Thursday, February 14, 2019

Tilam Impian Menjadi Milikku

Semalam, misi mencari tilam diteruskan dengan berkunjung ke kedai menjual produk kilang di Sungai Buloh. Dulu-dulu adalah berangan nak pakai tilam macam kat hotel tu. Tapi bagi aku, itu sekadar angan-angan. Mana mungkin orang biasa-biasa seperti aku nak pakai tilam berbelas incikan? Bukan jutawan ni. Dah namanya berangan, so, tak adalah kisah sangat pasal tilam tu. Janji best, boleh tidur. Hajat di hati sebenarnya pergi ke sana tu, kotlah, dapat tilam yang sama macam kat Courts Mammoth hari tu dengan harga lebih murah. Kat Courts hari tu harganya RM1,399.00, mana tahu kat sini dapat harga RM800.00 ke? Berangan lagi. Atau sekurang-kurangnya dapat tilam RM800.00 Ikea yang aku berkenan tu dengan harga RM500.00 ke. Duit bukan banyak sangat. Dahlah paip bilik air dapur problem. Minta duit jugak. Masa aku dan Mr. Nice Guy sampai kat kedai tu, pintunya tutup separuh. Bila call, dia kata boleh masuk. Dah macam pencuri kami menyelinap masuk. Hahahaha... Tilam pertama yang aku pegang dan duduk membuatkan hatiku berkata-kata, "Memang hari ni pun aku balik tanpa tilamlah ni. Tilam yang tak berapa best ni pun tebal gila. Ni mahu harga RM10,000.00. Tak apalah. Tak dapat belipun, kita cuci mata jelah. Terapi jugakkan? Nanti balik boleh berangan. Kalau ada rezeki lain kali boleh beli," Tak lama penjaga kedai balik. Kami pulak dari satu tilam ke satu tilam kami try. Hayyyooo... Semua tilam luar biasa ni, memang punah harapanku kali ni. Ni lebih teruk dari Courts dan Ikea ni. Fikirku dalam hati. Hancur musnah harapan kau Teja. Berhentilah berangan. OK, keputusan muktamat, beli katil single untuk Hakim je. Selesai masalah aku. Tilam-tilam dalam tu memang best. Macam tilam hotel lima bintang kau. Tapi duit aku yang tak berapa nak berbintang. So malam malap terus harapanku. Apa? Kilang ni pembekal untuk Vono, Getha, Sweetdream, Good Night dan macam-macam tilam berjenama? Gila! Memang rasa nak balik terus! Hatiku berkata-kata, "Jomlah abang., balik. Tak yah lama-lama kat sini. Nanti bukan belipun. Buat malu je," Tapi tak boleh nak cakap. Promoter tu selalu dekat kita orang sebab tak ada pelanggan lain. Hayyyoooo... Macam mana nak ajak balik ni? Alamak! Tilam ni best! Mr. Nice Guy bawa aku duduk kat satu tilam. Wow! tingginya tilam ni. Lembut pulak tu atas dia. Hadoi, aku dah macam jatuh cinta ni. Jap lagi tak boleh move on asyik terbayang-bayangkan tilam best ni. Rupanya tilam ni untuk Getha. Katanya, kalau ada brand Getha, harga tilam ni RM13,000.00. Nak mati? Tidur mati teruslah jawabnya dengan tilam harga senggini. Hadoi, ingat datang sini dapat tilam murah. Ni makin melajukan degup jantung je ni? Salah kedai rupanya. Hampa! Memang taklah aku beli tilam ni! Hmmmm... Tapi hati dah berkenan. Duduk kat satu tilam lagi. Pun aku suka! Tapi, harganya murah sikit jelah dari yang tadi. Tapi yang tadi tetap pilihan hati. Aku Tanya Mr. Nice Guy, berapa harga tilam tu kat kedai ni instead of RM13,000.00 kalau ada jenama? Aku bersedia untuk mendengar jawapan yang menghampakan. "RM3,399.00," Pun memang tak boleh-belah! Jomlah kita cabut! Hadoi dia ni, sibuk pulak duk melayan promoter tu. Datuk Vida pun beli tilam kat sini. Katanya tilam Datuk Vida tu ditambah ketebalan yang bernilai RM17,000.00. Hmmm... Dia tak apalah. Tilam sejuta pun dia mampu beli. Aku ni? OK, kita berangan jelah tidur atas tilam yang aku minat ni. Nak mati beli tilam harga RM3,000.00 lebih? Tak payah!

Tuesday, February 12, 2019

Kau Buatku Terharu

Pagi semalam, seperti hari-hari sebelumnya, dia menghubungi aku. Kami berbual sepanjang perjalanan kami ke pejabat. Aku lupa apa mulanya, yang aku ingat, dia memberitahuku yang dia tidak mahu berlama-lama begini. Bercerita tentang hantaran, "Sayang nak berapa?" Tanyanya kepadaku. "Entah. Abang nak bagi berapa?" Tanyaku kepadanya. Aku tahu keadaan ini tidak disukainya. Dia tak suka aku membalas pertanyaannya dengan soalan. "Cuba sayang cakap betul-betul dengan abang, sayang nak berapa?" "Sayang tak tahu. Asalkan abang mampu dan tak susahkan abang." Sungguh, aku tidak tahu berapa mahar yang sesuai untuk diriku. Persoalannya, mampukah aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepadanya setimpal dengan maharnya? Tiba-tiba suara arwah chek terngiang di telingaku. "Chek tak kisah dengan siapapun along nak kahwin. Tapi, chek nak orang tu buat along macam orang lain." Kata chek kepadaku dengan lembut di suatu hari setelah aku bercerita kepadanya tentang siapa aku tak ingat. "Macam orang lain tu apa maksud chek?" Tanyaku kepadanya. "Chek tak nak orang ambil kesempatan pada cicit chek. Jangan mentang-mentang cicit chek ni tak Nampak, tak sempurna macam orang lain, buat cicit chek ni ala kadar je. Mas kahwin pun bagi murah sebab cicit chek ni tak Nampak. Dia fikir cicit chek ni tak layak diberi sama macam orang lain," Sampai begitu chek menjagaku. Sayang dan rindu chek. Tapi buat masa sekarang ni, aku memang tak ada satu nilai tertentu untuk diminta dari dia. Asalkan dia mampu, ikhlas untuk memberi padaku, aku terima seadanya dan aku bersyukur. Tapi semalam dia ada bagi tahu jumlah yang dia target untuk mas kahwinku. Orang Kelantan, biasalah, mana ada hantaran, duit hantaran tu jadi mas kahwin. Sebab tu Kelantan tak ada ketetapan mas kahwin. Dia juga cakap kalau boleh dia tak nak tunggu sampai tahun depan. Sebab usiapun masing-masing dah meningkat. Kena fikir pasal zuriat dan sebagainya. Kalau boleh biarlah ada anak yang menemaniku saat dia tiada di sisiku. Dan untuk ke sekian kalinya dia buat aku menangis terharu. Dia minta aku survey pakej perkahwinan atau dewan dan sebagainya untuk anggaran perbelanjaan majlis kami. Pada asalnya dia Tanya berapa dia nak bagi untuk majlis di kampung? Orang Kelantan, dah bagi mas kahwin, tak perlu lagi bagi belanja majlis. Keluarga yang akan tanggung kos majlis. So, dia just perlu fikir tentang majlis di sini jika nak buat. "Sayang, kenapa nangis ni? Abang salah cakap ke?" Tanyanya terkejut. "Tak. Sayang tak pernah rasa dihargai begini. Tak pernah rasa orang betul-betul nak kat sayang sampai macam ni," Kataku dalam esak yang tertahan. "Kan abang dah cakap banyak kali, abang nak jaga sayang. Dah, sayang jangan nangis. Abang bukan nak main-main dengan sayang," Pujuknya lembut. Ya Allah, Aku mohon, permudahkan urusan kami. Bahagiakan kami hingga ke Jannah. Izinkan kami terus hidup dalam saling mencintai dan merindui. Amin... Sayang sayang abang sebanyak bih yang memutih di lautan. Semoga kasih sayang kita tanpa tepian seperti lautan yang luas terbentang.

Kau Yang Sering Buat Aku Menangis

Kau yang sering buat aku menangis. Kau buat aku menangis kerana rindu Kau buat aku menangis kerana cemburu Kau buat aku menangis kerana terharu Kau buat aku menangis kerana marah Kau buat aku menangis kerana sayang Kau buat aku menangis kerana gembira Kau buat aku menangis kerana geram Kau buat aku menangis kerana takut kehilangan. Dulu, aku sering bertanya, apa rasanya bila kita benar-benar mencintai seseorang? Sebab, aku tak pernah merasainya. Benar, aku pernah bercinta dua kali. Cinta pertama, kebahagiaanku sering dibunuh dengan sikapnya, dengan kata-katanya, dengan perangai endah tak endahnya padaku. Meskipun aku tulus mencintanya, merinduinya, namun tiada balasan cinta yang tulus daripadanya. Tangisan terharu tu tak pernah aku tangiskan. Tak pernah rasa dihargai. Lama-kelamaan, cinta dari dasar hati itu padam. Yang tinggal hanya janji. Aku berpegang pada janji cinta yang termaterai. Akhirnya, aku lelah mengejar cinta yang tidak bisa ku gapai. Yang aku temu hanya kehampaan. Cinta kedua, aku tidaklah mencintainya sebenarnya. Cuma, aku mendengar nasihat orang tua-tua. Lebih baik kita mencintai orang yang cintakan kita daripada mengejar cinta orang yang kita suka. Dah aku rasa dia yang kejar aku. Aku terima jelah. Lepas tu aku pupuk cinta itu. Daripada rasa biasa-biasa, aku berjaya memupuk cinta. Tapi percayalah, cinta yang sengaja kita pupuk takkan sama dengan cinta yang datang sendiri. Sesungguhnya cinta yang kita jatuh cinta itu lebih indah. Setelah aku merasai dua cinta terdahulu, aku teringat novel-novel cinta yang pernah aku baca. Rindu dendam dan perasaan mencintai itu sangat manis dan bisa buat orang menangis kerana rindu. Dari situ, aku mula berangan. Mula ingin merasai cinta yang begitu. Bagaimana ya rasanya bila kita mencintai seseorang yang benar-benar menghargai kita? Mesti indahkan? Mesti rindu tu akan buat kita menangis. Mungkin Allah dengar suara hatiku. Allah tahu anganku. Kali ini, Allah temukanku dengan seseorang yang ingin benar ku elak. Aku cuba sedaya-upaya untuk lari darinya pada awal perkenalan. Tapi setiap kali aku cuba berbuat demikian, dia semakin dekat. Dan aku pula seolah tidak mahu menjauh. Dan akhirnya, aku terperangkap dalam jerat percintaan ini. Lebih memeranjatkan, aku rela dirantai dan digelangi rindunya. Ya Allah, andai dia jodoh yang Kau titipkan buatku, aku redha dan aku bersyukur. Terima kasih Allah kerana meminjamkan rasa ini buatku. Aku mohon Ya Allah, pinjamkan dia padaku hingga Jannah. Kekalkan dia seperti dia sekarang atau lebih baik dari sekarang terhadapku, Ya Allah. Jadikan hari-hari yang kami lalui ini sebagai hari pertama kami jatuh cinta kerana saat terindah adalah saat kita jatuh cinta. Amin.

Monday, February 11, 2019

Surprise Hari Ini

Aku sememangnya seorang yang sukakan surprise. Tapi, takkan nak cakap dengan orang yang aku sukakan surprisekan? Menyampah pulak orang dengar. Hahahaha... Setakat ni alhamdulillah, semua orang yang pernah ada hubungan istimewa denganku adalah orang yang suka buat surprise. MF, walaupun suka marah dan tak endahkan aku, suka jugak buat surprise time mood dia baik. Tapi tak selalulah. AF, memang suka buat surprise. Banyak surprise yang dia buat walaupun dia bukan seorang yang romantik. OK stop! Malas nak cerita pasal yang lepas-lepas. Entah-entah aku ni dah hapus langsung dari ingatan dia orang. Kita cerita masa sekarang dan masa depanlah. Surprise ni sebenarnya bagi aku sangat penting. Sebab, ia mampu mengeratkan kasih sayang. Aku bukan saja-saja suka orang buat surprise. Tapi ianya mampu menambahkan kasih sayangku padanya. Mr. Nice Guy, pun seorang yang suka buat surprise. Paling aku suka dalam sejarah cinta aku adalah surprise dari dia. Penghantaran bunga ke office. Rasa happy yang tak bisa aku gambarkan bila dapat jambangan mawar merah yang dihantar ke pejabat. Ia adalah antara kenangan terindah dalam hidup ini. Ianya ditambah dengan sikapnya yang romantik. Lagi mudah buat aku makin sayang padanya. Dan yang best tu, dia suka layan aku. Tak kisahlah aku cakap pasal kerja ke, pasal kawan ke, cakap merepek ke. Dia layankan je. Dan... Dia adalah pendengar yang baik. Ya Allah, kenapa cinta kali ini lain macam rasanya? Dan hari ini, dia buat surprise lagi! Aku sering merinduinya. Dan kalau free, aku suka call dia. Pada hal macam dah jadi rutin dia dah call aku pagi dan petang. Pun tak cukup. Kalau aku free, aku suka kacau dia dengan call dia. Kalau dia tak busy, dia layankan je. Kalau busy tu, tak adalah nak paksa dia layan aku. Jam 4.00 lebih petang tadi, aku call dia. Macam biasalah. Kami bersembang. Kebetulan, dia keluar jalan-jalan cari pasal kat stesen jagaan dia. Hahahahaha... Spot check staff dialah, apa lagi. Dari satu stesen ke satu stesen dia bergerak. Time aku nak balik, dia kata, cakap jelah. Tak yah matikan phone. Aku OK je. Hehehehe sebab aku memang suka bercakap dengan dia. Tiba-tiba aku dengar, lain macam je bunyi announcement train yang dia naik tu? Macam kenal je? Suara lunak merdu announcement tu dah sebati dalam hidup aku. Siap cakap MRT Line tu. Eh, takkanlah dia naik KJ Line? Tak perasan pun dia tukar train? Tadi dia kata nak balik pukul 5.30. Ooo, may be dia nak ambil moto kat KL Sentral la kot. Eh, tapi betul ke? Aku: Abang naik LRT eh? Dia: Taklah. Aku: Tipu! Tu macam announcement LRT je? Siap cakap MRT Sungai Buloh Kajang tu? Dia: Mana ada. Abang kat muzium la. Jap lagi abang call balik. Aku: OK la. Aku yang salah dengar pengumuman ke... Dia tipu aku? Mungkin aku salah dengar kot. Sedikit kehampaan di situ. Ingatkan nak datang jumpa aku. Sedih! Tak apalah. Biarlah dia balik. Dia penat. Sakit badan pun belum habis. Lagipun, ramai yang menunggu kepulangannya. Hati rasa terguris. Ish, janganlah macam ni. Pagi tadi kan dia dah cakap something yang buat kau terharu. Tak apalah. Rabu nanti kan nak jumpa? OK, jom balik. Kaki terus ku ayun menuju LRT. Kata nak call? Tak call pun? Mungkinkah dia akan menyapaku sekejap lagi di depan LRT? Kalau betul, bestnya! Tak yah berharap. Nanti kalau dia tak ada, aku yang sedih. Phone berdering. Dialah tu. Ku jawab. Dia: Sayang kat mana? Aku: Kat depan gate. (Sambil touch dan masuk) Dia: Dah masuk ke belum? Aku: Dah. Dia: OK. Sambung. Lepas tu? Dia merujuk kepada perbualan kami yang terhenti sebentar tadi. Aku pun kembali menyambung ceritaku yang belum habis. Aku naik ke platform dengan eskelator terus menunggu LRT di tempat biasa aku tunggu. Eh, kenapa macam lain macam je bunyi suara ni? Seseorang menghampiri dan berdiri di sebelahku. Suara diapun makin dekat. Dan, bau itu. Aku kenal. Itu baunya. Bau yang aku rindu. Aku: Abang! Dia ketawa dan mematikan talian. Aku gembira. Teruja. Mungkin dia nak pastikan aku naik train. Lepas tu dia akan balik seperti yang pernah dibuatnya dulu. Kalau boleh, mestilah nak dia hantar sampai rumah. Hati berkata-kata. Tapi tak yah berharap. Kalau dia tak buat nanti hampa. Dia datang jumpa aku pun dah syukur. Aku: Abang, nanti sayang masuk train abang call balik tau. Dia: Tak payahlah. Aku hampa Aku: Kenapa? Dia: Ramai orang. Nanti mesti sayang tak selesa nak bercakap ramai orang sekeliling. Alasan. Kataku dalam hati. Aku: Alaaaa... Pagi-pagi tu sayang dalam train boleh je abang call? Dia: Pagi tak ramai orang. Aku: OK la. Terpaksa akur. Malas nak argue. Nanti gaduh pulak. Train sampai. Aku menghampiri pintu train. Mula-mula dia pegang aku. Betullah ni, dia nak make sure aku masuk train dengan selamat. Lepas tu dia suruh aku pegang dia. Mungkin sebab orang ramai kot. Bila dah habis orang keluar, dia melangkah masuk train bersamaku. Pintu dah bunyipun dia tak keluar. Biar betul dia ni? Dengar ke tidak? Aku duduk. Aku: Abang. Aku memanggilnya sambil menunjuk pintu. Isyarat pintu nak tutup dan dia tak punya banyak masa kalau nak keluar. Sebenarnya dia lebih arif bab train ni. Dia: Biarlah. Dia ketawa. Aku blur. Dan akhirnya tersenyum lebar bila faham yang dia akan hantarku ke rumah. Tapi kenapa dia bagi aku duduk? Aku nak berdiri bersamanya. Nak berbual dengannya. Tak apalah. As long as dia ada bersamaku pun OK la. Dan hari ini, alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memberikan aku keceriaan ini. Sayang abang sebanyak bintang di langit.

Sunday, February 10, 2019

Jatuh Cinta Rasa Pertama

Jumaat lepas aku ke Courts Mammoth. Saja tengok-tengok set bilik tidur. Tengok queen bed sebenarnya. 



Terjumpalah dengan tilam Latex. Sedang promotion. Harga dari RM2,000.00 lebih jadi RM1,399.00. Sangatlah bestnya! Aku suka yang ada spring. Tak adalah lembut sangat. Tapi lembutlah. Pakkal je mengenangkan takut jadi kahwin tahun ni. Kalau tak, memang aku beli dah tilam tu. Biarlah tak beli katil pun. Tilam je dulu. Katil aku dah ada yang berkenan kat Ikea. Tu pun harga boleh tahan. Dapat tilam je dulu pun OK. So, katil aku ni boleh letak bilik satu lagi untuk adik yang nak duduk kat sini nanti. Sampai hari ni aku duk teringat kat tilam tu.  


Tak apalah. Bukan rezeki aku kot. Allah kan tahu apa yang terbaik. Semoga bila tiba masa nak beli nanti, adalah jugak promotion. So, tilam Latex, kau tetap dalam anganku. Hehehehe...

Friday, February 8, 2019

Masa Yang Tak Disangka

Malam setelah aku terjaga dari tidur menahan sakit jari, seperti biasa, aku berbalas text dengannya. Dia bertanyakan tentang jariku. Aku memberitahunya sebenarnya, aku perlu ke klinik sama keesokan hari untuk mencuci luka tersebut. Tapi, aku katakana jua kepadanya yang aku telah maklumkan kepada klinik berkenaan bahawa aku tidak boleh datang semula ke klinik tersebut kerana ingin pulang ke kampung. Nurse telah mengajarku cara untuk mencuci luka. Dan aku minta dia yang mencucinya. Dia: Kalau sayang nak ke klinik dulu pun boleh je. Boleh? Tak susahkan diakah? Dengan gembira aku membalas. Aku: Boleh. Kita pergi klinik dulu. Seperti yang dijanjikan, sebelum bertolak pulang, kami singgah di klinik. Setelah beberapa lama menunggu, nurse meminta dia membawa aku ke bilik treatment. Selepas menyiapkan peralatan, Nurse mula membuka balutan jariku. Saat nurse menarik gos yang melekat pada isi luka, aku menjerit kecil dan cuba menarik tangan. Dia lantas mengusap belakangku menenangkan aku yang kesakitan. Hanya Allah je tahu bagaimana pedihnya jariku saat ditarik kain yang melekat pada luka tersebut. Aku mula menangis. Dia tenang memujukku. Terdapat kesan darah pada kain yang ditarik sebentar tadi. Nurse meneruskan kerja-kerja mencuci. Nurse: Kita nak matikan kuman. Pedih sikit ya. Kita nak titik ubat ni. Apa lagi yang boleh aku buat melainkan menganggukkan kepala tanda setuju? Dia bersiap-sedia memegang bahuku sementara sebelah lagi tangannya memegang tanganku yang sedang dirawat. Mungkin dia dapat mengagak tindakan spontanku nanti. Tatkala nurse menitiskan ubat, subhanallah, pedihnya Allah je yang tahu. Terlalu pedih. Aku tak bias menggambarkannya. Katanya, ubat tersebut seperti asid. Apabila dititis, ia berbuih-buih di atas dagingku yang masih kemerahan. Secara reflex aku menarik tanganku namun ianya terhalang dek pegangannya. Sementara tangannya sebelah lagi menepuk dan mengusap bahuku yang mula menangis kepedihan. Dengan lembut ia berkata kepadaku sekejap je sayang. Kejap lagi siap. Pedihnya bu8kan sekali seperti ubat menitis. Mungkin sewaktu ubat itu berbuih selagi tulah rasa pedihnya. Ya Allah, kenapa pedih sangat ni? Mungkin kerana bekas kuku yang dicabut. Setelah pedih beransur kurang, nurse memberitahu bahawa dia akan menitiskan iodin. Ubat kuning penyembuh luka. Aku tenang. Sangkaku, ubat kuning akan memberi kesejukan kepadaku. Sangkaanku meleset. Pun pedih jugak! Ya Allah, kenapa pedih sangat? Dia masih setia memegang tanganku yang dirawat dan mengusap belakangku menenangkan sambil bercakap lembut kepadaku agar bersabar. Kemudian, nurse kembali membalut jariku. Sepedih manapun rawatan yang ku terima ianya menjadi kenangan terindah apabila insan yang kita sayangi ada di sisi menemani serta menenangkan. Aku terharu dengan perbuatannya. Ya Allah, Izinkan aku terus bahagia di sampingnya meskipun dalam saat-saat sukar dan getir. Izinkan kami terus mencintai hingga ke JannahMu Ya Allah. Setelah Kau izinkan hatiku terbuka buatnya, pinjamkanlah dia kepadaku hingga ke alam abadi. Janganlah Kau ambil dia daripadaku seperti Kau ambil insan-insan sebelum ini. Abang, Terima kasih. Sayang bahagia bersama abang. Sayang harap, sayang juga mampu membahagiakan abang seperti abang membahagiakan sayang.

Thursday, February 7, 2019

Ku Dambarkan Dia Di Sisi

Jumaat lepas, aku menjalani prosedur kecil di sebuah klinik untuk membuang nanah di jari hantuku. Aku ke klinik bersama seorang rakan. Saat-saat sakit begini, aku mendambarkan dia bersamaku, menemaniku ke klinik. Tapi hatiku pujuk, sabarlah. Belum tiba masanya. Lagipun, aku harus bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana dia bukan milikku seorang. Tatkala masuk ke bilik treatment, sungguh, aku sangat mendambarkan dia di sisi untuk memberi kekuatan kepadaku dan menenangkan aku yang berdebar-debar menanti detik prosedur dijalankan. Biasalah, aku kan manja. Sayang dambarkan abang di sisi sekarang. Lantas ku ubati hatiku dengan mengingati Allah. "Jangan sedih Teja. Allah tahu apa yang Dia buat. Inilah yang terbaik untuk kau kala ini," Hati mula berbalah dengan akal. Hati: Kalau macam dulu-dulu kan best, si dia sentiasa menemaniku ke mana-mana. Terutamanya waktu sakit. Pasti dia yang menemaniku menerima rawatan. Akal: Allah Maha Mengetahui, ini yang terbaik. Percayalah, Allah tahu apa yang terbaik. Sampailah saat prosedur dijalankan, apa yang aku impikan tiada menjadi kenyataan. Akal: Bersabarlah Teja. Mungkin orang di sana lebih memerlukan dia di saat ini. Sebab tu ini takdirmu. Percayalah, jika engkau benar-benar memerlukannya, Allah akan memberi dia kepadamu tanpa engkau sangka. Percayalah, meskipun hal ini menyedihkan, jika engkau benar-benar ikhlas mencintainya, Allah pasti tidak akan mensia-siakan perasaanmu. Ingatkah engkau akan suaranya meninggi padamu kerana inginkan engkau sentiasa di sisinya? Percayalah, yang dia juga ingin sentiasa di sisimu cuma, sebagai seorang lelaki yang baik, dia harus menunaikan tanggungjawabnya kepada semua yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Percayalah, hatinya jua selalu menginginkan waktu bersamamu jika tidak, masakan bersama di sana pun dia masih peduli dan ambil tahu tentangmu? Dia ingin sentiasa engkau dekat padanya? Bukankah sepanjang hari ini banyak text darinya kau terima untuk memastikan engkau dalam baik-baik saja? Bukankah tadi, saat engkau mendiamkan diri dia yang mengingatkanmu agar jangan lupa mengirimkan text kepadanya? Bukankah tadi dia pesan kepadamu agar memberitahu di mana keberadaanmu? Siap ingatkan satu-satu, Nak ke KL Sentral bagi tahu, sampai di KL Sentral bagi tahu, nak ke TBS bagi tahu dan bagi tahu di mana saja engkau berada? Masih belum mampukah engkau merasakan perasaannya terhadapmu? Dan bila engkau terlewat sedikit menghantar text kepadanya, apabila dia merasakan engkau telah tiba di suatu tempat dia yang bertanya engkau di mana? Tiada yang lebih bermakna selain daripada engkau memiliki cinta kasihnya, kerinduannya yang sentiasa sama ada dia di depan mata atau berjauhan. Kau harus membuatnya benar-benar mencintaimu walau di mana ia berada. Jika dia ikhlas mencintaimu dari hati yang dalam, percayalah, hati dan fikirannya sentiasa memikirkanmu lebih dari apa yang dilihatnya. Jangan sedih, kerana Allah telah menyiapkan sesuatu yang istimewa buatmu. Ya Allah, nasihat akal ini amat halus dan menusuk ke sanubari. Cuma aku berharap, dia tidak mensia-siakan aku bila aku mengalah begini dan cuba memahami situasi ini. Semoga dia tahu bagaimana untuk memberi reward kepadaku setelah segala kesedihan ini ku ubati dengan akal warasku. Setelah ubat bius hilang, sakit tanganku masya-Allah, teramatlah sakitnya. Sukar untuk ku gambarkan rasanya. Pun sekali lagi aku mengharapkan dia di sisiku menenangkan aku akan sakit ini. Sakit ini bukan main-main. Terlalu, terlalu. Sampai aku tidak menemui posisi yang dapat menguranginya. Abang, sayang sayang abang. Dan sentiasa rindukan abang. Sayang seorang perindu. Ingat tu.