Friday, May 3, 2019

Lelaki Lemah-lembut Itu Menawan Hati

Hahahahaha... Lelaki lemah-lembut tau, bukan lelaki lembut. Hari ni, aku rasa tenang dan rasa dihargai meskipun kami tak dapat bersembang sepanjang perjalanan ke tempat kerja pagi tadi. Dia sibuk semalam sebab ada event pejabat. 6.15 pagi dah keluar dari rumah untuk ke tempat event sebab dia one of the committee. Kenalah sampai awal. Takkan peserta dah sampai komiti baru terhegeh-hegeh nak datang? Hari sebelumnya, pada hari pekerja, dia seharian di tempat event buat set up apa yang patut. Petang semalam dapat jumpa kejap je sebab dia penat. Lepas tu, dia balik dan seperti biasa, aku menemaninya menerusi talian telefon sepanjang perjalanan pulangnya. Malam tadi dia tidur awal keletihan. Pagi ni, dia bangun lewat. Letih belum habis kot. Seperti kelazimannya, aku mengirimkan pesanan ringkas kepadanya mengucapkan selamat pagi. Then minta dia call aku on the way to office. Jarum jam menghampiri jam 8.00, ketika aku hamper tiba di KL Sentral, dia call aku. Dia say sorry. Katanya, dia dah lambat. So, dia nak focus pada pemanduannya. OK, aku faham. At least dia beritahu dan paling penting dia call dan cakap baik-baik. So, I know that he is trying his best untuk jaga hati aku. Apa lagi yang perlu aku pertikaikan? Sesampainya di officenya, dia text aku, sekali lagi cakap "sorry sayang. Tak dapat berbual dengan sayang pagi ni," Hati terus rasa lembut dan terbuai. Rasa terharu. Lantas ku balasnya, "OK. Tak apa," Dan adalah entah apa-apa lagi aku balas. Tapi hari ni pun dia busy, ada meeting pagi dan petang. Sempat singgah di satu tempat sebelum ke office. Perkara-perkara macam ni sangat simple. Nampak remeh tapi bisa membangkitkan semangat cinta membara. Aku bukan mahu lelaki yang menjadi hamba kepadaku atau menganggapku boss atau tuan. Tapi kelembutan inilah yang mampu menakluk seluruh perasaanku. Malah, segala ketaatan dan kasih sayangku tertebar Wangi buatnya. Engkau raja di sanubariku. Sayang sayang abang. Ingin selalu bersama abang.

No comments: