Thursday, February 7, 2019

Ku Dambarkan Dia Di Sisi

Jumaat lepas, aku menjalani prosedur kecil di sebuah klinik untuk membuang nanah di jari hantuku. Aku ke klinik bersama seorang rakan. Saat-saat sakit begini, aku mendambarkan dia bersamaku, menemaniku ke klinik. Tapi hatiku pujuk, sabarlah. Belum tiba masanya. Lagipun, aku harus bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana dia bukan milikku seorang. Tatkala masuk ke bilik treatment, sungguh, aku sangat mendambarkan dia di sisi untuk memberi kekuatan kepadaku dan menenangkan aku yang berdebar-debar menanti detik prosedur dijalankan. Biasalah, aku kan manja. Sayang dambarkan abang di sisi sekarang. Lantas ku ubati hatiku dengan mengingati Allah. "Jangan sedih Teja. Allah tahu apa yang Dia buat. Inilah yang terbaik untuk kau kala ini," Hati mula berbalah dengan akal. Hati: Kalau macam dulu-dulu kan best, si dia sentiasa menemaniku ke mana-mana. Terutamanya waktu sakit. Pasti dia yang menemaniku menerima rawatan. Akal: Allah Maha Mengetahui, ini yang terbaik. Percayalah, Allah tahu apa yang terbaik. Sampailah saat prosedur dijalankan, apa yang aku impikan tiada menjadi kenyataan. Akal: Bersabarlah Teja. Mungkin orang di sana lebih memerlukan dia di saat ini. Sebab tu ini takdirmu. Percayalah, jika engkau benar-benar memerlukannya, Allah akan memberi dia kepadamu tanpa engkau sangka. Percayalah, meskipun hal ini menyedihkan, jika engkau benar-benar ikhlas mencintainya, Allah pasti tidak akan mensia-siakan perasaanmu. Ingatkah engkau akan suaranya meninggi padamu kerana inginkan engkau sentiasa di sisinya? Percayalah, yang dia juga ingin sentiasa di sisimu cuma, sebagai seorang lelaki yang baik, dia harus menunaikan tanggungjawabnya kepada semua yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Percayalah, hatinya jua selalu menginginkan waktu bersamamu jika tidak, masakan bersama di sana pun dia masih peduli dan ambil tahu tentangmu? Dia ingin sentiasa engkau dekat padanya? Bukankah sepanjang hari ini banyak text darinya kau terima untuk memastikan engkau dalam baik-baik saja? Bukankah tadi, saat engkau mendiamkan diri dia yang mengingatkanmu agar jangan lupa mengirimkan text kepadanya? Bukankah tadi dia pesan kepadamu agar memberitahu di mana keberadaanmu? Siap ingatkan satu-satu, Nak ke KL Sentral bagi tahu, sampai di KL Sentral bagi tahu, nak ke TBS bagi tahu dan bagi tahu di mana saja engkau berada? Masih belum mampukah engkau merasakan perasaannya terhadapmu? Dan bila engkau terlewat sedikit menghantar text kepadanya, apabila dia merasakan engkau telah tiba di suatu tempat dia yang bertanya engkau di mana? Tiada yang lebih bermakna selain daripada engkau memiliki cinta kasihnya, kerinduannya yang sentiasa sama ada dia di depan mata atau berjauhan. Kau harus membuatnya benar-benar mencintaimu walau di mana ia berada. Jika dia ikhlas mencintaimu dari hati yang dalam, percayalah, hati dan fikirannya sentiasa memikirkanmu lebih dari apa yang dilihatnya. Jangan sedih, kerana Allah telah menyiapkan sesuatu yang istimewa buatmu. Ya Allah, nasihat akal ini amat halus dan menusuk ke sanubari. Cuma aku berharap, dia tidak mensia-siakan aku bila aku mengalah begini dan cuba memahami situasi ini. Semoga dia tahu bagaimana untuk memberi reward kepadaku setelah segala kesedihan ini ku ubati dengan akal warasku. Setelah ubat bius hilang, sakit tanganku masya-Allah, teramatlah sakitnya. Sukar untuk ku gambarkan rasanya. Pun sekali lagi aku mengharapkan dia di sisiku menenangkan aku akan sakit ini. Sakit ini bukan main-main. Terlalu, terlalu. Sampai aku tidak menemui posisi yang dapat menguranginya. Abang, sayang sayang abang. Dan sentiasa rindukan abang. Sayang seorang perindu. Ingat tu.

No comments: