Showing posts with label Sesuatu Yang Mengusik Hati. Show all posts
Showing posts with label Sesuatu Yang Mengusik Hati. Show all posts

Sunday, June 9, 2019

Perbualan Hati Ke Hati

Hakim adalah seorang yang tidak banyak cakapp. Jika ditanya satu, maka satulah jawabnya. Tapi kalau kena gayanya, dia boleh berbual panjang.malah, dia bisa meluahkan isi hatinya. 



Sewaktu aku ingin bermalam di rumah nenek, aku memintanya untuk menjemputku pulang pada Jumaat lepas. Hari yang dijanjikan, Hakim datang menjemputku. Nampaknya Hakim mula faham dengan caraku. Sebelum bertolak ke rumah nenek, dia menghubungiku memberitahu yang dia mahu bertolak. 


Setelah menikmati makanan tengahari yang tak berapa tengahari dah masa tu, kami bertolak pulang. Aku memulakan perbualan dengannya. Biasanya, dia akan berbual elok denganku. Kadang-kadang boleh buat lawak dan bercerita panjang. Dari isu rokok, nano stick, sains dan pelajaran, perbualan berlanjutan hingga ke isu keluarga. Asalnya, aku cuma menyampaikan salam seseorang di Facebook kepadanya yang dia panggil ibu. Ternyata, Hakim juga sepertiku dan yang lain, mempunyai seseorang yang kami sayangi, yang dianggap seperti mama, abah, kakak, abang dan adik sendiri. Ada je orang berbuat baik dan prihatin, kasih kami segera jatuh kepada mereka. 


Hakim memberitahuku betapa dia dahagakan kasih sayang serta belaian dari orang tua dan keluarga. Dan hari tu, aku tahu, aku berkongsi rasa dengannya. Kata Hakim, dia sering melihat kemesraan kawan-kawan bersama keluarga. Dia sedih melihat kasih sayang yang erat dalam keluarga rakan-rakannya. Pernah dia melihat bagaimana keluarga rakannya menyambut birthday rakannya. Dia rasa sedih sangat dan dia rasa alangkah seronoknya kalau perkara sama berlaku kepadanya. Kalau kita dapat hidup macam tu kan best. Aku sebak. Dia lantas bercerita tentang zaman kanak-kanaknya, apa yang dilaluinya, apa yang dia rasa. Aku kan jauh daripadanya sejak dia lahir jadi aku tak tahu sangat apa yang dia alami di rumah. Yang aku tahu, bila aku balik bercuti, Hakim sangat manja denganku. Dia juga sering bertanya kepadaku, bila aku akan pulang ke asrama seolah-olah tidak mahu aku lekas pulang meninggalkannya.


Kata Hakim, dia tak mahu keadaan begini berterusan dalam keluarganya nanti. Dia juga sependapat denganku, dia tak tahu bagaimana abah boleh bertahan. Kalau dia di tempat abah rasanya dah lama dia angkat kaki. Dia juga setuju bahawa kedua-duanya mempunyai kesilapan tapi keegoan masing-masing keadaan tak bisa diperbaiki malah semakin teruk. 


Dulu, Hakim pernah mempunyai buah hati. Katanya, dia tak kisah siapapun perempuan itu. Biar tak cantik yang penting mendamaikan hatinya. Kalau cantik sekalipun, jika ada ciri-ciri yang dia tak suka yang dirasanya bisa membuatnya terus hidup dalam keadaan sekarang ni, dia cepat-cepat menjauhkan diri. Hakim juga mungkin belum matang, cepat je dia cakap, “Kalau isteri Hakim nanti buat perangai yang bukan-bukan macam kita semua lalui, bercakap yang tak enak didengar telinga, Hakim akan ceraikan terus.” Katanya geram.


“Ish, janganlah macam tu. Suami kena didik isteri. Nasihat dulu, ajar dulu.” Kataku menasihatinya. 


“Hakim dah penat nak lalu semua tu. Hakim dah tak sanggup. Hakim tak suka benda-benda macam tu. Cukuplah dengan apa yang Hakim rasa selama ni.” Katanya meluah isi hati. 


Dalam hati, aku berdoa agar dia menjadi lelaki yang baik, mampu membimbing keluarganya kelak. Kata orang, isteri itu acuan suami. Betul ke? Mungkin betul mungkin tidak. Aku pun belum berpengalaman. Tapi suamilah yang bertanggungjawab mendidik isteri. Tapi... isteri Nabi Noh tak soleh macam Nabi Noh pun? Bergantung kepada isteri jugak kot. Kalau degil... macam mana suami nak bentuk? 


Ya Allah, kurniakan kepada kami keluarga yang bahagia dan sakinah setelah apa yang Engkau uji kami selama ini. 

Friday, June 7, 2019

VIP

Seperti yang aku tulis semalam, waktu ni, semua orang sibuk dengan hal masing-masing, dengan masalah masing-masing dan sibuk beraya dengan orang tersayang dan keluarga masing-masing. Tak ada masa nak dengar masalah orang lain. So blog ni adalah pendengar yang setia sejak 12 tahun lalu tidak mengenal waktu serta musim. 



Ya, aku VIP. Tapi visually impaired person, bukan very important person. Aku dah redha dan terima takdir Allah ni sebab aku yakin Allah perancang terbaik. Tentu ada hikmah di sebalik semua ni. Cuma, orang-orang di sekelilingku membuatkan terkadang aku rasa lemah dan rimas. 


Menyedari usia semakin singkat, sama ada aku atau kedua ibu bapaku, aku nak balik kampung. Nak jumpa mereka walaupun dalam keadaan keluarga yang macam ni. Kalau boleh, aku ingin tebus masa-masaku yang tak banyak bersama mereka. Kini hanya tinggal dua rumah untuk aku tinggal apabila pulang ke kampung. Kalau dulu tiga,  rumah arwah chek atau lebih tepat lagi, rumah Abang Rin. 


Aku tak faham. Sangat tak faham apa yang sedang berlaku. Dulu, aku boleh buat macam-macam kat rumah bila mama pergi kerja sebab aku sorang atau bersama adik-adik je yang tinggal di rumah. Sementara rumah nenek pula, nenek minta je aku buat apa yang dia nak. Tapi semenjak aku berkerja keadaan berubah. Dan sejak mama pencen, aku balik ke kampung hanya sekadar untuk berehat. Semua benda tak diberinya aku lakukan. Begitu juga dengan nenek. Dalam keadaan dia berkerusi roda, semua benda dia nak buatkan untuk aku. Mungkin niat mereka baik, nak serve aku dengan sempurna. Tapi salah caranya. Benda ni yang buatkan aku rasa macam aku tak ada harga diri. Asa tak beguna dan rasa menyusahkan orang. Apa pula tanggapan orang lain terhadapku terutamanya angah? Dia selalu mempertikaikan kenapa aku tak perlu buat dan dia kena buat sebelum ni. Aku tak salahkan angah, itu bermakna, dia tahu akan keupayaanku. 


Pernah satu ketika, mama, abah dan Hakim menjemputku di lapangan tebang. Dalam keeta, mama memberikan aku roti. Dia menyuruh Hakim membukakan roti tersebut buatku. Aku berasa sangat marah. Hakim tu bukan boy friend aku nak manja-manja bukakan plastik roti yang simple tu. Lalu Hakim menjawab, “Ala, plastik roti je. Along tahulah buka. Kat KL tu, along hidup sorang-sorang je. Tak ada pun orang tolong dia.” 


“Kan,” Jawabku bersetuju dengan Hakim. 


Dan balik kali ni benda yang sama berlaku malah lebih teruk. Dan ini adalah entri pertamaku tentang hal ni sebab aku dah tak boleh tahan dengan semua ni. Sebab aku rasa orang memandang rendah terhadapku. Sebab tu aku lebih suka di rumah sendiri. Banyak benda aku boleh buat. Sama ada rajin atau malas je. Aku nak sepahkan rumah, nak kemas, nak buat macam mana, suka hati aku. 


Sejak hariraya pertama, nenek mencuci pinggan-mangkuk serta periuk-belanga yang digunakan ketika berhariraya. Aku belas dengan keadaannya kerana dia duduk di kerusi roda. Aku memintanya untuk membasuhkan perkakas dapur tersebut. Yelah, aku ni blind je. Semua benda aku boleh buat. Nenek pulak asyik duk cakap, adik ipar aku tu bagus, tolong dia cuci pinggan-mangkuk. So, bila Jamal dah tak ada, biarlah aku gantikan tempatnya untuk membantu nenek. Itulah niatku untuk tinggal di sini beberapa hari. Bukan untuk menyusahkan, tapi untuk membantu mana yang boleh. Tak kenakan, orang tua yang tak boleh berjalan, buat semua benda termasuk untuk aku sedangkan aku boleh buat sendiri. Cuma biasalah, kat rumah orang, ada kedudukan barang-barang yang aku tak tahu di mana duduknya. So, kenalah bagi tahu. Once aku dah tahu then OK la. Tapi nenek kata, “Tak payahlah. Along tak nampak, periuk ni banyak lemak,” Ya Allah, lemak tu kan boleh dirasa. Bukannya dakwat tumpah kat baju yang tak boleh dirasa. Aku memang pantang orang membei alasan tak nampak so aku tak boleh buat. Habis kat rumah aku tu, siapa yang basuh periuk-belangan aku semasa aku memasak dulu? Pernah je aku masak lemak dan sebagainya yang lemaknya tebal di perikuk. Bersih je periuk aku. Dia datang umah aku pun kata peralatan dapur aku bersih. So apa masalahnya? Sabar Teja. Ujian ni datang dari Allah. Nenek hanya perantara. 


Lepas tu, mesin basuh berhenti. So aku cakap, tak apa, biar aku yang jemur baju. Kata nenek, “Tak payahlah, along tak nampak. Along tak tahu cara sidai macam mana. Takut bilik gelap.” Nenek sidai baju dalam bilik mungkin faktor nenek sukar nak turun naik tangga untuk menggunakan jemuran atau ampai di bawah seperti dulu. Ya Allah, apa yang lainnya cara sidai baju? Kat rumah aku kat KL sana, siapa yang sidai baju aku? Aku sorang kot kat rumah. Baju aku siap je bersidai, berlipat, bergosok. Cuma waktu malas tu adalah line berdouble kat lengan baju. Dan yang ini aku memang tak boleh sabar. Aku berkeras nak buat jugak. Kalau dia nak sidai cara dia, just cakap dengan aku macam mana caranya. Aku buat. Bila sidai, tak ada apa yang bezanya. Cuma kedudukan baju pada tingkap je. Ya Allah, aku cuma mahukan lakukan apa yang orang lain buat. Aku tak nak duduk saja-saja macam bila dah jadi blind ni dah tak guna dah. Elok buang dalam hutan. Aku masih sama macam orang lain. Tak perlu nak buat semua benda untuk aku. Aku OK. Aku boleh buat. Kalau tak boleh, aku sendiri akan bagi tahu dan akan minta bantuan. Perkara-perkara macam ni buat aku rasa tersinggung dan berjauh hati. Sepatutnya mereka menggalakkan aku berdikari bukan bergantung kepada orang. 


Jadi aku mohon, tolonglah faham. Aku ni dah biasa buat kerja. Bila aku kena duduk saja-saja, ianya amat membosankan. Aku menghitung waktu bila nak malam. Lepas tu hitung hari bila nak balik KL supaya berakhir semua ni. Dahlah tak bagi aku buat kerja. Lepas tu, tak ada orang nak sembang-sembang dan layan aku. Boleh tak korang bayangkan betapa bosannya hidup aku. Baik kat rumah nenek dan rumah mama. Sama je. Sampai aku pun tak tahu dah nak buat apa dengan phone dan laptop. Aku ni bukan jenis gila gadget. 


Dan aku mohon kepada Allah, jika ditakdirkan aku ni berjodoh, jadikan pasangan aku kelak seorang yang positif terhadap aku. Yakin dengan kebolehan dan kemampuanku. Aku tak minta dilayan seperti permaisuri yang akhirnya akan menimbulkan rasa menyusahkan, berlaku ungkit-mengungkit, kalau waktu-waktu bermanja tu tak apa, aku faham. Memang kita nak rasa memanjakan dan dimanjakan. Tapi jangan sampai berlaku rasa tak puas hati sebab kononnya aku tak boleh buat semua benda sedangkan aku tak diberi peluang untuk melakukannya. Ya, aku blind. Tapi apabila menjadi isteri dan ibu, semestinya aku juga ingin melayan dan menguruskan keluarga macam orang lain. Kalau rasa cara aku salah, tolong ajar. Tunjukkan cara yang betul. Aku tak nak jadi orang yang useless dalam rumah sendiri akhirnya membawa kepada masalah rumahtangga. Kalau bersedia untuk bersamaku, harus positif. Kalau kita dapat menguruskan rumahtangga bersama seperti rasulullah dan isterinya, itu lagi bagus. Ianya akan mengeratkan lagi kasih sayang.


Mungkin bagi mereka yang tidak mengalami situasi ini, perkara ni remeh. Tapi tidak bagi aku. Perkara ni membuatkan aku rasa hilang harga diri, dipandang rendah dan tak berguna. Rasa seperti aku ni hina dan meminta belas simpati orang. Aku rimas, aku sedih dengan keadaan ni. Aku stress! Bagus jugak kalau tak sihat sekejap. So, ada alasan kukuh kenapa aku tak perlu membantu. At least untuk pujuk hati aku yang terasa.

Thursday, June 6, 2019

Hariraya Pertama Yang Menyakitkan

Sekali lagi aku tertanya-tanya, di mana silapnya aku Ya Allah sehingga aku berhadapan dengan semua ini? Di manakah kurangnya aku sehingga aku diuji begini? Aku tahu ujian ini untuk melatih kesabaranku. Tetapi sebagai manusia biasa, aku tidak bisa lari dari sedih. 



Hariraya hari untuk kita bersukaria. Tapi sebaliknya berlaku. Apakah aku ini menyusahkan orang-orang sekelilingku? Hatiku benar-benar terasa dengan apa yang berlaku semalam. Aku rasa terhina. Aku rasa tak berharga. Aku rasa tak ada orang yang peduli akan perasaanku. Semua orang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan apa yang ku rasa. 


Abah tinggal di rumah nenek kerana kurang sihat. Dua buah kereta yang dipandu acik dan adik iparku, bergerak untuk berziarah ke rumah saudara-mara. 


Sebaik sahaja aku menuruni tangga menuju ke kereta acik, acik memegangku lalu menukar arahku ke kereta angah. Sedangkan, dia tahu yang hubungan aku dan angah tak sebaik hubungan dia dan angah. “Kenapa?” Tanyaku kepadanya. 


“Naiklah kereta sana.” Katanya kepadaku. 


“Tak naklah.” Aku terus ke keretanya. Ya Allah, kalau aku naik kereta angah, aku nak jalan dengan siapa? Angah dah tentu nak berjalan dengan suaminya. Lagipun aku segan dengan adik iparku kalau angah melakukan sesuatu atau bercakap sesuatu yang tidak patut di hadapannya. 


Setibanya di rumah Abang Rin, Hakim dan acik yang duduk di hadapan serta kawan acik yang duduk di sebelahku keluar dari kereta. Begitu juga denganku. Tapi, tak ada siapapun yang datang kepadaku untuk memimpinku. Ya Allah, Tuhan saja yang tahu perasaanku dikala itu. Abang Rin terus mendapatkan aku dan bertanya khabar tentangku. Kebetulan mama datang mengambil barang dari bonit kereta. Dang dia memberitahu adik-adikku, “Heretlah along ni,” Astaghfirullahalazim, kata-kata tu benar-benar buat aku tersinggung. Aku bukan lembu ya boleh diheret-heret. Tak apa Teja, Allah sedang menguji. Bisikku kepada diri sendiri. Tapi, masih tidak ada siapa yang datang kepadaku. Lalu, mungkin menyedari situasi berlaku, Abang Rin memimpin aku ke meja untuk duduk. 


Aku tertanya-tanya, siapa pula yang akan mengambilkan makananku? Di meja tu ada angah bersama suaminya. Angah pun suruh suaminya yang ambilkan makanannya. Takkan aku nak suruh adik ipar jugak yang ambilkan? Aku diam. Cuba memaniskan muka agar gejolak di jiwa tidak kelihatan. Abang Rin datang lagi kepadaku membawa air oren. Abang Rin memang baik. Selalu memahamiku sejak dari dulu aku berulang-alik ke rumahnya menjaga arwah chek. Mama kemudian mengambil tempat di sebelahku. Aku lega. Sekurang-kurangnya, mama ada. 


Dalam perjalanan ke rumah seterusnya, Hakim duduk di belakang bersamaku. Dan setibanya kami di rumah seterusnya, Hakim memimpinku masuk ke dalam rumah. Hakim yang menjagaku sehinggalah kami naik kereta semula. Sebenarnya dari sebelum bertolak ke rumah nenek lagi, kami berkunjung ke rumah jiran. Hakim yang banyak bersamaku. Ketika makan pun dia duduk bersamaku. 


Ya Allah, aku tak pernah rasa sedih macam ni bila beraya. Yelah, dulu masa abah sihat, kami tak pernah keluar beraya tanpa abah. Dan ke mana pun kami beraya, abahlah orang paling setia menemaniku, memimpinku, mengambilkan makanan untukku, mencarikan kasutku bila kasutku disepak orang entah ke mana. Kalau orang lain pimpinku, abah pasti mengambilku daripada mereka. Abah cepat membaca sama ada aku selesa atau tidak apabila berjalan dengan orang lain. Kalau aku ada rasa tak selesa, pasti tak lama abah pasti mengambilku daripada orang itu. Tapi kalau aku rasa selesa, abah pasti biarkan aku bersamanya. Itu pun tak lama. Nanti abah juga yang akan memimpinku. Kalau berhenti solat, abah pasti menghantarku ke pintu masjid bahagian perempuan, barulah diserahkan aku kepada mama atau adik-adikku. Abah cukup memahamiku. Tapi sekarang, abah tak sihat. Abah tak nak ikut kami beraya. Dan kalau aku tahu hal ini akan berlaku, pasti aku juga akan duduk di rumah bersama abah. Biarlah tak berayapun. Janji hati ini tak terluka di hariraya dengan perkara-perkara macam ni. 


Abah, along sayang abah. Abah sangat mengambil berat tentang keperluanku yang tidak dapat melihat sehinggakan bila Mr. Nice Guy datang bertemunya, itulah satu-satunya soalan yang ditanyakan kepada MNG. Sanggup tak jaga aku yang tak nampak ni? Abah siap describe, yang berjalan pun MNG kena pimpin aku. Kalau makan pun, MNG kena letakkan lauk-pauk ke dalam pingganku. Itu yang abah risaukan. Abah risau kalau MNG tak sanggup buat tu semua untuk aku. Abah tak tanya pun pasal status MNG, gaji, mampu atau tidak dan sebagainya. Abah hanya nakkan seorang lelaki yang mahu bersamaku dalam susah dan senangku. Itulah abah. 


Kejadian raya kali ni membuatkan aku rasa terhina. Rasa tak dihargai. Aku kecewa dan sedih. Aku sangat terluka dengan perbuatan mereka. 


Apa yang aku perhatikan, abah sangat risau kalau MNG tak sanggup buat semua perkara di atas kepadaku. Tapi aku lihat, adik iparku pun serve adikku yang berpenglihatan tu makan. Ambilkan makanan, makan bersuap kata nenek,letakkan lauk dalam pinggan. Maknanya, bukan wife atau husband blind je pasangan akan buat macam tu ya?sighted dengan sighted pun buat je macam tu. Janji ada rasa cinta kot. 

Boleh Tak Kita Berubah?

Aku memang tak berapa larat nak menulis. Namun, aku punya sesuatu untuk aku luahkan. Tapi pada siapa? Pada siapa harus aku luahkan semua ni? Ceritakan apa yang aku rasa? Semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Semua orang, sibuk dengan masalah sendiri. Jadi, biarlah aku coretkan di sini. Jadi aku tak memaksa orang untuk mendengar luahanku melainkan mereka yang sudi membaca. 



Semalam... hariraya pertama. Selain meraikan kemenangan kita selesai berpuasa, inilah masanya kita berkumpul bersama orang tersayang serta sanak-saudara. 


Aku cuba untuk simpan luahan ni sehingga aku benar-benar sihat. Tapi ianya mengusik perasaanku. 


Ya Allah, apakah ada hakMu atau hak orang lain yang belum aku tunaikan sehingga aku merasakan keluarga ini semakin teruk? Atau ada di antara kami yang belum menyempurnakan sesuatu sehingga keadaan semakin hambar? Jika benar kami sendiri penyebabnya, maka, Kau tunjukkan kepada kami bagaimana jalan keluar dari masalah ini. 


Pagi ketika mahu bergerak ke rumah nenek, abah memberitahu bahawa enam orang tidak muat untuk sebuah kereta. Lalu aku memberitahunya bahawa dua buah kereta kan bergerak ke rumah nenek. Setelah diam seketika abah mengatakan, “Muat sebenarnya tapi sempitlah. Orang susah tu boleh je naik kereta bersempit macam tu.” Tiba-tiba mama dengan nada menyindir bertanyakan kepada abah, “Kenapa? Dah rasa susah ke sekarang?” Orang yang tak tahu cerita di belakangnya pasti merasakan tidak ada apa yang tidak kena dengan soalan tersebut. Tapi aku? Aku yang sedia maklum apa yang disindirkan oleh mama rasa kecewa sangat pagi hariraya dicemari dengan keadaan sedemikian. Bukankah kita perlu bermaafan pagi ni? 


Aku dengan cepat memotong sebelum abah memberi jawapan panasnya yang akan membuatkan situasi makin hot. “Pagi-pagi raya macam ni, boleh tak jangan tanya soalan-soalan provok macam tu?” Serius aku tak suka dengan apa yang berlaku. 


Lepas tu, mama mengarahkan Hakim memandu keretanya membawa aku dan abah. Sedangkan dia, menaiki kereta dipandu acik bersama rakan acik. Sangat tidak kenakan? Lalu aku melontarkan pandanganku, “Kenapa macam tu? Mama naiklah dengan abah. Suami-isterikan? Pagi-pagi raya ni duduklah sekali.” Mama tetap dengan sikap egonya enggan menerima pendapat atau nasihat orang. 


Ya Allah, aku adalah orang yang sangat dahagakan kasih-sayang. Dulu, aku dididik dengan penuh kasih sayang oleh arwah chek. Tapi kenapa setelah aku tidak tinggal bersamanya, kasih sayang semakin tandus aku rasakan. Kenapa keluarga ni rasa panas je? Kenapa tak ada kemesraan. Bukan tak ada langsung tapi terlalu sedikit. Boleh tak sama-sama kita setiap isi dari keluarga ni berubah? Kita perbaiki keluarga ni dengan kasih sayang yang subur. 

Sunday, June 2, 2019

Bahang Mula Terasa

Serius aku cakap, excited aku setiap kali nak balik beraya mesti rosak. Macam tahun-tahun yang sudah, pasti ada je yang buat aku rasa tak happy. Aku ni, punyalah beria nak duduk lama sikit kampung. Siap ambil cuti hari Isnin. Tapi baru malam tadi aku tahu yang sorang kena balik Jumaat sebab adik kawan nak kahwin Sabtu. Balik rumah family pun jarang. Dahlah hari raya tu pun masih nak fikir adik kawan kahwin. Kalau yang kahwin tu sahabat yelah, aku faham. Yang sorang lagi pulak, aku text tak berbalas sampai saat aku tulis blog ni. Dengar khabar nak balik seminggu selepas raya. Hari apa? Tak apalah. Adat orang menumpang memang macam ni. Menyesal tak beli tiket flight balik sendiri. So tak terikat dengan siapa-siapa. Mintalah ada tiket murah. Aku nak balik lambat sikit. Sebab aku ni ada dua rumah yang kena dipenuhi hajat hati masing-masing. 



Ni belum raya lagi ni. Nanti ada jelah yang ni terasa, yang tu terasa. Oh kenapa duduk rumah tu lama? Kenapa duduk sini kejap? Lagi satu, nak bergerak sendiri bukan senang kat nun sana. Bukan masalah public transport. Ada je Grab. Tapi aku tak dibenarkan bergerak sorang kalau kat sana. Kalau kat KL ni, hidup aku senang. LRT, Monorel, MRT, komuter, Star LRT, kalau tak sampai destinasi, ambil Grab atau My Car. Senang je hidup tak perlu mengharapkan orang kalau semua orang sibuk dan tak boleh. Tak adalah aku sedih. Sebab kalau orang tak boleh tolong pun, aku boleh buat semua sendiri. Tak banyak pun aku minta, kalau lepas aku naik Grab pun kat sana, dah besar rahmat bagi aku. Aku boleh atur sendiri jadual dan masa aku. So tak perlulah nak tunggu orang hantar, orang ambil. Suka hati aku nak balik rumah nenek bila, nak balik rumah mak ayah bila. Ni, kena minta belas ehsan orang. Nak tinggal lama sikit rumah nenek, kena tanya orang tu, orang ni, boleh tak datang ambil aku sekian-sekian hari? Which is aku memang tak suka terikat dengan orang ni. Sebab aku tak boleh buat apa yang aku suka. Bila aku tak boleh buat apa yang aku suka, aku tak happy! Aku lebih rela susah, janji aku dapat apa yang aku nak dan aku suka. Aku rimaslah kalau semua nak bergantung kat orang. 


Kalau semua balik, lagilah terasa hangatnya. Yang sorang lagi, memang jauhlah nak bawa berunding. Silap-silap kita yang dilasernya. 


Inilah, inilah salah satu jawapan, kenapa aku kecewa sangat bila putus cinta. Sebab, keluarga ni, bukan satu keluarga yang pandai menzahirkan kasih sayang kecuali orang-orang tua dalam keluarga ni. Sedangkan aku, orang yang sangat dahagakan kasih sayang. Komunikasi, happy, manja, berkasih sayang, memang tandus dalam keluarga ni. Jadi, aku rasa, aku perlu membentuk keluarga sendiri untuk dapatkan semua yang aku inginkan. Memanglah bukan seratus pratus, at least dapat sikit pun jadilah. Lepas tu bila aku kecewa, ada jelah yang mengata bukan-bukan. Sedangkan dia orang tak tahu apa yang aku alami. 


Yang family aku ni pulak, ada jugak yang suka mengkritik hidup orang. Kalau boleh, pandangan dia je yang betul. Tapi untuk hidup aku, aku tak boleh ikut cakap orang je. Sebab, korang pun tak buat aku rasa happy dan bahagia. Sedangkan korang tak tahu yang ada waktunya aku ni lemah, perlukan sokongan dan semangat. Dalam hal macam ni pun korang tak boleh buat aku happy. Kalau korang sentiasa ada dengan aku, buat aku happy, tak kahwin pun tak apa. Sebab hidup ni terisi. Macam ada sorang kawan aku, dia tak kahwin mungkin Allah belum bagi dia jodoh. Tapi dia happy je dengan family dia. Pergi bercuti, travel dengan adik-beradik. Then OK la kalau kau nak komen hidup orang tu lebih-lebih. Jangan tu, jangan ni. Ni komen je pandai, tapi untuk support at least dengar masalah aku pun tak ada. Ish, tension la rasa!