Tuesday, January 29, 2019
Rindukah Aku?
Ya Allah,
Kenapa hati ini sering melayang kepadanya? Rindukah aku?
Ya Allah,
Andai rindu ini bisa menambahkan rinduku padaMu, maka izinkanlah hati ini sarat merinduinya.
Ya Allah,
Kau permudahkan cinta ini agar rindu anugerahMu ini tidak ternoda.
Ya Allah,
Bila rindu ini bertamu, sukar aku mentafsirkan perasaan ini.
Biar sering berbual dengannya, biar sering menerima dan memberi text kepadanya, tidak mampu menghentikan rindu ini buatnya.
Aku menghitung waktu, detik bertemunya petang ini.
Ya Allah,
Jangan Kau dera hati ini dengan rindu yang tak berkesudahan.
Tiap kali rindu mendera, air mata ini senang sekali tumpah membasuh perasaan. Bagaimana harusku tahankan hati yang rindu ini?
Abang,
Sayang rindu abang. Sentiasa.
Monday, January 28, 2019
Aku Yang Confuse
Aku selalu membaca artikal atau luahan isteri pertama, bahawa jangan sekali-kali isteri kedua mengirim pesanan ringkas atau menghubungi sang suami tatkala giliran mereka. Begitu juga seseorang yang istimewa buat si suami tidak digalakkan menghantar sms atau call si suami ketika dia di rumah.
Tak kurang juga aku baca luahan suami yang tidak suka diganggu ketika dia bersama isterinya atau tak suka second wife contact bila dia di rumah first wife.
Jadi, sedari awal aku menyedari perasaan aku terhadap si dia, aku telah bersiap sedia dengan beberapa hal termasuk perkara ini. So, bila dia di rumah, aku tidak sekali-kali menghantar text terlebih dahulu apatah lagi untuk membuat panggilan. Namun, sejak dari awal perhubungan, dia meminta aku sentiasa textnya meskipun dia di rumah. Aku pelik. Mungkin, itu sekadar kata-kata untuk menjaga hatiku. Mungkin dia tidak mahu aku rasa terpinggir. Namun aku tetap dengan pendirianku, untuk tidak mengganggunya semasa dia di rumah tak kira malam atau weekend. Sebelum-sebelum ni dia ada sindir aku bila aku masih tidak melakukannya.
Tapi hari ini... setelah aku membuatnya terkilan, dia memberitahuku bahawa sebelum-sebelum inipun ada perkara yang buat dia rasa terkilan terhadapku tapi dia diamkan saja. Aku lantas memintanya untuk berterus-terang. Rupanya, perbuatanku yang tidak menghantar text kepadanya sentiasa, terutamanya waktu malam dan hujung minggu benar-benar membuatnya terguris. Apa benar hal ini?
Aku masih lagi memberi alasan yang sama iaitu tidak mahu mengganggunya bersama di sana, takut suasananya di sana jadi kacau dengan kehadiran textku, takut dia rimas akan aku yang sering menghubunginya. Aku terkelu tatkala dia meninggikan suaranya, menegaskan yang dia benar-benar menginginkannya dan maksudkannya. Katanya, dia ingin sentiasa menerima textku, ingin sentiasa bahagia bersamaku, ingin membuatku rasa bahagia. Jangan sibuk memberi alasan tentang yang di sana. Dia tak pernah meninggikan suaranya begini terhadapku. Apa benar textku itu bermakna baginya sampai alasan-alasanku membuatnya semakin panas dan terkilan? Benarkah sebegitu bermakna textku padanya?
Sekarangpun ada kami text waktu malam dan weekend tapi dia yang akan memulakan. Tapi dia mahu juga menerima textku terlebih dahulu tanpa menunggu text darinya. Betulkah semua ni?
Tiga Perkataan
Pemikiran orang perempuan ni, tak sama dengan orang lelaki. Perempuan ni, hati tisu dan lebih sensitive. Mungkin sesuatu perbuatan atau perkataan tu biasa-biasa je bagi lelaki. Tapi bagi perempuan, ianya bias menyakitkan, menggembirakan, melukakan atau membahagiakan. So kat sini ada tiga perkataan yang boleh membuatkan hati yang marah reda kemarahannya. Hati yang panas, sejuk kembali atau boleh membuatkan seseorang itu merasa dihargai dan tersenyum sepanjang hari.
1. Terima kasih/thank you:
Terima kasih ni ramai jugak yang lupa nak ucap kat sesiapa yang membantu atau memberi. Tapi, ucapan ini bias membuatkan seseorang itu rasa dihargai. Ucaplah terima kasih walau dalam sekecil-kecil perkarapun.
2. Tolong/please:
Kalau nak minta seseorang tu buat something, mulakanlah ayat dengan tolong atau please. Tidaklah ia merasa seperti menerima arahan. Maka seseorang itu pun akan melakukan sesuatu yang diminta dengan senang hati.
3. Maaf/sorry:
Perkataan ini terlalu mahal harganya bagi sesetengah orang. Ramai orang merasakan egonya jatuh atau dia tidak perlu meminta maaf sebab dia tak salah. Memohon maaf ni bukan sekadar kita mengaku salah. Malah, memohon maaf ni bisa membuatkan hati yang marah terpujuk. Hati yang panas sejuk. Bukan bermakna seseorang memohon maaf tu dia di bawah dan hina. Tetapi dari perkataan yang ramai orang tak suka ni bisa menambahkan rasa kasih sayang orang kepada kita. Bagiku, maaf ni bukan perlu diminta kerana kita bersalah. Tetapi maaf itu sebenarnya sesuatu yang mampu memadamkan calar terhadap kasih sayang kerana berlakunya perselisihan faham atau pertengkaran.
OK bye.
Sunday, January 27, 2019
Hanya Dengan Satu Text, Mood Melayang
Seperti hari-hari sebelumnya, aku menerima text dari dia. Hati yang terasa ingin menjauh, sedikit terpujuk.
Sejak semalam aku rasa jauh darinya. Namun, memandangkan kesibukannya, ku pujuk hati sendiri. Kesian dia, dia penat. Pagi semalam, bila menerima balasan text darinya yang tak seperti selalu, aku serba-salah. Adakah aku yang salah? Sebab petang Jumaat kami keluar bersama menyebabkan dia pulang lewat. Lantas menyebabkan kepenatan yang berlarutan pada sebelah malamnya dan mungkin membawa ke pagi. Dia marahkah sehingga textnya tak semesra selalu? Ku pujuk hati, mungkin dia penat. OK, aku diam. Memang tak banyak text tapi aku faham sibuk. Dan aku pun menjalani hariku seperti biasa tanpa ada rasa marah atau rajuk.
Tapi bila pagi ni dia kata mana sempat je, sedangkan aku dah cakap aku berjauh hati, hatiku terus jauh lagi. Tak boleh ke bila aku katakan aku gerasa kita jauh, cakap jelah sorry/maaf. At least, tak adalah aku berjauh hati. Bila kata mana sempat je, so aku yang dah sedia berjauh hati terfikir, adakah aku dilayan tatkala sempat je? OK la, kalau macam tu, biarlah, tak payahlah text. Sebelum orang buat aku bila sempat je, biarlah aku sendiri memutuskan tak payah sempat. Pergi jelah kenduri dan balik kampung. Nanti kalau rasa rindu menjengah, text jelah aku kat sini. Tapi please la, jagalah tulisan tu. Jangan tambah lagi rasa jauh hatiku dan rasa terasaku ini.Tak perlu pujuk bila ada depan mata je. Dari jauh pun boleh pujuk. Bukan susah sangat nak memujuk. Nak dengan tak nak je.
Wednesday, January 23, 2019
Pertemuan Kedua - Kronologi Pertemuan Aku Dan Dia
OK. Meh kita sambung cerita yang dah lama tertangguh ni.
Hari tu aku dah cerita macam mana aku bertemunya di pejabatnya.
Maka 26 Oktober, 2018 pun tiba. Rasa berdebar pun ada. Aku confuse, berdebar sebab nak sertai simulasi kecemasan ke berdebar nak jumpa dia? Ish, apalah aku ni? Nak berdebar jumpa dia buat apa? Sama je macam jumpa orang lain. Berdebar sebab simulasi kot.
24 dan 25 Oktober, tu kami sering berbalas text. Segan jugak nak jumpa depan-depan bila dah selalu balas-balas text ni.
Ah, buat apa nak segan? Kawan kan? Akal pulak meningkah.
Kawan? Hoi, itu bukan taraf kawan kau eh. Tu boss-boss tu.
Alah, boss pun manusia biasa. Balas akal kepada hati.
So malam tu, seperti yang dijanjikan, aku hadir ke simulasi tersebut. Berdebar jugak nak call dia bila Mr. Muru sampai untuk maklumkan ketibaan Mr. Muru.
Segan jugak rasanya bila sentiasa duduk di meja dan dia sentiasa di meja tersebut. Yelah, mungkin dia nak meraikan kami sebagai jemputannya. Sampailah time masuk train, train accident dan selamat diselamatkan. Kami diletakkan di suatu kawasan untuk pemeriksaan. Selesai prosedur penyelamatan, dia datang membawa kami ke meja semula.
Malam tu berakhir dengan dia dan seorang staffnya menghantar kami balik ke office. Jalan kaki je. Dah kenapa hati aku ni? Berdebar tak tentu pasal bila dia jalan kat sebelah aku kenapa? Mereng?
Habis program jam 3.00 pagi. Aku tidur. Sebelum tidur tengok jugak handset kot-kot ada text dari dia macam pertemuan pertama hari tu? Tak ada. May be sibuk mengemas kot. Tak pun mengantuk, balik dan tidur.
Paginya pun tak ada message. Dah kenapa aku ni? Duk tunggu text dia kenapa? Buang masa jelah. Mungkin dia tak berminat nak kawan aku lagi setelah melihat siapa aku sebenar sepanjang program malam tadi. OK. Lupakan dia! Tak susah nak lupakan diakan? Bukan ada apa-apa pun. Kenalan kerja.
Kebetulan hari tu Sabtu yang aku bekerja. Balik rumah, kawan ikut balik. So, inilah peluangnya untuk aku lupakan dia. Handset aku campak atas katil. Siap berazam tak nak tengok whatsapp. Takut mengharapkan text dari dia. Jom kita enjoy-enjoy dengan kawan.
Malamnya, terasa nak tengok phone pulak. Takut ada text penting masuk. OK, nama dia muncul. Rupanya, dia text aku sebelah petang. Katanya rasa tak best bila tak kacau aku. Dia text lagi sebelah malam bila tiada balasan dari aku. Siap panggil aku Cik Siti Wan Kembang dan bagi tahu risau sebab tiada respon dari aku. Hahahaha... Kenapa nak risau pulak? Dan, untuk malam tu dan hari-hari selepas tu kami terus berhubung melalui text.
Tak sangka pulak boleh jatuh cinta.
Sekarang kalau tak text, aku merajuk! Tak call pun merajuk jugak!
ahahaha... Abang sabarlah layan kerenah sayang. Sayang pun akan layan kerenah abang.
Tuesday, January 22, 2019
Terima Kasih, Allah
Ya Allah,
Aku rasa sebak bila mengenangkan hari-hari yang aku lalui bersamanya. Sebak kerana terharu kesyukuran Engkau mempertemukan aku denganNya. Aku tak pernah terfikir orang yang hampir seperti aku angankan hadir dalam rialitiku. Meskipun kami dipertemukan dalam situasi sebegini, alhamdulillah, aku tenang dan gembira bersamanya.
Ya Allah,
Aku mohon izinMu untuk kami terus bersama dalam ikatan suci hingga ke Jannah. Ya Allah, andai dia jodoh yang Engkau janjikan, izinkan aku mencintainya hingga ke nafas terakhirku. Izinkan jua cintanya kepadaku hingga ke degup akhir jantungnya. Dan, izinkan kami kembali bersatu di JannahMu kelak.
Kekasih,
Mencintaimu adalah sesuatu yang indah.
Dicintaimu adalah sesuatu yang manis.
Rindu yang kita rasa menyiksakan namun indah.
Aku tak mahu kehilanganmu namun aku manusia biasa.
Lantas, aku tawakalkan cinta ini pada Yang Esa.
Kekasih,
Aku harap aku jua mampu membuatkan kau bahagia.
Aku harap, aku jua mampu mewarna-warnikan hari-hari indahmu.
Ketauilah, aku sentiasa merinduimu dengan izinNya yang menitipkan rasa ini dalam hatiku.
Monday, January 21, 2019
Melayang Ingatanku Padanya
Dinihari ini, teringat aku padanya. Rindu ini menjemput sayu bertandang.
Apa ada padanya sehingga ia mampu memadam ingatanku pada masa silamku?
Apa kena denganku hingga marak cinta yang telah padam?
Aku lantas kembali kepada pencipta. Siapa ingin berada dalam situasi ini? Tapi siapa pula mampu melawan apabila takdir mengatur kisah?
Jelasnya, aku menyayanginya, merinduinya dan inginkan dia di sisi.
Aku tak tahu kenapa Subuh ini deras saja tangis ini mengalir. Andainya layar ini sehelai kertas dan aku mempunyai air mata, pasti basah dan berkesan air mataku di sini.
Atau mungkinkah kerana rindu yang kian mendesah menjadikan sayu menyengat rasa? Hari ketiga tidak bisa berbicara dengannya pasti menjemput pilu ini bertamu. Lazimnya, di pagi hari begini tidak sabar aku menanti panggilannya. Namun hari ini, seharian lagi aku harus bertahan tanpa berbicara dengannya, tanpa mendengar suaranya, tanpa mendengar dia memanggilku dengan panggilan kegemarannya, tanpa mendengar lafaz kasih sayangnya secara lisan.
Ya Allah,
Aku redha dengan ketentuanMu andai ini yang terbaik. Jika ini harga yang harusku bayar untuk mencintainya, maka kau kuatkan hati ini untuk menempuhnya. Aku mohon Ya Allah, kuatkan ikatan ini hingga ke Jannah. Dan Kau kukuhkan cinta rindu dalam hatinya buatku walau di mana dia berada, walau siapapun di hadapannya seteguh batuan pergunungan yang Maha Indah.
Ya Allah,
Sampaikan salam rinduku padanya, sehingga aku menjadi kerinduannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)