Monday, January 28, 2019

Tiga Perkataan

Pemikiran orang perempuan ni, tak sama dengan orang lelaki. Perempuan ni, hati tisu dan lebih sensitive. Mungkin sesuatu perbuatan atau perkataan tu biasa-biasa je bagi lelaki. Tapi bagi perempuan, ianya bias menyakitkan, menggembirakan, melukakan atau membahagiakan. So kat sini ada tiga perkataan yang boleh membuatkan hati yang marah reda kemarahannya. Hati yang panas, sejuk kembali atau boleh membuatkan seseorang itu merasa dihargai dan tersenyum sepanjang hari. 1. Terima kasih/thank you: Terima kasih ni ramai jugak yang lupa nak ucap kat sesiapa yang membantu atau memberi. Tapi, ucapan ini bias membuatkan seseorang itu rasa dihargai. Ucaplah terima kasih walau dalam sekecil-kecil perkarapun. 2. Tolong/please: Kalau nak minta seseorang tu buat something, mulakanlah ayat dengan tolong atau please. Tidaklah ia merasa seperti menerima arahan. Maka seseorang itu pun akan melakukan sesuatu yang diminta dengan senang hati. 3. Maaf/sorry: Perkataan ini terlalu mahal harganya bagi sesetengah orang. Ramai orang merasakan egonya jatuh atau dia tidak perlu meminta maaf sebab dia tak salah. Memohon maaf ni bukan sekadar kita mengaku salah. Malah, memohon maaf ni bisa membuatkan hati yang marah terpujuk. Hati yang panas sejuk. Bukan bermakna seseorang memohon maaf tu dia di bawah dan hina. Tetapi dari perkataan yang ramai orang tak suka ni bisa menambahkan rasa kasih sayang orang kepada kita. Bagiku, maaf ni bukan perlu diminta kerana kita bersalah. Tetapi maaf itu sebenarnya sesuatu yang mampu memadamkan calar terhadap kasih sayang kerana berlakunya perselisihan faham atau pertengkaran. OK bye.

2 comments:

Kasih Ilham Yasmin said...

ya. setuju perkataan maaf ni paling susah nak diucapkan oleh seseorang sama ada lelaki mahupun perempuan. beruntunglah pada siapa yang dikurniakan kerendahan hati untuk sentiasa memohon maaf sama ada kesalahan itu kecil besar ataupun tiada salah sama sekali. jika awak mengharapkan kata maaf dari si dia, jika tak betul-betul dia menghayati kesalahan itu jangan menaruh harapan terlalu tinggi. itu realiti yang perlu kita tempuh.

Tun Teja said...

Terima kasih atas nasihat awak Suni.