Thursday, June 6, 2019

Boleh Tak Kita Berubah?

Aku memang tak berapa larat nak menulis. Namun, aku punya sesuatu untuk aku luahkan. Tapi pada siapa? Pada siapa harus aku luahkan semua ni? Ceritakan apa yang aku rasa? Semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Semua orang, sibuk dengan masalah sendiri. Jadi, biarlah aku coretkan di sini. Jadi aku tak memaksa orang untuk mendengar luahanku melainkan mereka yang sudi membaca. 



Semalam... hariraya pertama. Selain meraikan kemenangan kita selesai berpuasa, inilah masanya kita berkumpul bersama orang tersayang serta sanak-saudara. 


Aku cuba untuk simpan luahan ni sehingga aku benar-benar sihat. Tapi ianya mengusik perasaanku. 


Ya Allah, apakah ada hakMu atau hak orang lain yang belum aku tunaikan sehingga aku merasakan keluarga ini semakin teruk? Atau ada di antara kami yang belum menyempurnakan sesuatu sehingga keadaan semakin hambar? Jika benar kami sendiri penyebabnya, maka, Kau tunjukkan kepada kami bagaimana jalan keluar dari masalah ini. 


Pagi ketika mahu bergerak ke rumah nenek, abah memberitahu bahawa enam orang tidak muat untuk sebuah kereta. Lalu aku memberitahunya bahawa dua buah kereta kan bergerak ke rumah nenek. Setelah diam seketika abah mengatakan, “Muat sebenarnya tapi sempitlah. Orang susah tu boleh je naik kereta bersempit macam tu.” Tiba-tiba mama dengan nada menyindir bertanyakan kepada abah, “Kenapa? Dah rasa susah ke sekarang?” Orang yang tak tahu cerita di belakangnya pasti merasakan tidak ada apa yang tidak kena dengan soalan tersebut. Tapi aku? Aku yang sedia maklum apa yang disindirkan oleh mama rasa kecewa sangat pagi hariraya dicemari dengan keadaan sedemikian. Bukankah kita perlu bermaafan pagi ni? 


Aku dengan cepat memotong sebelum abah memberi jawapan panasnya yang akan membuatkan situasi makin hot. “Pagi-pagi raya macam ni, boleh tak jangan tanya soalan-soalan provok macam tu?” Serius aku tak suka dengan apa yang berlaku. 


Lepas tu, mama mengarahkan Hakim memandu keretanya membawa aku dan abah. Sedangkan dia, menaiki kereta dipandu acik bersama rakan acik. Sangat tidak kenakan? Lalu aku melontarkan pandanganku, “Kenapa macam tu? Mama naiklah dengan abah. Suami-isterikan? Pagi-pagi raya ni duduklah sekali.” Mama tetap dengan sikap egonya enggan menerima pendapat atau nasihat orang. 


Ya Allah, aku adalah orang yang sangat dahagakan kasih-sayang. Dulu, aku dididik dengan penuh kasih sayang oleh arwah chek. Tapi kenapa setelah aku tidak tinggal bersamanya, kasih sayang semakin tandus aku rasakan. Kenapa keluarga ni rasa panas je? Kenapa tak ada kemesraan. Bukan tak ada langsung tapi terlalu sedikit. Boleh tak sama-sama kita setiap isi dari keluarga ni berubah? Kita perbaiki keluarga ni dengan kasih sayang yang subur. 

No comments: