Wednesday, December 26, 2018
Perkara Terlarang
Semasa aku dalam kesedihan ditinggalkan orang yang amat aku cintai, seseorang pernah bertanyakan padaku.
"Kenapa Teja sedih sangat bila dia tinggalkan Teja? Maaf Tanya, Teja ada buat something dengan dia ke?" Tanyanya teragak-agak.
Aku pula pelik dengan soalannya. Aku bingung.
"Buat something? Maksudnya?" Tanya saya lurus.
"Maksudnya, pernah ke buat benda-benda tak baik dengan dia? Terlanjur contohnya." Ujarnya menjelaskan dalam takut.
Aku terkejut. Kenapa sampai ke situ fikiran kawanku yang sorang ni?
"Astaghfirullah, tak. Saya tak pernah pergi sejauh tu." Jawab saya masih terkejut.
"Habis tu kenapa Teja sedih sangat? Macam pernah apa-apa je?" Tanyanya lagi ingin kepastian.
"Kalau saya sayangkan seseorang, saya sayang betul-betul. Dari hati yang dalam. Orang macam saya ni, kalau terlanjur, dah bunuh diri kot bila kena tinggal," Jawabku. Rasanya tak perlu marah kawanku sorang ni. Sebab aku selalu mendengar orang kata, kalau seseorang perempuan tu sedih sangat bila ditinggalkan maknanya dia dah tak suci lagi. Tapi padaku, itu semua hanya persepsi. Tak semestinya. Kalau orang tak percaya tak apa. Satu hari nanti segalanya akan terbukti. Mungkin orang lain tak perlu tahu tapi suamiku, pasti akan tahu dan cukuplah dia saja yang tahu kerana hidupku pasti untuknya.
Sebenarnya, orang tak tahu kehidupanku. Orang tak tahu kenapa aku sangat menghargai dan mencintai seseorang. Segalanya akan terungkai sedikit demi sedikit di Istana ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment