan makan ni pun aku dah biasa sejak dictator ni ambil alih pemerintahan. Habis zaman kegemilangan aku! Aku ni dah macam “Ratu Dewan” dah. Pekerja dewan makan pun dah sedia maklum dah. Apa tidaknya, masa dia orang mula kemas dewan, aku masih lagi makan.
“Haha! Teja kena duduk balik,” Kedengaran suara-suara sumbang mentertawakan aku. Dari jauh, aku dengar si Mr. Diktator tu sibuk bercerita yang aku kena duduk balik sebab tak habis makan. Ha! Eloklah tu! Mulut becok mengalahkan “Mummy Jarum”. Agaknya inilah yang dinamakan Joyah edisi baru, bersi lelaki! Cetakan alaf baru! Aku tarik muncung itik. Aku berpaling ke arah kawan yang sudah bangun untuk meninggalkanku “Mengada betul!” Bebelku.
“Ha! Mengumpat! Mengumpat Teja. Awak mengumpat saya, berkudis nanti mulut awak tu,” Laungnya dari jauh, sengaja nak malukan aku. Suaranya dikuatkan supaya seluruh isi dewan yang dah tak berapa ramai tu dengar. Sekali lagi derai ketawa pecah di meja budak-budak lelaki yang tinggal beberapa orang saja lagi. Sekali lagi aku tarik muncung tapi lebih sekali ganda dari tadi.
“Hei! Apa cikgu ni???” Panas betul hatiku ketika itu. Mukaku masam mencuka. Elok je nasi aku tinggal sikit, dia datang tambahkan nasi dalam tray aku. Dahlah, nak habiskan yang tadipun siksa! Ini ditambahnya lagi! Sabar, Teja, sabar, cover, cover. Dekat hati aku ni, laha Gunung Merapi dah meletus dah. Nantilah kau! Diktator, kalau aku jadi cikgu esok, siaplah anak kau! (masa tengah geram tulah). Dia ketawa. Mungkin puas sebab dapat sakitkan hati aku. Dia ni ada satu habit, suka buat orang sakit hati, lepas tu dia akan ketawa girang. Aku tak tahulah dia ni makhluk dari planet mana! Pengikut Hitler dulu kot, hidup balik! Ataupun Hitler bersi baru!
Tak cukup dengan tu, dia ambil pula pinggan nasi dia tu, datang makan semeja dengan aku. Siap duduk berhadapan lagi! Apa dia ingat, aku kepingin sangat nak makan semeja dengan dia? Tak makan semeja dengan warden macam dia pun tak kumpunanlah! Ish!!! Bengang betullah!
“Hei! Awak makan ke kira nasi?” Tanyanya setelah dilihatnya aku bermain-main dengan nasi.
“Makanlah ni,” Aku menyuapkan sedikit nasi ke mulut. Menyampah! “Hei! Awak makan ke kira nasi?” Ejekku dalam hati. Tak berapa lama kemudian,
“Awak tahu tak Teja?”
“Apa dia?” Soalku malas. Nak cakap tu, cakaplah! Mengada-ngada nak Tanya-tanya pula. Malas aku nak bersoal jawab dengan dia ni. Ishhh!
“Nasi tu, pada zaman hidupnya, sentiasa bertasbih pada Allah. Kalau kau buang dia, menangislah dia kat dalam tong sampah tu,” Alamak, dia ni! Kalahlah aku dengan ayat macam ni. Terus aku teringat moyangku yang sering cakap begitu dulu bila aku tak mahu habiskan makanan. Aku dahlah sayang gila kat moyang aku tu. Aku pun mula menyuap kembali. Tapi… Tak sedap. Suapanku kembali perlahan.
“Sayur tu…”
“Ya, bertasbih pada masa hidupnya,” Sambungku cepat tanpa memberi peluang kepadanya menghabiskan kata-katanya. Aku pun makan sayur pula bersama nasi. Dia ketawa lagi. Benci aku!!! Ketawa dia tu, ibarat memerah air limau nipis ke luka tahu!
“Awak nak sayur lagi?”
“Tak nak! Cikgu jangan mengada ek!” Aku melarikan trayku sebelum dia sempat menambahkan sayur ke dalam tray tersebut. Nasi tu okay lagilah. Tapi yang selalu aku sangkut, bab sayur. Heiii! Lemah betul aku.
“Sedap makan? Dah kenyang?” Itulah soalan yang sering dilontarkan kepadaku setelah aku berjaya menghabiskan semua makanan ke dalam trayku. Biasanya soalan itu ku jawab dengan cebikan atau muncung yang panjang sedepa. Tapi Cikgu Khairul tak pernah marah. Dia hanya ketawa kesukaan menerima reaksi tersebut daripadaku. Ish! Menyampahnyaaaa Aku!!! Takkanlah dia tak faham yang aku tak suka kalau dah reaksi aku macam ni? Dia kan cikgu, dahlah tu, selalu cakap yang dia tu pandailah, bijaklah, takkan itu pun tak faham??? Kalau dia tak puas, malam nanti dia canang pula kepada student yang aku amat berselera makan petang tadi. Sudah tentulah cerita dia makan bersama menjadi topic utamanya. Wartawan tak bertauliah! Semua student dah faham apa maksud dia sebenarnya. Semua orang akan tarik muncung apabila mendengar dia makan semeja denganku. Yalah! Dia orang semua tahu macam mana siksanya kalau si Diktator tu makan dengan student, bukan berselera makan nasi, berselera makan hati!
Agaknya, sebab dah selalu dipaksa makan sayur, jadi sekarang ni, aku sukakan sayur dan tidak lagi bermasalah untuk menghabiskan sayur. Sayur peria yang pahit dan paling aku tak suka pun aku boleh makan sekarang.
Kepada Mr. Diktator yang aku yakin membaca enteri ni, terima kasihlah banyak-banyak kerana mengajar saya makan sayur. Sukalah tu!!! Mesti tengah ketawa berdekah-dekah baca enteri ni. Ni tengah muncung ni, tujuh kali ganda lebih panjang dari masa kat sekolah dulu. Amboi! Bukan main suka lagi bila baca enteri masak sayur tu. Huh!
Dipetik dari blog seorang rakan. Dengan keizinan namaku digunakan dalam entri ni.
Friday, July 31, 2009
Thursday, July 30, 2009
Semoga Mama Berpegang Pada Katanya
Aku mama dan Angah duduk-duduk di ruang tamu. Aku berbual-bual dengan mama. Sesekali, Angah menyampuk, menambah kemeriahan perbualan. Setelah agak lama berbual, kami diam. Mungkin masing-masing mencari tajuk yang sesuai untuk menyambung perbualan. Tiba-tiba, Angah bersuara:
“Ma, andai katalah nantikan, Angah jadi peguam, kalau Angah nak kahwin dengan tukang kebun, boleh tak, ma?” Aku senyum nipis. Ada-ada saja Angah ni. Nak menduga mamalah tu.
“Suka hati kaulah, Ngah. Angah yang nak kahwin, nak hidup dengan dia, bukan mama. Jangan perangai tak elok sudahlah.” Aku senyum lagi.
“Mama carikanlah, senang,” Sambung Angah. Dah mula terpengaruh dengan novellah tu. Desis hatiku.
“Jangan nak mengada. Cari sendiri. Kau orang yang nak kahwin. Kalau mama cari, esok, apa-apa jadi, salahkan mama pula. Tak kaya pun tak apa. Janji bertanggungjawab.”
Semoga mama masih berpegang pada kata-katanya itu. Bukan apa, ada dua tiga orang kawanku. Sebelum dapat kerja yang elok, ibu bapa kata, tak kisah nak kahwin dengan siapapun. Tapi, bila si anak diterima menyandang jawatan setanding dengan kelulusan, mulalah memilih. Ada yang dah putus pun. Walaupun bukan isu taraf pendidikan penyebab kepada perpisahan, namun mengapa hal-hal yang dibangkitkan tidak diutarakan sebelum anak menyandang jawatan tersebut?

Benarkah Demikian?
Apa benar orang yang belajar di luar Negara itu kebanyakannya akan berubah? Maksud aku… Berubah menjadi kurang mesra. Mungkin merasakan diri telah luas pengalaman dan bijak jika dibandingkan dengan ahli keluarga yang lain meskipun mempunyai kelulusan yang sama taraf. Kalau benar, kenapa begitu ya? Lupakah mereka yang manusia itu diciptakan dengan segala keindahan dan disertakan dengan kelemahan tertentu? Tidak ada manusia itu yang sempurna di sisi Allah. Segala kebijaksanaan tidak dipandang Allah melainkan amal solehnya.
Terdetik hatiku untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya tatkala mummy (panggilan untuk nenek) memberitahuku menerusi telefon yang Angah kini tidak seperti Angah yang dahulu. Kata mummy, Angah tidak semanja dulu. Caranya, bicaranya, gaya serta lagaknya ternyata berubah. Angah juga tidak pulang ke rumah mummy selama dia pulang dari Perancis sehingga mummy datang ke rumah kerana mama sakit. Angah juga tidak ke rumah cik (panggilan untuk moyang) untuk menjenguk orang tua itu. Kasihan cik, tentu dia sedang menanti kedatangan cicitnya yang pulang bercuti itu. Alangkah aku yang merantau di Kuala Lumpur ini pun sentiasa dinanti kepulangan dan panggilan, apatah lagi yang jauh nun beribu batu di sana. Mummy juga ada bertanya padanya, tidak mahu berjumpa Alongkah sebelum pulang ke Paris? Katanya, mungkin tidak. Sebenarnya Angah sudah menunjukkan perubahan sikapnya setelah aku tamat semester satu di UiTM. Dia sering moody, bercakap juga sering marah-marah. Adakalanya malas untuk bercakap. Kadang-kadang, bila aku menegurnya supaya melipat baju yang telah diangkat dari jemuran, dia tidak bertegur sapa denganku untuk beberapa hari, sedangkan, aku tidak marah-marah. Pernah sekali, dia memberitahu abah yang aku memarahinya sehingga tidak menegurnya. Memang sebelum itu kami ada berselisih faham. Tapi, kami telah berbaik kembali dan keluar bersama. Alih-alih, dia balik dan mengadu pada abah. Abah menegurku kerana memperlakukan dia begitu. Aku terkejut,
"Kami kan dah baik, abah," Kataku.
"Dia kata tak?"
"Bila dia kata Along tak tegur dia?" Tanyaku kepada abah inginkan kepastian. Mana tahu kalau apa yang diceritakan tu, semasa kami tengah bergaduh.
"Sekaranglah. Apa buat perangai macam tu, long," Aku sedih.
"Mana ada. Kami memang gaduh, tapi dah baik. Kami dah keluar bersama dan Along pun ada bagi duit kat dia sebab dia tak ada duit." Memang aku ada memberi wang padanya ketika itu. Yalah, duduk di universiti yang sama, tolong-menolonglah. Aku tidak tahu mengapa. Tapi, kami sering menghabiskan masa bersama baik semasa dia mengikuti matrikulasi di UiTM mahupun sewaktu membuat persediaan untuk ke Perancis. Mama juga ada memberitahuku yang abah kata, aku tidak bertegur sapa dengan Angah.
"Habis, mama kata apa?" Aku sengaja menduga mama.
"Alah, bukan awak tak tahu anak kesayangan awak tu," Memang abah nampak rapat dengan Angah setelah aku masuk ke asrama. Adakalanya, abah lebih mengutamakan Angah. Tapi itu tidak bermakna abah meminggirkan aku dan adik-adik yang lain. Cuma dia lebih kepada Angah. Namun, abah masih memberikan apa yang kami mahu dan memberi perhatian kepada kami.
"Abah jawab apa?" Tanyaku lagi.
"Abah diam,"
Fasal kes baju yang Angah biarkan di ruang tamu dan aku meletakkan semua baju tersebut di atas katil dulu pun begitu. Dia marah lalu tidak menegurku. Aku tidak pernah menceritakan pada sesiapa. Tiba-tiba mama bertanya kepadaku.
"Angah tak tegur Along ke?" Ketika itu, hanya aku duduk-duduk dengan mama. Eh, mana mama tahu?
"Mana mama tahu?"
"Mama tengoklah,"
"A...Ah, tapi bukan orang yang tak tegur dia,"
"Fasal baju hari tu ke?" Ya, memang masa aku letakkan baju Angah di atas katilnya mama ada bersama.
"Yalah, kot,"
Antara aku dan Angah, banyak perbezaannya. Walaupun kami kadang-kadang berselisih pendapat dalam hal tertentu namun, itu tidak menghalang kemesraan antara kami. Malah dulu, dia sering meluahkan perasaannya padaku. Aku juga walaupun tidak selalu, turut meluahkan rasaku padanya. Dalam banyak hal lainnya, kami sering sependapat. Sepanjang dia pulang bercuti kali ini, belum sekalipun dia mengirimkan SMS atau menghubungiku.
Kenapa Angah? Kenapa kau tak seperti dulu? Dulu, kita selalu menghabiskan masa bersama, berbual-bual dan bergelak ketawa hingga adakalanya mencecah lewat pagi. Apakah kerana aku ini tidak mempunyai pekerjaan yang baik? Maklumlah, walaupun aku ini berkelulusan ijazah, tapi gaji yang ku terima tidak sampaipun RM1000. Mungkin rezekiku masih belum tiba. Hanya Allah yang tahu akan masa dan tempatnya.
Aku harap, Angah akan kembali menjadi Angah yang dulu. Sekiranya hubungan kita tidak semesra dulu disebabkan Along, Along minta maaf ya, Ngah. Manalah tahu kalau ada bicaraku atau perilakuku yang menyakiti hatimu. Aku juga manusia biasa, punya kesilapan yang tidak dapat dielakkan. Percayalah, aku mahukan kita seperti dulu, sentiasa riang bersama dan saling mengingati antara satu sama lain meskipun kita jauh.

Wednesday, July 29, 2009
Kota A Farmosa
Kota A Farmosa? Wah! Satu pelawaan yang menarik! Best juga kalau aku ke sana bersama Zamarul. Lagipun, dah lama aku tidak ke sana. Tentu banyak pembaharuan dilakukan. Tapi... Dia kan suami orang! Cuba bayangkan macam mana kalau suamiku pergi bersiar-siar bawa perempuan lain. Sedihkan? Sudah! Tak payah. Bukannya aku tak pernah ke sana. Nanti kan abah nak datang, pergi dengan family lagi best. Pelawaan Zamarul ku tolak dengan baik. Hati wanita itu... Amat kesian untuk dilukai. Aku juga wanita. Jadi aku faham perasaan wanita. Meskipun aku dan Zamarul sekadar kawan biasa, siapa tahu hati wanita kan?
Biskut Coklat Guru Kejujuran
Pagi itu, setelah habis membuat kerja rumah, aku pulang ke asrama. Em… Kalau nak diikutkan, buat kerja sekolah kat asrama pun boleh. Tapi apa nak buat, duduk asrama, kenalah ikut undang-undang. Jadi, terpaksalah aku menuruni hampir 100 anak tangga ke sekolah untuk menyiapkan kerja rumah atau mengulangkaji pelajaran di bilik khas yang disediakan. Jadi, setiap hari persekolahan, aku perlu berada di sana dari pukul 8.30-10.30 walaupun tidak mempunyai kerja rumah. Tingkatan 1 yang memulakan sesi persekolahan pada sebelah petang memberikan masa untuk aku berehat. Lebih kurang satu jam lagi aku perlu bersiap ke sekolah.
Jam menunjukkan hampir pukul 11 pagi, aku terasa lapar. Ah, naik dewan makanlah, makan biskut. Tanpa menukar baju labuh yang ku pakai untuk bersantai di rumah (dorm), aku memakai swaiter. Aku tiba di kantin. Abang Rahmat (pekerja dewan makan) yang amat mesra denganku bertanyakan keinginanku. Aku memintanya biskut coklat. Tanpa banyak soal, Abang Rahmat memberikan beberapa keeping biskut coklat kepadaku. Setelah mengucapkan terima kasih, aku duduk di salah sebuah meja makan. Dengan penuh nikmat, biskut coklat ku makan. Ah, bosanlah makan sorang-sorang. Biskut coklat dalam piring ku ambil semuanya dan memasukkannya ke dalam poket swaiter. Boleh makan dengan Mahsuri kat rumah, bisik hatiku. Aku lantas berjalan menuju asrama.
“Teja! Teja!” Satu suara memanggilku. Aku amat kenal dengan suara itu. Cikgu Mastar! Ish, apa yang dia nak ni? Macam halimunan! Kat mana-mana ada je dia ni. Bebelku dalam hati.
“Ya,” Aku berpaling.
“Mari sini, awak,” Cikgu Mastar yang berdiri di padang permainan berhampiran buaian ku hampiri.
“Saya, cikgu?”
“Awak dah habis makan biskut?” Cikgu Mastar bertanya serius. Aku telan liur sebaik Cikgu Mastar menghabiskan soalannya.
“Sudah, cikgu,”
“Apa dalam poket awak?” Aku terdiam. Dia nampak ke aku simpan biskut dalam poket tadi? Mengadalah dia ni! Bukan banyakpun. Sekali-sekala, bukan selalu. Dalam pada hati membebel, mukaku merona merah kerana malu setelah sedar akan kesilapan diri. Undang-undang asrama, mana boleh bawa makanan masuk asrama.
“Ada biskut, kan?” Kepala ku angguk perlahan mengiakan.
“Siapa ajar awak menipu?” Tanyanya perlahan dalam nada tegas.
“Saya minta maaf, cikgu,” Dengan rasa malu, aku memohon kemaafan.
“Baiklah. Pergi habiskan biskut kat dewan makan,” Tanpa berlengah, langkah ku atur laju ke dewan makan.
Mujur Cikgu Mastar tidak marah. Mungkin baginya ini kesilapan kecil. Itulah, menipu lagi, kan dah kena. Marahku pada diri sendiri. “Orang yang mengaku akan kesilapannya, dia adalah satria,” Terngiang kata-kata Cikgu Sharifah Aishah di telingaku. Ya, itulah yang sepatutnya. Aku akan cuba menjadi satria.

Tuesday, July 28, 2009
Hatiku Panas.
Tak dapat aku bayangkan bagaimana marahnya hatiku ini. Tatkala aku ingin menunaikan solat Asar, telefon bimbitku mengalunkan lagu Mengintai Cinta Dalam Rahsia menandakan ada seseorang ingin bercakap denganku. Aku menyambut panggilan tersebut.
“Hello Teja,”
“Hello, Zamarul, I nak solat, you call jap lagi,”
“Solat apa? Zohor?” Tanyanya ringkas.
“Solat Asar. Jap lagi you call balik, ya?” Ish, dah pukul 5.00 mestilah Solat Asar. Gumamku dalam hati.
“Tak boleh. I nak cakap dengan you sekarang,” Ayat itu membangkitkan rasa marahku. Apa hak dia nak paksa aku? Lagipun, aku ingin utamakan solat, bukannya apa.
“Kenapa pula? I nak solat, okaylah,” Aku ingin menamatkan perbualan.
Sungguh! Hatiku mendidih dengan ayat itu. Akhirnya dia mengalah. “Okay, you are very good in solat, Assalammualaikum, bye,” Very good in solat? Taklah. Aku manusia biasa je. Lagipun aku tak mahu lama di surau, aku mahu cepat pulang ke pejabat. Ikhlaskah kata-kata itu?
Ah, Zamarul selalu begitu. Bila aku menolak pelawaannya untuk keluar bersama katanya, “you satu-satunya perempuan yang berani tolak pelawaan I. I tak biasa ditolak pelawaan I macam ni. Perempuan lain menanti-nanti nak keluar dengan I. You boleh tolak?”
“Tak apalah. Itu perempuan lain. I tak sama macam dia orang,” Itu jawabku.
Mungkin betul apa yang dikatakannya itu. Lelaki kacak sepertinya, berstatus anak datuk dan mempunyai pangkat tinggi dalam pekerjaan sering menjadi buruan wanita. Biarpun telah berkahwin, itu tidak bermakna saham mereka rendah. Kadang-kadang, aku kesian dengan isterinya. Dia sering mengatakan yang dia mempunyai ramai girl friend tapi dia tidak pernah merosakkan girl friendnya. Bila aku Tanya,
“you tak kesian dengan isteri you?”
Jawabnya, “I menjalankan tanggungjawab I dengan baik. Isteri I pun tak kisah. Kalau you nak tahu, I tak pernah tinggalkan rumah kalau duit seribu ringgit tak ada dan beras habis,”
“Memang isteri you tak kisah, tapi you pernah tak fikirkan tentang perasaan dia? Apa yang dia rasa? Memang dia tak kisah, tapi hati dia?”
“Itu dia kena terimalah. Lagipun I tak pernah abaikan dia,”
Tak pernah abaikan dia? Mungkin pada zahirnya betul. Tapi, dalam soal hati dan perasaan? Dia sering mengatakan yang dia bahagia dengan perkahwinannnya. Tapi mengapa perlu keluar lagi dengan perempuan lain? Rasanya… Kalau berkawan boleh tapi kurang kena pada caranya.
“Bagi I… Cinta perempuan tu… Terlalu murah,” Itulah ayat yang sering bermain di bibirnya.
“Tak semua,” Jawabku mengingatkan yang tidak semua perempuan begitu.
“Mungkin, tapi… Selalu yang I jumpa, bila I kawan dengan dia orang… Dia orang akan jatuh cinta dengan I. I rasa, tak mustahil kalau suatu hari nanti… You will fall in love with me,”
“Insya-Allah tidak. Dan I wish tidak,” Jawabku tegas. Tidak! Ya Allah, aku tidak mahu menyakitkan hati seorang isteri. Aku harap, Zamarul akan berubah. Semoga dia benar-benar menyayangi dan menjaga hati isterinya. Aku rasa... Isterinya amat menyayangi dan memerlukannya.
Entahlah! Macam-macam ragam manusia ni.

Mari Berpantun
Serangkap pantun dari beberapa rangkap yang ku tulis untuk assignment sewaktu menuntut dulu. Selebihnya, nantikan siri akan datang :)
Buah selasih tepi pelita,
Kain selendang sulaman jawa,
Kalau kasih bertaut cinta,
Sehari tak pandang resahlah jiwa.
Maaflah, kalau blog ni membosankan. Rasanya tak ramai yang sukakan pantun ni. Tapi tak apa, biar aku pelihara khazanah bangsa yang kian dilupakan ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)