Wednesday, January 16, 2019
Pesan Aku Kepada Yang Kedua
Ni pesan aku sebelum aku masuk ke alam ni. Bukan setakat pesan kat korang, tapi lebih kepada pesanan buat diri sendiri. Kebanyakan pembacaan yang aku buat pun memang seperti yang aku tulis. Tapi, bila kita dah bersetuju untuk menghabiskan sepanjang hayat kita dengan seseorang bergelar suami orang jadi kita terima jelah. Dan pandai-pandailah ubat hati sendiri. Sebab hati kita bukan keutamaan.
1. Perlu ingat, hati yang pertama itu keutamaan untuk suami kita menjaganya. Tak kiralah apapun alasannya. Macam yang dah aku tulis kat atas, pandai-pandailah kita pujuk hati sendiri. Mungkin dia tak sempatpun nak pujuk hati kita sebab sibuk memujuk yang di sana.
2. Bersedialah untuk suami kita melebihkan yang pertama. Namapun kita menumpang kasih orang, so inilah harga yang perlu kita bayar.
3. Bersedialah untuk suami kita tiada bersama kita hatta sewaktu menyambut hari-hari penting. Mungkin untuk menjaga hati yang pertama, suami kita akan utamakan mereka untuk meraikan hari-hari kebesaran bersama mereka. Kalau aku, aku akan buka aircon kuat-kuat dan bungkus badan dengan comforter supaya dapat tidur sepanjang hari dan malam jadi, aku dapat lenyapkan kesedihan aku. Macam sebelum-sebelum ni, inilah yang akan aku lakukan kalau aku dilanda perasaan sedih disebabkan sesuatu perhubungan. Sebab sedih perasaan ni lain macam. Hanya Allah yang tahu bisanya.
4. Bersedialah untuk suami kita tiada bersama kita dalam menyambut hari penting kita seperti hari lahir hatta hari ulang tahun perkahwinan sekalipun. Again, mungkin pada hari-hari tersebut kena pada giliran yang pertama atau kalau bukan giliran pun, dia terpaksa pergi ke sana disebabkan sesuatu demi menjaga hati yang sana.
5. Bersedialah untuk menyaksikan yang pertama akan dilebihkan dalam segala hal tak kira kasih sayang, perhatian, wang ringgit, masa dan sebagainya. Tak kiralah dengan alas an untuk menjaga hati atau apa sekalipun. Untuk itu, menjadi yang kedua ni, kena pandai berdikari. Banyak benda kita kena buat sendiri.
6. Bersedialah untuk panggil ambulans atau pergi ke hospital/klinik sendiri walaupun di malam hari ketika suami tiada bersama kita sekalipun untuk melahirkan anaknya. Janganlah mengada-ngada nak call dia bila dia bersama yang pertama nak manja-manja minta dihantar ke hospital/klinik walaupun dalam kecemasan. Urus jelah sendiri. Kalau tak nanti jadi gaduh. Kalau kita tak gaduhpun, orang lain bergaduh sebab kita.
Habis tu, yang kedua ni tak ada hati dan perasaan ke? Kalau kita dapat suami yang faham dan bertimbang-rasa, dia pasti tahu cara memujuk kita. Tapi kalau tak, kita tersinggung lepas tu pujuklah hati sendiri. Tapi kalau kerap sangat keadaan ni berlaku lepas tu tak ada usaha memujuk atau reward atas segala kesedihan dan terasa hati yang kita pendam, lama-lama kasih kitapun boleh jadi pudar. Kalau suami kita betul-betul sayang dan perlukan kita, pasti dia takkan benarkan hal ini berlarutan. Yelah, hati yang kecewa kalau tak diubati pasti akan menjadi jauh. Akhirnya, kasih yang membara pada awal perkahwinan boleh mati begitu saja. Bila kasih telah mati, rumahtangga akan menjadi hambar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment