Sunday, December 30, 2018

Petang Yang Tak Mungkin Terlupakan

Semalam... aku berbual panjang dengan mummy menerusi telefon. Banyak benda yang kami bualkan. Daripada isu perabot rumah hinggalah kepada masalah yang membelenggu sekian lama. 


“Abah kata, dia fikirkan anak-anak je. Sebab tu dia bertahan. Kalau tak, dah lama dia pergi,” Cerita mummy kepadaku. “Dia cakap sendiri dengan mummy. Mungkin masa tu dia tak tahu nak luahkan pada siapa kot,” Ya Allah, bagaimana abah fikirkan kami lalu bertahan selama 36 tahun? Bagaimana abah punya kekuatan sebegitu? Mungkin tidaklah 36 tahun. Mungkin kurang sedikit daripada itu. 

Sekonyong-konyong, ingatanku kembali ke suatu petang pada satu Ramadhan yang tahunnya tidak mampuku ingati kerana pada ketika itu, aku masih kecil. Mungkin tujuh tahun. Angah pula berusia empat tahun sementara acik belum sampai setahun. 

Bahkan, bukan aku sorang yang mengingati petang itu. Beberapa bulan lalu, angah ada menyebut tentang petang itu kepadaku. Angah panas orangnya. Angah amat marah ketika dia menyebut tentang petang itu kepadaku. Pembawakan serta perwatakan kami berbeza. Jadi penerimaan aku dan angah terhadap sesuatu perkara berbeza. 

Petang itu, kami riang menyambut kepulangan abah seperti selalu. Aku dan angah duduk di sofa, berkepit dengan abah. Hehehe... Aku lupa acik di mana. Mungkin dalam buaian.

Aku tidak mampu mengingati apa yang berlaku. Tapi, apa yang aku ingat, keriangan kami dimatikan dengan pertengkaran abah dan mama. Abah bercakap dengan kekuatan suara biasa. Sementara mama membentak dan menjerit. Sungguh, aku tidak ingat patah bicaranya. Apa yang aku ingat, aku dan angah ketakutan dan saling berpelukan. 

Abah bangun dari sofa dan menutup pintu rumah yang terbuka. Abah ada sebut ‘malu kat orang’ mungkin abah suruh mama perlahankan suara. Aku lupa bicara mereka. 

Sejenak, berlaku pergelutan. Mama memukul abah sedangkan abah mempertahankan dirinya. Abah tidak memukul balas. Apa yang memeranjatkan kami, mama memukul abah dengan batang penyapu berkali-kali. Angah memberitahuku perbuatan itu. Kami cuba turun dari sofa dan menghampiri mereka. Tapi abah keras melarang. Abah tak mahu kami dekat. Kami kembali ke sofa menjadi penonton. Mungkin enggan adegan itu disaksikan kami, mereka masuk ke dapur. Keadaan bising berterusan. Aku mula  menangis. Abah berjalan pantas keluar ke ruang tamu. Angah yang sedari tadi diam, mulamenangis. Aku tanya angah kenapa? Angah kata mama pegang pisau. Kami meraung dan saling berpelukan. 

Aku tidak ingat bagaimana pertengkaran itu terlerai. Jika tidak salah, jiran datang meleraikan. Acik yang masih baby juga menangis. Bila keadaan reda, abah dukung acik dan ajak kami berdua naik ke tingkat atas. Masa tu kami menyewa di rumah dua tingkat. 

Aku masih ingat, abah baring meniarap di atas katil. Aku dan angah di sebelahnya. Suara abah lain. Macam menangis. Angah memberitahuku abah berdarah. Banyak tempat yang luka. Kami menangis. Angah kata ada kesan macam rotan mungkin batang penyapu kot. Abah pujuk kami supaya jangan nangis. Lepas tu abah pakai baju. Abah kata dia nak pergi buka puasa di pejabat. Abah suruh kami duduk rumah baik-baik. Jangan nakal-nakal.Bila kami tanya abah sakit? Abah kata tak. 

Lepas tu aku tak ingat apa yang berlaku. Cuma, apa yang aku tahu, staff abah tegur abah yang tangan abah luka. Luka kat tangan abah tu, kesan terkena pisau. Abah tak sedar luka tu. 

Aku pasti sedih bila terkenangkan peristiwa itu. Abah heroku. Hero kami. 

Masa kecik-kecik angah selalu cakap nak kahwin dengan abah. Abah akan ketawa dan cakap, mana boleh kahwin dengan abah, abah kan abah.

Aku sayang abah. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada abah atas setiap pengorbanannya. Aku pernah dengar ceramah agama. Katanya, seandainya isteri menyakiti hati suaminya, bidadari syurga marah kerana menyakiti suaminya dan melambai-lambai sang suami agar cepat bersamanya. 

Mama, along tak pernah benci mama cuma ada waktunya mama sangat menduga kesabaran along sebagai anak. Mungkin inilah hikmahnya along dibesarkan oleh mummy dan arwah chek. Along masih kaya dengan kasih sayang buat semua orang. Cuma mama, along doakan agar mama mendapat keampunan ikhlas dari abah dan abah redha terhadap mama. Selagi abah ada, mama berbaktilah kepadanya agar bakti di saat-saat akhir ini mampu membasuh semua kesilapan lalu. 

Mama pun ada baiknya. Tapi, sering buat kami teruji kesabarannya. Tapi mama tetap ibu along, bagaimanapun mama, mama adalah ibu yang perlu along hormati. Itulah yang sering along katakan pada angah bila angah marahkan mama atau mengadu tentang mama kepada along. 

Masalah yang along nampak hingga ke hari ini adalah masalah komunikasi antara mama dan abah. Keegoan, keakuan, itu yang menyebabkan masalah. 

Usia dewasa ini, along lihat ada kekurangan di kedua belah pihak. Cuma biasalah, kalau ada dua pihak kita kan lihat pihak mana yang lebih dominan atau pihak mana yang menjadi mangsa. 

Apapun, along sayang keluarga kita. 

Setiap kali membincangkan masalah ni, mummy pasti pesan, “along nanti bila bersuami, jangan buat macam tu pada suami. Along kena hormati dia. Jaga dia baik-baik. Cakap baik-baik dengan dia. Kelembutan perempuan tu, penambat hati tau,” 

Semua orang suka pesan padaku. Angah yang dah kahwin tu jarang pulak orang pesan. Hehehe... kenapa eh? Sebab semua orang takut angah sentap dan marah.

Angah, adikku yang sorang tu keras hatinya. Tapi kalau kena gaya, baik orangnya. Sayang angah.


Saturday, December 29, 2018

Hati Mula Mengada

Seperti yang aku titipkan, semalam adalah pertemuan sekali lagi antara aku dan dia. Plan asal berubah kerana staffnya kematian isteri.Memandangkan aku sedang bercuti, so dia jemput aku di rumah. 


Dalam pertemuan tu, macam-macam yang kami bualkan diselang-seli dengan gurauan. Aku senang bersamanya. Happy dan waktu beredar tidak terasa. Apa yang penting, ku rasakan waktu cepat berlalu menamatkan pertemuan kami. 

Kami pergi melihat kapal terbang naik dan turun di sebelah malam di Lapangan Terbang subang. Satu lagi episod kehidupannya telahku ketahui. Episod kerjaya.

Tiba waktu pulang, ada sesuatu terasa di hati. Hati terasa sedih untuk mengakhiri pertemuan kali ini. Kenapa hati? Kenapa mengada sangat ni? Tegur akal. Namun hati... Degil. Dia terus dengan rasanya. Kenapa perasaan ni datang lagi setelah lapan tahun berlalu. Rasa ini adalah rasa yang ku alami setiap kali mahu berpisah dengan first x boy friend dulu. Even dengan yang kedua pun aku tak rasa perasaan ni bila mahu berpisah. Adakah dia turut merasakannya? Apakah ini bermakna hatiku telah berjaya dia takluki? Diakah penakluk hati seterusnya? Jika benar, aku mahu dia jadi penakluk terakhir untuk ku tabalkan sebagai maharaja hatiku. 

Ya Allah, aku bergantung kepadaMu. Sesungguhnya aku makhluk yang lemah, yang mengharap belas ehsan serta kasih sayangMu. Jika dialah jodohku, maka aku redha walau siapapun dia.

Whatsapp Seterusnya - Kronologi Pertemuan Aku Dan Dia

19 Oktober, 2018: 


Seperti yang dirancang, aku bersama empat lagi rakan ke Sabah dengan penerbangan Malaysia Airline pada pagi 19 tersebut. Tiba di Sabah, kami terus ke tempat program untuk rehearsal. Seharian kami di sana sampai malam. Memang tiada whatsapp dari dia sepanjang siang tu. Aku pun tak kisah. Sebab bagi aku, dia tu sama je macam orang lain yang suka text aku kalau rasa nak text. Tak fikir pasal dia pun.

Sehinggalah malam tu dalam jam 7.00 lebih, aku memuatnaik status Whatsapp yang aku kelaparan kerana makanan tak cukup. Dia komen tanya pasal makanan tu. Aku balaslah dah orang komen kan? Komen beratus kat FB pun aku balas ni pulak komen terus ke personal Whatsapp.Tapi tak panjang text kami sebab aku sibuk.

20 Oktober, 2018:
Pagi tu sekali lagi aku memuatnaik status Whatsapp mengatakan aku kepanasan dibakar matahari pagi. Dia komen lagi. Katanya kesian. Pun tak panjang text kami sebab aku punya aktiviti yang perlu disertai. 

21 Oktober, 2018:
Tiada sebarang text antara kami. Aku pun tak ingat dia. Kan sama je macam orang lainkan? Dan 21 tulah aku fly back to KL. 

22 Oktober, 2018:
Sepanjang hari pun tiada Whatsapp dari dia atau dari aku kepadanya. Malah tak ingat dia pun. Tapi malam tu, baru aku teringat yang esok aku ada temujanji dengannya di mana aku akan berkunjung ke pejabatnya untuk taklimat ringkas program yang akan aku sertai. Aku berfikir sendiri, wajarkah aku text dia malam-malam ni? Karang dia lupa temujanji macam mana? 24 dan 25 tu aku memang tak ada masa. Jadual dah penuh. Whatsapp jelah. Putusku dalam hati. Bukannya nak apa-apa. 

So, aku whatsapp dia lebih kurang berbunyi begini: 
‘Salam Mr. Nice Guy,’ 
‘Just want to remind you, our appointment tomorrow, 11.30 AM at your office,’ 

Beberapa ketika, dia membalas:
‘Of cause menunggu,’ 

Tunggu? Ala, rasanyanprogram tu simple je dan aku boleh sertai. 

Friday, December 28, 2018

Kenapa Mesti Ada Rasa...

Petang ni, untuk ke sekian kalinya, aku akan bertemu dengannya.Aku tak tahu kenapa, setiap kali ingin bertemu dengannya, pasti ada satu rasa menjengah hati. Ni bukan first time bercinta. Dengan orang-orang sebelum ni, hanya pada dua tiga pertemuan sahaja aku merasakan rasa ini. 


Sejujurnya, aku belum boleh adapt dengan situasi kami sekarang. Mungkin kerana pertemuan kami pada asalnya atas dasar kerja. So, rasa kekok dengan hubungan personal masih ada. Kenapa eh? Kalau yang dulu-dulu boleh je aku minta tolong or minta teman. Contoh, bila tahu dia nak jumpa aku hari Rabu. Then aku akan tanya dia, dia ada plan nak ke mana tak? Kalau tak ada, aku akan cakap, “Awak, kita singgah Jusco kejap boleh tak? Saya nak beli ...,” Dan membeli barang keperluanku pun selalunya aku akan beli bersamanya. Haaa... Jangan salah faham, beli bersama, tapi duit aku tau. Hehehe... Aku bukan kaki kikis. Kalau orang bagi aku akan hargai tapi kalau tak, minta-minta tu tidakla. 

Masa kami pergi Mid-Valley masa first time keluar hari tu, dia ada tanya kalau aku mahu beli apa-apa. Tapi dengan lancar aku menjawab tak ada. Hahahaha... Rela lepas tu pergi NU Sentral dengan Kak Sha membeli barang. Aku segan dengan dia. Tak tahulah kenapa. 

Even nak text dia pun aku takut menganggunya. Memang pelik kali ni. 

Atau, mungkinkah kerana pengalaman lalu? Yelah, orang masa sayang semuanya nak buat untuk kita something, nak teman. Bila dah tak suka, cakap macam-macam. Cakap dah penat tolong oranglah, rasa macam dia dipergunakanlah, then siap cakap, ‘saya dah letih dah awak. Saya je yang selalu dengan awak, family awak mana? Mentang-mentang awak pandai berdikari, dia orang lepas tangan je.’ Masya-Allah, kata-kata nilah membekas di hati sampai sekarang. 

Padahal, aku tak pernah mendesaknya untuk membantuku. Setiap kali nak minta tolong, pasti aku akan cakap ‘awak, BOLEH tak...’ tak pernah cakap, ‘Awak kita beli barang keperluan saya petang ni,’ dan sekiranya dia tak boleh bila aku perlukan pertolongannya, aku tak pernah marah-marah. Tak pernah buat muka pun.Even kadang dia yang janji, then dia tak boleh buat. Bagi aku, as long as bagi tahu, then OK. Yelah, kalau janji nak keluar pukul 3, tiba-tiba tak jadi then tak bagi tahu lepas tu aku dah bersiap dan tunggu, sentaplah jugakkan? Dan jauh sekali ingin mempergunakannya. Orang yang kita sayang, kalau semua benda nak buat dengan dia, bukan sebab kita nak gunakan dia, tapi kita nak habiskan masa bersamanya. Takkan nak habiskan masa duduk je. Pandang je muka aku ni? Then aku? Dengar je suara dia. Macam tu ke? Tapi kalau itu diertikan sebagai aku menggunakannya, aku sangat tak faham. Dan aku tak tahu kenapa,hal familyku diungkit. Takkanlah, asal nak keluar je, nak panggil acik dari Melaka datang? Or angah dari Cyber Jaya? Dan Hakim dari Terengganu masa tu? Tak dinafikan, ada kekurangan familyku yang dia tahu. Tapi tak sangka sampai macam tu tanggapannya setelah segala kasih dan sayang tehakis. Sedangkan aku, tak pernah membuat tanggapan yang bukan-bukan terhadap familynya walaupun ada kekurangan familynya yang aku tahu. Yelah, kita tak tahu masalah orang sebenarnya. So, kita tak boleh hukum sesuatu yang kita tak tahu duduk perkara sebenar. Mulai dari hari yang aku dengar kata-katanya, aku berjauh hati. Tiada lagi aku meminta bantuannya untuk apa-apa sekalipun, aku perlu berada di pejabat jam 6.30 pagi. Sebelum jam 6.00 pagi aku dah redah kegelapan pagi ke stesen LRT menunggu LRT pertama bergerak. Kadang-kadang stesenpun belum buka. Masa tu Grab belum ada. Manusiakan, masa tengah sayang, kita tak minta dia hantarpun. Kita just cerita ooo esok kena ada di office 6.30 pagi. Terus, ‘tak apa awak, jam 6.00 saya ambil awak kat rumah,’ Saya tak sampai hati ‘Tak apa ke awak? Pukul berapa awak nak keluar rumah? Awal sangat tu. Saya OK je naik LrT,’ ‘Tak apa awak, selagi saya ada, saya akan selalu dengan awak,’ OK, bila sayang dah habis, melayanglah kau! Hehehehe... 

So, lepas kejadian tu, aku berazam untuk tidak susahkan sesiapa lagi yang datang dalam hidupku selepas ni. Melainkan dia yang rela buat sesuatu untuk aku. Takkan lagi aku yang mengajaknya ke mana-mana or menemaniku. Serik. Takut nanti bila cinta dah hilang, macam-macam diungkitnya. Aku ni dahlah hati tisu. Rasa sedih, rendah diri, malu pun ada. Yelah, bila orang baik dengan kita, pada asalnya kita tak nak susahkan dia, bila ingat nak habiskan masa bersama, ajaklah dia teman contoh beli barang kat atas tadi. Tak sangka pulak lain ceritanya bila orang dah tak suka. Nasiblah Teja. So, kena lebih berhati-hatilah lepas ni.

Thursday, December 27, 2018

Rahsia Yang Ku Simpan

Malam ni, ku habiskan masa dengan membaca kisah-kisah poligami dan tulisan-tulisan berkaitannya. Hampir keseluruhan tulisan yang aku baca menyalahkan isteri kedua. Kononnya isteri kedua dalah perampas kebahagiaan orang atau pemusnah rumahtangga orang. Tak kurang juga yang mengatakan bahawa isteri kedua hanya mahu mengikis harta. Mungkin aku juga akan menerima nasib yang sama sekiranya ditakdirkan menjadi isteri kedua. Tapi tak ada satu pun tulisan mengeji Saidatina Aishah atau Saodah atau Mariah kerana berpoligami dan suaminya Rasulullah. Kenapa? Bukankah Rasulullah itu contoh kepada umatnya? Apa bezanya isteri-isteri nabi yang berpoligami dengan wanita sekarang? Dan jodoh itu ketentuan Allah. Berkahwin dengan suami orang itu bukan jodohkah? Bercinta bagaimanapun pasti tidak akan menjadi suami-isteri jika bukan suratan Ilahi. 


Lalu... Di sini inginku coretkan sebuah kisah yang aku saksikan sendiri. Tentang suami, tentang isteri serta tentang anak. Dan ianya adalah keluargaku sendiri.

Bukan tujuanku untuk mengaibkan diri sendiri. Tapi aku kongsikan kisah ini untuk menjadi teladan dan ambillah pengajaran daripadanya. 

Ramai yang menganggap diriku bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia. Ya, orang lain bisa mentafsir mengikut persepsi masing-masing. Mana taknya, aku mempunyai abah, mama, adik-adik yang sering berkunjung ke asramaku. Kami sering keluar bersama dan sering bercuti bersama. Pulau Pangkor, Genting Highland, Cameron Highland dan banyak tempat lagi telah aku jejaki seawal usia kanak-kanak. Bercuti bersama family di mana ramai juga rakan-rakan yang tidak diberi peluang untuk menikmati semua ini. 

Tapi... Siapa tahu keadaan sebenar keluargaku? Kami seisi keluarga pernah dikejutkan dengan berita abah mempunyai seseorang yang istimewa. Mama sangat marah dan kecewa. Arwah chek tenang namun, berusaha memujuk abah agar tidak berpoligami. Manakala mummy diam dan ada desas-desus yang aku dengar, mummy pernah cakap dengan abah, kalau mampu kahwinlah. Sementara aku dan adik-adik diajar oleh arwah chek memujuk abah supaya tidak berbuat demikian. Mama pulak, semestinya cuba menanamkan kebencian kami kepada bakal ibu tiri. Pada masa tu, aku dan adik-adik tak faham sangat apa yang berlaku. Yelah, kami masih kanak-kanak. Aku, memang tak nak abah kahwin lain. Takut abah tak ada dengan kami. Aku kan manja dengan abah. Angah plak relax je. Angah pernah cakap, “abah, kahwin lain, bah,” Entah apalah yang ada dalam fikiran dia masa tu. Entah dia faham entah tidak. Kan dia masih kanak-kanak.

Dan setelah aku dewasa, setelah ku kenal erti hidup, keluarga, kasih sayang serta penghargaan, aku mula faham, kenapa abah mempunyai ikatan dengan perempuan lain. Aku menyaksikan apa yang berlaku dalam keluarga ini. Bukan aku sorang yang faham akan hal ini. Angah dan acik juga faham. Kami sering membincangkan hal ini antara kami secara terbuka. Dan kami merumuskan hal ini dengan satu rumusan yang sama. 

Malah, kami bersimpati dengan abah sebenarnya di sudut hati kami. Mungkin abah bukan seorang yang sempurna tapi sebagai seorang lelaki dan suami, abah berhak untuk mencari bahagianya. Abah dah cuba untuk membahagiakan kami sedari kami kecil. Tapi kami tak pernah cuba memahami jiwa abah, kehendak abah, apa yang menyenangkan hati abah, keinginan abah. Bagiku, statement abah dia korbankan kemahuannya kerana kami anak-anaknya adalah sesuatu yang tidak adil bagi abah. Abah membiarkan hati dan jiwanya tersiksa hanya untuk membahagiakan kami. Tapi sehingga kini, abah tak dapat apa yang dia mahukan kerana kami. Sedangkan kami, masing-masing mula mencari bahagia masing-masing. Tapi abah? Abah sehingga kini tak mampu memiliki perhatian dan kasih sayang dalam erti kata dia sebagai seorang lelaki. Maafkan kami abah kerana abah terpaksa korbankan segalanyauntuk kami pada hal, ianya tak perlu pun. Abah patutnya utamakan kebahagiaan abah untuk membahagiakan kami. Kenapa? Ianya akan aku rungkaikan sedikit demi sedikit. 

Cuma mungkin satu silap abah, abah memilih perempuan yang kurang tepat untuk menjadi pelengkap kebahagiaan abah. Mungkin sebab tulah jugak Allah tidak takdirkan abah untuk bersama dengannya. Mungkin kalau abah bersamanya, masalah lain lagi yang akan timbul.

So, pengajarannya di sini, bukan semua suami yang ingin berkahwin lain tu jahat. Bukan semua isteri pertama tu sempurna sehingga suami berdosa besar jika berkahwin lain. Bukan semua orang kedua tu jahat dan datang dengan niat merampas. 

Aku bukan mengata orang lain. Tapi tulisanku ini lebih kepada pengalamanku sendiri dalam keluargaku sendiri. Apa yang berlaku sebenarnya, mungkin akan tercoret sedikit demi sedikit di sini. Apa yang boleh aku katakan, komunikasi itu sangat penting dalam hidup berkeluarga. Kasih sayang, penghargaan, cara menzahirkan kasih sayang, dengar cakap suami apabila ditegur, cuba untuk berubah bila suami menegur, ambil tahu hati isteri, jangan diikutkan sangat marah dan ego, itulah yang akan membawa kemaslahatan dalam menjalani hidup sebagai suami-isteri. 

Aku sambung lagi entri ni pada masa-masa yang aku rasakan ingin berkongsi apa yang aku pendam selama ni. 

Wednesday, December 26, 2018

Pesanku Buat Angah

Alhamdulillah, April lalu, angah selamat diijabkabulkan bersama lelaki pilihannya. Ya, setelah apa yang dilaluinya, akhirnya Allah temukan angah bersama seorang lelaki yang ku kira baik orangnya. Semoga rumahtangga mereka kekal hingga ke Jannah. Hahaha... Orang lain yang kahwin, aku yang balik awal seminggu. Excited gila nak dapat adik ipar. Kawan-kawan Tanya, siapa yang nak kahwin sebenarnya? Biarlah. Lenguh gila tangan tiga hari duk buat riben dan sarung door gift seorang diri. Semuanya ikut kemahuan angah apa yang dia nak dan bagaimana yang dia mahu. Hahaha... Siap buat sendiri kau. Mujur dia balik tengok apa yang aku buat dia berkenan. Bukan setakat tangan bahu, pinggang, belakang dan leher semua lenguh. Tapi happy punya pasal, tak terasa lenguhnya. Tidur lewat pun tak rasa mengantuk. Aku tahu, aku perlu siapkan segera sebab banyak lagi benda lain nak buat. Mama? Manalah dia minat buat benda ni semua. Majlis akad dan kenduri berjalan lancer. Alhamdulillah. Dan pada hari aku dan dua lagi adik mahu bertolak pulang ke Kuala Lumpur, seperti biasa kami bersalaman. Kebiasaan berpelukan dan bercium sebelum berpisah kami adik-beradik hidupkan kembali setelah lama tidak diamalkan sejak arwah moyang pergi. Hanya dengan mummy saja kebiasaan ini masih diamalkan. Kenapa? Semuanya akanku jawab dalam entri demi entri mendatang. Saat angah mendapatkan aku, aku memeluknya erat lalu aku membisikkan padanya, "Ngah, jadilah isteri dan ibu yang baik. Jangan buat apa yang kita tak suka orang buat kat kita. Aku doakan kau bahagia sampai bila-bila," Kami sebak. Keras bagaimana pun hati angah, aku tahu, dia mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Dia mahu rialisasikan kisah percintaan romantic fairy tales, novel dan filem yang pernah dilihatnya ke dalam hidupnya sama sepertiku. Itu persamaan kami. Kami sangat sukakan situasi romantic bersama pasangan. Alhamdulillah, angah lebih dahulu bertemu jodohnya. Bagiku, memang patut dia dulu sebab cabaran buatnya lebih hebat. Dan dia juga sepertiku, akan down dan sedih. Cuma, sedihnya tidak lama sepertiku. Dia cepat move on. Hehehe... Tak seperti kakaknya ni. Aku memerlukan dua tahun untuk memberikan hati kepada orang seterusnya sedangkan angah, cepat je berganti. So, kisah percintaannya lebih banyak berbandingku.

Perkara Terlarang

Semasa aku dalam kesedihan ditinggalkan orang yang amat aku cintai, seseorang pernah bertanyakan padaku. "Kenapa Teja sedih sangat bila dia tinggalkan Teja? Maaf Tanya, Teja ada buat something dengan dia ke?" Tanyanya teragak-agak. Aku pula pelik dengan soalannya. Aku bingung. "Buat something? Maksudnya?" Tanya saya lurus. "Maksudnya, pernah ke buat benda-benda tak baik dengan dia? Terlanjur contohnya." Ujarnya menjelaskan dalam takut. Aku terkejut. Kenapa sampai ke situ fikiran kawanku yang sorang ni? "Astaghfirullah, tak. Saya tak pernah pergi sejauh tu." Jawab saya masih terkejut. "Habis tu kenapa Teja sedih sangat? Macam pernah apa-apa je?" Tanyanya lagi ingin kepastian. "Kalau saya sayangkan seseorang, saya sayang betul-betul. Dari hati yang dalam. Orang macam saya ni, kalau terlanjur, dah bunuh diri kot bila kena tinggal," Jawabku. Rasanya tak perlu marah kawanku sorang ni. Sebab aku selalu mendengar orang kata, kalau seseorang perempuan tu sedih sangat bila ditinggalkan maknanya dia dah tak suci lagi. Tapi padaku, itu semua hanya persepsi. Tak semestinya. Kalau orang tak percaya tak apa. Satu hari nanti segalanya akan terbukti. Mungkin orang lain tak perlu tahu tapi suamiku, pasti akan tahu dan cukuplah dia saja yang tahu kerana hidupku pasti untuknya. Sebenarnya, orang tak tahu kehidupanku. Orang tak tahu kenapa aku sangat menghargai dan mencintai seseorang. Segalanya akan terungkai sedikit demi sedikit di Istana ini.

Tuesday, December 25, 2018

Aku Yang Terakhir

Aku menerima pesanan daripadanya yang dia akan bertolak pulang ke tanah air. Sekarang, dalam perjalanan ke Jedah. Aku mendoakan keselamatannya. 


Perasaanku? Bercampur-baur. Gembira kerana dia akan kembali ke Malaysia. Bermakna dekat denganku. Dalam gembira, timbul rasa sedih. Kenapa? Sebab aku bukanlah antara orang yang pertama akan bertemu dengannya setibanya di Kuala Lumpur kelak. Orang mesti tak faham perasaan ni. Bertabahlah Teja. Andai ini takdir yang disuratkan buatku, maka selama-lamanya aku bukan orang yang pertama dalam segala hal. 

Tuhan, 
Aku mengharapkan belas ehsanMu untuk bahagiakan aku walau aku bukan yang pertama dalam semua perkara.

Sunday, December 23, 2018

Diakah Imamku?

Beberapa minggu lalu, Masniza, seorang daripada tiga sahabat yang sentiasa menemaniku waktu aku jatuh dulu menghubungiku. Sahabat ini baik orangnya. Andai dia membaca entri di blogku yang dirasakan ada yang tidak kena, dia pasti menghubungiku bertanya tentang hal itu. Dan untuk ke sekian kalinya, dia menghubungiku untuk bertanya khabarku. Seperti lazimnya, kami berbual-bual tentang kehidupan masing-masing. Tentang diriku, tentang dia, tentang anak-anaknya dan lain-lain. Tibalah kepada topik jodoh. "Orang macam awak, banyak jumpa orang luar, pergi sana sini, takkanlah tak ada sorang pun yang approach?" Tanyanya. "Mana ada. Kalau tak ada pun... Saya dah tak kisah." Jawabku pasrah. Enggan sekali lagi melalui detik-detik sukar itu. "Janganlah macam tu. Saya nak awak ada jodoh. Saya tak naklah awak duduk sorang-sorang," Katanya lembut menasihati saya. Hati rasa sebak. Sahabat yang seorang ini, selalu memahami dan menasihatiku. "Saya tak percaya orang macam awak tak ada orang berkenan," Katanya lagi. "Tak ada. Saya bukan hebat manapun. Kawan ramailah." "Ya ke? Ke awak tak nak bagi tahu?" Duganya lagi. "Ada orang cakap, dia nak jadi imam saya, bukan sekadar dalam solat, tapi dalam family jugak," Akhirnya aku membuka cerita. Ada waktunya aku perlukan pendapat orang kerana aku tidak pernah mengalami keadaan sebegini sebab semuanyaku tepis. "Haaa... Alhamdulillah. Baguslah tu. Awak kan selalu doa macam tu. Awak selalu cakap macam tu dengan saya kan? Cuba tengok balik, kat blog awak pun banyak entri yang awak tulis macam tu. Awak cakap nak orang yang baik, yang boleh jadi imam awak. Awak nak Imam yang jadi ketua keluarga awak," Suara girangnya kedengaran di corong telefon. Saya sebak. "Tapi dia suami orang," Suaraku mula bergetar. "Saya tak fahamlah. Yang datang kat saya semuanya suami orang. Yang berani cakap terus-terang, yang berani approach. Yang bujang tak adapun macam ni. Balik-balik suami orang, balik-balik suami orang. Awak rasa saya ni memang taste suami orang ke? Apa yang saya ada sampai suami orang je yang nak dekat dengan saya?" "Awak janganlah macam ni. Mesti ada hikmah kenapa Allah jadikan macam tu. Kita tak tahu siapa jodoh kita dan siapa yang boleh bahagiakan kita. Kita selalu demand, nak yang macam tu, macam ni. Tapi perancangan Allah tu tak sama macam yang kita fikir. Dalam usia kita, nak mengharap yang bujang tu susah. Kalau ada, OK. Tapi kebanyakan lelaki yang sebaya dengan kita semua dah berkeluarga. Yang duda pun bukan ramai. Lelaki kan sikit dari perempuan." Kata-katanya lembut menusuk hati. Bab demand tu buat hati tersentaplah jugak. Betul jugak. Minta dengan Allah sesuatu. Bila Allah nak bagi, tak nak yang macam tulah, macam nilah. Sedangkan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. "Saya tak tahu kenapa kali ni, saya tak reject dia terus lepas tahu dia suami orang macam yang saya buat kat beberapa orang yang lepas. Ada yang merayu-rayu kat saya pun, saya boleh kebal. Saya buat bodoh je lepas terangkan pada dia kenapa saya tak boleh dengan dia. Kenapa dengan saya ni?" Aku sedih. "Selagi dia lelaki yang baik, mampu untuk berlaku adil, mampu dari segi zahir dan batinnya, mampu untuk buat awak bahagia, tak salah. Poligamikan dibenarkan dalam Islam. Bukan awak nak buat dosa. Cuma, janganlah kahwin lari, sembunyi-sembunyi. Kahwin kat sempadan. Lepas tu tak register. Jadi apa-apa kan susah. Buatlah dengan cara baik." Nasihatnya lagi. "Dia ada cakap pasal benda tu. Dia pun tak nak buat macam tu. Dia ada perancangan dia. Cuma saya tak tahu itu sekadar cakap atau perancangan yang memang akan dibuat. Dia pun ada cakap pasal wife dia, pasal family dia, family wife dia dan family saya," Saya keliru. "Alhamdulillah la kalau macam tu. Semoga dia tak bagi harapan palsu. Saya harap sangat kali ni, awak jumpa dengan lelaki yang betul-betul ikhlas. Saya tak nak dah awak sedih-sedih. Saya tak nak dah baca entri awak yang sedih-sedih. Paling penting saya tak nak awak kecewa lagi. Sebab saya tahu, macam mana awak cintakan seseorang dan macam mana awak bila ditinggalkan. Siksa sangat saya tengok awak," Suaranya ceria. "Tapi nanti orang mesti kecam saya. Mesti orang bencikan saya sebab saya perampas," Saya sedih. "Saya akan sentiasa ada di sisi awak walau apapun berlaku. Saya akan ada dengan awak apapun keputusan yang awak buat. Orang boleh cakap macam-macam sebab orang tak tahu apa yang awak alami. Orang pun tak tahu hati awak. Orang selalu fikir, yang kedua tu jahat. Bukan semua yang kedua tu jahat. Tu pemikiran orang kita. Ada je yang first pun jahat. Orang tak pulak cakap benda tu. Saya kenal awak siapa. Saya yakin, awak tak macam tu. Sayapun tahu awak kuat. Awak mampu untuk hadapi semua ni. Allah kan bagi sesuatu mengikut kemampuan masing-masing. Awak kuat sebab tu Tuhan bagi awak macam-macam dugaan. Awak pun dapat macam-macam yang orang lain tak dapat," Aku mengelamun sejenak cuba memikirkan masa depan. Tapi tak mampu. "Siapa dia?" Soalan dari Masniza mengejutkan saya. "Tak yahlah tahu," Perkara yang belum pasti, malas nak cerita lebih. At least, dapat pandangan pun dah cukup. "Alaaa... Cakaplah. Orang airline? Orang MRT? Orang kementerian?" Sahabat ini ingin tahu. Aku beritahu jugak dia. Kalau semua kesedihanku hamburkan pada dia, takkan yang ini tak boleh beritahu? "Saya jumpa dia atas urusan kerja. Seminggu atau dua minggu lepas awak tanya saya dulu takkanlah tak jumpa sesiapa. Kerja sayakan banyak jumpa orang. Awak macam tahu-tahu je saya akan dipertemukan dengan seseorang atas urusan kerja," Kami ketawa. "Mesti awak suka kat dia kan? Kalau tak, mesti awak dah reject dia dari awal macam orang-orang lain tu," Tekanya. "Buat masa ni, setakat yang saya kenal baru beberapa bulan ni, dia baik dan ada ciri-ciri yang saya nak. Saya senang dengan dia. Tapi, tak tahulah kalau esok lusa perangai dia pun sama macam orang-orang sebelum ni. Dan kalau perangai dia tu tak sebaik yang saya sangkakan, saya harap, saya ada kekuatan untuk pergi dari dia. Saya tak nak lagi tersiksa macam dulu. Walaupun tahu perangai tak berapa elok, saya diamkan dan tunggu je. Kononnya cinta. Saya tak nak dah jadi macam tu," Ujarku penuh harapan terhadap diri sendiri.

Saturday, December 22, 2018

Sehelai Tudung Di Saat Kesedihan

Saat mencari tudung pink untuk dipakai pagi tadi, terimbau kisah sehelai tudung pink pemberian En. Yusri. Dua tahun lalu, saat kehampaan mencengkam, aku menghadiri satu meeting di office. Jasad je kat dalam meeting tu. Fikiran entah menerawang ke mana. Tiba-tiba telefon bimbit aku berdering. Panggilan dari office: Operator: Akak kat mana? Tanyanya berbisik. Aku: Meeting kat atas. Jawabku tiada mood. Operator: En. Yusri ada kat sini. Dia nak jumpa akak sekarang. Aku tahu, yang cakap sekarang tu operator sebab dia nak cepatkan kerja dia. Tak nak aku banyak soal. Tapi kenapa dia datang? Aku tak ada temujanji dengan dia. Ke aku yang lupa? Saat macam ni, banyak benda yang aku tak ingat. Kalau just saja nak jumpa... Tak payahlah. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku bertemu dengan sesiapapun. Aku tak nak jumpa orang. Operator: Akak turun sekarang tau. Suara operator mengejutkan lamunanku. Sebaik saja aku tiba di ground floor, Yusri: Teja, tak sihat ke? Kurus sangat. Teja sakit ke? Aku: Taklah. Yusri: Serius Teja, you nampak tak bermaya. Tak ceria, sakit ke? Aku: Tak adalah. Kenapa? Aku sengaja bertanyakan hasrat kedatangannya. Aku malas berlama dengannya. Yusri: Saya nak bagi ni. Dia menghulurkan sekeping sampul surat besar. Saya tertanya apakah isi sampul tersebut? Yusri: Tudung. Saya beli. Cubalah tengok. OK tak? Saya tak tahulah warna tu Teja suka ke tak. Tanpa sepatah kata, sampul itu ku buka. Yusri: Teja sibuk ke? Nak berbual? Ada apa-apa Teja nak cakap ke? Aku mula melangkah ke arah sofa. Tidak mahu patah bicara kami nanti didengari orang lain. Tudung yang merupakan isi sampul ku tarik keluar. Instant shawl Sofea Ross warna pink purple aku pegang. Cantik! Tapi aku tidak mampu untuk mempamerkan rasa gembira atas pemberian tersebut. Maaf En. Yusri, aku bukan tidak suka dengan pemberian ini. Tapi pedih ini tidak mampu menerbitkan rasa riangku. Yusri: Macam mana pakai saya tak tahulah. Kawan saya jual. Nampak cantik je, saya belilah. Modern tudung ni. Kawan saya kata, sesuai untuk orang muda. Tapi dia kata tudung ni complicated sikit nak pakai. Dia suruh saya ambil tudung lain untuk Teja. Tapi saya rasa Teja tak ada masalah pakai tudung complicated ni. Teja kan selalu pakai tudung macam-macam fashion. Untuk menjaga hatinya supaya tidak tersinggung dek riak wajahku yang tidak mempamerkan keceriaan, aku memakai tudung tersebut tanpa sepatah kata. Sekurang-kurangnya dia tahu yang aku menghargai pemberiannya. Yusri: Haaaa... Saya tengok dalam gambar macam tulah, betullah tu. Setelah mencuba, tudung tersebut ku lipat dan kembalikan ke dalam sampul. Yusri: Ada apa-apa Teja nak cerita ke? Teja nampak sedih. Ada masalah? Aku diam lagi. Yusri: Masalah kerja? Kerja baru macam mana? sibuk? Ke tak sesuai? En. Yusri tahu yang aku mula bertukar department. Sebagai menjawab persoalannya, aku geleng. Tangisan segera datang tapiku tahankannya. Dia sabar menanti seolah memberi ruang untukku mencari kekuatan bagi membuka mulut. Yusri: Saya harap tu masalah kerja je. Komennya setelah lama aku diam menahan tangis. Aku: Sesusah manapun kerja, saya akan usahakan. Tu semua kecil bagi saya. Kerja biasalah ada cabaran. Saya akan cuba sehabis baik. Kataku dalam esak yang tertahan. Yusri: Kalau ada apa-apa, janganlah segan nak cerita. Kitakan dah macam adik-beradik. Kalau kita ikhlas, kita mesti dapat rasa antara kita ada yang sedang bersedih. Saya tengok status Facebook Teja kebelakangan ni sedih-sedih je. Aku: Bila tengok status saya? Yusri: Ahad kalau tak silap. Sengajaku tanya takut deactivateku tak jadi. Tiba-tiba Pak Lah atau En. Abdullah pulak datang. Pak Lah: Kenapa status Teja sejak akhir-akhir ni sedih sangat? Ada masalah ke? Teja pun nampak sedih. Aku diam buat ke sekian kalinya. Pak Lah: Kalau ada apa-apa bagi tahulah. Apa yang tak kena? Yusri: Tengok, semua orang perasan status Teja. Kita semua dapat rasa yang Teja sedih dan ada yang tak kena. Teja bukan macam ni yang kami kenal. En. Yusri menambah. Melihatku enggan bercerita, Pak Lah meninggalkan kami. Yusri: Teja kenapa? Sebab manga Harum Manis ke? Mangga Harum Manis tu merujuk kepada Fauzi, orang yang telah melukakan hatiku. En. Yusri panggil dia begitu sebab aku pernah post gambar Harum Manis pemberiannya di Facebokk. Tangis yang ku tahan akhirnya pecah. Aku tidak mampu lagi menahannya dari pecah tatkala nama itu disebut. Namanya saja sudah cukup menghiris hatiku. Yusri: Kenapa? Teja gaduh dengan dia? Aku geleng. Yusri: Kenapa? Aku: Dia dah tak ada. Yusri: Maksudnya? Jelas suaranya terkejut. Aku: Dia dah pergi. Yusri: Tapi kenapa? Aku: Saya tak tahu. Tak tahu kenapa. Saya tak tahu apa salah saya. Gaduh pun selama ni cepat je kita orang baik. Kalau saya salah, saya minta maaf. Saya tak pernah buat benda yang dia tak suka kecuali tak sengaja. Saya tak pernah desak dia, tak pernah kongkong dia, tak pernah buat dia rimas. Tapi tak tahu kalau di luar sedar saya dan dia tak cakap dengan saya yang saya merimaskan dia. Aku semakin beremosi. Aku terdiam bila En. Yusri juga menangis. Yusri: No, no. Saya tak percaya Teja macam tu. Apa yang saya kenal, Teja bukan seorang yang mendesak, mengongkong, meminta-minta atau merimaskan. Teja selalu menyenangkan orang. Buat orang terhibur. Aku: Tapi kenapa? Kenapa dia buat saya macam ni? Yusri: Mungkin dia ada perempuan lain? Aku: Saya memang tengok kat FB dia, ada komen-komen yang kurang menyenangkan antara dia dan perempuan tu. Dan dia mengaku yang dia sukakan perempuan tu. Yusri: Teja jangan macam ni. Teja kena kuat. Saya tahu Teja ikhlas orangnya. Tapi saya tak faham kenapa orang buat Teja macam tu. Mana tahu kalau lepas ni Teja akan jumpa orang yang lebih baik. Dan hari ini, aku mampu tersenyum dan ketawa walaupun tanpa dia di sisi. Cuma, kesan yang ditinggalkan terlalu dalam. Sukar untuk aku kikis segala ketakutan itu. Namun, andainya Allah takdirkan untuk aku bertemu dengan seseorang yang benar-benar ikhlas dan menerimaku seadanya, aku akan cuba untuk mencintainya sebagaimana dia mencintaiku. Namun aku perlukan masa untuk bina semula keyakinanku dalam cinta ini. Jika dulu aku sering berdoa agar Allah kembalikan dia kepadaku, hari ini, doa itu telah ku mansuhkan. Aku rela atas pemergiannya. Pergilah. Pergilah ke mana saja. Jangan lagi ganggu ketenanganku. Semoga luka yang kau cipta mampu dirawat oleh seseorang yang benar-benar ikhlas. Dan tudung pink purple pemberian En. Yusri itu masih dalam simpanan dan ku gayakan dengan baju yang sesuai.

Friday, December 21, 2018

Nasihat Yang Membangkitkan Kemarahan

Dua tahun lalu, saat aku jatuh dan kecewa ditinggalkan kekasih hati, aku sering menangis. Prestasi kerja merosot. Gastrik menyerang dan tubuh kurus. Berat badan ketara susutnya sehingga mencecah 45 KG. Tatkala itu, hanya ada tiga orang sahabat perempuan yang menemaniku saban hari menerusi talian telefon. Mereka jauh dariku dan sudah berkeluarga. Namun, Allah berikan mereka kepadaku untuk sentiasa menemaniku menerusi panggilan. Mereka bimbang jika aku melakukan sesuatu yang tidak baik memandangkan aku tinggal seorang kerana housemateku baru saja melangsungkan perkahwinan. Suatu hari, Ayu (bukan nama sebenar) seperti kelazimannya menghubungiku di waktu senggangnya. Seperti biasa juga, aku menangis kepadanya. Mengadu akan kerinduanku dan kasih sayangku yang tidak berbalas malah telah pergi jauh dariku. Ayu: Aku tahu kau kecewa. Tapi, kau tak boleh terus macam ni. Kau kan ada Allah. Kau kena kuat. Aku akan sentiasa ada dengan kau. Aku: Aku cuba Ayu. Tapi buat masa ni, aku tak mampu lupakan dia. Aku letih macam ni. Ayu: Kau kena kuat. Kau mesti lawan perasaan tu. Buat apa ingat kat orang yang dah buang kau. En. Yusri (bukan nama sebenar) kan ada. Mana tahu kalau dia sebenarnya jodoh kau. Aku tergamam. Aku: Eh, apa kau ni? En. Yusri tu suami oranglah. Tak nak aku! Ayu: Kalau Allah kata itu yang terbaik untuk kau. Kau kena terima. Aku: Ayu, aku ni tengah sedih. Kau boleh tak doa yang baik-baik untuk aku. Takkanlah kau nak tengok aku ni kahwin dengan suami orang? Tu menempah namanya. Ayu: Ya Allah, kau ni belajar agama ke tidak? Kau sekolah agamakan? Belajar Munakahat. Darjah khas pangkat satu kan? Apa salahnya, En. Yusri tu baik. Selalu take care kau. Kau up status Facebook pun dia boleh tahu kau OK ke tak. Kau tak jawab call dia, pun dia boleh beza kau tak jawab sebab kau sibuk atau tak jawab sebab kau tak OK. Kalau dia mampu, zahir batin, tak salahkan? Aku: Ayu, boleh tak kau doakan aku dipertemukan jodoh dengan yang baik-baik. Doalah dapat yang bujang ke atau sekurang-kurangnya duda. Bukan suami orang. Ayu: Bukan semua suami orang tu jahat. Kau lagi tahu bab agama ni dari aku. Kalau tak, kenapa Allah izinkan poligami? Kau belajarkan hikmah poligami? Kita ni, suka nakkan sesuatu yang mungkin tak baik bagi kita. Tapi bencikan sesuatu yang baik bagi kita. Siapa yang buat kau kecewa sekarang ni? Duda kan? Yang dulu tu lagilah, bujang. hampeh! Aku: Ayu, kau kena fikir perasaan perempuan lain. Kau pun ada kat tempat perempuan yang orang lain nak rampas suami kan? Aku selalu letak diri aku sebagai first wife. Hancurkan hati bila suami buat macam tu. Ayu: Kes aku lain. Situasi aku berbeza. Takkan kau nak jadi macam orang tu? Kalau ditakdirkan kau tu dengan En. Yusri, jadilah perempuan yang baik. Tak semua yang kedua tu jahat. Kau je yang fikir macam tu. Diri kau, kau boleh control diri kau dan kau boleh pilih nak jadi jahat ke baik. Kalau macam tu, susahlah. Kalau yang suami orang tu lebih ikhlas dari yang bujang dan duda macam kau nak, macam mana? Aku: Dah, dah, dah. Aku tak nak dengar! Aku bukan perampas! Ayu: Aku tak suruh kau rampas. Aku suruh kau jadi share partner. Pelengkap kebahagiaan. Bukan pemusnah. Aku: Dah, dah, dah. Sekarang ni kau doakan aku dapat lelaki yang baik, yang bujang atau yang duda. Ayu: Tak ada, tak ada. Aku doakan kau dapat lelaki yang baik, yang boleh terima kau seadanya, yang sayang kat kau betul-betul, ikhlas dengan kau, yang sentiasa rindukan kau. Yang boleh layan manja kau tu. Tak kisahlah siapapun dia, laki orang ke, duda ke, bujang ke. Yang penting lelaki yang baik. Aku ulang, lelaki yang baik. Yang tak buat kau derita macam ni. Yang buat kau bahagia. Aku: Kalau dah laki orang nak bahagia macam mana. Ayu: Alah, tu kerja Allah. Siapa tahu itu yang buat kau bahagia. Yang kau tak nak. Aku: Dah. Aku malas cakap dengan kau. Tak ada mood. Cuma kau doakan aku macam yang aku cakap tadi. Ayu: Doa aku, mulut aku, suka hati akulah nak doa apa. Aku: Kau tu kawan aku tau. Ayu: Sebab aku kawan kaulah aku nak doa yang terbaik untuk kau. Sungguh aku marah dikala itu. Mulai dari hari itu, aku lebih berhati-hati dengan suami orang termasuk En. Yusri. Mana-mana suami orang yang datang menghampiri, tanpa fikir panjang dan tunggu, aku terus reject. Lantaklah, baik ke, tak ke. Tapi...

Percubaan Dari Apps

OK. Setelah sekian lama tak update blog dari phone sebab apps lama tu tak di update oleh developer, hari ni aku dapat apps baru untuk update blog or apps untuk blogspot.com. Kan blog ada banyak platform. 

So, lepas ni bolehlah update blog dari mana sahaja.


Sebuah Text Dan Satu Panggilan

Alhamdulillah, aku dibangkitkan dinihari ini dengan perasaan tenang dan riang. Betapa aneh perasaan ni. Hanya dengan satu panggilan dan sebuah text, bisa merubah mood ke laut semalam terbang ke awan biru. Setelahku memberitahu bahawa hatiku tak sihat, sepulangnya dari Masjidil Haram, dia menghubungiku. Line elok dan terang. Rupanya panggilan dibuat menerusi talian, bukan Whatsapp. Roaming? Tidak mahalkah? Berapa agaknya bil itu nanti? Setelah bercakap beberapa ketika yang ku kira lebih 10 minit, dia meminta diri bersiap untuk ihram. Seperti yang dibincangkan, tentang text. Aku bangun dari tidur pagi tadi, ada satu text yang dikirmnya lewat malam Malaysia. Terima kasih kerana memahami. Bukan banyak yang aku perlukan. Aku sekadar ingin tahu yang aku dalam ingatanmu. Dan aku akan cuba untuk memberi kenyamanan perasaanmu. Dan pagi ini, Alhamdulillah, aku tenang dan riang di pejabat. Bersemangat untuk memulakan tugas. Aku harap, keadaan ini berpanjang hingga ke petang dan hari-hari seterusnya. Doaku, kau tenang dalam menjalani ibadah di sana.

Thursday, December 20, 2018

Komen Dari Orang Yang Tak Disangka - Kronologi Pertemuan Aku Dan Dia

18 Oktober, 2018. Hari tu aku cuti. Petangnya, aku mahu ke City Biew Hotel, Sepang untuk menginap di sana dengan beberapa orang peserta yang terlibat dalam program di Sabah. Langkah ini ku ambil kerana flight kami awal pagi. So, sejak pagi, aku mengemas luggage yang hendak dibawa. Bila siap, aku sekadar duduk-duduk dan online. Apa lagi, update Facebook dan Whatsapp. Sebenarnya aku baru je pandai update status Whatsapp. Kawan ajar. Hahahahaha.... Bila baru pandai ni, excited dia lain macam sikit. Selalu nak up status hehehehe... Kebetulan, bila saya buka Whatsapp, iPhone saya asyik keluar notice memory full. Benganglah saya. Sayapun updatelah status, lebih kurang berbunyi begini: "Bilalah Celcom ni nak keluar pakej iPhone?" Diikuti dengan emoji sedih. Lebih kurang jam 12.00 something, nada bunyi Whatsapp personalku berbunyi. Ada orang komen status akulah tu. Aku memang set nada bunyi group dan personal tu lain. Kalau group tu lambat buka pun tak apa. Personal ni bahaya sikit. Kadang-kadang hal kerja yang penting so kena buka cepat. Tapi pada masa tu, saya fikir, tak lain tak bukan, ni mesti Amjad yang komen status aku tu. Nak kutuk akulah tu. Tak pun nak ketawakan aku yang selalu terganggu dengan memory full phone tu. Tatkala aku membuka Whatsapp... Eh, Mr. Nice Guy? Pada masa tu aku memanggilnya dengan panggilan rasmi. Kenapa dia Whatsapp aku? Ada pemberitahuan pasal simulasi kot. Tak jadi ke, atau ditangguhkan atau dipercepatkan? Tangguh tak apa. Jangan kata nak percepatkan masa aku kat Sabah. Ke ada apa-apa urusan lain? Tolonglah. Aku malas nak cakap pasal kerja hari ni. Fikiran aku dah melayang ke Sabah ni. Jasad je kat Semenanjung. 'Sian. Teringin ke?' Laaa... Dia reply status aku rupanya. Tak apalah. Cakap pasal kerja, aku bye kan kau untuk hari ni. Duk diam-diam kat office kau tu, 23 hari bulan nanti kita jumpa dan bincang. 'Tak adalah. Saya memang pakai iPhone. Cuma phone saya ni dah penuh,' Itu balasanku tanpa ada niat untuk memanjangkan perbualan menerusi Whatsapp hari tu. Sebaliknya, dia membalas lagi. Dan akhirnya daripada topic iPhone, dia beralih ke topic lain berkisarkan diriku. Aku yang tengah bosan masa tu, layan jelah. Ni pucuk dicita ulam mendatang namanya. Ada orang nak layan sembang aku yang kebosanan ni. Dia pun masa tu masih panggil aku Cik Teja. Lama-lama aku minta dia gugurkan panggilan cik tu. Aku sebenarnya tak suka orang panggil aku dengan panggilan rasmi. Tak best. Aku bukan orang besar pun. Dia pulak minta aku gugurkan panggilan tuan haji di pangkal namanya. Katanya, ramai orang satu syarikat dengannya mendapat haji. Sebab mereka bertugas di Mekah beberapa tahun lalu dan mereka ambil kesempatan itu untuk mengerjakan haji. Lalu aku tukar kepada panggilan encik. Pun dia tak setuju sebenarnya. Tapi aku tak hiraukan. Habis nak panggil apa? Panggil nama? Rasa macam kurang ajar je. Dia lebih tua dari aku. Takkan nak panggil abang? Tebiat apa? Lagipun geli je. Orang yang kita panggil dengan panggilan rasmi lepas tu tiba-tiba nak panggil abang. Bukan kenal pun. Idok le kita. Memang susah aku nak panggil abang kat lelaki ni. Melainkan, pada awal perkenalan tu memang dah panggil abang. Rasa macam entah. Perempuan mengada je panggil abang. Dia cadangkan supaya kami membahasakan diri dengan panggilan I dan you. OK. Yang tu boleh terima. Rasmilah jugakkan? Tapi dia cakap, kalau rasa gatai boleh je panggil abang. Sorrylah ya, Encik abang, tak kuasa kita nak panggil awak abang. Menyampah dan geli rasanya. Bila dia tahu aku cuti dan akan ke office, dia cadangkan agar perjumpaan bersamanya dibuat pada hari tu sebab dia free sepanjang hari tu. Alamak, menggelabah jugaklah aku. Mujur dalam text kami bersembang. Rasa seganlah nak pergi jumpa dia sorang-sorang kat ofis dia. Nanti staff aku pelik pulak apa hal cuti tiba-tiba nak pergi jumpa dia ni? Dahlah dah buat temu janji 23 hari bulan. Pergi sorang memang taklah. Malulah. OK, tak apa. Kita cari helah. Aku bagi tahu dia, yang aku kena ke office lain dulu sebelum ke office aku. Takut tak sempat sebab takut lama di office satu lagi tu. Dia kata OK. Alhamdulillah. Selamat aku. Pada hal, aku pergi office satu lagi tu kejap je. Ambil barang lepas tu kul 4 cam tu dah sampai office aku. Dalam hati sempat berdoa, janganlah terserempak dengan dia kat tengah jalan. Kantoi aku menipu dia. Tapi kan bawa luggage. Aku naik Grab. So, memang takkan terserempaklah kan. Boleh tahan mamat ni. Semalam bukan main serius lagi cakap pasal kerja. Whatsapp pun macam malas layan orang. 'OK see you then,' Hmmmm... Dah cakap macam tu, aku pun balas OK jelah. Ikut hati malas nak balas. Macam orang nak cepat tamatkan perbualan. Tak nak bercakap lebih melainkan hal kerja. Dia ingat, aku nak sangat cakap panjang dalam Whatsapp semalam? Eh, hari ni, dia yang mulakan dan banyak cakap. Kalah aku. Tak sangkalah pulak perbulan menerusi Whatsapp tu berlarutan sampai ke lewat malam. Tapi dia tu jadi macam interviewer, macam-macam dia Tanya aku. Bila aku Tanya dia, dia cakap, biar dia je Tanya aku sebab dia an admire kat aku yang kononnya cekal dan tabah ni heheheehe... OK, tak nak bagi aku Tanya sudah. Aku OK je nak jawab soalan-soalan dia. At least ni salah satu daripada advokasi kan? Hahahahaha... Masih masuk bidang kerja aku. Aku tak tahu pasal dia pun tak apa. Tak penting. Habis simulasi, hilanglah dia ni. Lagipun, dia tak pernah kenal dengan blind. So, peliklah kot. Dah kenal nanti, dia menyepilah. Ada aku kisah? Hidup aku senang je sekarang. Orang dating dan pergi. Siapa nak kawan, kawan. Yang nak pergi, pergilah. Aku takkan haling dan tahan. Aku nak kawan dengan orang yang nak kawan dengan aku je. So, hari tu aku cuma tahu dia X UiTM yang pada zamannya dikenali sebagai ITM. Kira senior akulah kan? Cuma aku di Shah Alam, dia di Dungun. Satu lagi, aku tahu dia orang Pahang. Kat mana aku pun tak ambil pusing sangat. Dia kata dia ada bagi tahu aku daerah mana. Tapi aku tak ingat pun. Hahahaha... Sekarang ingatlah. OKlah. Nanti sambung lagi. Nak buat teks ucapan lagi. Bye.

Tuesday, December 18, 2018

Assalammualaikum Cinta Hatiku

Suatu Sabtu, ketika aku duduk di dalam train menuju ke office, telefon bimbitku berbunyi. Ya, personal whatsapp! Aku dapat mengagak siapa pengirimnya. Saban pagi, dia pasti mengirimkan pesanan buatku. Dengan hati berlagu riang, jemari ku tarikan di atas skrin sesentuh telefon. 'Assalammualaikum cinta hatiku,' Dam!!! Aku terpana. Serasa sejuk kaki dan tangan. Hati berdebar. Perasaan bercampur-baur, suka, sedih dan entah apa-apa perasaan lagi. Ya Allah, betulkah ayat yang ku baca ni? Betulkah dia pengirimnya? Aku mengulang baca ayat tersebut. 'Assalammualaikum cinta hatiku,' Ayat ini, perkataan ini, aksara inilah yang seringku kirimkan buat seseorang yang ku siapkan wilayah istimewa dalam hatiku dua tahun lalu. Namun... Dua tahun lalu, tiada jawapan setiap kali aku mengirimkan ayat ini. Malah, dia seakan enggan menerima ayat ini yang ku kirimkan menerusi pesanan whatsapp. Malah, di blog juga sering aku tuliskan ayat ini buatnya. Masa tu, hatiku sering menangis tatkala tiada jawapan sebaik sahaja ayat ini ku kirimkan. Jika adapun, balasan yang berkisar kepada hal lain bukan soal hati dan perasaan. Aku sering berdoa supaya Allah lembutkan hatinya. Agar dia mengerti kasih sayangku, cintaku hanya untuknya. Dan aku mohon agar Allah tidak memisahkan kami kerana aku benar-benar mencintainya. Aku juga sering mengharapkan agar aku menerima kembali ayat ini atau ayat-ayat yang seumpama dengannya. Aku yakin, Allah Maha Mendengar. Tapi, Allah enggan memakbulkan doaku dikala itu. Kenapa? Hanya Dia saja Yang Maha Mengetahui. Dan hari itu, hari Sabtu yang hening yang ku lupa tarikhnya, Allah menggerakkan hati seseorang yang lain untuk mengirimkan ayat keramat itu kepadaku. Dalam rasa keharuan, aku membalas baik ayat itu. Ya Allah, apakah doaku Kau dengari dan Kau simpan untuk memakbulkannya? Dan kau pilih orang lain untuk mengucapkan ayat keramat itu? Jika benar Kau ciptakan dia baik untuk agamaku dan hidupku, maka Kau tetapkanlah hati kami untuk bersatu dan Kau satukan kami, permudahkan jodoh kami hingga ke JannahMu. Petang itu, ku belek semula chat history yang pernah aku kirimkan dua tahun dulu. Ya, memang banyak ayat itu ku kirim buatnya. Hampir setiap hari. Tapi tiada ucap balas. Dan kini, aku relakan dia pergi.

Monday, December 17, 2018

Wife Saya Tak Nampak

Khamis lalu, buat terakhir kali sebelum dia mengerjakan umrah, kami bertemu. Ada ke tanya aku nak makan kat mana? Aku bukan kisah sangat nak makan kat mana. Mana-mana pun boleh. Katanya ikut aku terasa nak makan apa. Buat masa ni, tak ada teringin lagi. Katanya sudah beberapa kali keluar bersama tapi yang makan dia sorang. OK, aku korbankan dietku Khamis sudah. Pilihan kami Saba' Restaurant, Cyber Jaya. Nasi Arab! Memang berterabur diet aku hari tu. Dahlah nasinya banyak. Tapi sedap. Ketika kami membasuh tangan selepas makan, pekerja restaurant mengemas meja kami walaupun sudah diberitahu yang kami belum habis makan. Dari cakapnya, aku tahu dia marah. So, aku diam sebab ini first time dia marah di hadapanku. Tak tahu bagaimana caranya untuk menangani marahnya. Takut salah cakap, aku pulak yang kena. Pemilik restaurant menghampiri kami dan cuba menyelesaikan masalah kami. "Saya dah cakap, kita orang belum habis makan. Tadi kita orang basuh tangan. Wife saya tak nampak, so saya pergi dengan dia. Tak ada orang kat meja ni," Katanya lancar dan yakin. Daripada diam memerhati kemarahannya, aku tergamam. Betul ke apa yang aku dengar ni? Ke aku berangan? Ke mimpi? Wife dia tak nampak? Bila masa dia ada blind wife? Aku ke yang dimaksudkan? Dia ni biar betul? Sejak bila dia kahwin dengan aku? Aku tak mampu untuk berkata apa. Apatah lagi untuk meminta penjelasannya. Dia ni selalu buat benda-benda luar jangka or surprise. Hadoi, macam manalah hati ni tak bergetar? Tahukah engkau, tidak pernah seorangpun orang yang terdahulu dari engkau memberitahu orang yang aku ini wifenya atau future wife dia? Malah, jikaku tanya sayang atau tidak pun sukar untukku peroleh jawapannya. Aku kaget. Adakah kau sedar apa yang kau ucapkan sebentar tadi? Tidakkah engkau malu memberitahu orang yang wife kau tak nampak? Bisakah kau hidup bersamaku dan perlu mengakui atau memberitahu umum yang wife kau seorang yang tidak dapat melihat untuk sepanjang hayatmu? Tidakkah kau malu memperisterikan orang yang sedemikian? Fikirlah masak-masak. Aku tak mahu kau menyesal nanti. Dan aku tak mahu kau mengungkit kekurangan yang Allah takdirkan buatku ini kelak. Dia tetap bersahaja. Mungkin sedar akan diamku, dia cakap sorry sebab perangai boss-bossnya dah keluar. Aku tak kisahlah perangai boss-boss ke, perangai kuli ke, yang penting kau pamerkan kasih sayang yang tulus ikhlas dari hatimu padaku. Ketahuilah, bahawa aku seakan terdengar nadi cintaku mahu berdenyut kembali.

Aku Seperti Saidatina Aishah

Aku seperti Saidatina Aishah. Malah lebih lagi. Mana mungkin aku seperti insan mulia itu kerana aku diciptakan sebagai insan biasa yang banyak kelemahan serta kekurangan? Pernahkah engkau mendengar kisah bagaimana cemburunya Saidatina Aishah apabila baginda Rasulullah menyebut tentang Saidatina Khadijah? Padahal Rasulullah hanya menyebutnya dan Saidatina Khadijah telah lama wafat. Apatah lagi aku? Tatkala engkau menyebut tentang dia yang kini bersamamu? Perempuan tetap perempuan. Mana bisa lari dari perasaan itu? Masa dan waktu membawa engkau jauh dariku. Lalu rindu indah tapi menyakitkan ini segera mendakap hatiku. Tahukah engkau bagaimana perasaan seorang perindu? Hati berbunga tatkala menerima pesanan dari engkau nun jauh di sana meskipun dalam keterbatasan masa serta kesibukan. Pesanan yang ku tunggu-tunggu sejak petang semalam akhirnya menjelma jua. Tahukah engkau betapa aku gembira menerimanya? Dalam waktu yang singkat serta terbatas untuk berbalas pesanan juga berbual menerusi telefon, bolehkah jika tiada nama lain disebut sewaktu di pesanan mahupun di telefon? Bisakah engkau bayangkan perasaan aku yang ditinggalkan sedangkan engkau bersamanya di sana? Aku faham keadaan kita tapi aku minta untuk waktu ini kerana komunikasi kita sangat terbatas sewaktu engkau di sana. Aku bukan seorang yang sempurna untuk kebal dengan api cemburu ini. Bukan niatku jua untuk membuat engkau serabut dari kejauhan ini. Maafkan aku kerana tak bisa menjadi seperti yang engkau harapkan. Enggan mengganggu ketenangan engkau beribadah, maka lebih baik tidak aku nyatakan sebabnya apabila aku membahasakan diriku dan dirimu bukan dengan panggilan kebiasaan kita. Maafkan aku kekasih kiranya hari ini aku mengganggu ketenanganmu dengan coretan ini. Sungguh aku tidak mahu menyerabutkan engkau dan membuatmu marah. Lalu aku diamkan semua ini meski hati tercalar. Mungkin bagimu ini bukan cemburu yang baik tapi aku insan lemah. Tercuit aku dengan perasaan itu. Sesungguhnya aku rindukan engkau kekasih dan tak mahu ada pergaduhan di kejauhan ini. Lalu aku putuskan untuk tidak menyuarakan hal ini dengan harapan kau akan memikirkan perubahan panggilan itu dan cuba memahami perasaan aku yang ditinggalkan. Bukan salahmu kekasih tetapi salahku yang cepat tersentuh. Tenang-tenanglah engkau di sana. Jangan kau marahi aku dengan kelemahanku ini andainya benar engkau menyayangiku. Aku tidak mahu ada pertengkaran antara kita saat berjauhan begini. Jika engkau membaca coretan ini, aku harap engkau memahaminya dan jangan kau ulangi lagi. Ketahuilah, engkau sentiasa dalam ingatanku yang tidak mampu bersamamu kala ini. Aku sentiasa menantikan kiriman pesanan serta panggilanmu. Sebaik mungkin aku cuba untuk memujuk hati ini atas calaran yang tidak engkau sengajakan tadi.

Saturday, December 15, 2018

Semuanya Tak Menyempat - Kronologi Pertemuan Aku Dan Dia

17 Oktober, 2018: Pagi itu, aku masuk ke pejabat seperti biasa Berbekalkan sisa kegembiraan hari lahirku semalamnya. Seperti tahun-tahun sudah, seratus lebih ucapan selamat hari lahir ku terima menerusi Facebook. Jumlah ucapan meningkat tahun ini. Dan aku masih seperti tahun-tahun sudah, membalas setiap ucapan tersebut dengan komen ucapan terima kasih. Saat aku leka menulis komen untuk ucapan tersebut, telefon di mejaku berdering. "Hello, Teja," Suara Jacqueline di hujung talian. "Hello," Jawab saya dalam cuba menutup suara malas melayannya. Dalam hati, apalah dia ni nak pagi-pagi ni? "Awak dah call Mr. Nice Guy?" Tanyanya. Saya tiada pilihan melainkan bercakap benar. "Belum," "You ada baca tak email balasan dia?" Tanyanya lagi. "Pun belum," Hati berkata lagi, apalah yang penting sangat dengan Mr. Nice Guy tu? "Nanti you tengok eh? Event dia tak lama lagi," Alamak, tak lama lagi? Saya terkejut. "Bila?" "26th," "26 Oktober?" Tanyaku menghela nafas lega. Tapi ada jugak rasa marah kat Jacqueline ni. "Ya, Oktober," Balasnya. "Laaa... Ingatkan esok. 26 tu lambat lagilah, Dr.Jac. 9 hari lagi. Hari ni baru 17," Apalah yang dia ni kelam-kabut sangat? Aku ni bukan penganjur. Buat apalah aku nak kelam-kabut? Hadir jelah event tu. Kalau aku penganjur ialah. Aku ni dahlah tengah sibuk pasal program Sabah. Yang tak berapa kritikal ni pun nak bagi aku sibuk jugak. Hish. "Nantilah saya email dia," Harapan dalam hati agar talian segera dimatikan. "You call pun lagi baik. Dia dah call saya cakap pasal ni," "OK," Suaraku mendatar menyebut OK. Yang Mr. Nice Guy tu pulak, apalah duk kalut sangat? Buat jelah. Nanti aku datanglah follow event dia. Semua orang tak menyempat. Bebel saya sendirian setelah talian dimatikan. Aku terus mencari Outlook Express untuk membaca email yang dimaksudkan. Satu persatu email yang belum dibaca ku teliti. Satu nama menarik perhatian kerana inilah mamat kalut yang dimaksudkan Jacqueline. Yang Jac ni pun satu hal. Kau dah balas, dahlah. Yang kalut nak suruh aku contactlah, balaslah, bacalah buat apa? Just cakap jelah dengan orang tu, kita ada representative. Email tu adalah email balasan dari Mr. Nice Guy kepada email Jacqueline. Nanti kalau ada masa, aku copy kan email tu di entri ni. Hmmm... Memang mamat ni berani sungguh, siap bagi nombor phone peribadi. Bagus! Kau pun memang orang yang dikehendaki, dah lama kami mencari, akhirnya, datang serah diri. Siap bagi nombor phone handset lagi. Memang sangatlah bagusnya! Setelah membalas email berkenaan, aku terus mencapai gagang telefon yang terletak di atas meja komputerku lalu mendial nombor yang diberi. Macam manalah orangnya ya? Sombong kot. Asyik nak mengelak je meeting dengan kita. Mesti tak nak dipersalahkan atas insiden-insiden yang pernah berlaku di stesen. Deringan tak sampai beberapa kali, talian bersambut. Kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian menyambut salamku. Bagi memastikan dialah orang yang ingin dihubungi, aku bertanyakan namanya. Ya betul. Dialah Mr. Nice Guy. Aku memperkenalkan diri serta memaklumkan bahawa akulah representative yang dimaksudkan Jacqueline. Katanya, dia baru mahu menghubungiku. Panggilanku terlebih dahulu masuk ke telefonnya. Lambat! Kami berbincang tentang eventnya dan dia minta untuk bertemu denganku bagi menerangkan lebih lanjut akan event tersebut. Aku bersetuju dan berjanji akan mengirim whatsapp kepadanya untuk menetapkan masa dan hari pertemuan. Dalam perbualan tu, aku ada juga sebut tentang insiden di stesen. Katanya, pass is pass. Amboi, sesedap mulut dia je pass is pass. Tak ada yang lepas, tak ada sekarang en. Yang lepas tuu, jadikanlah pengajaran. Tak apalah. kau hubungi aku pun atas sebab lain. So, aku simpan dulu isu ni. Perbincangan berakhir dengan baik di mana kedua-dua belah pihak mencapai persetujuan tentang beberapa perkara. Tidak lama setelah bercakap menerusi telefon, aku menghantar whatsapp kepadanya menetapkan temujanji pada 23 Oktober jam 10.00 pagi. 'OK, see you then," Jawabnya seperti orang-orang lain yang berurusan denganku. Aku tidak membalasnya. Dia dah kata OK, OK la. Tak perlu nak balas dah. Dia ni orang sibuk kot. So, cakap yang penting je. Lagipun takut dikatakan saja nak cari topik berbual. Hish, idok le teman. Kita jumpalah 23rd nanti ya Mr. Nice Guy.

Apa Kena Dengan Hati?

Hari ini, serasa bagai ada yang tak kena dengan hati. Apa kena dengan hati? Adakah kau sakit? Atau... berdukakah engkau? Biarpun jasad di dalam bilik mesyuarat, fikiran menerawang entah ke mana. Mulut bersoal jawab dan menyatakan hujah, namun hati... Berkeliaran entah ke mana. Kenapa sebaris nama itu sering mengusik hati? Sebaris nama yang dulu biasa-biasa saja di mindaku. Pelik pun ada jugak. Tidak pernahku dengar nama itu. Sejak akhir-akhir ini, sebaris nama itu indah di hati dan disebut. Kenapa suara itu sering terngiang di telinga? Bergema di setiap pelusuk jiwa. Suara yang dulu ku rasakan sama seperti suara-suara lain pernah ku dengar, Tapi kini lunak berkata-kata biarpun tuannya tiada di depanku. Kenapa kata-katanya sering menjadi azimat? Biarpun tidakku tahu jujur hatinya. Semoga nama itu tidak tajam menusuk perasaan suatu hari nanti. Semoga suara itu tidak menghiris hati ini di hari muka. Semoga kata-katanya bukan belati mencipta luka jiwaku kelak. Ya Allah, Aku tak faham dengan perasaanku. Apa kena dengan aku? Apa kena dengan hati? Apakah musim bunga itu kembali berkembang? Ya Allah, aku takut kiranya tsunami melanda lagi. Tapi rasa yang pernahku rasa dulu, seakan mula mahu meresap ke hati. Aku takut. Mungkin takut kerana masa silamku dan takut kerana status. Apapun, aku berjalan mengikut takdirMu.

Wednesday, December 12, 2018

Hari Lahir 2018

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ku tarikan jemari ini untuk mencoret apa yang ku lalui sejak kebelakangan ini. Tak mahu lagi menulis setelah segalanya berlalu dan ketika ia menjadi kenangan. Biar ku tulis sewaktu aku mengalaminya. Namun bermula malam ini, ingin ku imbas kembali beberapa tarikh yang menjadi memori hidup ini yang juga akanku abadikan dalam arca kenangan. Segalanya bermula pada tarikh keramat pengukur usiaku, 16 Oktober 2018. Seperti tahun-tahun telah terlewati, pastinya aku akan ke pejabat dengan pakaian yang aku suka menjelangnya hari lahirku. Bagi aku, tarikh ini merupakan suatu tarikh yang amat bermakna. Bezanya, tahun ini sama seperti tahun lepas. Tiada cuti, tiada seseorang mengambil cuti untuk meraikan hari lahirku, tiada makan malam atau tengahari istimewa bersama yang teristimewa, tiada ucapan istimewa dari seseorang yang aku cintai, tiada juga hadiah dari seseorang yang aku sayangi. Yang ada hanyalah ucap doa keramat daripada kawan-kawan pejabat, kawan-kawan yang mengingatiku, hadiah daripada kawan, hadiah daripada dia yang pernah aku cintai yang dihantar ke pejabat dan paling menggembirakan aku, lebih seratus ucapan selamat menerusi facebook. Ianya cukup membuatkan aku bahagia di hari lahirku tahun ini. Sememangnya, setiap kali hari lahirku, aku akan simpan semua kerja-kerja yang memeningkan kepala dalam laci, bawah meja atau kat mana saja. Sebab aku tak mahu kepalaku kusut dengan kerja-kerja yang rumit. Aku ingin menikmati kegembiraan dengan menerima dan membalas kiriman whatsapp, facebook, pesanan ringkas dan panggilan. Hanya kerja-kerja ringan dan mudah saja aku perbuat sambil-sambil melayan kiriman-kiriman yang dihantar. Dalam aku leka mengucapkan terima kasih di setiap ucapan Facebook, telefon di meja berdering. Aku menyambutnya. Jelas kedengaran suara Jacqueline memulakan bicara. "Teja, you terima tak email yang I forward?" Tanyanya. Aku mendengus perlahan. Sibuk je. Jangan ganggu hari bahagia aku boleh tak? Kataku dalam hati. "Email apa?" Aku menjawab malas. "Email dari monorel, Mr. Nice Guy," Buat sementara, biarlah aku gelarkan pengirim email tersebut Mr. Nice Guy. Sampai masanya, sebaris nama itu akanku ukirkan di sini. "Dia nak apa?" Dalam hati, tolonglah matikan talian ni cepat. Malas aku nak bincang pasal kerja ni. Mood hati berbunga riang hari ni. Tolong jangan bunuh kebahagiaan aku. Sebut monorel, lagi aku malas. Hmmm... Tapi muncul jugak eh setelah sekian lama aku mencari. "Dia nak buat simulasi kecemasan. Dia jemput kita tapi I rasa you la yang paling sesuai untuk pergi." Kacau jelah monorel ni, sibuk je. Time kita cari tak muncul-muncul, time kita sibuk ni, tiba-tiba muncul pulak. "Bila?" Tanya saya malas. Dalam hati mengharapkan talian putus. "26 Oktober," Alah, lambat lagi. Nantilah aku tengok email kau. Esok-esoklah. Hari ni aku malas nak layan kerja ni. "Nanti you balas email tu. Anything you contact Mr. Nice Guy tu," Kata Jacqueline sebelum menamatkan perbualan. "OK," Berdouble malas jawapanku. Lantak kaulah monorel. Tak urgent kan? Esok jelah aku baca email kau tu. Kalau perlu call, aku call. Kalau tak, biar jelah kat situ. Gembira bertandang semula setelah talian dimatikan. Memang taklah aku baca email hari tu jugak. Birthday aku kot. Bye byelah kau. Jangan esok aku lupa nak tengok sudah.

Monday, December 10, 2018

Apakah Musim Bunga Datang Lagi?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah hamper dua tahun blog ini tidak terisi coretan suka-dukaku. Kerana di sini aku coretkan kisah-kisahku yang benar-benar peribadi terutamanya soal cinta dan kerinduan. Mungkin ada para pembaca yang sudah melupakan blog ini kerana menyangkakan aku telah tiada atau blog ini sudah diabaikan. Tidak sebenarnya. Aku masih di sini. Kadang-kadang, aku bertandang ke Istana Badarsila ini sebagai pembaca yang mengenangkan kembali kisah silamku. Dan rasanya, mulai hari ini, Istana Badarsila akan diserikan semula dengan kisah-kisah baruku. Mungkin musim bunga kembali menjengah hatiku. Aku masih belum pasti akan perasaan ini, hati ini dan takdir ini. Nyatanya, warna-warna indah mula menceriakan hari-hariku. Tapi, ianya masih terlalu awal untuk aku maknakan semua ini.