Tuesday, December 18, 2018
Assalammualaikum Cinta Hatiku
Suatu Sabtu, ketika aku duduk di dalam train menuju ke office, telefon bimbitku berbunyi. Ya, personal whatsapp! Aku dapat mengagak siapa pengirimnya. Saban pagi, dia pasti mengirimkan pesanan buatku. Dengan hati berlagu riang, jemari ku tarikan di atas skrin sesentuh telefon.
'Assalammualaikum cinta hatiku,'
Dam!!! Aku terpana.
Serasa sejuk kaki dan tangan. Hati berdebar. Perasaan bercampur-baur, suka, sedih dan entah apa-apa perasaan lagi.
Ya Allah, betulkah ayat yang ku baca ni?
Betulkah dia pengirimnya?
Aku mengulang baca ayat tersebut.
'Assalammualaikum cinta hatiku,'
Ayat ini, perkataan ini, aksara inilah yang seringku kirimkan buat seseorang yang ku siapkan wilayah istimewa dalam hatiku dua tahun lalu.
Namun... Dua tahun lalu, tiada jawapan setiap kali aku mengirimkan ayat ini. Malah, dia seakan enggan menerima ayat ini yang ku kirimkan menerusi pesanan whatsapp. Malah, di blog juga sering aku tuliskan ayat ini buatnya.
Masa tu, hatiku sering menangis tatkala tiada jawapan sebaik sahaja ayat ini ku kirimkan. Jika adapun, balasan yang berkisar kepada hal lain bukan soal hati dan perasaan.
Aku sering berdoa supaya Allah lembutkan hatinya. Agar dia mengerti kasih sayangku, cintaku hanya untuknya. Dan aku mohon agar Allah tidak memisahkan kami kerana aku benar-benar mencintainya.
Aku juga sering mengharapkan agar aku menerima kembali ayat ini atau ayat-ayat yang seumpama dengannya.
Aku yakin, Allah Maha Mendengar. Tapi, Allah enggan memakbulkan doaku dikala itu. Kenapa? Hanya Dia saja Yang Maha Mengetahui.
Dan hari itu, hari Sabtu yang hening yang ku lupa tarikhnya, Allah menggerakkan hati seseorang yang lain untuk mengirimkan ayat keramat itu kepadaku. Dalam rasa keharuan, aku membalas baik ayat itu.
Ya Allah, apakah doaku Kau dengari dan Kau simpan untuk memakbulkannya?
Dan kau pilih orang lain untuk mengucapkan ayat keramat itu?
Jika benar Kau ciptakan dia baik untuk agamaku dan hidupku, maka Kau tetapkanlah hati kami untuk bersatu dan Kau satukan kami, permudahkan jodoh kami hingga ke JannahMu.
Petang itu, ku belek semula chat history yang pernah aku kirimkan dua tahun dulu. Ya, memang banyak ayat itu ku kirim buatnya. Hampir setiap hari. Tapi tiada ucap balas.
Dan kini, aku relakan dia pergi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment