Thursday, September 19, 2019

Kalau Aku Marah, salah ke?

Aku memang cepat menangis. Menangis yang ada pelbagai makna. Kadang-kadang aku menangis sebab aku marah. Kadang-kadang nangis sebab sedih. Ada waktunya nangis sebab terasa. Adakalanya pulak nangis sebab jauh hati. Tapi hari ini, aku memang nangis. Sebab apa? Sebab marah! Ikutkan hati, memang aku nak je tulis kat blog satu lagi. Memandangkan ramai yang aku kenal baca blog aku tu dan ada jugak yang kenal orang tu, so better aku tulis kat sini jelah. I need someone to talk actually, need someone untuk dengar cerita aku. Bukan apa, aku nak luahkan apa yang aku rasa. Tapi tak apalah. Mungkin semua orang busy kot. Takkanlah dorang nak dengar cerita aku pulak? Sebenarnya aku tahu, ada je orang yang nak dengar apa yang aku rasa dan apa yang nak aku luahkan. Tapi, kalau ianya akan membawa kepada sakit hati orang lain, better aku tak payah call dia walaupun aku tahu, call aku tu welcome je sepanjang masa. Biar aku pendam je. Tak ada pilihan, aku cerita je kat sini selagi keadaan tak mendesak. Pendaftaran untuk program aku dah tutup. So, borang penyertaan dan beberapa borang lain patah balik kat aku. Dahlah ada peserta yang beria minta borang soft copy last-last yang datang balik borang yang lain rupa bentuknya. Dan korang rasa apa fungsi kerani? Semua benda dari yang besar sampai yang kecik pun aku nak kena buat ke? Aku memang rasa bengang. Banyak benda aku nak kena buat. Takkanlah benda simple pun tak boleh buat? Ni bukan kali pertama nak buat event ni. Takkanlah satu-satu aku nak kena bagi tahu apa nak kena buat??? Dahlah. Rasa macam makin tak ada mood pulak. Nantilah aku cerita kenapa aku stress sangat.

No comments: