Sampaikan salam rinduku padanya, sehingga aku menjadi kerinduannya.
Lembutkan hatinya Ya Allah untuk memahamiku.
Lembutkan hatiku jua Ya Allah, untuk memahaminya.
Bukan aku marah padanya. Tapi kata-katanya buat aku terasa. Aku tak mahu menyakiti hatinya kerana hatiku sendiri seperti yang aku katakan masih pedih.
Tatkala hatiku lembut menerima text daripadanya, dia ajukan soalan berbaur panas. Aku letih dengan terasa jadi apa jawapan terbaik harus aku berikan? Kelak nanti jawapanku mengundang marahnya. Saat jemari mula menaip jawapan balas, aku hentikan supaya aku tidak menyakiti hatinya. Kadang-kadang jawapan yang aku rasa tidak mungkin menyinggung bisa jadi sebaliknya.
No comments:
Post a Comment