Tuesday, September 17, 2019

Bila Cinta Sudah Tiada

Bila cinta sudah tiada, maka segala-galanya tawar. Bila cinta sudah tiada, maka tiada lagi debaran yang menyesak dada. Bila cinta sudah tiada, maka hilanglah segala getaran jiwa tatkala berbual atau bertemu. Bila cinta sudah tiada, maka hilanglah rasa ingin sentiasa bertemu atau bercakap. Bila cinta sudah tiada, maka tiada lagi perasaan berbunga-bunga. Cerita minggu lepas. Aku keluar dari office dengan hajat ingin ke ATM bersama assistantku. Kak Iza: Teja, kejap ek. Nak isikan borang gym jap. Sebaik melangkah keluar dari pintu office ke lobi, Kak Iza yang telah siap sedia di lobi menegurku lembut. Aku menghampirinya di kaunter penyambut tamu sambil tersenyum. Aku: Isi borang siapa? Kak Iza: Mr. F. Aku: OK. Aku tenang saat mendengarkan nama itu. Tiada lagi debaran atau resah menyerbu hati seperti dulu. Tiada jua hati dan jiwaku yang terusik. Semuanya biasa-biasa saja. Seperti orang lain berkunjung ingin menjadi keahlian gym. Alhamdulillah, aku tenang. Mr. F, dia diam seribu bahasa. Ilah yang kebetulan ada di situ yang sememangnya mengetahui hajat kami ingin keluar, menawarkan diri untuk mengisi borang Mr. F. Kami berdua keluar ke ATM. Pulang dari bank, kami ke gym untuk melihat kerja pemasangan door closer. Sewaktu berdiri di hadapan pintu gym sambil menanti Raihan tiba: Kak Iza: F ikut Raihan. Mungkin nak tengok gym kot. Mr. F mengekori Raihan, technician yang bertanggungjawab ke gym. Aku: Ooo. Aku dan Kak Iza masuk ke gym setelah melihat Raihan menghampiri kami. F: Boleh tengok gym? Kak Iza: Boleh. F: Teja, boleh saya masuk? Laaa... Kan Kak Iza dah cakap boleh tadi. Bila Kak Iza kata boleh, bermakna Kak Iza mewakili aku. Tak apalah. Aku: Masuklah. Azyzee, ni F, he is our new member, so minta tolong Azeezy tunjuk apa yang patut. Pintaku kepada Azyzee, gym instructor yang ada di dalam gym. Azeezy menghampiri F dan mempersilakan dia melihat peralatan gym yang ada. Keesokan harinya: Ikram: Teja, kau ada dapat apa-apa ke semalam? Aku tertanya-tanya. Dapat apa? birthday aku bulan depan. Nak kata MNG bagi bunga, dah lama dah tak. Dapat apa ek? Aku: Dapat apa? Ikram: Mamat semalam tu tak bagi kau apa-apa ke? Aku: Tak ada. Kenapa pulak kau Tanya macam tu? Ikram: Kau tahu tak? Aku, Dhiya dengan Ilah duk perhati je dia petang semalam. Aku datang counter dah lewat. Ilah dan Dhiya cerita kat aku, Mamat tu, terus membisu seribu bahasa bila kau keluar. Aku pun Nampak, dia macam tak tentu arah je bila kau ada kat situ. Gelisah semacam. Aku pandang jugak kau. Aku tengok, kau relax je. Tak adalah resah-gelisah. Aku: Eh, kenapa pulak aku nak resah-gelisah? Bukannya aku ada apa-apa dengan dia dah. Ikram: Lepas kau keluar tu, lepas Ilah siap isi boring dia, dia still kat lobi kau tahu. Kejap-kejap dia keluar, kejap-kejap dia masuk. Kita orang tengok je. Macam tak tentu arah. Macam menunggu seseorang. Lepas tu Ilah Nampak, dia macam ada keluarkan something dari beg dia. Kita orang syak, dia nak bagi kau barang tu. Sebab tu aku Tanya kau dapat apa-apa tak? Dhiya kata dia kadang-kadang datang bagi kau cookies atau kek. Aku: Tak adalah. Ikram: Mungkin kau asyik dengan Kak Iza kot, tu yang tak ada peluang nak mencelah tu. Aku: Entah-entah tunggu orang lain kot. Ikram: Lepas kau masuk office yang dari gym tu, dia datang lobi tau. Macam cari seseorang. Tapi dah tak ada, dia belahlah kot. Aku: Oh ye ke? Aku tengok jugak, coach dah habis terangkan kat dia pasal peralatan, tapi dia duduk je dalam gym tu. Tak keluar. Aku fikir dia just nak sembang-sembang dengan coach kot. Ah, biarlah dia. Petangnya pulak: Aku terima whatsapp dari F bertanyakan kad usernya. Dia bagi tahu nak ambil lewat sikit petang tu dalam 4.45-4.50 gitu. Aku balas whatsapp tu bagi tau, jangan lewat sangat sebab Iza yang uruskan pasal kad tu. Izah selalu balik on time. Aku pun pelik, kenapa whatsapp aku pulak? Kan yang uruskan pendaftaran tu assistant aku? Contact jelah assistant aku terus. Apa-apalah. Profesional Teja. Bila dah sah jadi gym's member, aku add dia ke dalam group whatsapp gym user sama macam orang lain. Biasalah, dalam group tu ada je yang nak hentam aku. Malam tu, ada sorang yang mula nak Tanya soalan panas. F terus text dalam group, Dah malam, orang nak tidur. Lagipun ni group gym, jangan Tanya soalan lain. Budak tu terus minta maaf. Aku diam je. Malas nak menyampuk walaupun aku tahu, soalan tersebut ditujukan kepadaku. Bila kita berkerja, kita kena professional. Lupakan hal peribadi. Layan semua sama je macam orang lain. Lagipun aku dah malas nak ulangi cerita lama. Malas nak gaduh panjang-panjang walhal salahnya sikit je. Malas nak hadap keegoan yang tak bertempat, malas nak dipermain-mainkan, malas nak tunggu kata putus orang, malas nak jadi pelabuhan, bila suka datang, bila tak, hilang entah ke mana, malas nak hadap kemarahan orang yang entah apa-apa. Aku dah tak larat. Tak larat untuk dipermainkan lagi. Jadi, lebih baik aku buat tak tahu je. Layan sekadarnya sebagai pemberi perkhidmatan terhadap penerima perkhidmatan.

No comments: