Monday, September 9, 2019

Ajaibnya Panggilan Sayang

Panggilan sayang ni bagi aku panggilan keramat. Aku suka sangat bila dipanggil sayang. Bila ada panggilan sayang ni, hati aku akan berbunga. Rasa happynya semacam. Tak perlu panjang-panjang. Contoh nya, bila aku dapat text dari MNG ringkas tapi ada perkataan sayang, huuuuu you make my day, dear. Contoh, 'OK syg'. Aku akan senyum baca text tu. Lepas tu boleh ulang baca berkali-kali. Berbeza kalau dia tulis 'OK'. Alaaa... OK je? Aku bertanya sendiri dengan hampa. 'Ye syg' tu pun hati aku dah kembang-kembang. Berbanding dia tulis 'ye'. Apatah lagi kalau text panjangnya ada perkataan sayang seperti 'Abg grk dlu syg'. Setiap kali dia cakap sayang, setiap kali tulah sayang aku pada dia naik satu anak tangga. Hahahaha... Kalau dia sibuk, kurang berbalas text dengan aku, tapi kalau sekali text ada perkataan sayang tu, itulah yang akan jadi pengubat hati aku. Nak buat perangai atau nak berjauh hati pun tak jadi. Boleh ek gitu? Hehehehe... Simple je aku ni sebenarnya. Bukanlah kata aku nak sentiasa dia text aku. Aku pun faham kalau aku text dia, dia lambat balas. Mestilah dia ada benda nak buat. Takkanlah tunggu text aku je kerja dia? Apapun, hari ni abang buat sayang rasa tenang dan rasa disayangi.

No comments: