Thursday, February 14, 2019

Tilam Impian Menjadi Milikku 3

Terima kasih abang sebab rialisasikan impian sayang setelah perbincangan dipersetujui. Sampai hari ni, bila teringatkan babak semalam, sayang rasa sebak. Tidak salah lagi berbaik sangka dengan Allah. Saat aku kecewa ditinggalkan. Aku selalu pujuk hati dengan mengatakan pada diri, "Jangan sedih Teja. Kalau kau ikhlas mencintai seseorang dan kau dikhianati, Allah Maha Mengetahui. Allah akan gantikannya dengan yang lebih baik. Yang penting kau ikhlas dan tidak menganiaya orang." Ternyata, Allah temukan aku dengannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Dan Allah jadikan dia sebagai penawar lukaku baik dari segi sikap, kata-kata, perbuatan dan lain-lain. Tujuan aku mencintai seseorang bukanlah kerana inginkan sesuatu atau materialistic. Aku cuma mahu disayangi dan menyayangi, Mencintai dan dicintai, merindui dan dirindui, menghargai serta dihargai. Pemberian bentuk material hanyalah seri dalam hubungan atau bonus. Aku amat menghargainya. OK. Meh nak cerita pasal tilam kesukaan aku ni. Sebenarnya aku belajarlah sikit-sikit pasal tilam ni setelah berkunjung ke beberapa kedai. 1. Tilam ni ada yang diperbuat dari Latex dan ada yang diperbuat dari foam. 2. Latex akan memberi kesan sejuk dan ia akan cepat naik setelah kita bangun. 3. Foam pulak akan memberi kita rasa panas dan lambat naik bila kita bangun. Dia akan mendap lama-lama nanti. 4. Tilam ni ada tiga tekstur. Lembut, medium dan keras. 5. Spring dalam tilam ni ada pelbagai. Paling bagus adalah pocket spring iaitu individual punya spring. Maksudnya, spring dalam tu berdiri sendiri tidak bergantung antara satu sama lain. Jadi, bila orang yang tidur dengan kita bangun, ia tidak akan memberi rasa kepada kita yang sedang tidur. Jadi, tilam yang aku beli ni seperti berikut: 1. Queen size. 2. Campuran tiga material iaitu pocket spring, sabut kelapa dan latex. 3. Latex kat atas tu macam Mattress pad so tak terasa sabut kelapa dan spring. Yang bestnya Latex yang aku pilih ni latex yang lembut. 4. Ketebalan aku lupa 12 ke 16 inci. Memang tinggi. So, OK la kalau katil beli lewat sikit pun. 5. Tilam yang sejuk. Kata promoter ia dapat mempengaruhi suhu dalam bilik. Nanti kita test. Katanya lagi, setengah jam sebelum tidur, on aircon. Lepas tu kalau matikan, tilam tu akan tetap sejuk. 6. Waranti 15 tahun di mana lima tahun pertama, jika berlaku apa-apa kilang akan tukar terus dengan tilam baru. 7. Sudah sedia bercorak. So kalau tak nak pasang cadar pun sudah cantik macam dipasang cadar. 8. Bahagian tepi tilam pun cantik. Macam berbalut baldu. Aku minta dihantar pada 23 Februari depan. Katanya kalau hantar 23 Februari, minggu depan baru kilang akan buat tilam aku tu. Tak kisahlah nak buat bilapun. Yang penting 23 Februari hantarlah. Yang kelakar tu, tilam single Vono yang aku beli lima tahun dulu masih dalam plastic. Hahahaha... Tilam yang aku tidur setiap malam tulah. Tilam enam inci pun aku dah rasa best. Ni pulak tilam tebal dan latex. Apa rasanya ya? Nanti nak buka plastic Vono tu, nak try tidur tanpa plastic sebelum dia berpindah ke bilik tamu. Hahahaha... Sayang bebenar tilam aku tu.

No comments: