Tak kurang juga aku baca luahan suami yang tidak suka diganggu ketika dia bersama isterinya atau tak suka second wife contact bila dia di rumah first wife.
Jadi, sedari awal aku menyedari perasaan aku terhadap si dia, aku telah bersiap sedia dengan beberapa hal termasuk perkara ini. So, bila dia di rumah, aku tidak sekali-kali menghantar text terlebih dahulu apatah lagi untuk membuat panggilan. Namun, sejak dari awal perhubungan, dia meminta aku sentiasa textnya meskipun dia di rumah. Aku pelik. Mungkin, itu sekadar kata-kata untuk menjaga hatiku. Mungkin dia tidak mahu aku rasa terpinggir. Namun aku tetap dengan pendirianku, untuk tidak mengganggunya semasa dia di rumah tak kira malam atau weekend. Sebelum-sebelum ni dia ada sindir aku bila aku masih tidak melakukannya.
Tapi hari ini... setelah aku membuatnya terkilan, dia memberitahuku bahawa sebelum-sebelum inipun ada perkara yang buat dia rasa terkilan terhadapku tapi dia diamkan saja. Aku lantas memintanya untuk berterus-terang. Rupanya, perbuatanku yang tidak menghantar text kepadanya sentiasa, terutamanya waktu malam dan hujung minggu benar-benar membuatnya terguris. Apa benar hal ini?
Aku masih lagi memberi alasan yang sama iaitu tidak mahu mengganggunya bersama di sana, takut suasananya di sana jadi kacau dengan kehadiran textku, takut dia rimas akan aku yang sering menghubunginya. Aku terkelu tatkala dia meninggikan suaranya, menegaskan yang dia benar-benar menginginkannya dan maksudkannya. Katanya, dia ingin sentiasa menerima textku, ingin sentiasa bahagia bersamaku, ingin membuatku rasa bahagia. Jangan sibuk memberi alasan tentang yang di sana. Dia tak pernah meninggikan suaranya begini terhadapku. Apa benar textku itu bermakna baginya sampai alasan-alasanku membuatnya semakin panas dan terkilan? Benarkah sebegitu bermakna textku padanya?
Sekarangpun ada kami text waktu malam dan weekend tapi dia yang akan memulakan. Tapi dia mahu juga menerima textku terlebih dahulu tanpa menunggu text darinya. Betulkah semua ni?
2 comments:
assalamualaikum. semoga awak dan dia dalam keadaan baik2 saja. maaf sekiranya kata-kata ini mengguris hati. pertama sekali apa yang perlu awak ingat betul-betul adalah jalan fikiran wanita dan lelaki itu semestinya tidak sama. seperti mana jalan hidup setiap orang. komunikasi 2 hala amat penting bagi mencari titik persamaan. kurangkanlah rasa rajuk dan berjauh hati. isilah dengan yang lebih bermanfaat. kerana apa? kerana rasa rajuk itu taknak kita ingat pun dalam kenangan. semoga awak lebih matang dalam menghadapi liku hidup bersama 2 insan. kisah dongeng itu suatu impian tetapi hidup kita ini tidak disiapkan segala. semoga awak dan dia selamat bersatu sampai ke jannah.
Terima kasih. Saya amat hargai komen awak. Memang saya perlukan komen-komen positif. Saya cuba membaca artikal untuk dapatkan kekuatan dan positif. Malangnya, artikal-artikal tersebut makin memburukkan keadaan. Tak banyak yang positif.
Post a Comment