Seterusnya perasaan ini jadi sayu dan sebak teringatkan dia yang jauh di Kuala Lumpur. Entah kenapa hati ni rasa begitu.
Kemuncaknya, malam Sabtu, aku tidak mampu menahan rasa hibaku. Aku menangis sendirian di kamarku teringatkan dia. Macam-macam aku fikirkan termasuk kejadian-kejadian yang berlaku terhadapku dua tiga hari sebelumnya. Selalunya kalau aku rindu, aku diamkan saja atau aku tulis text kepadanya. Tapi malam tadi, aku tak tahan. Mungkin kerana aku tidak punya sesiapa untuk berbicara lantas aku kirimkan voice kepadanya.
Dia meminta aku bertahan. Ada jugak respon dia berikan terhadap entriku di sini. Dan dia memberitahuku bahawa dia dalam keadaan genting. Allah mengujinya di sana dan dalam masa yang sama menduga kesabaranku di sini. Ku pujuk hati dengan meletakkan semuanya kepada Allah kerana Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Akhirnya, aku tertidur dalam tangis hibaku.
8 Jun, 2019:
Aku duduk-duduk santai sendirian dalam kamarku sambil mendengar ceramah agama di Youtube untuk menghiburkan hati yang lara. Dari satu ceramah ke satu ceramah aku pasang. Tiba-tiba satu whatsapp daripadanya masuk bertanyakan apa yang sedang aku lakukan? Aku memberitahunya tentang aktivitiku dikala itu. Sekonyong-konyong hati disentuh rasa sedih. Rindu terhadapnya tak pernah padam.
‘Sayang buat sujud syukur ya’ Kedengaran voice membacakan textnya yang tertera di skrin sebagai notification. Aku menunggu ustaz beralih ke sub topik seterusnya untuk membuka text MNG. Hati tertanya-tanya. Sujud syukur untuk apa? Lantas aku mencari butang berhenti pada video yang terpasang.belum sempat aku mematikan video tersebut, kedengaran satu lagi textnya masuk.
‘Alhamdulillah. Tapi tak bagi tahu akan ke mahkamah lagi.’
Demi membacakan text tersebut, tangisan kesyukuran segera pecah. Dalam tangis aku membalas dan memintanya untuk bercerita apa yang berlaku.
‘Tak perlu cerita. Rasanya tak sesuai untuk diceritakan. Yang penting dia tahu tentang kita dan benarkan berkahwin.’
Aku terus-terusan menangis. Ya Allah, mimpikah aku? Pasti ada sesuatu berlaku kerana tak mungkin MNG secepat ini memberitahunya tentang kami. Dalam perancangan selepas berhariraya dan MNG ingin memberitahunya secara privasi. Tak mungkin MNG memberitahunya dalam waktu sekarang. Apapun, perancangan Allah itu selalu mendahului rencana manusia yang lemah.
Ya Allah, Engkau selalu mengujiku dengan kesedihan. Namun, Kau ubati lukaku dengan perkhabaran-perkhabaran gembira yang tidak terduga-duga. Banyak perkara misteri yang tidak disangkakan berlaku dalam hidupku. Benarlah kata Ustaz Hanan Attaki lewat videonya, rahmat Allah mendahului kemarahanNya. Aku pun tidak tahu, apa yang telah aku lakukan sehingga Allah sentiasa mendengar kemahuanku. Dia pernah menolak hajatku sebelum ini namun, Dia menyimpan doaku sehingga ke suatu saat yang aku benar-benar memerlukannya, tanpa disangka-sangka, Ia memberi. Betapa Allah baik kepadaku biarpun aku ini hambaNya yang hina berlumuran dosa. Andai Allah itu bisa aku peluk, ingin aku pantas berlari mendapatkanNya untuk memeluknya erat, menghamburkan tangis syukur ini padaNya Tuhan Yang Maha Penyayang sepertimana dulu aku selalu mengatakan padaNya, aku ingin memelukNya, rebah dipangkuNya mengadu betapa pedihnya aku ditinggalkan sang kekasih yang aku cintai. Dan hari ini, Allah membukakan selangkah lagi jalan untuk aku bersama kekasih yang amat aku cintai.
Ya Allah, andai ini takdirMu, aku terima kerana aku yakin, ketentuanMu adalah yang terbaik meskipun dipandang serung oleh manusia.
Ya Allah, andai dia yang kau ciptakan buatku, jadikan perkahwinan kami nanti sebagai satu ibadah yang menjadi ladang pahala untuk kami tuai sebagai bekalan bertemuMu kelak. Siramkanlah rahmatMu ke atas mahligai kami nanti. Izinkan cinta ini terus hangat sehangat mentari musim panas hingga ke JannahMu. Hiasi istana kami nanti dengan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyejuk mata dan penenang jiwa. Ajarkan kami cara mendidik mereka agar mereka bisa berbakti kepada agama, bangsa dan negara seterusnya berjaya di dunia dan akhirat.
Amin...
No comments:
Post a Comment