Thursday, December 20, 2018
Komen Dari Orang Yang Tak Disangka - Kronologi Pertemuan Aku Dan Dia
18 Oktober, 2018.
Hari tu aku cuti. Petangnya, aku mahu ke City Biew Hotel, Sepang untuk menginap di sana dengan beberapa orang peserta yang terlibat dalam program di Sabah. Langkah ini ku ambil kerana flight kami awal pagi. So, sejak pagi, aku mengemas luggage yang hendak dibawa. Bila siap, aku sekadar duduk-duduk dan online. Apa lagi, update Facebook dan Whatsapp.
Sebenarnya aku baru je pandai update status Whatsapp. Kawan ajar. Hahahahaha.... Bila baru pandai ni, excited dia lain macam sikit. Selalu nak up status hehehehe...
Kebetulan, bila saya buka Whatsapp, iPhone saya asyik keluar notice memory full. Benganglah saya. Sayapun updatelah status, lebih kurang berbunyi begini: "Bilalah Celcom ni nak keluar pakej iPhone?" Diikuti dengan emoji sedih.
Lebih kurang jam 12.00 something, nada bunyi Whatsapp personalku berbunyi. Ada orang komen status akulah tu. Aku memang set nada bunyi group dan personal tu lain. Kalau group tu lambat buka pun tak apa. Personal ni bahaya sikit. Kadang-kadang hal kerja yang penting so kena buka cepat. Tapi pada masa tu, saya fikir, tak lain tak bukan, ni mesti Amjad yang komen status aku tu. Nak kutuk akulah tu. Tak pun nak ketawakan aku yang selalu terganggu dengan memory full phone tu.
Tatkala aku membuka Whatsapp... Eh, Mr. Nice Guy? Pada masa tu aku memanggilnya dengan panggilan rasmi. Kenapa dia Whatsapp aku? Ada pemberitahuan pasal simulasi kot. Tak jadi ke, atau ditangguhkan atau dipercepatkan? Tangguh tak apa. Jangan kata nak percepatkan masa aku kat Sabah. Ke ada apa-apa urusan lain? Tolonglah. Aku malas nak cakap pasal kerja hari ni. Fikiran aku dah melayang ke Sabah ni. Jasad je kat Semenanjung.
'Sian. Teringin ke?'
Laaa... Dia reply status aku rupanya. Tak apalah. Cakap pasal kerja, aku bye kan kau untuk hari ni. Duk diam-diam kat office kau tu, 23 hari bulan nanti kita jumpa dan bincang.
'Tak adalah. Saya memang pakai iPhone. Cuma phone saya ni dah penuh,' Itu balasanku tanpa ada niat untuk memanjangkan perbualan menerusi Whatsapp hari tu.
Sebaliknya, dia membalas lagi. Dan akhirnya daripada topic iPhone, dia beralih ke topic lain berkisarkan diriku.
Aku yang tengah bosan masa tu, layan jelah. Ni pucuk dicita ulam mendatang namanya. Ada orang nak layan sembang aku yang kebosanan ni. Dia pun masa tu masih panggil aku Cik Teja.
Lama-lama aku minta dia gugurkan panggilan cik tu. Aku sebenarnya tak suka orang panggil aku dengan panggilan rasmi. Tak best. Aku bukan orang besar pun. Dia pulak minta aku gugurkan panggilan tuan haji di pangkal namanya. Katanya, ramai orang satu syarikat dengannya mendapat haji. Sebab mereka bertugas di Mekah beberapa tahun lalu dan mereka ambil kesempatan itu untuk mengerjakan haji. Lalu aku tukar kepada panggilan encik. Pun dia tak setuju sebenarnya. Tapi aku tak hiraukan. Habis nak panggil apa? Panggil nama? Rasa macam kurang ajar je. Dia lebih tua dari aku. Takkan nak panggil abang? Tebiat apa? Lagipun geli je. Orang yang kita panggil dengan panggilan rasmi lepas tu tiba-tiba nak panggil abang. Bukan kenal pun. Idok le kita. Memang susah aku nak panggil abang kat lelaki ni. Melainkan, pada awal perkenalan tu memang dah panggil abang. Rasa macam entah. Perempuan mengada je panggil abang. Dia cadangkan supaya kami membahasakan diri dengan panggilan I dan you. OK. Yang tu boleh terima. Rasmilah jugakkan? Tapi dia cakap, kalau rasa gatai boleh je panggil abang. Sorrylah ya, Encik abang, tak kuasa kita nak panggil awak abang. Menyampah dan geli rasanya.
Bila dia tahu aku cuti dan akan ke office, dia cadangkan agar perjumpaan bersamanya dibuat pada hari tu sebab dia free sepanjang hari tu. Alamak, menggelabah jugaklah aku. Mujur dalam text kami bersembang. Rasa seganlah nak pergi jumpa dia sorang-sorang kat ofis dia. Nanti staff aku pelik pulak apa hal cuti tiba-tiba nak pergi jumpa dia ni? Dahlah dah buat temu janji 23 hari bulan. Pergi sorang memang taklah. Malulah. OK, tak apa. Kita cari helah.
Aku bagi tahu dia, yang aku kena ke office lain dulu sebelum ke office aku. Takut tak sempat sebab takut lama di office satu lagi tu. Dia kata OK. Alhamdulillah. Selamat aku. Pada hal, aku pergi office satu lagi tu kejap je. Ambil barang lepas tu kul 4 cam tu dah sampai office aku. Dalam hati sempat berdoa, janganlah terserempak dengan dia kat tengah jalan. Kantoi aku menipu dia. Tapi kan bawa luggage. Aku naik Grab. So, memang takkan terserempaklah kan.
Boleh tahan mamat ni. Semalam bukan main serius lagi cakap pasal kerja. Whatsapp pun macam malas layan orang. 'OK see you then,' Hmmmm... Dah cakap macam tu, aku pun balas OK jelah. Ikut hati malas nak balas. Macam orang nak cepat tamatkan perbualan. Tak nak bercakap lebih melainkan hal kerja. Dia ingat, aku nak sangat cakap panjang dalam Whatsapp semalam? Eh, hari ni, dia yang mulakan dan banyak cakap. Kalah aku.
Tak sangkalah pulak perbulan menerusi Whatsapp tu berlarutan sampai ke lewat malam. Tapi dia tu jadi macam interviewer, macam-macam dia Tanya aku. Bila aku Tanya dia, dia cakap, biar dia je Tanya aku sebab dia an admire kat aku yang kononnya cekal dan tabah ni heheheehe... OK, tak nak bagi aku Tanya sudah. Aku OK je nak jawab soalan-soalan dia. At least ni salah satu daripada advokasi kan? Hahahahaha... Masih masuk bidang kerja aku. Aku tak tahu pasal dia pun tak apa. Tak penting. Habis simulasi, hilanglah dia ni. Lagipun, dia tak pernah kenal dengan blind. So, peliklah kot. Dah kenal nanti, dia menyepilah. Ada aku kisah? Hidup aku senang je sekarang. Orang dating dan pergi. Siapa nak kawan, kawan. Yang nak pergi, pergilah. Aku takkan haling dan tahan. Aku nak kawan dengan orang yang nak kawan dengan aku je.
So, hari tu aku cuma tahu dia X UiTM yang pada zamannya dikenali sebagai ITM. Kira senior akulah kan? Cuma aku di Shah Alam, dia di Dungun. Satu lagi, aku tahu dia orang Pahang. Kat mana aku pun tak ambil pusing sangat. Dia kata dia ada bagi tahu aku daerah mana. Tapi aku tak ingat pun. Hahahaha... Sekarang ingatlah.
OKlah. Nanti sambung lagi. Nak buat teks ucapan lagi. Bye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment