Tuesday, May 14, 2019

Terseliuh Hati

Haa... Hati siapa yang terseliuh tu? Malam tadi last text abang bunyinya tak sedap. Hadoi, apa lagilah yang aku buat sampai timbul bibit-bibit hangat ni? Mungkin aku salah cakap. Dan, pagi ni, aku tahu apa yang menjadi punca kemarahannya. Ya Allah, bagaimana harusku siram api kemarahannya agar padam dan bertukar menjadi marak kasihnya padaku? Aku tahu, aku harus bijak menanganinya. Takut nanti marahnya makin marak seperti api yang akan membakar seluruh cinta, hangus menjadi abu. Aku harus tenang. Puncanya aku. Aku terus ke surau setibanya di office. Mohon Allah tolong. Kemudian, aku duduk termenung. Bagaimana harusku padam marahnya? Selalunya marah dia ni datang dengan pakej. Pakej rajuk. Aku telusuri semula jalan pertemuan aku dengannya sedari awal. Dulu-dulu, kami selalu tertawa bahagia. Dan aku selalu senyum membaca textnya di telefon. Apakah momen itu hanya boleh dirasa untuk orang yang baru bercinta? Tak. Cinta itu hidup. Jika ia mati, kitalah yang harus menghidupkannya kembali. Dan aku mencintainya kerana cintanya, sikapnya yang romantis dan selalu menjaga hatiku. Baiklah, jika selalu aku mempertikaikan, kenapa begitu dan kenapa begini? Abang pernah cakap, jagalah hatinya, dan dia akan menjaga hatiku lebih dari yang aku harapkan. Betul ke cara tu berkesan? OK, mari kita cuba. Tapi jika berlaku sebaliknya, jika abang tak mampu menghargaiku setelah aku berusaha, maka aku serahkan segalanya kepada takdir. Bukan mudah bagi aku seorang yang ego untuk menjadi diriku yang dulu. Yang sentiasa berlembut dan mengalah seperti 12 tahun lalu. Jika egonya aku disebabkan seorang lelaki yang selalu memijak dan mempermainkan aku, maka aku mohon Ya Allah, kembalikan hatiku yang lembut itu dengan asbab seorang lelaki yang aku cinta ini. Satu demi satu artikal yang ku baca, nasihat-nasihat yang pernah ku dengar serta ceramah-ceramah yang pernah ku dengar terngiang di telinga. "Isteri itu penyejuk mata suami, pendamai hati lelaki," "Lelaki mahukan seorang perempuan yang mampu mendamaikan hatinya nescaya, gugurlah semua keegoannya," "Mengalahlah untuknya, kelak engkau adalah ratu di hatinya," "Kalau dua-dua ego, pasti hubungan takkan ke mana," "Kalau dia lelaki yang baik, dia pasti akan menghargai kamu meskipun kamu sering mengalah," "Jika dia benar mencintai kamu, dia pasti sentiasa menjaga hati dan menghargai kamu bila kamu beri dia menang," Semalam, seorang kawan bercerita tentang rumahtangga abangnya yang semakin hambar kerana sikap isterinya yang tidak mahu memahami hati abangnya, tidak mahu membelai hati abangnya dan sering bertikam lidah. Dan aku, aku tidak mahu semua itu berlaku. Aku mahu terus dicintai dan disayangi seperti baru-baru jatuh cinta dulu. Di mana silapnya? Apa yang harus aku lakukan untuk mengembalikan suasana romantis dulu? Bagaimana harusku pujuknya? Abang pernah cakap yang dia suka bila aku katakan yang aku rindukannya, sayangkannya, cintakannya. Tapi dah berapa kali cakap sayangpun, dia masih marah. Orang kata, kena buat dengan cara yang lain. Tapi macam mana? Sekali lagi aku susuli kenangan-kenangan indah bersamanya. Pick up line! Semoga hatinya terubat. Perempuan kan penawar kepada hati lelaki? Dan aku mahu sentiasa menjadi penawarnya biarpun aku bukan sempurna macam orang lain yang ada bersamanya. Biar dia rasa tidak mahu kehilanganku walau sesaatpun. Biar dia rasa betapa mahalnya cinta ini. Cikgu Bakhtiar pernah cakap, orang yang mengalah itu adalah orang yang menang sebenarnya! OK, kalau dia nak menang dengan cara tu, ambillah. Yang penting aku perlu memenangi hatinya. Ideapun datang. Bismillahi rahmani Rahim. Handsetku capai. Namanya ku buka. 'Abang, kaki sayang terseliuh. Sakit. Entah-entah tak boleh pergi buka puasa nanti' Button send ku tekan. Text terus dihantar. Aku menunggu balasannya dalam debaran. Kalau dia tak layan macam mana? 'Macam mana boleh terseliuh tu?' Aku senyum. Jangan panjangkan, nanti kantoi nak buat pick up line macam ada sekali tu pick up line tak menjadi. 'Sebab jatuh cinta kat abang,' Aku menunggu balasannya. 'Gatal' Aku ketawa sendiri. Dan lepas tu kami terus berbalas Whatsapp. Ya Allah, kekalkan rasa cinta indah ini di hati kami walau apapun berlaku.

No comments: