Friday, March 29, 2019
Mungkin Ini Sebahagian Harga Yang Perlu Aku Bayar
Hari ini adalah hari yang aku nanti-nantikan. Sebab, aku akan bertemu dengannya. Sejak mengetahui yang dia akan bertemu denganku hari Jumaat, aku sering mengira hari. Entahlah. Kali ni, aku sering mengharapkan ada pertemuan pada hari-hari yang terlewati. Aku ingin sentiasa bersamanya. Dari semalam, kami bincangkan ke mana arah tuju kami petang nanti. Aku siap search internet mencari tempat yang sesuai untuk kami bersantai dan berbual. Bila tempat yang sesuai jauh atau tiada, kami berdua rasa bosan dan tention. Yelah, kami nakkan privasi tapi tak bolehlah kat tempat yang tak sesuai, karang lain pulak jadinya. Nak mati? Tak banyak pilihan sebab pertemuan berlangsung pada petang hari selepas waktu bekerja membawa ke malam. Banyak tempat yang ingin aku mengajaknya pergi semuanya available untuk siang hari.
Pagi tadi, saat bercakap dengannya di talian telefon, kami masih lagi memikirkan tempat yang sesuai petang nanti untuk bertemu. Seperti biasa, aku riang pada pagi hari ingin bertemu dengannya. Semestinya aku mengharapkan waktu pantas berlalu.
Tiba-tiba, dia terima text mengatakan pakciknya tidak jadi buat kenduri masuk rumah baru dan umrah lepas Jumaat. Majlis ditunda kepada lepas Isyak. Aku hampa. Lekas saja air mata yang sedikit ini berlari keluar dari mata. Namun aku cuba bertenang. Suaraku kawal agar tidak kedengaran canggung di telinganya. Aku tidak mahu dia serba-salah dalam membuat keputusan. Jelas kedengaran suaranya serba-salah. Aku pula sedaya mungkin mengawal emosi. Mungkin Allah sengaja ingin menduga kesabaranku. Enggan membiarkan lama dia dalam serba salah, Walaupun tanpa ditanya, aku terus mengatakan, "Kalau abang nak balik, tak apalah." Suara yang hampa tetap aku kawal sebaik mungkin.
"Macam mana ek? Abang dah janji dengan sayang awal lagi," Katanya dalam serba salah.
"Nak buat macam mana?" Lambat aku menjawab kerana sedang mengawal perasaan sendiri.
Hati mula berbicara, "Sabar Teja. Dia milik ramai orang. Bukan milikmu seorang. Lagipun, kau belum berhak padanya. Antara semua yang ada di sekelilingnya, tingkat priority dia terhadapmu yang terakhir. Itu hakikat. Kau harus akui meskipun pahit.
"Ya aku faham. Aku harus hidup dalam rialiti. Cuma aku harap, dia tak Persia-siakan aku. Aku harap, orang-orang di sekelilingnya juga tidak mengambil kesempatan terhadap keberalahanku suatu hari nanti. Aku harap dia juga tidak mengambil kesempatan atas mengalahnya aku. Aku harap, cinta kasihnya tulus terhadapku dari hati yang dalam. Aku harap, hatinya sentiasa untukku meskipun jasadnya tiada bersamaku kerana aku benar-benar serius dengan hubungan ini,"
"Kalau abang nak balik, tak apalah." Ulangku lagi.
"Sayang tak apa ke? Abang kesiankan sayang. Kita kan dah janji awal lagi?" Terima kasih abang sebab fikirkan tentang sayang bisik hatiku.
"Tak apalah. Lagipun mak kan? Cuma sayang harap, orang tak ambil kesempatan pada sayang lepas ni," Dalam mengalah, aku harus tegas dalam menyatakan pendirianku. Aku tidak mahu dipijak suatu hari nanti walaupun aku sekadar menumpang kasih orang kerana aku juga punya hak.
Aku banyak diam. Bimbang didengari suara ini yang lain. Takut dia salah faham dan akhirnya kami yang bergaduh. Bagaimana harus aku tanggung pilu ini jika ditambah dengan pergaduhan? Hati ini sudah cukup pedih.
"Kita ambil cuti satu hari," Katanya memujuk.
"Bila?" Perlahan aku bertanya.
Dia memberitahu tarikhnya.
"Untuk apa?" Tanya aku tidak faham.
"Kita pergi Bukit Tinggi. Tempat sayang nak pergi tu."
Aku makin sebak. Tangis seakan mahu pecah. Tapi aku tidak mahu itu berlaku di saat ini.
"Sayang ni tak ada apa-apa. Bila-bila je OK. Abang tu, takut ada hal lain mendatang,"
Aku lantas menyemak jadual kerjaku. Tarikh yang dicadangkan available. Dia juga terus mengisi borang cutinya dalam system online pejabatnya.
"Pagi tu, kita pergi Genting Premium Outlet dulu. Tengahari kita pergi Bukit Tinggi," Suaranya lembut seakan memujuk.
"Buat apa pergi Premium Outlet tu?" Tak sangka cadangannya semalam masuk dalam tentative hari yang dijanjikan tu.
"Kita pusing-pusing kat sana," Cadangnya. Aku OK je. Tempat shopping ni memang kegemaran aku. Tak beli, window shopping pun jadilah. Balik rumah berangan.
"Sayang nak pergi perkampungan English tu," Aku mengulangi kemahuanku yang tak tertunai akhir tahun lepas di Bukit Tinggi.
"Boleh sayang," Jawabnya lembut.
"Kalau sempat, nak pergi Jepanese Village jugak," Sambungku lagi. Sebenarnya sekadar nak ubat hati sendiri.
"Sempat kot," Katanya.
"Betul ke abang OK? Sayang tak nak abang pergi nanti dengan hati yang tak tenteram. Sekadar nak jaga hati sayang je,"
"Itu yang abang sedang buat. Sebab kita tak jadi petang ni. Abang nak ganti balik. Seharian dengan sayang sampai malam," Jawabnya bersungguh.
"Abang terpaksa?" Tanyaku inginkan kepastian.
"Tak. Abang nak habiskan masa dengan sayang,"
Ingin rasanya aku memeluknya erat berlindung dari kepedihan ini dan tanda terima kasih padanya.
Sayang harap abang tak sia-siakan sayang. Sayang ikhlas mencintai abang. Saat-saat bersama dengan abang adalah sesuatu yang berharga kerana kita tak mungkin sentiasa bersama meskipun selepas ijab nanti.
Bagaimana harusku hindarinya jika cinta yang dibawanya mampu membuatkan aku terubat meskipun dalam luka?
Ya Allah, andai ini harga yang perlu aku bayar untuk cinta ini, Kau bantulah aku untuk menjadi kuat. Kau tunjukkan jalannya untuk aku terus dicintaiMu sebagai hamba dan untuk aku terus dicintainya tanpa lepas walau sesaat.
Ya Allah,
Andai takdir yang Kau lakarkan buatku untuk tidak sepanjang masa dengan orang yang aku cintai, maka Kau izinkanlah untuk dia sentiasa merinduiku dari dasar hati yang dalam tanpa henti walau sedetikpun.
Saturday, March 23, 2019
Rindu
Saat dan tika ini, Tuhan saja yang tahu betapa aku rindukannya. Senang saja tangis ini mahu berantakan bila rindu menjengah begini. Kemeriahan di sini tak mampu mengalihkan rinduku padanya.
Adakah dia juga merasakan perasaan yang sama? Tak mungkin, dia kan sedang sibuk dengan family day dan aktiviti-aktiviti atau game-gamenya. Dalam kemeriahan bersama di sana serta keluarga besarnya, pasti aku tenggelam dalam kemeriahan itu. Entah-entah, aku tiada langsung dalam ingatannya apa tah lagi untuk merinduiku.
Monday, March 18, 2019
Rajuk Yang Menambah Rasa Sayang
Dulu-dulu, aku fikirkan, perempuan je suka merajuk. Rupa-rupanya, lelaki pun suka merajuk. Manalah nakku sangka apabila lelaki yang aku temui dalam urusan kerja merupakan seorang yang berjawatan, berkarisma, tegas dan komited dengan kerja. Tapi bila hubungan ini terjalin, aku kenalinya dari sisi yang lain. Dia seorang yang romantic, manja, suka merajuk, hati mudah tersentuh. Aku sering katakan padanya, dia tu bukan hati tisu, tapi hati kaca. Mudah berderai. Hahahaha... Patutlah Tun Siti Hasmah kata Tun M suka merajuk. Agaknya, makin tinggi jawatan seorang lelaki ni makin suka dibelai dan dimanja kot.
Sebelum-sebelum ni, aku malas layan bila dia merajuk. Sebab, dia suka merajuk waktu aku merajuk. Dahlah kita ni tengah merajuk, dia buat bagi dia pulak yang merajuk. Macam manalah nak pujuk? Dahlah hati sendiri kena pujuk tanpa pujukan dia. Pas tu nak pujuk dia pulak. Bengang tak payah cakap.
Tapiiii... Malam Ahad hari tu, kali pertama dia merajuk yang buat aku makin sayangkannya. Tiada langsung rasa bengang, marah atau kecil hati. Malah, aku rasa sabar dan rela melayan kerenahnya yang merajuk.
Berpunca dari aku. Sebenarnya aku dah teks En. Mahathir sebelum dia online lagi. Ingatkan En. Mahathir supaya belikan badam dari Hatnyai. Kat sana harga badam murah. Aku nak buat sarapan badam tu. So, aku perlukan dalam kuantiti yang banyak.
Masa Mr. Nice Guy teks aku, En. Mahathir balas. So, sementara tunggu dia menaip, aku balas teks En. Mahathir. Sekadar 'OK, TQ'. Lepas tu aku masuk satu group ni. Tengok ada orang meninggal. So carilah berita tu dari awal. Nak tahu jugak siapa yang meninggal. Then aku bagi ucapan takziah serta mendoakan kesejahteraan roh arwah. Memang lambatlah baca teks MNG.
MNG: Lambat balas. Sayang layan siapa tu?
Aku memberitahunya apa yang aku buat. Takkan nak menipukan? Dia terus bagi 'Tak pelah'. Aku dah agak. Ni mesti cemburu ni. Merajuklah tu. Tapi bila dia cakap dia nak tidur, aku ingat dia OK la. Then diikuti teks berbaur merajuk.
Aku bagi teks memujuk. Dia baca. Tapi tiada balasan. Mengantuk ke merajuk? Malam tu, walaupun dia cakap dia nak tidur, akulah bagi wish. Orang tengah merajukkan. Takkan nak wish kat kita?
Keesokan harinya, dia bagi teks kat aku. Lebih kurang berbunyi: "Mood merajuk masih ada. Tapi tak ada orang nak pujuk." Comelkan? Mungkin dia dapat agak yang aku tak sure dia merajuk ke tak. Pas tu dia bagilah teks macam tu. Kalau ikut ajaran dia, boleh je aku cakap, 'kalau merajuk, pujuklah diri sendiri. Itu benda simple je.' Tapi bagi aku, simple atau tidak, perasaan merajuk tu perasaan yang tercalar. Tak kisahlah simple atau pun tidak, wajar atau tidak dia merajuk, aku perlu pujuk dulu bagi dia baik. Lepas tu, kalau aku rasa merajuk tu tak wajar, aku cakaplah baik-baik. Masa jumpapun boleh cakap. Yang penting hati sakit dia tu kena ubat dulu. Sebolehnya aku akan elak benda yang aku tak suka orang buat kat aku, aku pulak yang buat walaupun dekat orang yang pernah buat benda tu kat aku. Diakan kesayanganku, takkanlah nak tambah sakit hatinya. Lagipun, dia bukan merajuk waktu aku merajuk. Aku harap lepas ni dia faham apa yang aku inginkan sebenarnya.
So, sedaya mungkin aku cuba memujuknya. Nampak macam tak berkesan. OK, nak cakap apa ek? OK, kita buat pick up line. Dengan senyum meleret di bibir, aku taip aksara membentuk ayat:
Aku: Abang, tadi kan, sayang kemas-kemas. Lepas tu, tangan sayang kena sengat. Sakit!
Kalau dia sayangkan aku, mesti dia Tanya kena sengat dengan apa or kat mana? Dua-dua aku dah siapkan jawapan. Kita tunggu balasan dia.
Entah apa teks pertama tu dia bagi tanda masih merajuk. Lepas tu,
MNG: Kena sengat dengan apa?
Senyumanku makin lebar. Rasa nak panjangkan sikit lagi. Tapi takut pulak dia perasan aku nak buat pick up line.
Aku: Kena sengat dengan serangga rindu.
MNG: 'hish', 'mengada', 'memain'.
Aku ketawa sendiri walaupun dia tiada di depan mata. Bila dia bagi ayat macam tu, sekurang-kurangnya aku tahu terubatlah sikit rajuknya walaupun mungkin bukan sepenuhnya.
Serius, rajuknya kali ni membuatkan aku makin sayang dan rindu padanya.
Sayang sayang abang seharum bebunga Mohabbatein yang berkembang pada musimnya.
Ya Allah, aku mohon izinMu untuk cinta ini subur mekar hingga ke JannahMu.
Amin.
Saturday, March 16, 2019
Marah Arwah Chek
Bercakap tentang marah, teringat aku akan arwah Chek. Orang yang menjaga, mendidik dan mengasuhku ketika zaman kanak-kanakku sebelum berpindah ke rumah mama dan ke sekolah asrama.
Chek adalah satu-satunya insan yang mampu memujuk rajukku dalam sekelip mata. Dia juga satu-satunya insan yang mampu memadamkan api kemarahan dan keegoanku dalam masa yang sekejap. Dengan apa? Dengan kelembutannya. Bukan chek tak pernah marah. Pernah. Tapi marahnya dalam lembut bisa menusuk dasar hatiku untuk aku fikirkan semula perbuatanku. Seperti yang aku katakan dalam entri sebelum ini, aku cukup kalah dengan kelembutan. Malah, aku yang sedang marak dilanda api kemarahan bisa menangis kerana kelembutan itu.
Ada beberapa situasi yang masihku ingat tentang cara chek memujukku. Antaranya, pernah angah mengambil permainanku dan mengaku itu adalah haknya. Aku marah dan merampasnya kembali daripada angah. Tapi, seperti biasa, aku sering kalah dengan angah sama ada dalam pergaduhan mahupun perebutan. Aku lantas menunjukkan rasa marahku. Berkali-kali aku cuba merampas semula permainan tersebut. Kalau difikirkan dengan logic, aku tak bersalah. Sebab itu hakku. Tapi angah pulak pantang dilawan. Kelak mengamuk dan membuatkan semua orang haru-biru. Maka berlakulah pergelutan. Tampar-menampar, tarik rambut, cubit-mencubit dan kalau dah geram sangat, angah akan gigit.
Chek menghentikan pergelutan kami dengan menarik aku kepadanya. Aku marah kerana chek menghalang perbuatanku pada angah sedangkan angah sudah banyak kali menyakitiku. Dendamku belum terbalas. Aku marah lantas menangis. Chek memelukku erat lalu menciumku dan membawa aku duduk di pangkuannya. Dengan suara lembut chek memujuk. Katanya, aku sebagai kakak perlu mengalah dengan adik. Apalah yang adik tahu dengan usia sekecil itu? Kakak perlu menjaga adik bukan berebut dengan adik. Aku adukan kepada chek tentang perbuatan angah yang memulakan pergaduhan. Kenapa mesti aku yang mengalah? Chek tetap lembut dan berulang kali menciumku. Katanya, biarkan saja adik tu bermain dengan permainanku. Kelak nanti, dia bosan, dia akan tinggalkan. Lepas tu, aku boleh ambil dan simpan elok-elok. Aku memang takut kalau angah ambil mainanku kerana dia tidak seceremat aku dalam menjaga barang. Entah apa-apa lagi yang chek katakan padaku tentang kakak dan adik, tentang perlunya berbaik dan bertolak-ansur. Tak lupa chek selalu mengatakan yang aku baik dan entah apa-apa lagi pujiannya. Ada waktunya kemarahanku akan reda begitu saja dan berbual-bual dengan chek dan adakalanya, aku akan menangis mendengarkan nasihat-nasihat chek.
Pernah jugak apabila aku degil, chek memarahiku. Tapi marahnya bukan lama. Marahnya sekadar meninggikan suara tapi menggunakan perkataan yang baik-baik. Marahnya selalu diselitkan dengan hukum dan cakap Allah marah. Sementara aku akan diam. Bila melihatkan kedegilanku kendur, chek akan mendapatkan aku dan kembali menasihatiku dengan baik.
Begitu juga tatkala aku diserang marah akibat perbuatan mama yang menyinggung perasaanku. Chek tetap di sisi meredakan marahku, memujuk kiranya aku merajuk atau berjauh hati dengan mama sehingga aku sering terubat hati kerananya.
Saat itu... Aku merasakan hidup ini kaya dengan kasih sayang walaupun aku hanya ada chek yang sentiasa memahami, menasihati dan memujukku. Aku pernah merasakan, hidup aku cukup bahagia bersama chek dan aku tak kisah jika tiada kasih sayang daripada orang lain. Cukuplah chek sorang yang mampu aku rasakan kasih sayangnya padaku.
Tapi kini... Chek dah tak ada. Chek dah pergi meninggalkan aku. Saat aku perlukan kekuatan, tiada lagi chek di sisi untuk memberi dorongan serta nasihat. Aku rindukan chek. Semoga chek bahagia di alam sana sebagaimana dia pernah membahagiakan orang-orang di sekelilingnya terutamanya aku.
Along sayang chek.
Alfatihah buat chek.
Bahang Yang Disejukkan
Rajuk dan pujuk, marah dan sedih, elemen biasa dalam sesebuah perhubungan. Mungkin sebagai orang perempuan, aku cepat beremosi. Apatah lagi, jalan fikir perempuan tidak sama dengan cara fikir sanglelaki sehingga apa yang keluar dari mulut kita membuatnya marah dan tersinggung.
Senja semalam, seperti kelazimannya aku dan dia berbual, menemani perjalanan pulangnya ke rumah. Dan itu rutin yang sering aku tunggu-tunggu lebih-lebih lagi semalam, saat ombak rindu mengganas, membadai pantai hati ini. Namun, perbualan yang mesra pada awalnya bertukar panas apabila aku mengatakan, "Harap abang kuat. Jangan jadi macam yang angah cakap," Ops! Tak sangka ayat ini membuatnya panas! Dan tambah panas lagi bila aku berusaha menerangkan apa maksud di sebalik ayat itu.
OK, dia dah mula bercakap dalam marah. Dah marah aku, suruh aku ubah topic. Sedangkan waktu tu, hati ni pun dah mula menjauh. Punah semua rindu yang terpendam. Lantas aku bertanya padanya tentang sesuatu, tentang kejadian di tempat kerjanya. Dah, marah jugak! Katanya itu bukan ubah topic tapi suruh dia yang bercakap. Sedangkan dia nak aku yang bercakap. Sebenarnya aku sengaja mengutarakan soalan itu agar dia bisa bercerita sambil aku menenangkan hati yang rajuk.
Aku katakan padanya, tak tahu nak cerita apa. Dia suruh aku bercerita tentang event yang aku hadiri petang semalam. Orang sedang berjauh hati, tentunya aku bercerita dalam acuh tak acuh. Saat dia bertanya soalan, nada suaraku tak mampu aku kawal dan menimbulkan kemarahannya.
Tapi petang semalam... Aku tahu, dia cuba menahan sabarnya. Dia cuba mengawal marahnya, dia cuba berlembut dan menasihatiku. Nada suaranya lembut dalam tegas. Dan aku juga walaupun sudah terlepas berkata-kata, cuba mengunci mulut agar tidak membalas kata-katanya lebih banyak seperti kebiasaannya walaupun hati terusik. Saat dia marah dalam lembut ringan je rasa tangan ni nak memutuskan talian telefon yang bersambung. Pun begitu, setelah melihat dia berusaha mengawal marahnya, mengawal emosinya, mengawal sikapnya agar tidak menyakitiku dan memikirkan tentang situasi dia di rumahnya kala itu, hatiku jadi lembut. Aku jatuh kesian padanya. Sungguh! aku kalah dengan kelembutan. Hati tiba-tiba sayu, sayang kembali menyerbu. Aku tahu, kalau diikutkan egonya seperti sebelum ni, pasti dia terlebih dahulu akan mematikan talian dan enggan bercakap denganku. Dan itu akan membuatkan aku lebih terasa. Maka hatiku juga akan menjadi keras. Pastinya malam itu dan entah beberapa hari jika tidak dipujuk, jangan harap dia akan menerima teks daripadaku seperti selalu. Kelembutannya Berjaya mengusik hatiku. Berjaya membuatkan aku rasa bersalah padanya. Lantas, dalam hati masih terusik, aku mohon maaf daripadanya walaupun dalam bahasa asing. Tatkala hati sarat dengan rindu dendam, aku tidak mahu jauh daripadanya. Bila kelembutan yang dipamerkan, aku merasakan dialah lelaki yang aku dambarkan menjadi imamku. Lelaki lembut tapi tegas beginilah yang aku cari sekian lama. Lelaki yang tidak memarahiku dengan ego tetapi memarahiku dengan tegas tapi dalam kelembutan. Kalau dia seorang yang ego, bagaimana mahu mendidikku yang sarat beremosi? Lebih-lebih lagi mahu mentadbir dua bahtera. Dan akhirnya, dia memenangi perselisihan faham semalam dengan lembut dan kebijaksanaannya. Dengan rela hati tanpa paksaan, aku mengalah dan mengaku salahku.
Dan Alhamdulillah, perbualan senja semalam diakhiri dengan gelak tawa, tidak seperti selalu apabila berselisih faham, perbualan diakhiri dengan saling menyakiti dan ego masing-masing.
Perbualan bersambung pada malamnya menerusi teks walaupun dalam mengantukku. Tatkala dia dalam perjalanan ke tempat kerja kerana perlu menghadiri latihan selepas train beroperasi, kami berbual lagi. Begitu juga perbualan turut berlaku saat dia dalam perjalanan pulang pada jam menghampiri 4.00 pagi. Apa lagi yang perlu aku rajukkan atau berjauh hati setelah melihat dia cuba sedaya-upaya untuk mengawal marah dan egonya. Seperti yang aku katakan, aku seorang yang kalah dengan kelembutan maka aku juga berusaha untuk pulih cepat dengan keadaan tersebut.
Jam 4.00 pagi, dia tiba di rumah. Aku tahu dia mengantuk. Setelah melayanku berbual di telefon, aku faham sekiranya dia tidak menghantar teks kepadaku. Itu pun dia masih berusaha untuk melakukan apa yang aku suka. Dia menghantar teks sebelum tidur kepadaku walaupun ringkas, memberitahu dia mahu tidur.
Ya Allah, sayang sayang abang. Semoga kita sama-sama kuat untuk bersatu walau apapun rintangannya. Sayang sayang abang. Sayang abang sebanyak buih di lautan. Semoga abang tetap abang yang sayang kenal kini meskipun kita telah bersatu kelak.
Wednesday, March 13, 2019
Kenapa Dengan Suara Itu?
Minggu lepas, lepas rasa kecil hati dan merajuk, adalah kami whatsapp.
Petang tu, lepas berbalas text, kami bercakap menerusi panggilan telefon. Kedengaran suara dia lain sangat. Kenapa? Selsema ke? Tanyaku padanya. Katanya, tak ada apa. Mungkin tak sihat. Ye ke? Soalku sendirian.
Sebelah malamnya, aku menerima voice daripadanya. Kedengaran suaranya lain. Aku dapat agak yang dia di dalam toilet berdasarkan bunyi latar belakang tempat tu. Tambah lagi, ada bunyi air. Tapi suaranya seakan orang menangis. Tapi takkanlah? Dia kan lelaki. Mana mungkin dia menangis sebab aku? Kalau aku tak ada, berganda lebih baik dari aku dia boleh cari.
Dan baru-baru ni kami bersembang. Masa tu hubungan dah pulih. Katanya dia banyak kali menangis kerana aku. Bila di rumah, dia akan menangis dalam bilik air sambil buka dan main air.
Ya Allah, aku terperanjat. Begitukah kasihnya padaku? Dan dia pernah sebak di hadapanku tatkala kami bergaduh face to face.
Katanya, dia takut kehilanganku. Dia juga sering tertanya, apa lagi yang perlu dia lakukan untuk membuatkan aku yakin terhadap cinta yang dibawanya? Bagaimana lagi harus dia buat untuk membuatkan aku faham akan isi hatinya? Dia juga sering diburu perasaan takut kehilangan.
Ya Allah,
Jika benar itu yang dia rasa, aku pernah merasainya sebelum ini. Aku tahu bagaimana siksanya perasaan itu. Maafkan sayang abang sebab buat abang tersiksa. Maafkan sayang kerana sakitkan hati abang. Ketahuilah, sayang juga menyayangi abang dan tak mahu kehilangan abang. Insya-Allah, sayang akan cuba untuk tidak menyiksa abang lagi. Cuma terkadang bila cemburu menjengah atau marah bertamu, sayang akan terlepas laku. Percayalah, sayang juga sayangkan abang, sayangkan hubungan ni.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah tetapkan hati kita untuk cinta ini.
Amin...
Monday, March 11, 2019
Cinta Gila
Cinta ini memang gila. Masa tenang, OK, tak bergaduh rasa sayang sangat. Rindu sangat kat dia.
Tapi masa bergaduh, rasa geram, rasa jauh hati dan rajuk. Rasa marah. Masa tu, cakap je apa nak cakap, tulis je apa nak tulis hingga saling menyakiti dan melukakan hati orang yang kita sayang. Memang tak fikir panjang apa akibatnya.
Lepas sakitkan hati, mulalah hati rasa resah-gelisah, rindu, takut ditinggalkan, fikir kenapa dia buat kita macam ni? Kenapa dia sampai hati buat aku macam ni? Agaknya dia pun sama.
Dalam-dalam duk marah dan merajuk, rindu pun datang bertandang. Lagilah hati tak keruan, fikiran tak tenang. Duk tertanya-tanya. Aku sorang je ke yang rindu kat dia? Dia rindu aku tak? Ke dia nak tinggalkan aku?
Tiba-tiba, bila baik, perasaan sayang dan kasih tu membara semula.
Semoga perkara yang digaduhkan tu dapat memberi pengajaran untuk tidak diulangi pada masa depan. Semoga cinta ini terus semakin erat hingga ke Jannah.
Wednesday, March 6, 2019
Perihal Hari Ini
Selama aku mengenali cinta, ini kali pertama aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang manja. Aku masih dalam proses mengenalinya, memahami kesukaan dan kebenciannya. Sering kali berlaku masalah komunikasi kerana jalan fikir kami berbeza. Ternyata, aku belum arif tentang dirinya, kemahuannya, kesukaannya serta kebenciannya. Lantas berlakulah rajuk dan marah. Kecil dan jauh hati. Demi kasih ini, ku turutkan jua. Apalah sangat dengan kerenah manja-manja dan rajuknya jika dibandingkan dengan waktu-waktu indah dan layanan baik dan romantisnya padaku. Jika orang yang buat aku seperti sampahpun aku boleh sabar dan bertahan selama hampir empat tahun, inikan pula dia yang sering membuat aku tertawa bahagia. Ya Allah, aku sayang dia. Kukuhkanlah jua kasih sayangnya padaku biar apapun cabaran mendatang.
Tuhan saja yang tahu betapa excitednya aku tengahari tadi bila dia mengajak aku menonton wayang malam ni. At least, kali ni dia yang buat plan. Hati berbunga-bunga. Memang dari awal tak nak makan tengahari sebab nak makan dengan dia. Kan nak jumpa petang ni. Cukup sekadar aku alas perut dengan buah potong.
Namun... dek kerana masalah komunikasi, mungkin bahasa orang sastera tidak dapat difahami dengan baik oleh orang sains, berlakulah ketidakfahaman di pihakku hingga membuatkan dia merajuk lagi. So, plan untuk jumpa berkecai, menonton wayang pun hilang. Aku rasa sedih. Dan nak tanya macam-macam tapi mengenangkan rajuk dia yang lepas belum habis, aku pendamkan saja hati yang terasa dan rajuk yang mula bertandang, aku usir jauh. Seperti yang selalu aku katakan padanya, kalau aku merajuk, janganlah dia merajuk sama. Siapa nak pujuk? OK, petang ni, aku terima salah aku dan dia merajuk. So, tak perlu aku merajuk walaupun apa yang berlaku bukan yang aku mahu. Akulah yang perlu memujuknya.
Kala ini, perut terasa lapar. Kalau jumpa, mesti dah makan malam. Ni tak jadi jumpa +merajuk, aku yang lapar. Nak makan tak ada apa. Ada maggie je. Boleh je makan maggie tapi, bila mengenangkan hubungan yang belum pulih sepenuhnya, selera mati begitu saja. Perut lapar, makan tak ada selera. Entahlah.
Abang janganlah merajuk lama-lama. Sayang sunyi tanpa abang. Sayang rindu abang yang dulu.
Tak apalah. Mungkin inilah harga yang perlu aku bayar untuk sebuah cinta. Maka aku rela. Merajuklah macam manapun, aku akan sabar insya-Allah. Cuma, janganlah sia-siakan cinta ini.
Tuesday, March 5, 2019
Awak Baik Sebenarnya
Malam tadi, dek kerana letih kesedihan serta lapar tapi tak selera nak makan, aku tidur awal.
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitku. Panggilan dari seorang sahabat yang sering mengambil berat tentang diri dan perasaanku sejak tiga tahun lalu. Dia bertanyakan keadaanku kerana dari penulisanku, dia dapat rasakan bahawa ada yang tidak kena berlaku.
Aku tak perlu ceritakan semuanya kerana dia telah membaca segalanya. Sahabat itu menasihati aku. Mungkin pengalamannya berumahtangga membuatkan dia matang dalam cabaran hati dan perasaan, tentang lelaki.
Aku tak mampu menahan tangis. Seperti biasa pada dialah tempat aku hamburkan tangis hibaku. “Kenapa Maz? Kenapa macam ni?” Ratapku hiba.
“Awak janganlah macam ni. Awakkan kuat. Cuma, awak kena ingat, lelaki ada egonya tersendiri. Lelaki golongan atasan atau boss-boss ni lagi tinggi egonya. Kalau tak, masakan dia jadi boss. Lelaki bawahan pun ada ego dia. Apa lagi orang macam ni? Awakkan pernah dengan golongan bawahan. Golongan pertengahan pun awak pernah kawan. Semua ada ego dia,”
Aku tetap dengan sedu-sedanku.
“Orang lelaki ni, awak merajuk dia akan tuis jadi dia yang merajuk,”
“Betul ke Maz?” Tanyaku padanya.
“Arwah dulu macam tulah. Lagi satu kalau gaduh, lelaki kalau mula bercakap, memang tajam. Menusuk.”
Aku tetap dengan tangisku sambil mendengar satu persatu sahabat itu menasihatiku.
“Awak sayang dia tak?” Soalnya kepadaku.
“Sayanglah. Kalau tak, tak adalah sedih macam ni,” Jawabku bersama tangis.
“Lelaki ni, walaupun dia ada salah, dia akan kata kita salah jugak. Lelaki tetap menang. Perempuan tetap akan kalah bila bergaduh dengan dia. Awak beralah je. Bagi dia menang. Awak takkan menang dengan dia,”.
“Mana boleh macam tu,” Protesku manja.
Sahabatku ketawa. “Dahlah tu, awak janganlah tegas sangat. Dalam kerja jelah tegas awak tu. Dengan dia tak payahlah. Banyak saya baca tentang dia. Dia baik sebenarnya. Dia sayang kat awak. Tapi, bila bergaduh, orang lelaki tetap nak menang walaupun dengan orang yang dia sayang.”
Aku terus menangis.
“Saya faham perasaan awak. Awak tak salah. Sayapun tak salahkan awak dengan apa yang awak rasa dan apa yang awak buat. Cuma, cara fikir lelaki dengan perempuan tak sama. Mungkin pada awak, awak sekadar merajuk-merajuk manja. Tapi bagi dia, tak boleh. Perempuan kan manja. Selalu nakkan perhatian. Mungkin dia pulak stress masa tu. Lelaki ni kan banyak tanggungjawab. Semua atas kepala dia. Dia stress la kot. Tu yang terus melenting dan cakap benda yang mengguris tu.”
Aku masih terus menangis.
“Teja, awak baik sebenarnya. Mungkin, dia tak faham awak lagi ataupun, dia belum kenal awak betul-betul. Awak kawan dengan dia baru berapa bulankan? Awak tak boleh aspek dia kenal awak betul-betul sekarang ni,”
“Maz, saya tak niat apa-apapun...”
“Saya tahu Teja. Saya tahu awak macam mana. Saya tahu macam mana awak bila sayangkan seseorang. Awak memang baik. Setia. Sayang orang sangat-sangat. Kalau tak, takkan awak sayang dekat yang first tu walaupun buta-buta dia tipu awak depan mata.”
“Ah, dia tu, awak tak payahlah cakap. Macam-macamlah dia buat,”
“Haaa... kalau dia yang macam-macam tu awak boleh sabar bertahun, saya yakin, setakat kerenah yang ni, awak boleh sabar. Awak kan sayang dia. At least, dia baik dengan awak. Dia tak siksa awak macam yang first tu. Macam-macam dia buat untuk awak, bagi awak. Awak mesti boleh tahan setakat kerenah sikit-sikit tu. Semua orang ada kelemahan walau baik macam manapun. Awak sendiripun ada kerenah.”
“Entahlah. Saya tak tahulah,”
“Saya faham, awak sedih. Family pun ada kerenah. Sebab tu awak perlukan seseorang untuk zahirkan kasih sayang, untuk share. Saya tahu, mungkin awak jadi macam ni sebab pengalaman awak yang lalu. Janganlah macam tu. Saya tahu, ni bukan awak yang sebenar. Awak baik. Lembut hati, penyabar. Awak kena jadi awak yang sebenar. Awak yang dulu. Bukan semua orang sama macam orang yang pernah buat awak. Dah, saya tahu awak baik. Jadi awak yang dulu. Awak yang sebenar. Saya tahu, orang sebelum-sebelum ni banyak buat awak. Ambil kesempatan atas kebaikan awak. Saya tahu awak down, kecewa, derita. Tapi awak kena pulih. Dia bukan orang dulu. Dia lain. Saya tahu awak sayang kat dia. Saya pun rasa dia sayang kat awak. Awak boleh rasakan dia sayang kat awak?”
“Dia sayang saya lagi ke?” Tanya saya kurang pasti.
“Insya-Allah. Dah. Lepas ni jangan gaduh-gaduh. Fikir benda yang baik-baik. Cari dewan, katering, mahkamah. Fikir yang tu,”
Betul ke aku baik?
Betul ke aku sekarang bukan aku yang dulu?
Betul ke aku kini bukan aku yang sebenar?
Betul ke aku dulu penyabar orangnya?
Sakit Apakah Ini?
Ya Allah,
Sakit apakah yang sedang menyerang ini?
Kenapa tiba-tiba rindu ini mengamuk? Menyerang jiwa hiba lalu air mata ini senang berguguran walaupun tiada. Rindu seperti ini jarang sekali aku merasainya tapi kenapa sejak empat bulan lalu dia sering datang mendera hati? Dan senja membawa ke malam ini dia mengamuk lagi. Hingga resah jiwa gelisah.
Ya Allah,
Sampaikan rinduku padanya, sehingga aku menjadi kerinduannya.
Amin...
Di Mata Tidak Di Zahir
Lesu air mengalir di kali. Segar pada mata yang memandang memberi kebugaran ke segenap pelupuk. Tenang dalam menatap aliran ke muara. Siapa tahu lesu itu membuat air lemah dalam menghidangkan kedinginan. Menjemput damai bertandang. Memuja semangat kekuatan kian lelah. Meratib ria agar pulih. Melambai mentari dari maghrib ke masyrik sebelum larut bujuk dalam dada gelap berias kelam.
Beredarlah gemawan yang menutup putih awan beralun. Biarku hirup udara nyaman menyelinap ke seluruh belulang yang masih kukuh. Mengalir bersama darah ke seluruh saraf selama nadi berdenyut.
Catatan Dinihari
Ku renung ke dasar tasik. Airnya berkocak, berpusar-pusar. Ikan-ikan lari bersembunyi ke celahan batu. Adiwarna pelangi senja tiada kelihatan meskipun gerimis baru saja rebas di kaki langit.
Gunung-gunung menghijau tak bisa menyengat dinginnya. Hingga tiada terasa dalam nurani. Selayang pandang mata terkilas menyaksikan lahar entah dari mana tumpahnya. Kepul hangat menjalar serata tulang-temulang, tertebar ke serata buana. Kerdil mendakap aku dalam hitam kabut malam menghambat masa berlari. Lelah pedih jiwa meronta. Mata fikir berputar-putar mengisar waktu terlewati. Apa benar pualam itu biru warnanya? Apa benar delima itu merah warnanya? Apa benar hijau zamrud masih kekal hijaunya? Tinggal aku dalam termangu mentafsir mimpi yang tak terurai.
P/S: biarlah aku menjadi Teja yang dulu. Biarlah bicaraku, tulisanku menjadi sebuah catatan misteri agar tidak disalah tafsir atau mengguris hati sesiapa. Nanti lain yang ku maksudkan, lain tafsirannya.
Sunday, March 3, 2019
Kenapa?
Abang,
Kenapa sejak akhir-akhir ni kata-kata abang kasar dan menguris?
Betul ke abang sayangkan sayang?
Kalau dari tadi abang tanya pasal kelas mengaji sayang, tanpa text kalau merajuk pujuklah sendiri, biarkan abang habiskan masa abang dengan dia orang, tak adalah sayang rasa pedih macam ni.
Setelah abang hiris hati sayang, baru abang nak tanya pasal kelas mengaji sayang.
Abang rasa sayang ni robot ke boleh baik sekelip mata?
Text abang malam ni sangat menghiris.
Kalau macamni sikap abang, betul ke abang dah bersedia untuk berpoligami?
Ingatlah, ujian masa hadapan tu lebih getir.
Kalau sayang sorang yang merajuk-merajuk manja pun abang tak boleh handle macam mana?
Kalau abang asyik nak marah,
Dengan marah dan ego abang tu, hal kecil pun jadi besar.
Asalnya sayang merajuk ala-ala. biasalah hati terasa. Sayang duduk rumah, buat macam-macam kerja rumah tanpa abang di sisi. Setakat terasa macam ni tak adalah parah sangat. Cuma perlukan perhatian.
Tiba-tiba abang bagi text yang bukan-bukan. Text yang benar-benar buat sayang terhiris.
Tapi abang tak nak sayang serabutkan kepala bang,
Abang nak sayang jadi macam sayang yang macam selalu.
Nak sayang jaga hati abang,
Nak sayang kekalkan text abang bila sayang nak tidur, bangun pagi dan pergi serta balik kerja walaupun kita bergaduh,
Sayang dah berazam untuk buat semua tu walaupun kita bergaduh.
Tapi malam ni... text abang tadi, buat semua azam sayang terbang melayang.
Sayang minta maaf abang kalau sayang tak mampu jadi macam apa yang abang inginkan.
Sayang minta maaf sebab sayang tak mampu jadi yang terbaik untuk abang.
Eh, yang terbaik tu tak mungkinlah. Siapalah sayang yang nak menandingi diakan? Memang takkan dapat sampai bila-bila.
Tak apalah itu hakikat. Sayang takkan jadi yang terbaik untuk abang
Text Yang menghiris
Aku boleh je. Nak berlakon seolah-olah tak ada apa yang berlaku walaupun hati terasa. Tapi text dari dia, benar-benar menghiris. Tak perlulah cakap kalau merajuk pujuk sendirilah. Kalau text masuk waktu dia dengan aku pun aku angin. Aku angin sekali je baru. Tu pun kalau text masuk mula-mula jumpa. Lepas tu aku OK je. Then siap cakap, biar dia habiskan masa dengan yang belah sana bila masa dia kat sana. Jadi selama ni, minta aku selalu text dia walaupun dia kat sana... betul-betul lahir dari hati atau sekadar untuk menjaga hatiku? Tiba-tiba hari ni cakap bila dia kat sana, biar dia habiskan masa dia dengan kat sana.
Ya Allah, ujian apakah ini? Apakah aku akan terus disakiti begini? Dengan kata-kata yang tajam begini? Ya Allah, apakah sangkaanku bahawa dialah pengubat segala deritaku selama ini salah?
Benarkah Rindu?
Aku cuba untuk berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Tapi aku manusia biasa. Tatkala jauh, aku sering mendambarkannya. Biarpun hanya sekadar text. Aku malas menyuarakan hal ini. Malas dituduh sebagai tidak memahami. Atau ditanya kenapa tidak text dulu? Sedangkan aku memberi ruang untuk mereka bergembira apatah lagi menyambut birthday seseorang.
Tapi ketahuilah, betapa aku rindu. Sentiasa menantikan textnya. Hampa bila setiap kali melihat phone tiada satu pun text darinya sedangkan ada waktunya dia online. Apakah dalam kegembiraan aku terus lenyap dari ingatannya? Hati mula rawan. Apa benar aku sentiasa di hatinya? Apa hanya dikala sunyi aku dirindui? Berjam-jam tak text di hari cuti tu luar biasa. Sedangkan perjalanan yang jauhpun masih aku terima text daripadanya.
Sabarlah hati. Aku pasrah andai aku akan terus menjalani keadaan seperti ini selagi kesabaran masih ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)