Monday, February 18, 2019

Apakah Ini Kesan...

4 tahun lalu dan 2 tahun lalu, aku kemurungan dan masa tu, aku sering menangis saban waktu. Selepas beberapa bulan berkeadaan demikian, kepalaku mula sakit ketika mahu meletakkannya di bantal or baring dan waktu mula-mula bangun dari tidur. Sakitnya bukan keseluruhan kepala tapi di bahagian belakang kepala yang setentang dengan kedua-dua belah mata. Dan hari ini ketika aku bangun dari pembaringan, tempat yang sama terasa sakit. Apakah sebab menangis beberapa hari ini membuatkan aku merasainya? Takkanlah baru beberapa hari menangis sudah terasa sakitnya? Janganlah nak campur sakit dulu dan sekarang. Dah lamalah aku tak nangis beria dan lama macam ni. Tak apalah. Karang OK la kot.

No comments: