Tuesday, February 12, 2019

Kau Yang Sering Buat Aku Menangis

Kau yang sering buat aku menangis. Kau buat aku menangis kerana rindu Kau buat aku menangis kerana cemburu Kau buat aku menangis kerana terharu Kau buat aku menangis kerana marah Kau buat aku menangis kerana sayang Kau buat aku menangis kerana gembira Kau buat aku menangis kerana geram Kau buat aku menangis kerana takut kehilangan. Dulu, aku sering bertanya, apa rasanya bila kita benar-benar mencintai seseorang? Sebab, aku tak pernah merasainya. Benar, aku pernah bercinta dua kali. Cinta pertama, kebahagiaanku sering dibunuh dengan sikapnya, dengan kata-katanya, dengan perangai endah tak endahnya padaku. Meskipun aku tulus mencintanya, merinduinya, namun tiada balasan cinta yang tulus daripadanya. Tangisan terharu tu tak pernah aku tangiskan. Tak pernah rasa dihargai. Lama-kelamaan, cinta dari dasar hati itu padam. Yang tinggal hanya janji. Aku berpegang pada janji cinta yang termaterai. Akhirnya, aku lelah mengejar cinta yang tidak bisa ku gapai. Yang aku temu hanya kehampaan. Cinta kedua, aku tidaklah mencintainya sebenarnya. Cuma, aku mendengar nasihat orang tua-tua. Lebih baik kita mencintai orang yang cintakan kita daripada mengejar cinta orang yang kita suka. Dah aku rasa dia yang kejar aku. Aku terima jelah. Lepas tu aku pupuk cinta itu. Daripada rasa biasa-biasa, aku berjaya memupuk cinta. Tapi percayalah, cinta yang sengaja kita pupuk takkan sama dengan cinta yang datang sendiri. Sesungguhnya cinta yang kita jatuh cinta itu lebih indah. Setelah aku merasai dua cinta terdahulu, aku teringat novel-novel cinta yang pernah aku baca. Rindu dendam dan perasaan mencintai itu sangat manis dan bisa buat orang menangis kerana rindu. Dari situ, aku mula berangan. Mula ingin merasai cinta yang begitu. Bagaimana ya rasanya bila kita mencintai seseorang yang benar-benar menghargai kita? Mesti indahkan? Mesti rindu tu akan buat kita menangis. Mungkin Allah dengar suara hatiku. Allah tahu anganku. Kali ini, Allah temukanku dengan seseorang yang ingin benar ku elak. Aku cuba sedaya-upaya untuk lari darinya pada awal perkenalan. Tapi setiap kali aku cuba berbuat demikian, dia semakin dekat. Dan aku pula seolah tidak mahu menjauh. Dan akhirnya, aku terperangkap dalam jerat percintaan ini. Lebih memeranjatkan, aku rela dirantai dan digelangi rindunya. Ya Allah, andai dia jodoh yang Kau titipkan buatku, aku redha dan aku bersyukur. Terima kasih Allah kerana meminjamkan rasa ini buatku. Aku mohon Ya Allah, pinjamkan dia padaku hingga Jannah. Kekalkan dia seperti dia sekarang atau lebih baik dari sekarang terhadapku, Ya Allah. Jadikan hari-hari yang kami lalui ini sebagai hari pertama kami jatuh cinta kerana saat terindah adalah saat kita jatuh cinta. Amin.

No comments: