Tuesday, June 4, 2019

Datang Beraya

Suatu hari, sewaktu bertemu, MNG tanya aku, “Raya ni abang kena datang ke?”



“Abang nak datang ke?” Balasku dengan soalan inginkan kepastian. 


Semestinya kalau dia datang, memang aku happy sangat. Bukan ramai saudara-mara pun raya aku setiap tahun. Tak meriah manapun. Tapi, bila memikirkan beberapa perkara, kesian pulak kat dia. Pertama, Kelantan ni jauh. Berapa hari dia nak datang? Apa pulak nak diberitahunya pada yang belah sana? Takkan out station kot raya-raya ni? Tak logik kan? Kalau yang sana dah confirm tahu tak apalah nak cakap datang rumah aku. Kalau dah kahwin esok MNG beralasan untuk balik kampung aku, tu memang boleh mencetuskan Tsunami.. yelah, bukan takat nak jaga hati aku je. Hati orang tua aku, family aku kenalah diambil kira. Dahlah ada yang berpandangan negatif pada kami. So, kenalah buktikan yang poligami ni tak menindas mana-mana pihak. Adil dan saksama. Keduanya, macam mana dia nak bagikan masa? Aku kat kampung tak lama. Masa awal-awal raya ni, mestilah nak kena penuhi kehendak family dia, mak dia, yang kat sana, family yang kat sana, anak-anak dan tuntutan kerja di hariraya. Sekali lagi, kalau aku ni dah confirm jadi wife, yelah, aku juga berhak dan perlu dimasukkan dalam perancangan hariraya dia. Walaupun sedih, tak apalah. Allah kan tahu apa yang terbaik. Semoga aku tidak ditindas dan dianiaya sekiranya takdir, aku bersamanya. 


Ada masanya, kita perlu berkorban dan rasional. Tak bolehlah nak ikut rasa hati dan pentingkan diri sendiri. Kalau hati kita bersih, insya-Allah, Allah akan bagi yang lebih baik dari apa yang kita harapkan. Allah tak pernah menzalimi hamba yang berharap padaNya. Semoga, aku yang jauh ni sentiasa ada dan dekat di hatinya lebih dari yang ada di depan mata. Sebab yang kat depan mata tu dah tentu-tentulah kelihatan di mata setiap saat. Aku yang jauh ni, kalau tak ada dalam hati, memang tak ada apalah. Kat mata memang tak nampak sebab jauh. Tak apalah. Itu semua kerja Allah. Aku serahkan segalanya kepada Allah dalam urusan hati dan takdir. Kerja aku, berdoa dan berbaik sangka dengan Allah. Allah takkan menghampakanku.  aku yakin. 


Lagipun, kalau Allah izinkan kami bersama, dua tiga kali lagi dia kena datang Kelantan untuk berurusan. Banyak belanjakan? Dia tanya sebab dia tak tahu adat orang sini. Perlukah bakal suami datang beraya di rumah? Bukan adat pun. Tak apa abang, insya-Allah kita akan beraya bersama nanti.  

No comments: