Sunday, December 23, 2018
Diakah Imamku?
Beberapa minggu lalu, Masniza, seorang daripada tiga sahabat yang sentiasa menemaniku waktu aku jatuh dulu menghubungiku. Sahabat ini baik orangnya. Andai dia membaca entri di blogku yang dirasakan ada yang tidak kena, dia pasti menghubungiku bertanya tentang hal itu. Dan untuk ke sekian kalinya, dia menghubungiku untuk bertanya khabarku. Seperti lazimnya, kami berbual-bual tentang kehidupan masing-masing. Tentang diriku, tentang dia, tentang anak-anaknya dan lain-lain.
Tibalah kepada topik jodoh. "Orang macam awak, banyak jumpa orang luar, pergi sana sini, takkanlah tak ada sorang pun yang approach?" Tanyanya.
"Mana ada. Kalau tak ada pun... Saya dah tak kisah." Jawabku pasrah. Enggan sekali lagi melalui detik-detik sukar itu.
"Janganlah macam tu. Saya nak awak ada jodoh. Saya tak naklah awak duduk sorang-sorang," Katanya lembut menasihati saya.
Hati rasa sebak. Sahabat yang seorang ini, selalu memahami dan menasihatiku.
"Saya tak percaya orang macam awak tak ada orang berkenan," Katanya lagi.
"Tak ada. Saya bukan hebat manapun. Kawan ramailah."
"Ya ke? Ke awak tak nak bagi tahu?" Duganya lagi.
"Ada orang cakap, dia nak jadi imam saya, bukan sekadar dalam solat, tapi dalam family jugak," Akhirnya aku membuka cerita. Ada waktunya aku perlukan pendapat orang kerana aku tidak pernah mengalami keadaan sebegini sebab semuanyaku tepis.
"Haaa... Alhamdulillah. Baguslah tu. Awak kan selalu doa macam tu. Awak selalu cakap macam tu dengan saya kan? Cuba tengok balik, kat blog awak pun banyak entri yang awak tulis macam tu. Awak cakap nak orang yang baik, yang boleh jadi imam awak. Awak nak Imam yang jadi ketua keluarga awak," Suara girangnya kedengaran di corong telefon.
Saya sebak.
"Tapi dia suami orang," Suaraku mula bergetar. "Saya tak fahamlah. Yang datang kat saya semuanya suami orang. Yang berani cakap terus-terang, yang berani approach. Yang bujang tak adapun macam ni. Balik-balik suami orang, balik-balik suami orang. Awak rasa saya ni memang taste suami orang ke? Apa yang saya ada sampai suami orang je yang nak dekat dengan saya?"
"Awak janganlah macam ni. Mesti ada hikmah kenapa Allah jadikan macam tu. Kita tak tahu siapa jodoh kita dan siapa yang boleh bahagiakan kita. Kita selalu demand, nak yang macam tu, macam ni. Tapi perancangan Allah tu tak sama macam yang kita fikir. Dalam usia kita, nak mengharap yang bujang tu susah. Kalau ada, OK. Tapi kebanyakan lelaki yang sebaya dengan kita semua dah berkeluarga. Yang duda pun bukan ramai. Lelaki kan sikit dari perempuan." Kata-katanya lembut menusuk hati. Bab demand tu buat hati tersentaplah jugak. Betul jugak. Minta dengan Allah sesuatu. Bila Allah nak bagi, tak nak yang macam tulah, macam nilah. Sedangkan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.
"Saya tak tahu kenapa kali ni, saya tak reject dia terus lepas tahu dia suami orang macam yang saya buat kat beberapa orang yang lepas. Ada yang merayu-rayu kat saya pun, saya boleh kebal. Saya buat bodoh je lepas terangkan pada dia kenapa saya tak boleh dengan dia. Kenapa dengan saya ni?" Aku sedih.
"Selagi dia lelaki yang baik, mampu untuk berlaku adil, mampu dari segi zahir dan batinnya, mampu untuk buat awak bahagia, tak salah. Poligamikan dibenarkan dalam Islam. Bukan awak nak buat dosa. Cuma, janganlah kahwin lari, sembunyi-sembunyi. Kahwin kat sempadan. Lepas tu tak register. Jadi apa-apa kan susah. Buatlah dengan cara baik." Nasihatnya lagi.
"Dia ada cakap pasal benda tu. Dia pun tak nak buat macam tu. Dia ada perancangan dia. Cuma saya tak tahu itu sekadar cakap atau perancangan yang memang akan dibuat. Dia pun ada cakap pasal wife dia, pasal family dia, family wife dia dan family saya," Saya keliru.
"Alhamdulillah la kalau macam tu. Semoga dia tak bagi harapan palsu. Saya harap sangat kali ni, awak jumpa dengan lelaki yang betul-betul ikhlas. Saya tak nak dah awak sedih-sedih. Saya tak nak dah baca entri awak yang sedih-sedih. Paling penting saya tak nak awak kecewa lagi. Sebab saya tahu, macam mana awak cintakan seseorang dan macam mana awak bila ditinggalkan. Siksa sangat saya tengok awak," Suaranya ceria.
"Tapi nanti orang mesti kecam saya. Mesti orang bencikan saya sebab saya perampas," Saya sedih.
"Saya akan sentiasa ada di sisi awak walau apapun berlaku. Saya akan ada dengan awak apapun keputusan yang awak buat. Orang boleh cakap macam-macam sebab orang tak tahu apa yang awak alami. Orang pun tak tahu hati awak. Orang selalu fikir, yang kedua tu jahat. Bukan semua yang kedua tu jahat. Tu pemikiran orang kita. Ada je yang first pun jahat. Orang tak pulak cakap benda tu. Saya kenal awak siapa. Saya yakin, awak tak macam tu. Sayapun tahu awak kuat. Awak mampu untuk hadapi semua ni. Allah kan bagi sesuatu mengikut kemampuan masing-masing. Awak kuat sebab tu Tuhan bagi awak macam-macam dugaan. Awak pun dapat macam-macam yang orang lain tak dapat,"
Aku mengelamun sejenak cuba memikirkan masa depan. Tapi tak mampu.
"Siapa dia?" Soalan dari Masniza mengejutkan saya.
"Tak yahlah tahu," Perkara yang belum pasti, malas nak cerita lebih. At least, dapat pandangan pun dah cukup.
"Alaaa... Cakaplah. Orang airline? Orang MRT? Orang kementerian?" Sahabat ini ingin tahu. Aku beritahu jugak dia. Kalau semua kesedihanku hamburkan pada dia, takkan yang ini tak boleh beritahu?
"Saya jumpa dia atas urusan kerja. Seminggu atau dua minggu lepas awak tanya saya dulu takkanlah tak jumpa sesiapa. Kerja sayakan banyak jumpa orang. Awak macam tahu-tahu je saya akan dipertemukan dengan seseorang atas urusan kerja," Kami ketawa.
"Mesti awak suka kat dia kan? Kalau tak, mesti awak dah reject dia dari awal macam orang-orang lain tu," Tekanya.
"Buat masa ni, setakat yang saya kenal baru beberapa bulan ni, dia baik dan ada ciri-ciri yang saya nak. Saya senang dengan dia. Tapi, tak tahulah kalau esok lusa perangai dia pun sama macam orang-orang sebelum ni. Dan kalau perangai dia tu tak sebaik yang saya sangkakan, saya harap, saya ada kekuatan untuk pergi dari dia. Saya tak nak lagi tersiksa macam dulu. Walaupun tahu perangai tak berapa elok, saya diamkan dan tunggu je. Kononnya cinta. Saya tak nak dah jadi macam tu," Ujarku penuh harapan terhadap diri sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment