Sewaktu aku ingin bermalam di rumah nenek, aku memintanya untuk menjemputku pulang pada Jumaat lepas. Hari yang dijanjikan, Hakim datang menjemputku. Nampaknya Hakim mula faham dengan caraku. Sebelum bertolak ke rumah nenek, dia menghubungiku memberitahu yang dia mahu bertolak.
Setelah menikmati makanan tengahari yang tak berapa tengahari dah masa tu, kami bertolak pulang. Aku memulakan perbualan dengannya. Biasanya, dia akan berbual elok denganku. Kadang-kadang boleh buat lawak dan bercerita panjang. Dari isu rokok, nano stick, sains dan pelajaran, perbualan berlanjutan hingga ke isu keluarga. Asalnya, aku cuma menyampaikan salam seseorang di Facebook kepadanya yang dia panggil ibu. Ternyata, Hakim juga sepertiku dan yang lain, mempunyai seseorang yang kami sayangi, yang dianggap seperti mama, abah, kakak, abang dan adik sendiri. Ada je orang berbuat baik dan prihatin, kasih kami segera jatuh kepada mereka.
Hakim memberitahuku betapa dia dahagakan kasih sayang serta belaian dari orang tua dan keluarga. Dan hari tu, aku tahu, aku berkongsi rasa dengannya. Kata Hakim, dia sering melihat kemesraan kawan-kawan bersama keluarga. Dia sedih melihat kasih sayang yang erat dalam keluarga rakan-rakannya. Pernah dia melihat bagaimana keluarga rakannya menyambut birthday rakannya. Dia rasa sedih sangat dan dia rasa alangkah seronoknya kalau perkara sama berlaku kepadanya. Kalau kita dapat hidup macam tu kan best. Aku sebak. Dia lantas bercerita tentang zaman kanak-kanaknya, apa yang dilaluinya, apa yang dia rasa. Aku kan jauh daripadanya sejak dia lahir jadi aku tak tahu sangat apa yang dia alami di rumah. Yang aku tahu, bila aku balik bercuti, Hakim sangat manja denganku. Dia juga sering bertanya kepadaku, bila aku akan pulang ke asrama seolah-olah tidak mahu aku lekas pulang meninggalkannya.
Kata Hakim, dia tak mahu keadaan begini berterusan dalam keluarganya nanti. Dia juga sependapat denganku, dia tak tahu bagaimana abah boleh bertahan. Kalau dia di tempat abah rasanya dah lama dia angkat kaki. Dia juga setuju bahawa kedua-duanya mempunyai kesilapan tapi keegoan masing-masing keadaan tak bisa diperbaiki malah semakin teruk.
Dulu, Hakim pernah mempunyai buah hati. Katanya, dia tak kisah siapapun perempuan itu. Biar tak cantik yang penting mendamaikan hatinya. Kalau cantik sekalipun, jika ada ciri-ciri yang dia tak suka yang dirasanya bisa membuatnya terus hidup dalam keadaan sekarang ni, dia cepat-cepat menjauhkan diri. Hakim juga mungkin belum matang, cepat je dia cakap, “Kalau isteri Hakim nanti buat perangai yang bukan-bukan macam kita semua lalui, bercakap yang tak enak didengar telinga, Hakim akan ceraikan terus.” Katanya geram.
“Ish, janganlah macam tu. Suami kena didik isteri. Nasihat dulu, ajar dulu.” Kataku menasihatinya.
“Hakim dah penat nak lalu semua tu. Hakim dah tak sanggup. Hakim tak suka benda-benda macam tu. Cukuplah dengan apa yang Hakim rasa selama ni.” Katanya meluah isi hati.
Dalam hati, aku berdoa agar dia menjadi lelaki yang baik, mampu membimbing keluarganya kelak. Kata orang, isteri itu acuan suami. Betul ke? Mungkin betul mungkin tidak. Aku pun belum berpengalaman. Tapi suamilah yang bertanggungjawab mendidik isteri. Tapi... isteri Nabi Noh tak soleh macam Nabi Noh pun? Bergantung kepada isteri jugak kot. Kalau degil... macam mana suami nak bentuk?
Ya Allah, kurniakan kepada kami keluarga yang bahagia dan sakinah setelah apa yang Engkau uji kami selama ini.
No comments:
Post a Comment