Wednesday, January 2, 2019
Kau Boleh Dapat Better Than Him
Latar Masa: 2012
Perbualan lebih kurang begini:
Kawan: Aku harap kau belum buat keputusan untuk terima dia.
Teja: Kenapa?
Kawan: Aku rasa, kau boleh dapat better than him.
Teja: Kenapa kau rasa dia bukan better untuk aku?
Kawan: Ada banyak factor.
Teja: Apa dia?
Kawan: 1. usia. 20 tahun lebih tua dari kau. Aku rasa terlalu tua untuk kau. Kalau 10 tahun... OK lagi. Matang and nice. Muda sangat pun susah jugak sebab lelaki lambat matang.
2. Aku rasa kau boleh dapat lelaki lebih ada rupa dari dia.
Aku menarik nafas panjang. Kenapa manusia suka pandang luaran? Kalau factor lain, mungkin aku boleh terima. Tapi dua factor ni... Tak kukuh.
Teja: Dari segi perangai, apa komen kau?
Kawan: Tak dinafikanlah, dia baik. Even dengan kawan-kawan kau pun dia boleh masuk dan mesra. Dan Nampak dia berusaha untuk dapatkan kau. Kau tak ada ke orang lain better dari dia?
Teja: 1. Usia bukan penghalang as long as dia boleh buat aku selesa dan rasa happy, cukup bagi aku.
2. Rupa tu bukan segalanya. Kalau hensem tapi menyakitkan hati pun tak guna jugak.
Kawan: Kau dah ada apa-apa dengan dia ke?
Teja: Begitulah nampaknya.
Kawan: Kenapa kau pilih dia? Kau betul-betul dah jatuh cinta ke?
Teja: Kau jangan Tanya pasal jatuh cinta. Sebenarnya, aku tak adalah jatuh cinta kat dia. Cuma aku belajar untuk mencintai orang yang mencintai aku. Orang tua-tua kan kata, lebih baik kita terima orang yang cintakan kita daripada kejar orang yang kita cinta. Aku tak nak dah kejar orang macam dulu.
Kawan: Apa yang membuatkan kau belajar mencintai dia?
Teja: Sebab dia tak buat aku stress, dia faham apa yang aku nak. Selalu bagi support pada aku untuk Berjaya dan tak haling aku buat apa yang aku nak buat. Dia pun tak kongkong aku.
Kawan: Tapi aku still harap, kau jumpa orang lain yang lebih baik dari dia.
Setahun dua berlalu, kawan aku masih bertanyakan hal yang sama.
Kawan: Kau OK dengan dia?
Teja: Setakat ni OK, Alhamdulillah.
Kawan: Tapi whats next?
Aku terdiam.
Kawan: Aku tengok korang ni macam tak ada progress. Sampai bila nak tunggu? Nanti jadi lagi macam yang lepas.
Teja: Kau doa yang baik-baik untuk aku eh?
Kawan: Kau tak ada pilihan lain?
Teja: Kalau aku dah pilih dia, takkan cepat benar hati aku berubah?
Kawan: Tapi aku masih harap kau jumpa orang lain yang lebih dari dia.
Teja: Kenapa kau cakap macam tu? Dia kan baik jugak dengan kau.
Kawan: Sebab aku tak nak kau buang masa dan factor usia tu membuatkan aku rasa dia tak sesuai dengan kau. Eh, Rizal ada approach kau kan? Dia tu anak datuk tau. Apa kata kalau kau bagi peluang kat dia?
Teja: Kau ni saja nak jerumuskan aku dalam gaung tahu tak? Memanglah anak datuk, ada kedai sendiri. Tapi perangai?
Kawan: Aku rasa dia OK je. Dia tu loaded tau. Kau cakap je apa, mesti dapat.
Teja: OK? Kau tak tahu apa yang aku tahu. Memanglah boleh dapat apa yang aku nak. Dia pun ada ajak aku pergi shopping. Tapi, diapun boleh buat apa yang dia nak. Yang selebihnya, biar aku je tahu.
Kawan: Ala, kau kenallah dia dulu. Mana tahu kau dengar tu gossip ke.
Teja: Kalau aku dengar gossip tu aku tak berani cakap. Tapi aku tahu kehidupan dia dari dia sendiri.
Kawan aku yang sorang ni selalu memberikan pilihan lain kepadaku. Dan dia jugak selalu menggalakkan aku untuk jatuh cinta dengan orang lain. Pantang ada lelaki yang cuba rapat denganku, kalau dirasakannya OK, dia mesti bagi semangat kat aku untuk terima orang baru.
Tapi aku adalah aku. Masakan aku mahu memungkiri janji tanpa sebab munasabah? Yelah, masa tu si dia pun baik terhadapku. Melayanku dengan baik dan kami sentiasa bersama serta bahagia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment