Monday, September 30, 2019

Kenapa Dia Pilihan Hati?

Bagi orang yang tidak memahami, pasti akan sibuk bertanya, kenapa dia pilihan hatiku? Kenapa dia yang berstatus suami orang yang aku pilih? Tidak adakah lelaki lain yang single kat Bumi Tuhan ni? Tapi tahu tak mereka yang jodoh itu ketentuan Allah? Hati serta cinta manusia juga milik Allah. Maka Allah la yang berhak untuk menentukan kepada siapa hati seseorang itu harus diberikan. Aku search lagi hari ni kat internet sesuatu yang positif untuk dijadikan semangat bagi wanita seperti aku yang bakal bergelar isteri kedua, Insya-Allah. Hampa! Semuanya mengecam, menghukum yang isteri kedua itu dari golongan yang tidak baik. Rata-ratanya menulis lelaki yang ingin berpoligami itu jahat. Majoriti mencoretkan bahawa isteri pertama itu baik, sempurna dan teraniaya. Bila suami ingin kahwin lagi, suamilah yang salah. Suamilah yang jahat. Bila suami jatuh cinta terhadap perempuan lain, perempuan tulah yang jahat. Perempuan tu nak bolot harta suami, nak rampas suami, nak rampas kebahagiaan perempuan lain. Semuanya tomahan yang tak berasas. Aku jadi sedih. Lepas tu siap cakap, isteri pertama berhak buat jadual dan suami kena ikut. Isteri kedua kena terima semua, kena hormat isteri pertama sebab kita ni ambil hak orang, menumpang kasih orang. Korang tahu tak, dalam Islam, tak ada beza hak antara isteri pertama, kedua, ketiga mahupun keempat? Hak isteri tetap hak isteri. Tak kisahlah isteri ke berapapun dia. Dan semua isteri harus hormat keputusan suami, kena ikut cakap suami selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Boleh berbincang untuk mencapai persetujuan tapi bukan hak isteri untuk mengarah suami buat itu dan ini. MNG, bukan suami orang pertama yang cuba meraih cintaku. Tapi, dia hadir dengan kelebihannya yang tersendiri. Setakat ini, dia mampu meyakinkan aku yang dia mampu bertanggungjawab terhadap isteri dan keluarganya. Buat bakal isteri kedua, jangan merasa bahagia dan seronok bila si lelaki melebihkan korang dalam semua perkara. Jangan rasa happy bila dia mengabaikan keluarganya, isterinya demi korang. Itu adalah satu petanda yang tidak baik. Ya, sebagai perempuan aku inginkan perhatian. Aku ingin sentiasa disayangi. Ingin sentiasa bersamanya tiap waktu. Ingin dia sentiasa bersamaku dan ingin aku seorang memilikinya. Namun, apabila menyedari yang aku jatuh cinta terhadap suami orang, perasaan ingin aku sahaja memilikinya hilang. Aku sedar, dia mempunyai tanggungjawabnya. Dan aku bukan perempuan kejam yang ingin menganiaya orang lain. Lantas aku mohon, agar aku sentiasa memiliki kasih sayangnya, cinta rindunya meskipun saat berjauhan. Aku telah menerima hakikat bahawa bila aku menjadi yang kedua, ada waktunya, pasti dia tidak akan bersamaku. Tapi aku mohon, saat dia tiada bersamaku, izinkan aku merasa cinta kasihnya terhadapku. Itu sudah memadai untuk mengubat hati yang lara. Perasaan cemburu? Pasti ada. Mustahil tiada. Namun, peranan lelaki, kasih sayangnya, itulah yang mampu memadam rasa cemburu. Dulu, aku sering negative kepada lelaki yang ingin berpoligami. Pada aku, mereka pasti akan mengabaikan isteri pertama. Masa mereka akan banyak dihabiskan bersama bakal isteri kedua, tanggungjawab terhadap anak-anak terabai. Cinta akan membuatkan mereka hanyut. Sebab itu aku bencikan lelaki yang mahu berkahwin lebih. Tapi... Segalanya berubah sejak aku mengenalinya. Sungguhpun aku dapat merasai kasih sayangnya terhadapku hingga kadang-kadang aku dapat merasakan yang dia tidak mahu kehilanganku. Namun tanggungjawab terhadap keluarganya tetap dijalankan sehabis baik. Aku bukan sekadar mendengar cerita-ceritanya. Aku menilainya secara tidak langsung. Aku menilai dari perbuatannya. Korang tahu apa yang MNG buat? Tentulah hal dalam rumahnya aku tidak tahu. Tapi apa yang aku Nampak: 1. MNG bukan seorang yang semua benda nak isteri buatkan. Contoh, dia gosok baju sendiri walau sesibuk manapun dia dan sepenat apapun dia. 2. Masih melayan kemahuan isterinya meskipun dia ada aku. Walau penat macam manapun dia, dia sering melayani kemahuan isterinya. Dari kenduri berdekatan rumah sampailah kenduri di tempat jauh. Penat berkerja pada hariraya pertama. Balik petang, tapi disebabkan isterinya nak ke tempat saudara-maranya yang bukan dekat, diturutkan jua. 3. Menemani isteri walau dia telah jatuh cinta kepadaku. Jika isteri mahu berurut, MNG masih bisa menemani isterinya untuk berurut dua jam pada malam hari berkerja dan pulang lewat sekitar jam 12,00-1.00 pagi. Masih setia menemani isterinya membeli barang di Tesco tidak kira bila harinya termasuk hari berkerja. Tetap setia menemani isterinya meskipun terpaksa membeli barang pada jam 12.00 atau 1.00 pagi meskipun pada siangnya, dia sibuk dengan hal kerjanya. 4. Cinta terhadapku tidak membuatkan dia hanyut meskipun sebagai seorang anak. Demi menunaikan kemahuan ibu tersayang, MNG rela bertolak ke Kelantan selepas waktu kerja pada hari Jumaat, singgah di kampungnya mengambil ibunya dan terus ke Kelantan. Tiba di Kelantan dalam jam 4.00 pagi. Tidur sekejap dan menghadiri kenduri pada jam 11.00 pagi. Sekitar jam 3.00 petang, dia bertolak kembali ke kampong ibunya untuk menghantar ibunya pulang dan terus pulang ke Kuala Lumpur. 5. MNG masih lagi menyambut hari lahir isteri dan anak-anaknya malah hari ulang tahun perkahwinannya. Tidak ada seorangpun di antara mereka dilupakan tarikh istimewa mereka. MNG akan meraikan mereka dengan belanja makan, habiskan masa bersama dan memberi mereka hadiah. 6. MNG masih lagi setia membawa isteri dan anak-anak ke tempat kerjanya jika terpaksa berkerja di luar waktu berkerja. Malah, dia akan membawa mereka menghadiri event pejabatnya. 7. Masih melayani Whatsapp isteri dan anak-anaknya ketika bersamaku dengan sekadarnya kerana dia sedar bahawa hatiku juga perlu dijaga. 8. Tidak mengurangi perbelanjaan rumahtangganya termasuk belanja dapur dan anak-anak. MNG pernah memberitahuku untuk memberi wang belanja kepada isterinya sebagai tambahan pemberian nafkah bulanan. Selalunya lelaki, kalau dah ada perempuan lain, lantak kaulah cukup belanja ke tidak. Yang penting orang baru perlu dimewahkan. Tapi MNG tak macam tu. Dalam masa yang sama, dia berusaha untuk membahagiakan aku. Menggembirakan aku dengan pelbagai cara. Cuma biasalah, ada waktu-waktunya, hatiku sentap dan sensitive. 9. MNG masih setia melayani kerenah anak-anaknya dari yang besar hingga yang kecil. Hampir setiap minggu juga MNG ke Seremban dan Melaka untuk melawat anaknya yang tinggal di asrama. Bukan sekadar pergi Seremban lepas tu ke Melaka ya. Pergi Seremban, ambil yang kat Seremban, bawan pergi Melaka atau sebaliknya. Lepas tu, keluar. Kemudian, hantar yang Melaka balik asrama lepas tu hantar pulak yang duduk kat Seremban. Kemudian baru balik. Kalau nak kira mudah, pergi je melawat yang Seremban, lepas tu, biarkan yang Seremban duk asrama. Melawat pulak yang kat Melaka lepas tu boleh terus balik KL. Tapi MNG tak buat macam tu. Dia sentiasa mahukan anak-anaknya happy walaupun dia penat. Bila difikirkan, jika mahu berpoligami, sang suami harus melayan isteri sedia ada dulu dengan baik termasuk semua di bawah tanggungjawabnya. Jangan dapat yang baru, yang lama dilupakan. Cemburu? Pasti ada kerana aku perempuan dan manusia. Cuma, jika aku mahu menjadi yang kedua, aku perlu rasional. Aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Dia perlu bertanggungjawab kepada semua, bukan untuk aku je. Aku sering berdoa agar MNG juga akan melakukan perkara yang sama terhadapku sekiranya Allah izinkan kami bersatu sebagai suami-isteri. Aku mendoakan agar MNG juga akan melayani aku dengan baik, memenuhi semua kemahuanku dengan rasa ikhlas dan gembira apabila tiba giliranku bersamanya. Aku mendoakan agar dia juga mampu melayani aku dengan penuh rasa tanggungjawab dan paling penting dengan rasa kasih sayang yang jitu. Aku sukakan lelaki yang romantis jadi aku berdoa agar MNG mampu bersama-samaku menghidupkan suasana romantis itu. Jika kita mahu orang menghormati hak kita, kita dululah yang perlu menghormati hak orang. Lagipun, aku hadir bukan sebagai perampas. Aku tidak mahu MNG kehilangan apa yang dia miliki kini. Aku sekadar ingin menumpang kasih. Ingin rasa dicintai dan disayangi. Kenapa tak pilih lelaki lain? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui kenapa Dia memautkan cinta antara kami. Yang aku tahu, aku tidak terlintas pun ingin menganiaya atau menyingkirkan sesiapa dari hidup MNG.