Monday, February 11, 2019

Surprise Hari Ini

Aku sememangnya seorang yang sukakan surprise. Tapi, takkan nak cakap dengan orang yang aku sukakan surprisekan? Menyampah pulak orang dengar. Hahahaha... Setakat ni alhamdulillah, semua orang yang pernah ada hubungan istimewa denganku adalah orang yang suka buat surprise. MF, walaupun suka marah dan tak endahkan aku, suka jugak buat surprise time mood dia baik. Tapi tak selalulah. AF, memang suka buat surprise. Banyak surprise yang dia buat walaupun dia bukan seorang yang romantik. OK stop! Malas nak cerita pasal yang lepas-lepas. Entah-entah aku ni dah hapus langsung dari ingatan dia orang. Kita cerita masa sekarang dan masa depanlah. Surprise ni sebenarnya bagi aku sangat penting. Sebab, ia mampu mengeratkan kasih sayang. Aku bukan saja-saja suka orang buat surprise. Tapi ianya mampu menambahkan kasih sayangku padanya. Mr. Nice Guy, pun seorang yang suka buat surprise. Paling aku suka dalam sejarah cinta aku adalah surprise dari dia. Penghantaran bunga ke office. Rasa happy yang tak bisa aku gambarkan bila dapat jambangan mawar merah yang dihantar ke pejabat. Ia adalah antara kenangan terindah dalam hidup ini. Ianya ditambah dengan sikapnya yang romantik. Lagi mudah buat aku makin sayang padanya. Dan yang best tu, dia suka layan aku. Tak kisahlah aku cakap pasal kerja ke, pasal kawan ke, cakap merepek ke. Dia layankan je. Dan... Dia adalah pendengar yang baik. Ya Allah, kenapa cinta kali ini lain macam rasanya? Dan hari ini, dia buat surprise lagi! Aku sering merinduinya. Dan kalau free, aku suka call dia. Pada hal macam dah jadi rutin dia dah call aku pagi dan petang. Pun tak cukup. Kalau aku free, aku suka kacau dia dengan call dia. Kalau dia tak busy, dia layankan je. Kalau busy tu, tak adalah nak paksa dia layan aku. Jam 4.00 lebih petang tadi, aku call dia. Macam biasalah. Kami bersembang. Kebetulan, dia keluar jalan-jalan cari pasal kat stesen jagaan dia. Hahahahaha... Spot check staff dialah, apa lagi. Dari satu stesen ke satu stesen dia bergerak. Time aku nak balik, dia kata, cakap jelah. Tak yah matikan phone. Aku OK je. Hehehehe sebab aku memang suka bercakap dengan dia. Tiba-tiba aku dengar, lain macam je bunyi announcement train yang dia naik tu? Macam kenal je? Suara lunak merdu announcement tu dah sebati dalam hidup aku. Siap cakap MRT Line tu. Eh, takkanlah dia naik KJ Line? Tak perasan pun dia tukar train? Tadi dia kata nak balik pukul 5.30. Ooo, may be dia nak ambil moto kat KL Sentral la kot. Eh, tapi betul ke? Aku: Abang naik LRT eh? Dia: Taklah. Aku: Tipu! Tu macam announcement LRT je? Siap cakap MRT Sungai Buloh Kajang tu? Dia: Mana ada. Abang kat muzium la. Jap lagi abang call balik. Aku: OK la. Aku yang salah dengar pengumuman ke... Dia tipu aku? Mungkin aku salah dengar kot. Sedikit kehampaan di situ. Ingatkan nak datang jumpa aku. Sedih! Tak apalah. Biarlah dia balik. Dia penat. Sakit badan pun belum habis. Lagipun, ramai yang menunggu kepulangannya. Hati rasa terguris. Ish, janganlah macam ni. Pagi tadi kan dia dah cakap something yang buat kau terharu. Tak apalah. Rabu nanti kan nak jumpa? OK, jom balik. Kaki terus ku ayun menuju LRT. Kata nak call? Tak call pun? Mungkinkah dia akan menyapaku sekejap lagi di depan LRT? Kalau betul, bestnya! Tak yah berharap. Nanti kalau dia tak ada, aku yang sedih. Phone berdering. Dialah tu. Ku jawab. Dia: Sayang kat mana? Aku: Kat depan gate. (Sambil touch dan masuk) Dia: Dah masuk ke belum? Aku: Dah. Dia: OK. Sambung. Lepas tu? Dia merujuk kepada perbualan kami yang terhenti sebentar tadi. Aku pun kembali menyambung ceritaku yang belum habis. Aku naik ke platform dengan eskelator terus menunggu LRT di tempat biasa aku tunggu. Eh, kenapa macam lain macam je bunyi suara ni? Seseorang menghampiri dan berdiri di sebelahku. Suara diapun makin dekat. Dan, bau itu. Aku kenal. Itu baunya. Bau yang aku rindu. Aku: Abang! Dia ketawa dan mematikan talian. Aku gembira. Teruja. Mungkin dia nak pastikan aku naik train. Lepas tu dia akan balik seperti yang pernah dibuatnya dulu. Kalau boleh, mestilah nak dia hantar sampai rumah. Hati berkata-kata. Tapi tak yah berharap. Kalau dia tak buat nanti hampa. Dia datang jumpa aku pun dah syukur. Aku: Abang, nanti sayang masuk train abang call balik tau. Dia: Tak payahlah. Aku hampa Aku: Kenapa? Dia: Ramai orang. Nanti mesti sayang tak selesa nak bercakap ramai orang sekeliling. Alasan. Kataku dalam hati. Aku: Alaaaa... Pagi-pagi tu sayang dalam train boleh je abang call? Dia: Pagi tak ramai orang. Aku: OK la. Terpaksa akur. Malas nak argue. Nanti gaduh pulak. Train sampai. Aku menghampiri pintu train. Mula-mula dia pegang aku. Betullah ni, dia nak make sure aku masuk train dengan selamat. Lepas tu dia suruh aku pegang dia. Mungkin sebab orang ramai kot. Bila dah habis orang keluar, dia melangkah masuk train bersamaku. Pintu dah bunyipun dia tak keluar. Biar betul dia ni? Dengar ke tidak? Aku duduk. Aku: Abang. Aku memanggilnya sambil menunjuk pintu. Isyarat pintu nak tutup dan dia tak punya banyak masa kalau nak keluar. Sebenarnya dia lebih arif bab train ni. Dia: Biarlah. Dia ketawa. Aku blur. Dan akhirnya tersenyum lebar bila faham yang dia akan hantarku ke rumah. Tapi kenapa dia bagi aku duduk? Aku nak berdiri bersamanya. Nak berbual dengannya. Tak apalah. As long as dia ada bersamaku pun OK la. Dan hari ini, alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memberikan aku keceriaan ini. Sayang abang sebanyak bintang di langit.

No comments: