Ya, aku VIP. Tapi visually impaired person, bukan very important person. Aku dah redha dan terima takdir Allah ni sebab aku yakin Allah perancang terbaik. Tentu ada hikmah di sebalik semua ni. Cuma, orang-orang di sekelilingku membuatkan terkadang aku rasa lemah dan rimas.
Menyedari usia semakin singkat, sama ada aku atau kedua ibu bapaku, aku nak balik kampung. Nak jumpa mereka walaupun dalam keadaan keluarga yang macam ni. Kalau boleh, aku ingin tebus masa-masaku yang tak banyak bersama mereka. Kini hanya tinggal dua rumah untuk aku tinggal apabila pulang ke kampung. Kalau dulu tiga, rumah arwah chek atau lebih tepat lagi, rumah Abang Rin.
Aku tak faham. Sangat tak faham apa yang sedang berlaku. Dulu, aku boleh buat macam-macam kat rumah bila mama pergi kerja sebab aku sorang atau bersama adik-adik je yang tinggal di rumah. Sementara rumah nenek pula, nenek minta je aku buat apa yang dia nak. Tapi semenjak aku berkerja keadaan berubah. Dan sejak mama pencen, aku balik ke kampung hanya sekadar untuk berehat. Semua benda tak diberinya aku lakukan. Begitu juga dengan nenek. Dalam keadaan dia berkerusi roda, semua benda dia nak buatkan untuk aku. Mungkin niat mereka baik, nak serve aku dengan sempurna. Tapi salah caranya. Benda ni yang buatkan aku rasa macam aku tak ada harga diri. Asa tak beguna dan rasa menyusahkan orang. Apa pula tanggapan orang lain terhadapku terutamanya angah? Dia selalu mempertikaikan kenapa aku tak perlu buat dan dia kena buat sebelum ni. Aku tak salahkan angah, itu bermakna, dia tahu akan keupayaanku.
Pernah satu ketika, mama, abah dan Hakim menjemputku di lapangan tebang. Dalam keeta, mama memberikan aku roti. Dia menyuruh Hakim membukakan roti tersebut buatku. Aku berasa sangat marah. Hakim tu bukan boy friend aku nak manja-manja bukakan plastik roti yang simple tu. Lalu Hakim menjawab, “Ala, plastik roti je. Along tahulah buka. Kat KL tu, along hidup sorang-sorang je. Tak ada pun orang tolong dia.”
“Kan,” Jawabku bersetuju dengan Hakim.
Dan balik kali ni benda yang sama berlaku malah lebih teruk. Dan ini adalah entri pertamaku tentang hal ni sebab aku dah tak boleh tahan dengan semua ni. Sebab aku rasa orang memandang rendah terhadapku. Sebab tu aku lebih suka di rumah sendiri. Banyak benda aku boleh buat. Sama ada rajin atau malas je. Aku nak sepahkan rumah, nak kemas, nak buat macam mana, suka hati aku.
Sejak hariraya pertama, nenek mencuci pinggan-mangkuk serta periuk-belanga yang digunakan ketika berhariraya. Aku belas dengan keadaannya kerana dia duduk di kerusi roda. Aku memintanya untuk membasuhkan perkakas dapur tersebut. Yelah, aku ni blind je. Semua benda aku boleh buat. Nenek pulak asyik duk cakap, adik ipar aku tu bagus, tolong dia cuci pinggan-mangkuk. So, bila Jamal dah tak ada, biarlah aku gantikan tempatnya untuk membantu nenek. Itulah niatku untuk tinggal di sini beberapa hari. Bukan untuk menyusahkan, tapi untuk membantu mana yang boleh. Tak kenakan, orang tua yang tak boleh berjalan, buat semua benda termasuk untuk aku sedangkan aku boleh buat sendiri. Cuma biasalah, kat rumah orang, ada kedudukan barang-barang yang aku tak tahu di mana duduknya. So, kenalah bagi tahu. Once aku dah tahu then OK la. Tapi nenek kata, “Tak payahlah. Along tak nampak, periuk ni banyak lemak,” Ya Allah, lemak tu kan boleh dirasa. Bukannya dakwat tumpah kat baju yang tak boleh dirasa. Aku memang pantang orang membei alasan tak nampak so aku tak boleh buat. Habis kat rumah aku tu, siapa yang basuh periuk-belangan aku semasa aku memasak dulu? Pernah je aku masak lemak dan sebagainya yang lemaknya tebal di perikuk. Bersih je periuk aku. Dia datang umah aku pun kata peralatan dapur aku bersih. So apa masalahnya? Sabar Teja. Ujian ni datang dari Allah. Nenek hanya perantara.
Lepas tu, mesin basuh berhenti. So aku cakap, tak apa, biar aku yang jemur baju. Kata nenek, “Tak payahlah, along tak nampak. Along tak tahu cara sidai macam mana. Takut bilik gelap.” Nenek sidai baju dalam bilik mungkin faktor nenek sukar nak turun naik tangga untuk menggunakan jemuran atau ampai di bawah seperti dulu. Ya Allah, apa yang lainnya cara sidai baju? Kat rumah aku kat KL sana, siapa yang sidai baju aku? Aku sorang kot kat rumah. Baju aku siap je bersidai, berlipat, bergosok. Cuma waktu malas tu adalah line berdouble kat lengan baju. Dan yang ini aku memang tak boleh sabar. Aku berkeras nak buat jugak. Kalau dia nak sidai cara dia, just cakap dengan aku macam mana caranya. Aku buat. Bila sidai, tak ada apa yang bezanya. Cuma kedudukan baju pada tingkap je. Ya Allah, aku cuma mahukan lakukan apa yang orang lain buat. Aku tak nak duduk saja-saja macam bila dah jadi blind ni dah tak guna dah. Elok buang dalam hutan. Aku masih sama macam orang lain. Tak perlu nak buat semua benda untuk aku. Aku OK. Aku boleh buat. Kalau tak boleh, aku sendiri akan bagi tahu dan akan minta bantuan. Perkara-perkara macam ni buat aku rasa tersinggung dan berjauh hati. Sepatutnya mereka menggalakkan aku berdikari bukan bergantung kepada orang.
Jadi aku mohon, tolonglah faham. Aku ni dah biasa buat kerja. Bila aku kena duduk saja-saja, ianya amat membosankan. Aku menghitung waktu bila nak malam. Lepas tu hitung hari bila nak balik KL supaya berakhir semua ni. Dahlah tak bagi aku buat kerja. Lepas tu, tak ada orang nak sembang-sembang dan layan aku. Boleh tak korang bayangkan betapa bosannya hidup aku. Baik kat rumah nenek dan rumah mama. Sama je. Sampai aku pun tak tahu dah nak buat apa dengan phone dan laptop. Aku ni bukan jenis gila gadget.
Dan aku mohon kepada Allah, jika ditakdirkan aku ni berjodoh, jadikan pasangan aku kelak seorang yang positif terhadap aku. Yakin dengan kebolehan dan kemampuanku. Aku tak minta dilayan seperti permaisuri yang akhirnya akan menimbulkan rasa menyusahkan, berlaku ungkit-mengungkit, kalau waktu-waktu bermanja tu tak apa, aku faham. Memang kita nak rasa memanjakan dan dimanjakan. Tapi jangan sampai berlaku rasa tak puas hati sebab kononnya aku tak boleh buat semua benda sedangkan aku tak diberi peluang untuk melakukannya. Ya, aku blind. Tapi apabila menjadi isteri dan ibu, semestinya aku juga ingin melayan dan menguruskan keluarga macam orang lain. Kalau rasa cara aku salah, tolong ajar. Tunjukkan cara yang betul. Aku tak nak jadi orang yang useless dalam rumah sendiri akhirnya membawa kepada masalah rumahtangga. Kalau bersedia untuk bersamaku, harus positif. Kalau kita dapat menguruskan rumahtangga bersama seperti rasulullah dan isterinya, itu lagi bagus. Ianya akan mengeratkan lagi kasih sayang.
Mungkin bagi mereka yang tidak mengalami situasi ini, perkara ni remeh. Tapi tidak bagi aku. Perkara ni membuatkan aku rasa hilang harga diri, dipandang rendah dan tak berguna. Rasa seperti aku ni hina dan meminta belas simpati orang. Aku rimas, aku sedih dengan keadaan ni. Aku stress! Bagus jugak kalau tak sihat sekejap. So, ada alasan kukuh kenapa aku tak perlu membantu. At least untuk pujuk hati aku yang terasa.
No comments:
Post a Comment