Monday, September 9, 2019

Hari Minggu Pertama

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Meh nak bercerita kejap sebelum tidur. Sesiapa yang mengikuti blog aku ni, pasti tahu akan hubunganku bersama MNG. Dan pasti tahu keadaan MNG. Oleh sebab itu, hari minggu bukanlah hari yang aku nanti-nantikan seperti aku bersama Mr. X dan Mr. F dulu. Malah, hari minggu adalah hari yang suram, yang mahu aku hindari, yang malas aku lalui. Sebaliknya, hari berkerja itulah yang aku nanti-nantikan dan tak mahu ia berlalu. Nak buat macam mana, rezeki setiap manusia tu berbezakan? Aku yakin, pasti ada hikmah atas semua ini. Kalau weekend tu kami OK, tak gaduh atau tak terasa hati, kira OK lagilah. Tapi kalau weekend tu bergaduh, aku terasa hati, memang tak bermakna weekend aku. Hehehehe... Sepanjang 11 bulan aku bersamanya, tidak ada satu weekend pun yang kami habiskan bersama kecuali 7 Julai, 2019 lalu. Siapa tak nakkan habiskan weekend bersama yang tersayang? Semua orang yang bercinta, weekend tulah untuk mereka habiskan waktu bersama. Bersiar-siar, tengok wayang atau buat apa-apa aktiviti bersama. Namun, sekali lagi, ketentuan Allah itu berbeza untuk setiap hambaNya. Apabila kita mencintai seseorang, kita harus terima apa adanya dia. Walaupun hati kecil sentiasa meronta-ronta untuk habiskan masa bersamanya pada hujung minggu, aku tak pernah suarakan hasrat tersebut. Orang kata, cinta itu pengorbanan. Maka ini adalah bahagian daripada pengorbananku buat cinta ini. Semoga pengorbanan yang sedikit ini membawa manis pada akhirnya. Semoga pengorbanan sebesar hama ini tidak dipandang sepi oleh dia. Sebab tu aku sensitif sangat kalau hujung minggu. Kalau aku rasa dia lain, memang aku sedih sangat. Tapi kalau dia OK, itulah pengubat hatiku yang sunyi, yang sentiasa mendambarkan dia di sisi. Alhamdulillah, untuk weekend ni, aku rasa tenang dan damai. Sebab aku rasa dihargai dan disayangi. Itulah ubat paling mujarab atas segala keinginan yang ku pendam. Malah, rasa sayang ini bertambah buatnya. Alhamdulillah, tak ada fikiran yang bukan-bukan datang meskipun aku hanya duduk di rumah dan lantaran daripada sakitku, masaku banyak dihabiskan dengan berbaring di tilam bersama si gemuk kesayanganku. Si Gemuk la peneman dan penceria hidupku yang keseorangan di sini. Berbalik kepada 7 Julai lalu, aku memberitahunya yang ada kawan buat open house. Bukan niatku ingin mengajaknya ke sana kerana aku sedia maklum akan keadaannya. Aku sekadar bercerita. Kebetulan masa tu, belah sanakan tengah ribut. Dia memberitahuku bahawa dia ingin menemaniku ke sana. Aku terkejut namun girang sekali. Tak pernah habiskan weekend bersama sepanjang perkenalan kami. Ya Allah, masa tu hanya Allah je tahu betapa gembiranya aku untuk menghabiskan weekend bersamanya. Kalau keadaan normal, entah bila dapat bersamanya di hujung minggu. Perasaan sebak, terharu, happy semuanya bersatu. Namun, aku simpan segala rasa kemas dalam hatiku. Tak tahulah dia perasan ke tidak yang aku happy sangat hari tu. Paginya kami bersiar-siar di Paradigm Mall. Lepas Zuhur gerak ke rumah kawan. Walaupun MNG terima Whatsapp yang memaklumkan adiknya kemalangan, sekurang-kurangnya, habislah acara makan-makan dan beramah mesra bersama rakan-rakanku. Insya-Allah, aku akan ingat tarikh tu sampai bila-bila. Itulah weekend pertama kami bersama.

No comments: