Saturday, December 22, 2018
Sehelai Tudung Di Saat Kesedihan
Saat mencari tudung pink untuk dipakai pagi tadi, terimbau kisah sehelai tudung pink pemberian En. Yusri.
Dua tahun lalu, saat kehampaan mencengkam, aku menghadiri satu meeting di office. Jasad je kat dalam meeting tu. Fikiran entah menerawang ke mana. Tiba-tiba telefon bimbit aku berdering. Panggilan dari office:
Operator: Akak kat mana?
Tanyanya berbisik.
Aku: Meeting kat atas.
Jawabku tiada mood.
Operator: En. Yusri ada kat sini. Dia nak jumpa akak sekarang.
Aku tahu, yang cakap sekarang tu operator sebab dia nak cepatkan kerja dia. Tak nak aku banyak soal. Tapi kenapa dia datang? Aku tak ada temujanji dengan dia. Ke aku yang lupa? Saat macam ni, banyak benda yang aku tak ingat. Kalau just saja nak jumpa... Tak payahlah. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku bertemu dengan sesiapapun. Aku tak nak jumpa orang.
Operator: Akak turun sekarang tau.
Suara operator mengejutkan lamunanku.
Sebaik saja aku tiba di ground floor,
Yusri: Teja, tak sihat ke? Kurus sangat. Teja sakit ke?
Aku: Taklah.
Yusri: Serius Teja, you nampak tak bermaya. Tak ceria, sakit ke?
Aku: Tak adalah. Kenapa?
Aku sengaja bertanyakan hasrat kedatangannya. Aku malas berlama dengannya.
Yusri: Saya nak bagi ni.
Dia menghulurkan sekeping sampul surat besar.
Saya tertanya apakah isi sampul tersebut?
Yusri: Tudung. Saya beli. Cubalah tengok. OK tak? Saya tak tahulah warna tu Teja suka ke tak.
Tanpa sepatah kata, sampul itu ku buka.
Yusri: Teja sibuk ke? Nak berbual? Ada apa-apa Teja nak cakap ke?
Aku mula melangkah ke arah sofa. Tidak mahu patah bicara kami nanti didengari orang lain. Tudung yang merupakan isi sampul ku tarik keluar. Instant shawl Sofea Ross warna pink purple aku pegang. Cantik! Tapi aku tidak mampu untuk mempamerkan rasa gembira atas pemberian tersebut. Maaf En. Yusri, aku bukan tidak suka dengan pemberian ini. Tapi pedih ini tidak mampu menerbitkan rasa riangku.
Yusri: Macam mana pakai saya tak tahulah. Kawan saya jual. Nampak cantik je, saya belilah. Modern tudung ni. Kawan saya kata, sesuai untuk orang muda. Tapi dia kata tudung ni complicated sikit nak pakai. Dia suruh saya ambil tudung lain untuk Teja. Tapi saya rasa Teja tak ada masalah pakai tudung complicated ni. Teja kan selalu pakai tudung macam-macam fashion.
Untuk menjaga hatinya supaya tidak tersinggung dek riak wajahku yang tidak mempamerkan keceriaan, aku memakai tudung tersebut tanpa sepatah kata. Sekurang-kurangnya dia tahu yang aku menghargai pemberiannya.
Yusri: Haaaa... Saya tengok dalam gambar macam tulah, betullah tu.
Setelah mencuba, tudung tersebut ku lipat dan kembalikan ke dalam sampul.
Yusri: Ada apa-apa Teja nak cerita ke? Teja nampak sedih. Ada masalah?
Aku diam lagi.
Yusri: Masalah kerja? Kerja baru macam mana? sibuk? Ke tak sesuai?
En. Yusri tahu yang aku mula bertukar department. Sebagai menjawab persoalannya, aku geleng. Tangisan segera datang tapiku tahankannya. Dia sabar menanti seolah memberi ruang untukku mencari kekuatan bagi membuka mulut.
Yusri: Saya harap tu masalah kerja je.
Komennya setelah lama aku diam menahan tangis.
Aku: Sesusah manapun kerja, saya akan usahakan. Tu semua kecil bagi saya. Kerja biasalah ada cabaran. Saya akan cuba sehabis baik.
Kataku dalam esak yang tertahan.
Yusri: Kalau ada apa-apa, janganlah segan nak cerita. Kitakan dah macam adik-beradik. Kalau kita ikhlas, kita mesti dapat rasa antara kita ada yang sedang bersedih. Saya tengok status Facebook Teja kebelakangan ni sedih-sedih je.
Aku: Bila tengok status saya?
Yusri: Ahad kalau tak silap.
Sengajaku tanya takut deactivateku tak jadi.
Tiba-tiba Pak Lah atau En. Abdullah pulak datang.
Pak Lah: Kenapa status Teja sejak akhir-akhir ni sedih sangat? Ada masalah ke? Teja pun nampak sedih.
Aku diam buat ke sekian kalinya.
Pak Lah: Kalau ada apa-apa bagi tahulah. Apa yang tak kena?
Yusri: Tengok, semua orang perasan status Teja. Kita semua dapat rasa yang Teja sedih dan ada yang tak kena. Teja bukan macam ni yang kami kenal.
En. Yusri menambah.
Melihatku enggan bercerita, Pak Lah meninggalkan kami.
Yusri: Teja kenapa? Sebab manga Harum Manis ke?
Mangga Harum Manis tu merujuk kepada Fauzi, orang yang telah melukakan hatiku. En. Yusri panggil dia begitu sebab aku pernah post gambar Harum Manis pemberiannya di Facebokk.
Tangis yang ku tahan akhirnya pecah. Aku tidak mampu lagi menahannya dari pecah tatkala nama itu disebut. Namanya saja sudah cukup menghiris hatiku.
Yusri: Kenapa? Teja gaduh dengan dia?
Aku geleng.
Yusri: Kenapa?
Aku: Dia dah tak ada.
Yusri: Maksudnya?
Jelas suaranya terkejut.
Aku: Dia dah pergi.
Yusri: Tapi kenapa?
Aku: Saya tak tahu. Tak tahu kenapa. Saya tak tahu apa salah saya. Gaduh pun selama ni cepat je kita orang baik. Kalau saya salah, saya minta maaf. Saya tak pernah buat benda yang dia tak suka kecuali tak sengaja. Saya tak pernah desak dia, tak pernah kongkong dia, tak pernah buat dia rimas. Tapi tak tahu kalau di luar sedar saya dan dia tak cakap dengan saya yang saya merimaskan dia.
Aku semakin beremosi.
Aku terdiam bila En. Yusri juga menangis.
Yusri: No, no. Saya tak percaya Teja macam tu. Apa yang saya kenal, Teja bukan seorang yang mendesak, mengongkong, meminta-minta atau merimaskan. Teja selalu menyenangkan orang. Buat orang terhibur.
Aku: Tapi kenapa? Kenapa dia buat saya macam ni?
Yusri: Mungkin dia ada perempuan lain?
Aku: Saya memang tengok kat FB dia, ada komen-komen yang kurang menyenangkan antara dia dan perempuan tu. Dan dia mengaku yang dia sukakan perempuan tu.
Yusri: Teja jangan macam ni. Teja kena kuat. Saya tahu Teja ikhlas orangnya. Tapi saya tak faham kenapa orang buat Teja macam tu. Mana tahu kalau lepas ni Teja akan jumpa orang yang lebih baik.
Dan hari ini, aku mampu tersenyum dan ketawa walaupun tanpa dia di sisi. Cuma, kesan yang ditinggalkan terlalu dalam. Sukar untuk aku kikis segala ketakutan itu. Namun, andainya Allah takdirkan untuk aku bertemu dengan seseorang yang benar-benar ikhlas dan menerimaku seadanya, aku akan cuba untuk mencintainya sebagaimana dia mencintaiku. Namun aku perlukan masa untuk bina semula keyakinanku dalam cinta ini.
Jika dulu aku sering berdoa agar Allah kembalikan dia kepadaku, hari ini, doa itu telah ku mansuhkan. Aku rela atas pemergiannya. Pergilah. Pergilah ke mana saja. Jangan lagi ganggu ketenanganku. Semoga luka yang kau cipta mampu dirawat oleh seseorang yang benar-benar ikhlas.
Dan tudung pink purple pemberian En. Yusri itu masih dalam simpanan dan ku gayakan dengan baju yang sesuai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment