Friday, February 15, 2019
Aku Tahu Aku Siapa
OK. Aku terima salah aku hari ni. Mungkin benda yang aku anggap bergurau menyebabkan rasa cemburu padanya. So, aku terima, itu salah aku.
Mulanya aku janji dengan Kak Sariha, nak balik sekali. Tapi bila melihat dia tak OK. Aku batalkan. Aku cakap dengan Kak Sariha, aku balik lambat. Baliklah dulu.
Kenapa? Sebab aku tahu, perjalanan pulangnya ke rumah adalah kali terakhir untuk aku bercakap dengannya untuk minggu ni. So, aku nak pujuk dia. Nak focus pada dia. Kalau aku berjalan balik dengan Kak Sariha, masa untuk bercakap tak lama. Dalam LRT tak selesa nak bercakap apa lagi nak memujuk. Aku tak nak ada perasaan yang tak sedap selama beberapa hari kami tak bercakap.
Tapi... bila dia gunakan orang yang belah sana untuk membalas rasa sakit hatinya pada aku, memang membuatkan aku sangat terguris.
Dalam keadaan macam ni, tak perlulah menambahkan keruh keadaan. Niat aku mahu memujuknya. Memujuk orang yang aku sayang. Tapi kalau inilah caranya, tak apalah.
Kau harus sedar kau siapa Teja. Yang belah sana akan tetap nombor satu di hatinya. Akan sentiasa disebut-sebut. Kau bukan siapa-siapapun.
Tambahan pula orang sana nak fly esok, mestilah hari ni hari melepas rindu dendam yang akan terpendam selama beberapa hari. Hari untuk bermanja kot. Sebab tulah, depan kau pun kena sebut pasal belah sana. Nak buat sehabis baik sebelum orang sana pergi.
Tak apalah Teja, kau yang ganggu hubungan orang. Dah dia hak orang sana mestilah kena buat yang terbaik untuk orang sana. Tapi tak perlulah nak beli apa-apa nak kena cakap dengan aku, kena bawa orang sana sebab orang sana tahu itu dan ini.
Ya, ya, aku ni melukut di tepi gantang je. Ada pun tak apa, tak ada pun tak apa.
Untunglah, apa yang berlaku pada rumahpun ada orang yang selesaikan.
Kalau kau Teja, stop cock terbalik ke, nak kena pecah dinding ke, apa ke, kau usahalah cari orang sendiri. Buat temujanji sendiri. Semua masalah datang, kau tanggunglah sendiri. Sama je macam dulu-dulu.
Tak apa. Aku dah biasa susah dan berdikari. Dah biasa uruskan sendiri semua benda.
Chek, along sedih. Along terasa hati.
Along perlukan seseorang untuk bagi along kekuatan ketika ni.
Along perlukan bahu untuk menangis.
Along perlukan pelukan hangat chek untuk pujuk along. Untuk ubat luka ni.
Along nak peluk chek, untuk kongsi semua yang along rasa sekarang.
Along perlukan chek untuk hentikan tangis ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kesalahan:
1. Bercerita ttg lelaki lain pasti akan menimbulkan perasaan cemburu pada pasangan. Apepun dah terima ianya suatu kesalahankan.
2. Bukan semua orang dalam situasi hangin boleh diredakan dengan proses memujuk serta merta. Maksudnya berlaku je insiden terus pujuk, Mungkin dia bukan seorang yang begitu. Mungkin kene bagi dia ruang atau masa yang sesuai untuk memujuk.
3. Dah la dia hangin dengan teja lepas perkara2 diatas, lepas tu lepaskan pulak dengan ayat2 macam diatas, kalau saya jadi dia, ianya pasti akan menambahkan lagi kekeruhan. Sbb? Bila dah berpasangan, bermakna sedia menerima seadanya, bukan menganggap melukut ke, nak kata sedar diri ke, rasenya tak perlu nak tambah keruh lagi.
Nasihat saya, bila keadaan sesuai atau dirasakan sesuai, cubalah utk memujuk tapi kalau belum tenang, beri lagi ruang. Sampai bila? Saya percaya dia sgt mencintai kamu dari tulisan blog2 terdahulu. Mengalah bukan bererti kalah, memohon maaf bukan bererti kita salah..niatkan untuk memperbaiki keadaan.
Semoga hubungan kalian diberkatiNya. Aamiin
Post a Comment